Tuesday, August 31, 2010

Merdeka. Pandanganku. Kritikanku.

Hari ini 31 Ogos adalah hari yang bermakna buat aku dan rakan-rakanku sebab hari ini adalah hari lahir kawan aku bernama Aisyah Nazari dan juga Ameer Abdullah. Selamat hari jadi kepada mereka!!

Tapi x boleh lupa, dan tak akan lupa, bahawasanya hari ini jugak adalah hari kebebasan Malaysia tercinta. 31 Ogos 1957. Yeah, sudah genap 53 tahun Malaysia (atau Tanah Melayu masa tu) bebas dari cengkaman penjajah.

Haha..cengkaman penjajah. Kadang2 aku terasa kagum dengan listrik bahasa. Betapa cantiknya perumpamaan dan perkataan yang digunakan untuk menunjukkan maksud yang begitu mendalam.

Sempena detik menyambut merdeka jam 0000 semalam, aku sibuk menyiapkan assignment kimia alam sekitar. Dan ada bertimbun2 lagi assignment dan study yang nak kena setelkan. Yes, merdekanya. Tiba2 kat wall fb ada la sorang dua kawan yang komen kat status merdeka lebih kurang macam ni:

"merdeka? aku tak rasa apa pun"

Hm...betul. Ada sesiapa yang setuju? Ke ada yang nak bangkang?

Cuba kita ambik masa sikit, kita fikir sekejap. Masyarakat Malaysia sekarang ini merdeka-kah? Ok, aku malas nak bercerita/ berdebat pasal merdeka minda. Nanti masuk bab Illuminati, Freemason kang, panjang cerita. Silap2 Nasi Lemak Ishak yang aku suka makan tiap2 hari tu pun Freemason.

Ada nampak bentuk piramid tak?ha...

Persoalannya, generasi la ni betui2 ka depa ghasa makna merdeka ha?

Bagi pendapat aku, jujur, aku tak rasa orang2 muda sekarang merasa meaning merdeka itu, kalau ada feeling tu pun, dalam peratusan penghayatan yang sedikit.

Even diri aku sendiri, honestly cakap aku tak dapat nak menghayati rasa merdeka itu seratus peratus.

Sekarang ni bila tanya orang ramai, rasa merdeka tak? Bangga tak dengan merdeka?

"yes!!yeah saya bangga merdeka! saya bersyukur!!"

Tapi semua tu di mulut. Di hati? Minda? Sangat susah untuk kita merasa bersyukur atas sesuatu kejayaan jika kita tak melalui rasa pahit getir ketika usaha ke arah mencapai kejayaan itu. Tengok saja pada majoriti kita yang berumur 20-an ni. Lahir2 je Malaysia dah aman. Keadaan ekonomi keluarga belakang kira, itu subjektif.

Kesemua kita membesar dalam keadaan aman dan senang kan? Tak ada komunis yang tiba2 keluar dari hutan, tangkap ayah kita yang nak g kerja pastu tikam2 dia kan? Bila nak kuar main ngan kawan2 boleh terus keluar je, xda perintah berkurung kan? Kalau nak beli sayur daging ikan ke mak2 kita tak payah nak deal dengan dealer black market kan?

Kita dibesarkan dan hidup dalam kesenangan berkat kesusahan orang2 lama. Mustahil untuk kita rasa makna merdekan jika kita tidak susah bersama zaman pra merdeka dahulu. Kata lah apa pun, buatlah program apa pun, kibar lah bendera sekuat mungkin, tapi itu semua nampak 'kosong'. Plastik.

Baik, cuba tanya mamat2, brader2, awek2 yang kuar g sambut merdeka kat dataran merdeka tu. Kenapa korang kuar sambut merdeka? Antara jawapan paling kerap korang dapat, "nak sambut merdeka r bro!", "saje nak lepak ngan kawan2", "seronok, dapat tengok konsert free", "boleh usya awek hot ngan seksi". Atau yang radikal sikit, "aku nak usya couple buat projek, banyak gila bro..ko tunggu je countdown nanti..hahaha"

merdeka sebentar lagi bersama pasangan tersayang

Ok la, at least diorang memeriahkan pesta merdeka. Baik dari kosong terus dataran, ye dak?

Sekarang, tenung balik diri kita. Tak cukup tebalkah buku sejarah masa form 1,2,3,4, dan form 5 terutamanya? Kalu nak dikata subjek sejarah tak cukup fakta dan maklumat, bohong. Lengkap semua keturunan perjanjian, kajian, kronologi dan tokoh ada dalam tu. Tapi penceritaannya tak real. Tak hidup orang kata. Bayangkan macam ni, kenapa aku boleh ingat jelas kronologi Dragon Ball Z dari zaman Goku kecik sampai ke ada cucu, tapi nak ingat kronologi Melaka dijajah cukup susah?

Mungkin agak radikal perbandingannya, tapi itulah kebenaran. Biarpun ia sepahit hempedu, tapi telan juga.

Dari semua point2 ni, ada satu cara untuk menambahkan level kesyukuran kita sebagai rakyat malaysia yang merdeka. Caranya? Learn your history, others history. Haha, sejarah lagi tu der. Buku teks mungkin (pasti rasanya) membosankan, tapi cari la medium lain. Movie merdeka sekarang banyak. Internet sekarang macam minum air je, bersepah ada entry2 menarik pasal sejarah.

Kalau rasa tak cukup, cuba belajar sejarah dunia pulak. Tengok balik zaman perang dunia dulu. Seriously, kalau korang baca, tengok, tahu sejarah WWII, insyaallah bertambah la penghayatan merdeka korang, Biarpun sedikit, tapi ada juga penambahan.

Sekarang aku nak tanya soalan general knowledge, korang tahu tak waktu WWII dulu ada dua pihak- allies and evil axis? Sapa dalam allies dan sapa dalam evil axis? Korang tahu tak German under Hitler dulu niat utama dia apa? Korang tahu tak Hitler dulu juga mencerobohi, menyerang dan membunuh jutaan penduduk Russia, Poland, France, England dan American (dan banyak lagi, aku tak ingat)? Bukan sekadar bunuh Yahudi sahaja?

bayangkan mamat itu adalah kamu, abang kamu, ayah kamu atau bf kamu

Korang tahu secara detail apa penjajah2 (Jepun, Germany) buat kat orang awam dengan POW? Korang tahu macam mana life civilian masa perang dulu? Korang tahu askar yang pergi perang macam mana hell-nya keadaan battlefield tu? Dalam buku sejarah tak cerita der..kalau cerita nanti susah kena bangkang brutal dan irrelevant to kids. Sumpah. Nak tahu sikit? Klik sini, sini dan sini.

Dah baca link tu? Sebab tu kalau korang tengok dokumentari, nenek2, datuk2 tua menangis kalau suruh diorang recall balik hidup zaman perang. Haha, kalau Jepun tak menyerah kalah, atau at least lambat surrender setahun dua, nescaya takde orang Cina kat Malaysia ni.

Sekarang ni mesti ramai yang sangkal balik- apa rasional tengok movie2 perang yang kononnya dakyah American ni? Apa untungnya tahu sejarah WWII bahagian Europe ni? Haha, senang je. Sebab kita semua manusia. Apa yang dah jadi pada mereka, tak mustahil jadi pada kita.

Lagipun, bila tengok movie2 tu, bila dah tahu sejarah2 ni sikit2 at least korang boleh kata camni: "oh dahsyatnya..", "ya Allah lindungilah Malaysia dari benda2 macam tu..", "Aku bersyukur Malaysia sekarang tak macam tu". Ha tengok, at least dah tambah sikit meter pengertian merdeka tu. Biarlah sedikit, asalkan tidak kosong...

pernah tertanya tak apa perasaan Tunku waktu ni?

...

Aku bukannya pejuang kenegaraan Malaysia. Aku bukannya nak mendabik dada mengaku "aku penuh dengan penghayatan merdeka!!" Sekali lagi aku mengaku, aku juga tak dapat sangat makna penghayatan merdeka. Tapi sekurang- kurangnya aku ada idea apa akan jadi kalau Malaysia diserang kembali. Sekurang-kurangnya aku ada rasa bersyukur hidup di Malaysia ini, zaman ini.

Aku cuma ingin berkongsi pendapat saja. Tidak semua yang aku katakan boleh diambil sebagai tepat dan sahih. Kebanyakannya bersifat subjektif. Kalau ada salah dan silap, aku mohon maaf.

Kalau ada komen, sangat dialu- alukan.


p/s: post paling panjang takat ni. memang khusyuk.

8 comments:

PaLi3 said...

ntah la...gua nk hbq ka dak, tp share gak la...hgpa nk caya tu len crita...

kawan aku kata, dia ada trbaca dlm internet (x tau la kt page mana)...msia akan diserang oleh israel slepas iran...

sekarang israel mmg dh plan nk serang iran...so next? wallahua'alam

say- O said...

aku susah nak pecaya. xda signifikan dia nak serang malaysia. tmbah2 lagi internet.

~**Raw Honey**~ said...

My favourite part :"Kesemua kita membesar dalam keadaan aman.......
........black market.."
thanks for write an entry that really filled up my national day with something ,at last.
Looking forward to your next blog entry.
=)

say- O said...

hehehe, thank you serdang!
baca yang 3 link aku buat tu? horror wo~~~~~~

PaLi3 said...

aku x marah pown bla ang x mao percaya, coz aku pown payah gak nk percaya...

tp yg aku tau kita skrg dserang dlm bentuk len kan? itu yg kita kena prepare...

say- O said...

terlalu banyak celaru. terlalu banyak benda nak kena prepare. jangan kata serangan luar, dalam malaysia pun serabai. orang melayu dengan dillemanya..haish...

Nazrin Saad said...

bacaan yg pnjg tapi berilmiah. hahahaha.

orang kita say o. orang kita.

payah nak ubah. tapi bila ditanya minda yg merdeka, kliche sgt kalau ditanya pada remaja.

mungkin ada jga yg lahir hampir dgn kemerdekaan tp xpernah merasai merdeka?

say- O said...

tu yang sedih. orang kita ni knowledge sikit sangat. bukan nak kata suruh hafal lengkap sejarah malaysia, tapi tahu sikit2, tahu betapa derita zaman dulu pun jadi la. tapi sekarang kalau tanya orang sekarang, mana tau pa.

satu2nya tempat belajaq sejarah?kat kelas. kelas tu umum je..tak cukup real.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails