Wednesday, August 4, 2010

Kali Ini Memang Stress

Kelas polimer tadi. Datang lecturer baru, Dr. Khairiyah. Style mengajar memang independent, xde la peluang nak salin2 nota kat skrin, sebab yang dia tunjuk hanya keywords. Bukan perenggan. Pastu kena alert apa yang dia cakap. Tak cukup lagi, dia suka pick sape2 untuk jawab soalan. Dan banyak gila benda2 fakta, general knowledge yang aku (dan maybe satu kelas) x tahu. Dia cakap dia stress ngan kami.

Aku jadi stress.

Balik bilik, ada lagi 2 assignment tak siap. Simetri dengan pepejal. Dua-dua susah. Dua- dua kelasnya esok, dua- dua kena hantar esok. Nak hentam saja buat, tapi rasa x baloi. So, kena study pelan2 caranya.

Bertambah stress.

Malam ni latihan boria. Memang aku dah officially tarik diri, tapi mana boleh aku lupakan mereka yang 2 tahun hidup bersama? Sedar tak sedar aku pun tertarik ke boria. Mereka agak terumbang ambing, tapi tak karam lagi. Aku rasa mereka tak sampai tahap perlu tekan pannic button.
Malam ni aku dah janji nak tolong mereka. Tak sampai hati aku nak mungkir janji.

Tambah lagi stress extra.

Tengok rak buku, nampak buku organik. My God..organik. Paper paling susah dalam dunia. Kelas dalam sebulan ni pun aku tak faham, assignment yang lecturer bagi pun bila nak buat tak bergerak- gerak. Ini memang dah kronik. Terasa nak panggil Franky dalam One Piece suruh dia tukar otak aku jadi otak komputer. Senang nak install delete semua reaction, catalyst, mechanism,

Stressnya.

Oh, itu belum dapat tajuk tesis lagi. Dah 3 lecturer bagi warning/ nasihat pasal betapa dangerousnya tesis ni. Macam hell pun ada bila dengar.

Aaaaaaaaaa........ serious aku stress sekarang ni.

6 comments:

hazal-san said...

kita kayuh pelan-pelan

dayung~dayung sampan~
sampai~ negara jiran oyeah~~

Anonymous said...

ko kena ingat yg ko tu da final year. so, ko nk x nk ko kena redahhh je k. igt, bkn ko sorg je yg stress. ko kne lbih pndai manage time mcm prof ckp. & byk2 brbncg ngan kwn2 kalau x faham. jgn suka tangguh keje. p/s: ni ak bg nsihat kt ko ngan ikhlas. hrap ko trima ngan hati yg terbuka.

wann afzan said...

xpe2...klu x dpt dtg boria, smua org fhm..siapkn dlu yg mana lebih penting..yes, ur family is more important...tp tu masa dpn say o..siapkn dlu assignment..stdy yg mana x phm dlu, ok? njoy the stress =)

say- O said...

wann n hazal: very2 much thanks!!

anon: thanks jugak! tapi seriously aku nak tahu nama,...

~ i K i N ~ said...

Dr. Khairiah yg d mksd kn,
atau lbey glamour dgn name Dr.K kah?
*seram*

say- O said...

hah ikin!
dialah orangnya!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails