Monday, August 9, 2010

All You Need Is Love

Rasanya kalau Doraemon tu wujud, aku nak mintak dia buat cuti untuk sepanjang minggu ni. Mintak cuti sakit perasaan dan hancur hati.

Banyak sangat kisah2 cinta yang terjadi kat kawan-kawan dalam masa beberapa hari lepas. Macam2 jenis story ada. Ada yang baru aku tahu....ada yang setelah berapa lama mengharap akhirnya tinggal harapan jauh, ada yang masih buat penafian tapi gaya dan kelakuan tak macam yang dinafikan.

Antara semua yang di atas, aku paling sedih dengan cerita yang kedua, 'setelah berapa lama mengharap akhirnya tinggal harapan.' Ramai kawan2 yang caring, yang sanggup bagi nasihat penenang hati.

"xpe2, bunga bukan sekuntum, banyak lagi yang boleh dicari"

"kita x dapat dia sebab Tuhan nak bagi kita yang lagi baik..ada hikmahnya tu"

"sabar bro..nanti ko akan dapat jugak satu .."

"eyy rilek rr...single baru hot syiall!!"

"oloh gedik ngat aih, blajaq sampai habih dulu. nanti kerja besaq kreta power ha beratuq awek2 nak kat hang"

Haha..terima kasih untuk semua variasi nasihat2 di atas. Tapi serious, kata la apa pun, memang rasa pedih gila bila direject. Rasanya tak sama dengan mana2 rasa down lain. Unik.

Aku boleh kata macam ni sebab aku dah pernah rasa. Coba ku coba..akhirnya dibuang ke reject shop jugak. Yang mereject tak bersalah sama sekali, itu hak dia. Tapi memang pedih, sedih, sayu. Pastu bila dah kena reject, memang dah tak sama hubungan si A dengan si B. Ada yang lagi dahsyat, macam jadi musuh terus. Kesian..

Tak tahulah. Mungkin betul pendekatan aku untuk menjadi sami dulu. At least for now.

7 comments:

mikhaelahmad said...

cinta pun kadang-kadang ada musim en? biasanya awal sem dan hujung sem.

wann afzan said...

jom jadi sami.

Nazrin Saad said...

this broken heart is just a page from a book name fate. without this you wont find the one.

dont be tired of waiting coz as of this moment she is running as fast as she can to meet you someday somewhere.

from how i met your mother

hazal-san said...

Sekuntum mawar merah!!!
didalam perigi~~~!

say- O said...

mad: memang betui, selalu awai dan hujung.

nazrin: 25 minutes too late, hehehe

hazal: tu lagu faveret ko, selain oh mama

tintabiru said...

hehe..xsalah mencuba..tapi..dalam masa hg jadi sami ni..tenang2 juge marka kat luaq nu..umoq koi meningkat..hg jgn lupa..skrg dah sampai masa untuk hg tenang mana yang sesuai dgn hg..pastu cuba doa dan tawakal..insyaAllah dapat..

say- O said...

betui2 a'a..memang tu cadangan ramai, ghahaha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails