Wednesday, August 11, 2010

Jiwa Kacau

Bulan Ramadhan, bulan yang mulia. Bulan keberkatan lah kata orang. Dalam masa sebulan ni lah pelbagai ganjaran pahala dijanjikan oleh Allah kepada hamba-Nya. Tak kurang juga ganjaran ketenangan jiwa kepada mereka yang menginginkannya.

Tapi aku? Gundah-gulana.

Rasa serabut, tak tenang, tak sedap hati, sesak dada. Rasa serba tak kena.

Baru 2 hari puasa, semua perasaan kat atas tu menyerang aku. Entah kenapa, bagaimana, aku tak tahu. Ikutkan sebelum puasa ni, aku rasa tenang dan lapang. Semua masalah aku berjaya selesaikan satu-persatu. Masuk hari puasa, masalah remeh pun tak mampu nak hapuskan.

Takkan lah sebab lapar? Dah 21 tahun pun lembik lagi ke?

Hari ni bertambah serabut rasanya. Semalam tido awal, dengan harapan boleh study di pagi esoknya. Tapi bangun2 je rasa panas semacam, selesema pun ada. Dah pakai baju ke kelas, beg dah ready, tapi tidur kejap dulu, rasa pening dan panas tu benar- benar mengganggu. Celik mata balik, pukul 12 tepat. Ya Allah..terlepas 3 kelas. Habis rosak azam awal sem. Bodoh!

Dek kerana frust, online kejap. Terbaca blog somebody. Woh.. bagi aku hidup dia memang indah. Orangnya cantik, pandai. Dalam blog tu diceritakan pulak future life to-be dia yang most likely will happen. Tahniah pada beliau but my God..bertambah rasa hina dan rendah diri. Rasa jealous pun menebal.

Yes, people said there are thousands, millions of people whose life are poorer than you. But then again, i am one of the thousands, millions whose life is poorer than her. Sorry, aku memang suka tengok benda dari sudut bertentangan.

So, macam mana ni? Mungkin aku perlukan masa? Atau tamparan penghalau hantu yang macam abah aku penah bagi dulu untuk sedarkan diri ini supaya tough ar skett bro!!! Haha, apapun aku kena buat sesuatu. Sepertimana kata2 keramat dalam bidang bola sepak: actions speak louder than words.

Do something. Stop whining.


look to the mirror. you are your worst enemy.

8 comments:

wann afzan™ said...

x suka ini!!

say- O said...

tak suka yang bahagian mana?

hazal-san said...

lek say-o..Dok sorg mmg tough sebab kita sorang2.Takde org nak tegur, nak ingatkn.

Jadi, Find something that u can hold on matter what happen.Ini berdasarkan pengalaman.

Pegangan yang paling elok adalah percaya pd Allah. Tak kira ko sedih ke gembira ke ingat kat dia. Cr ilmu dia.

insyaAllah boleh

say- O said...

dalam sebulan lebih dah ok, tapi 2 hari start posa ni jadi kacau. Takpe, aku percaya aku boleh.

Anonymous said...

roda itu bulat.

-fatin

say- O said...

yeah fatin, aku akan kat atas.

nadiagz said...

elo2..dan salam sejahtera..

say-0..alamak..gaya hg dh ganazzzz abis dh..

ilek..kite tak selamanya gembira..tapi kite tak sepatutnye selamanya sedih..pun tak perlu untuk terlalu stress..

kadang2..yang buat kite terlampau dlm satu2 prsaan tu..sbb syaitan yg buat..

semoga hg tenang smle =)

say- O said...

hahaha..tinta biru, aku memang camni kot, time skolah dulu camni gak ke?
haha..maybe time aku taip ni tengah emo..
anyway, thanks 4 ur advices

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails