Sunday, August 29, 2010

Hero-Ku

Semalam buat post pasal heroine-heroine ku, terasa macam kembali ke zaman muda2 dulu. Zaman main game tanpa memikirkan sangat assignment dan tugasan.

Fuh...cepat benar masa berlalu. Betul lah apa yang Prof Yang Farina kata, "Time is relative. It depends on your age. The older you get, the faster you'll feel. Why? 3 years for a 6 years old boy is half of his life. Meanwhile 3 years of a 21 years old boy is merely 1/7 of his life"

jangan buang masa, tu penting sekali

Faham? Ke tak faham?

Ok, nak sambung pasal watak2 game favourite aku. Semalam cerita pasal heroine, kali ni pasal hero pulak. Sebab ada sorang kawan tu dia buat request untuk laki pulak, maka bertambah rajin la aku nak buat review sementara menunggu waktu bebuka ni.

Kriteria pemarkahan masih sama macam dulu. Tak payah cakap banyak, ini senarainya!!

1. James Sunderland (Silent Hill 2)

Masih lagi watak dari game Silent Hill 2 yang terlintas kat kepala aku 1st.. Sebab? James ni seorang yang real hero dari kalangan orang biasa. Tak ada skill lawan, tak ada ability lompat jauh/ tinggi 5 meter pun. Tapi characteristics dia banyak. Berani, penyayang, bodoh pun ada..haha!! Tapi dia mampu untuk capai apa yang dia mahu. Dan dia ada konflik drama (berkait rapat ngan Maria semalam) dalam game ni. Pempuan mesti suka.

Metr suka: 10/10


2. Prince Dastan (Prince of Persia- The Warrior Within)

The best prince among the series. No nonsense punya hero. Niat hanya satu: nak perbetulkan timeline fate yang dia ubah. Sapa kacau, pancung. Brutal punya hero. Hensem?hm..x sangat. Tapi lebih kepada tough hero. Pandai lompat2 kat dinding, wall running..tengok muka pun dah tau, lebih maskulin la senang crita.

Meter suka: 9.5/10



3. Chris Redfield (Resident Evil 5)

Si macho, kacak, tough, kuat, bergaya, bijak didampingi seorang awek hot (Sheva Alomar) sambil menembak2 kepala zombie. Memang style. Kalau korang main game ni, memang korang nampak betapa composenya mamat ni. Well, game kan. Tapi aku jeles ngan ke-tough-an dia. Dan awek sebelah dia.

Meter suka: 9.5/10


4. Dante & Virgil (Devil May Cry 3)

Cerita antara rivalry dua beradik. Dante si adik kembar (baju merah) lebih berpihak pada manusia manakala si abang kembar Virgil (baju biru) pula memihak pada demon. Oh lupa, mereka berdua adik beradik hasil dari ayah demon, mak manusia. So, memang diorang 2 cekap gila2 main pedang, pistol, lompat2 tinggi. Tak pecaya? cari trailer DMC 3 dalam you tube.

Meter suka: 9.0/10


5. Hworang (Tekken 3,4,5)

Si kacak dari Korea ni boleh dikatakan capai tahap PhD dalam TaeKwondo. Dia punya skill tendang memang maut punya..kalau dalam Tekken, kombo dia lah antara kombo paling lawa dan kuat. Sekali kena mau 3/4 nyawa hilang. Bila main Tekken adik aku pakai mamat ni, aku pakai Xiaoyou. Ingat lagi sampai sekarang kombo2 dia.

Meter Suka: tak suka sangat sebab asyik kena kombo sampai melayang, tapi..boleh la 8/10


Sebenarnya banyak lagi hero2 laki game yang aku suka, yang hensem, yang macho. Tapi penat la nak tulis semua. Mungkin kalau rajin tulis lagi.

Camne? Ada komen?


8 comments:

hazal said...

Prince Dastan! one of my favorites

say- O said...

dastan dalam 3 siri awal je, yang lain hampeh

~**Raw Honey**~ said...

silent hill ngan Dante-sama..love it

say- O said...

rohani!!
ko main silent hill ke?
DMC pun?

~**Raw Honey**~ said...

haha,silent hill seronok~~abg sy yg perknalkan kat sy..huuhu. DMC x...member sy obsess sgt dgn Dante -sama.

say- O said...

wah~~
dah main silent hill mana?habis tak?
dmc best gila...haha

Lia3003 said...

wah, memacam eik! saya ni x pernah main game yang melibatkan watak manusia..bebalik game yang lebih kurang macam zuma..ha3

say- O said...

haha..biasa pmpuan tak main game heavy2 macam saya main, selalunya game zuma, fb game tu je,

tapi kalau ada memang tabik spring!!hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails