Saturday, December 3, 2011

Father To Son

Selalu apabila aku lepak2 dengan kawan2 kat mapley, maka masing2 akan bukak story, saja nak sembang2. Ada yang cerita pasal bola, ada yang cerita pasal teater, ada yang cerita pasal korea, ada yang cerita pasal Twilight, ada yang ngadu kisah jiwang, ada yang gosip, ada yang cerita pasal kolej/kuliah, ada yang cerita pasal kenangan lama. Bila kenangan lama tu, akan ada yang cerita pasal apa peristiwa2 menarik terjadi masa kecik2 dulu.

Aku tergolong dalam golongan cerita kenangan lama kecik2. Nostalgik punya manusia ni.

Apa2 saja kenangan lama kecik2 dulu yang terlintas dalam minda time tu, aku akan cerita. Kebanyakannya, pasal family. Story about me playing with my brothers, story about me, story lah. Tapi bila diingatkan balik, kebanyakan dari cerita2 tu, ianya melibatkan my father. Pelik juga bila fikir balik, tapi mesti camtu. Cerita pasal main mainan tak simpan, satgi nama abah mesti keluar. Cerita pasal first time pergi sekolah, abah lagi. Cerita ni, abah lagi. Cerita tu, abah lagi. Hebat.

Ok, sedikit background introduction about my father.

My father, nama dia Zakaria bin Zainal Abidin. Lahir kat...Aloq Staq jugak rasanya. Sekarang ni his age is...59, 60 maybe? Ish tequk sungguh, umuq abah sendiri pun tak tau. He is the fifth child out of 11. Memang ramai, paling best bila balik raya zaman arwah Tuk Taq masih ada (Tuk Taq= Datuk yang di Alor Star). Hold on that story, later i tell you ok.

Sambung balik,

He is a teacher but at the same time he also join the army. Macam mana nak explain I don't know, but from my childhood memories I can still remember that during weekdays he went to school in the morning as a teacher and during weekends he will be off to the army camp. Kadang2 weekdays pun dia akan pergi camp juga. I don't really understand, but I can say that he worked hard, really hard. Then bila dah retire from army he juggled between teaching at school and pegawai jurulatih di Kem Kokurikulum Kem Singkir. Later on, he decided to be a full time jurulatih kat kem tu, sampailah sekarang sudah fully retired after extending 2 years of service.

Kalau kat rumah, abah ni style dia macam raja berdaulat sket. Whatever he says, that's what you have to do. He is the centre of the family. He decides what should/shouldn't be done. Kalau tak ikut, atau tak percaya, maka tak lama lagi something will happen to me. Haha bunyinya psycho sungguh, tapi betul wo!

Abah ni ex-army, jadi pengaruh army adalah sangat kuat dalam family kami. Sebagi contoh, rambut. Rambut yang panjang adalah super harommm~ dalam rumah ini. Kalau rambut tebal sikit pun, abah dah suruh pergi potong. Maka itulah sebabnya Ambu tukang gunting rambut dah kenal kami (4 sons, 1 father) sejak dari abang sulung aku kecik lagi. Tukang gunting rambut family kami lah senang cerita. Sekarang kalau balik umah nampak rambut panjang (actually,tebal), maka abah akan constantly tegur sampai aku pi gunting rambut. Nak makan nasi, "eyp,rambut tu panjang." Lepak ramai2 depan tv, "kandar, potong rambut.." Baru keluar toilet lepas mandi- "panjang rambut tu.." Ughhh constant pressure! Maka seadanya, aku akan pergi gunting rambut terus.

Then, kekemasan rumah. Selalu bila abah balik dari kerja (sekolah, atau kem army, atau kem ko-k) benda first yang WAJIB KEMAS adalah kasut depan rumah. Kalau dia sampai, nampak kasut teqabuq, ha mampos. Sila bersedia untuk kena marah/leter. Dan kerja susun kasut ni selalunya yang paling muda kena buat. Dari abang sulung Awi, pass pada Din, pass pada aku dan lastly pass pada Danial. Oleh kerana terlalu kerap menyusun kasut, aku berjaya menguasai hikmat 'kaki menyusur, kasut terakur!!' Meaning, susun dengan kaki adalah jauh lagi laju dari tangan. I know it's not polite, ampun~

Itu baru benda depan sekali-kasut kat pintu masuk rumah. Yang dalam rumah tak payah cakap lah. Ruang tamu kena kemas sentiasa. Kalau tengok dvd, habis je kena simpan balik cd tu. Terabur-tertinggal dalam dvd player, memang kena marah. My house don't have any cushion or sofa, so there's no worry for untidy sofa and pillows. Ada set tempat duduk, tapi versi kayu semuanya. Nice and classic. Pergi belakang lagi, akan sampai dapur. Haha bahagian ni memang favourite. Macam biasa, kemas sokmo. Haram sama sekali melihat pinggan/periuk/sisa/apa2 saja dalam sinki. Kena kosong selalu. Atas kabinet kena kosong atau at least tersusun. Kadang2 kena pada masanya, kadang2 abah suruh clear waktu mak tengah nak masak =_="

When I was a lot younger, I don't really understand the meaning/hikmah of all these. Why the hell kena susun kasut cantik2 sangat? Kena kemas rumah cuci calat padahal takde sapa nak datang pun? Haha~ as I grew older and mixing with community then only I understand why. Main reason- respect. People will respect you when you show you're worth it. Respect needs to be earned, not forced. And one of the ways to earn it is by keeping yourself clean and tidy. In this case, your house la. Make it look clean and tidy eventhough the house is small. "Biaq kemaih, cantik, selesa, baru orang respek", that's what he'd been saying for countless times. Mula2 aku rasa rimas-setiap kali orang datang maka kena angkat bantal, cawan dan biskut yang aku tengah makan kat depan tv. Tapi lama2, fahamlah. Itu juga one way of respecting your guest.

Same goes to personal appearance. Abah ni, kalau keluar rumah nak ke mana2 saja, pasti pakai seluar jeans, t shirt kolar bertug-in, kasut kulit hitam, stokin. Kalau kasut tu kotor sket, dia akan polish dulu. Rambut wajib sikat dulu, dan sikat letak dalam poket. Turun dari motor, atau sebelum keluar dari kereta, wajib sikat rambut seround dua dulu, hahaha. Aku percaya majoriti father lain bukan macamtu. Kalau tanya abah pasaipa smart sangat, he'll say "Nak jumpak orang kena smart."

Since it is his dressing code, that means it is our dressing code too. Kami 4 beradik diajar untuk berpakaian macamtu. If we are to go out for dinner, or anything, it is a must to apply to that dressing code. Kalau yang rebel sket, mungkin abang sulung aku kot. Tapi la ni dia pun sama gak..malah lagi style, haha. Jeans/trousers, shoes, socks, t-shirt (tug in) and neat hair. Selalunya when we were still boys bawah 10 tahun, abah akan tolong sikat. Sakit nak mapuh. Sikat bulat tu, dah la hujung2nya tajam! Pastu tekan dan tarik kuat2 pulak tu! Mau tutup mata menahan kesakitan! Bunyi time sikat tu, "prapp. prapp". Imagine weih!


*bersambung*


3 comments:

Pawi said...

Abah dulu askar wataniah. Kalu cuti sekolah dia akan masuk kem. Dulu every Friday dia akan masuk kem. Kalu operasi, dia akan masuk time cuti sekolah.

Abah masuk askar ada beberapa sebab. Antaranya adalah ekonomi. Kita dulu bukan org senang, tapi tak masuk dlm golongan org susah. Just abah suka berhati-hati dan cermat. Dulu, every month abah akan buat budget dgn mak. Kalu kita over spend kat api atau air, maknanya preparelah kena sound nanti. Tp, dalam keadaan macam tu pun abah still boleh bagi duit kat tok Tag.

Kita dulu sep (save) giler. Daging 1 ketul boleh bahagi 3 hingga 5 hiris utk dijadikan 3 hingga 5 suap. Kalu lauk dah habis, lauk bawang je lah. Sama gak time makan sosej. Kulit sosej tu pun boleh dijadikan lauk. Haahahahaa. Tu dulu.

That is why abang kat UTM dulu masa tahun 1, sehari makan tak sampai 3 ringgit sehari semalam. Bulan posa tak keluar sen sampai sebulan. Buka posa kat masjid. Sahur lauk balance dari masjid.
Makan tgh hari bahagi utk tgh hari dan malam.

Lepas tahun 1, lunch abg mesti tak sampai 2 ringgit. Sampai habis blajar. Malam pun sama. Maknanya, sehari tak sampai RM5.

Hasil dia, lebihan duit PTPTN tu (dlm +-RM5,000) abang guna utk beli keta.

Abah memang strict giler dulu. Bukan stakat strict, garang giler. Sgt amik berat pasai pelajaran sebab dia nak anak dia lagi berharta dan berjaya dari dia. Dia dulu garang becos dia dulu dlm army. Dia strict bcos disiplin.

say- O said...

hm~~~thanks awi!!! din ada cerita gak kat ruang komen. yang cerita pasal awi tu..wah kagum!! serius kandar tak mampu buat camtu. respek!

nanti ada sambungan lagi entry ni, part 2. sambungan tu, baru lebih pada feelings dan reasoning sket, haha. nantikan~

eh awi cerita la pasai awi kat utm dulu, dalam blog awi

say- O said...

owh, ayat "i dont really understand" tu, merujuk pada pasaipa abah pi army cuma weekend saja. baru tau beza askar wataniah ngan yang lain. sebab ekonomi tu, memang selalu dengar dan ingat~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails