Sunday, October 30, 2011

Horor-scope


Yesterday me, Ijan, Ainul, Emi and Serdang went to Mines you know. We had a good time together, watched movie ( Don't Be Afraid of The Dark) eat, walk, jalan2, beli ext harddisk untuk Serdang, walk, jalan2, usya2 buku. Masuk kedai buku.

Then dalam kedai buku tu ada satu set jual patung teddy bear saiz keychain. Yang standard couple2 bagi kat pasangan masing2. Tapi keychain ni bukan sebarang (gaya Ainul) punya keychain. Bear tu badannya dibalut kertas yang mana kat depannya ditulis tarikh lahir, yang belakang badan ditulis perwatakan.

So, atas sebab curiousity, maka aku cari yang 13 Ogos. Fuchhh. Muka ganaz badan besar rambut tebal tapi duk belek patung brithday. Wadafakhh.

Jumpa patung yang tarikh 13 Ogos. Dengan kool aku baca (dalam hati)

"A kind and good hearted person. Willing to fill and help your friends need than yours first. Well like person. Great in friends relations but not in intimate relationship. You had more leader quality than you knew."


.....






-End of Story-

Wednesday, October 26, 2011

Raining and Lazing




She's cute, isn't she?

Reminds me of someone.



-End of Story-

Friday, October 21, 2011

When You Dress Like Them

*entry ni adalah hasil ransangan dari poster motivation kat dinding belakang kaunter & Zar Bakery, yang mana tertulis "WISDOM: He who ask a question may be a fool for five minutes. He who doesn't will be a fool in his entire life." Lebih kurang lah.*


Facebook telah menjadi tempat sebaran maklumat pada kadar yang tinggi dan cepat. Dari Freemason, Bersih 2.0, budak kena lenyek lori sampailah ke aweks gaduh rebut laki kat kedai kasut, Facebook telah berjaya menyampaikan maklumat dengan cepat selain menjadi medan sosial dan ngurat/stalk gadis2 dan jejaka2. Terima kasih Mark Zuckerberg.

So, aku terperasan satu benda ni. Kes hangat yang mula sem lepas kot..atau baru2 ni lah. Gejala (?) fesyen pemakaian tudung serupa dengan sister2 kat gereja. Pendek ceritanya, tengok gambar bawah.




Aku tahu siapa artis yang belah kiri dan kanan tu. Okay off topic, haha.

Aku jarang (atau tak pernah) tulis entry yang very religious oriented. Reason dia- sebab aku sendiri tak tahu secara arif dan menyeluruh tentang sesuatu hukum. Tapi gambar di atas buatkan aku terfikir sebentar. Yes memang famous satu hadis yang berbunyi "barang siapa yang menyerupai sesuatu kaum itu, maka ia termasuk golongan mereka."

Kemudian, aku ada baca satu artikel dari blog Dr. Maza. Agak panjang lebar, tapi dari apa yang aku baca dan fahami, beliau berkata term 'sesiapa yang menyerupai' itu merujuk pada sesuatu yang menjadi ciri special/khusus sesuatu pihak yang mana kalau ada orang (Islam) lakukan maka dia termasuk dalam golongan mereka. Contohnya, pakaian khusus agama lain/ upacara khusus agama lain jika seorang Muslim itu buat, maka dia termasuk dalam golongan itu.

Sambung beliau lagi,

Ertinya, menyerupai sesuatu yang khusus bagi agama tertentu seperti memakai salib, atau pakaian khusus paderi dan sami, atau amalan khusus agama tertentu seperti bertafakur di kuil dan seumpamanya adalah perbuatan yang haram. Jika ia diikuti dengan iktikad seperti mereka, maka dia menjadi kufur. Sementara, jika dia sekadar suka-suka, atau melakukan tanpa niat yang kufur, amalan tersebut tetap haram. Cumanya, ulama berbeza pendapat, ada yang menganggapnya telah kufur, ada pula yang menyatakan tidak, tetapi berdosa.

Now, the question is- gambar tudung yang kiri kat atas tu tidak khusus Kristian punya Nun bukan? Cuma understandably, pengaruh design macam ada. Jadi, how's the hukum? I know that the easiest possible answer to pop up will be "kalau tak pasti, tak payah pakai lah...takut2 bedosa, mana kita tau." But then, beradalah kita di takuk lama.

Mungkin ada yang tidak tahu bahawa Judaism (Jews), Christianity and Islam adalah actually 3 agama yang berasaskan pada one true God. So, lojiklah kalau konsep pemakaian 3 agama ini basically macam sama.

Kadang2 aku ter-simpati pada perempuan. Banyak sungguh larangan mereka. Sampai bertudung pun ada beware rules!! nya. Salute to all you Muslimah who wear Hijab! Korang memang warrior!

Dan kalau nak compare kesamaan, ini antara contoh lain yang sama dengan pakaian Islam.







Aku rasa kamu dapat tangkap maksud aku.

Again, ditekankan di sini yang aku bukannya alim ulama pandai agama pun. Cumanya kadang- kadang terasa curious and feel the urge to question the verdict for a better understanding. Tak bagus kalau selalu terima saja apa yang ditunjukkan tanpa periksa/kaji atau paling kurang analyse ngan minda dulu. Kalau ada part yang aku salah, feel free to correct me.

Anyway, thanks sebab baca. May Allah bless us all. Amin.

Tuesday, October 18, 2011

The Secret- The Power (and I know its dangerous?)






There's nothing impossible in this world. You are meant to have a good life. You are the magnet that pull everything towards you. You are the centre of your life. You have the ability to have anything you want.

All you have to do is imagine it, feel it, receive it. Imagine that you have it, feel that you already possess it. Feel the touch, the smell, the shape, the happiness of having it. Then you'll receive it. Don't burden yourself by wondering how it will come to reality. The universe have it's own way of delivering it to you. Just believe. Have faith.

Let yourself full of positive feelings, aura and thoughts. Don't think negative, throw away all negativity from your life, your mind. Because when you think of negativity even by denying it (i don't want to), actually you are calling it to you. So, embrace your life with love. Full of love. Love is the power that move the world. Love is the reason of all positive feelings in the world

Not to forget, be gratitude. Say thank you for everything that happen to you. Thank you for the food. Thank you for I am still breathing. Thank you for the friends that I have. Thank you for the money. Thank you for the service. Thank you for everything.

Less to forget, give more. Because what you give, you'll get back. And mostly, you'll get more than what you had given. Don't be selfish.

For this world revolve in the law of attraction.





.......................................................................................................................


Well, sounds familiar right?

Monday, October 17, 2011

Satu Hari Nanti


Bila disemak semula, dalam blog ni tak pernah pun aku cerita pasal mereka. I mean, directly. Tak pernah pun.

One day, I'll make one powerful entry about them.

Aku ada banyak cerita dengan mereka. Berkaitan mereka. Bersama mereka.

Sepertimana tagline dalam tv itu,


"Ini cerita kita"

Yes I have some cerita. A lot.

Sunday, October 16, 2011

Serigala Besar Jahat (Epilog)

Semalam adalah hari terakhir event Big Bad Wolf Book Festival. Di samping menunaikan hasrat Cik Rohani yang teringin sangat nak pergi, maka aku telah berusaha untuk organize penjelajahan buku sekali lagi, buat kali terakhir. Nasib agak baik, kebetulan Syira, Pod dan Farah pun nak pergi juga, so berlima lah pergi dengan Proton Saga merah itu.

Tak perlu cerita pukul berapa bertolak makan kat mana isi minyak berapa ringgit pakai highway ke tak.

Sampai saja, dah beratur kereta nak cari parking kat area around dewan tu. Gila sungguh, baru 1030 pagi- 30 minit selepas waktu dibuka. Apapun, dengan muka tak sabar dan langkah laju2 oleh Rohani, buatkan kami yang lain agak mengah dan struggle. Tambah lagi untuk yang dah kali ke-3 datang, haha.


Ada lembaga hijau bersembunyi.


Ingatkan buku-buku akan habis 40%, tapi actually penuh sentiasa atas meja. Cuma ada certain2 genre yang dah makin kosong tapi diisi dengan genre lain macam..self help dah penuh dengan biography, new religion dah diisi dengan novels. Sekadar merapatkan saf.

Overall, customers ramai sungguh. Paling ramai antara 3 hari aku pergi. Mungkin factor weekend (Sunday) plus the last day of the event? Apapun, aku berniat untuk tidak memegang kotak kosong. Tapi niat cuma tinggal niat sajalah. Kotak kosong dipegang juga, buku dibeli juga.Lemah sungguh.


Lembaga hijau sudah tak mampu bersembunyi.



Seramai ini, dan ada meja yang sudah mula kosong.


Dua jam mabuk buku dalam dewan, cukuplah. Bayar, dan ready untuk balik. Masing- masing dengan buku masing- masing. Paling ceria? Cik Rohani. Penuh cahaya kebahagiaan. Dan berulangkali kata tahun depan kena pergi lagi!

For my part, 3 times of visits in space of 10 days was a good (silly?) act. Dalam 3 kali tu, every one of it i bought books, in abundance. Tak dapat nak lawan nafsu dan lojikal pemikiran "rm8 di sini dan rm 60 di MPH". Habis satu rak buku meja sebelah aku buat library mini. Nerdy and crazy yeah. But beautiful.



Yang paling kanan tu tak dijual di BBW.


Most of my books are humanities related topics and history(war, war experience, human side of war, journal, biographies and etc). To put it simple- non fiction lah. Ada saja novel fiction 2,3 buah tapi itu pun fiction based on topics that I like such as crusades and dynasties in China. Tak lupa ada juga buku self help/ motivation yang dibeli. Tapi 2 buku saja.

I like reading books about real life experience. Especially war related ones. Quite related with my passion in gaming before (Call Of Duty 4 and above) perhaps. I like to relate on what I saw in movies to games and lastly to real stories in the books. To get a clearer picture is always entertaining.

Right now I'm reading Behind The Lines by Andrew Carroll. This is one kind of a special book since it compiled hundreds of letters during the wartime period into it . Ranging from the 17th century till the latest (2006 if I'm not mistaken). You see, movies are (mostly) actions in perfections, games are utter pleasure from pure designated battlefield but this book tell you the real story of the soldiers. Yeah forgot to mention, letters by the soldiers of USA, Japan, Britain, India, Poland, Iraq, German and so on. No discrimation here.

Letters mostly about loves, endless hope, broken down men, battlefield situations, aftermath and (some) humors in the thick of madness. Some of the love stories inside are truly sweet, some are pure sadness. Read this book, and you know what I mean.

Well, that's one of the many books about war that I bought. Honestly, this fascination of war materials is the proof that I am hugely influenced by my father. And the lasting effect of playing war games, not to mention. For my father, I bought him another Elvis book. It's such a shame that my father and my abang sulung didn't have the chance to come to this event. I'm pretty sure they'll need a kereta sorong to put all the books that they'll buy if they happened to come.


A good son is a son who remember his dad even in good and enjoy time. A good sister is a sister who remember his brother even in good and enjoy time.


And for the next BBW event next year, if I have the time and means to do so I will come again. For this event is one true special bookfair I am not going to find it anywhere else in the world. Too precious to let it pass by.

At least now I have a bookstock for a minimum of one year reading materials in an extreme bargain price. I don't regret it. Not a bit. Money well spent.

Friday, October 14, 2011

When You See Life, You'll See Beauty



Alhamdulillah. Syukur pada Tuhan.


------------------------------------------------------------------------------------


Betul lah kata orang. Membaca membuka minda.

Minda yang tertutup adalah amat merbahaya kepada masyarakat. Penting sekali, kepada diri sendiri.

You can gain knowledge and lessons from other medium such as movies, documentaries, games and of course-experience. But in terms of input received,

Two hours of movies and documentaries can't beat 2 hours of reading books. Not to mention video games.

We all had been in dark times. We all. Even Nabi Muhammad (pbuh) himself was greatly put into strain test of resilience and above all- faith during his colourful life.

In the not so distant past, I was in one of my darkest period of time. My self confidence was low, my spirit was weak and I felt like floating around, aimlessly and carelessly. However,

All is not lost.

Precious advices from my brothers are the key to my revival (a bit too much perhaps?haha). I am lucky to have 2 lovely brothers with different personalities but one thing for sure- they do care about their younger brothers. Thank you my brothers. YENUWA!

And one of the thing that they said was, " Try to read books. Bangsa berjaya adalah bangsa yang membaca."

At first I was slow in starting it. Cuma fikir "ok pelan2 lah~." How wrong I was.

Reading can ease your mind. Reading can enlarge your view of the world. Reading can get you something new. Reading can motivate you. Reading can give you limitless possibilities. Reading is power.

But be aware, don't become a nerd whose life revolving only books, books and books. Be social, get mix with people. Stay healthy. Play sports. Satu lagi pesanan dari abang aku. Very true indeed. And don't forget your Tuhan.

Just yesterday I finished reading The Secret- The Power. My brother (and my young and vigorous professor) advised me (us, when we were in her class) to be careful with the book since it's like a pedang bermata dua. Boleh membawa kebaikan dan keburukan jika tidak berhati- hati. Jujurnya, buku itu sangat bermakna dan membantu dalam proses rehabilitisi saya.

The book suggest us to be full of gratitudes. It suggest us to be thankful for everything. It suggest us to be full of love and forgiving. It suggest us to throw away all the hatred and negative vibes in our hearts and feelings. It suggest us to give more. It suggest us to dream big, for it will surely come to reality.

Then from this book, I started to have a long look at myself. Some of my characters are negative while some are positives. At times, I was too pessimist and a doom-sayer type of person. The book said that if you think negative and feel negative, you'll get back negativity. So, I decided to change. Bit by bit. I'm no robot or angel.

I want to end the cold war with them. I don't want to drag my loved ones to endless dark tunnel. I'm ready to be submissive. I'm ready to be forgiving.

So much more knowledge I gained from reading. The Hizbullah party, the collection of letters through war period, the fictional novels that give extra creativity to my mind. All had contributed to me being grateful- for I am living in a peaceful period and having a comfortable life.

At last, I just feel relaxed and embracing new day with smiles and gratitudes. I want to etched this feeling here. Just as this song below played to me. Lovely.

Relax, take a deep breath and enjoy the moment. The future is not for us to worry, because today is what shaped tomorrow.




Review!! -Jerat

Lately (well, quite a few months actually) I am turning from a gamer to reader. Suka sangat baca buku- buku sekarang ni. Masalahnya, buku- buku Kimia susah sikit nak suka, hehe (perlu dibaiki, I know). Apapun, ini adalah review saya tentang novel Jerat karya Dayang Noor terbitan FIXI.


covernya bagi saya..style!


Sinopsisnya? Novel ini secara amnya menceritakan tentang seorang system integration manager bernama Shereen yang hilang ingatan setelah kemalangan (atau cubaan bunuh). Cubaan bunuh punya teori wujud sebab hari dia kena hentam kereta tu, dia sepatutnya masuk meeting untuk negotiate tender IT bernilai RM400juta. Dan malam sebelumnya, ada 2 insan yang berkait rapat
dengan tender itu juga dibunuh.

So, apabila hilang ingatan, habis segala benda yang lama dia lupa. Kepakaran ilmu IT sudah lupa, kawan sekerja pun dah tak kenal, musuh apatah lagi. Sepanjang di hospital, Shereen cuma kenal Tash, gadis rempit yang patah kaki dan ibunya serta ibu Shereen sendiri. Masa berlalu, Shereen kembali bekerja di syarikatnya. Tetapi, dia mula rasa sangsi. Wujud watak2 rakan sekerja (Adele, Rizwan, Yazid, Datuk Hassan) dan rakan nightlife (Melia) yang mana dia tak ingat sebarang memori antara dia dan mereka. Dalam kesangsian itu, dia juga sibuk membongkar kes seludup data sulit syarikat yang mana private and confidential. Makin lama, ingatan Shereen makin kembali. Bahaya mangkin menghampiri. Nyawa dia dan mereka yang rapat dengannya makin terancam. Dia perlu bertindak segera dengan memori yang tidak lengkap itu.

Fuh, panjang la pulak.

Ok, ini review peribadi saya pulak. One word- thriller. Serius thriller gila novel ni. Sebab Shereen tu tak kenal langsung semua watak lain yang ada kecuali mak dan kawan dia (Tash). So dengan tak berapa sihat, ancaman bunuh masih ada lagi dia kena pergi bekerja. Ada jugak kawan nightlife dia (Melia) yang nampak mencurigakan (dengan gaya hidup bebas serta seks bebas) yang mana ada terlibat juga dengan tender 400juta tu. Rakan sekerjanya Rizwan (juga bekas kekasih dulu) juga nampak misterius. Melia nasihat jangan percaya Rizwan. Rizwan nasihat jangan percaya Melia. Mana satu yang perlu percaya?

Selain tu, sejarah hidup Shereen tu sendiri juga penuh misteri. Kenapa Rizwan jadi 'ex-bf'? Apa kaitan Shereen dengan Melia? Apa kaitan Shereen dengan Adele? Apa kaitan Shereen dengan Datuk Hassan, Datuk Hasnor dan Pak Ya? Dan paling tak diduga, apa kaitan Tash dengan semua ni?

Oh lupa pula. Memandangkan penulis ini juga bekerja dalam bidang IT, maka novel ini basic mediumnya adalah IT. Penuh terma- terma IT yang saya tak paham. Kalau dalam English pun dah struggle, apatah lagi bila di- melayukan terma-terma IT ni. Kepada yang ada background komputer yang kuat mungkin dapat menghayati novel ini dengan lebih mendalam

One final advice, jangan expect ini cerita yang fairytale happy ending okay. Anda akan sedih dan terkejut dengan endingnya. Apapun, dari 5 bintang, buku ini saya beri 4 bintang!! Hahaha, serius best my friends. You should read this.


Monday, October 10, 2011

A Quick Thought

Honestly, I am a man with a very high ego. Seriously.

Previous incidents had proved it. Convocation, friendship, relationship, love story, eating, exercise. Each and every one of it had confirmed me as a person with a high ego.

But,

Do I have the, the will to at least reluctantly apologize for something that I think was not a fault at all?

Not only that, that one apologize may just clean their name a bit. Yeah, maybe. Worthy, right?

So, now it come to this final battle.

My pride vs Possibility of acceptance.

Which one?



Friday, October 7, 2011

Serigala Besar Jahat

Tak payah intro panjang- panjang. Straight and direct is the best. Ok. Semalam hari Jumaat bertarikh 9 Oktober 2011 aku bersama Ismeth Azril Shamsudin dan Arif Farhan bin Abd. Rani telah secara berjemaah pergi menghadirkan diri ke Big Bad Wolf (BBW) Book Festival yang mana bertempat di dewan A perkarangan kompleks MARDI dalam UPM. Ok alamat tu buat sendiri saja tapi betul, memang dalam UPM ada MARDI center dan ada 4 dewan lagi besar dari DECTAR UKM.

Cool logo


Asalnya, kami terlebih dahulu pergi ke Mines untuk...well, main Tekken, tukar CD game dan beli henpon baru (Arif). Malang bagi Arif, henpon di Mines terlalu outdated untuk memenuhi nafsunya manakala syukur bagi Iskandar kerana kombo Christie yang dilatihnya saban minggu lepas menggunakan PSP hakmilik Izan Muslimin telah berjaya dizahirkan dalam bentuk arked pula. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Maka selesai saja urusan di Mines, tanpa melengahkan masa kami direct gerak ke dalam UPM. Tapi aneh, apa satu banner-kain rentang- signboard pasal BBW pun tak ada dalam UPM. Kegusaran di hati mula melanda. Apakah aku ini yang memandai- mandai assume "oh mesti dalam ni punya, aku pi yang MAHA dulu memang situ saja ada dewan besaq mampu muat 1.5 juta buku. Kompem!" Apapun, kami cuba juga masuk ke pusat MARDI itu.

Ternyata telahan aku berasas.

Tapi direction masih lagi bangang. Ada 4 dewan besar jarak boleh tahan jauh jugak kena jalan kaki. Parkingnya pun banyak, tapi tak tahu mana satu yang paling dekat dengan dewan-yang-mana-satu. Gamble. Park saja sebelah dewan D sebab nampak ada 2 budak cina jalan dengan setiap seorangnya pegang 2 plastik besar penuh berisi. Kami terkesima. Senggama minda sungguh. Beli buku ke beli sayur ni??? Apapun, tekaan kami salah kali ini. Rupanya dewan A tempat BBW berlangsung. Cis, letih sungguh naik turun tangga naik turun bukit apa semua tu.

Ketika hati memaki- maki penganjur, kami sudah hampir dengan pintu masuk. Mengintai dari jauh, nampak buku-buku dan meja- meja tersusun. Hati mula memuji- muji. Sebaik saja melangkah masuk...

YA ALLAH GRAND GILA!

Kamu mesti tak dapat bayangkan ni... Just imagine, 1.5 million books are allocated throughout this event. Dewan dia punyalah panjang, kalau KTAMS punya kepanjangan, paling kurang 2 kali ganda juga. Paling kurang tu. And books are everywhere. Ada banyak sungguh kategori. Let me list them down

1. Children
2. Young adult
3. Romance
4. Biograh/ Memoir
5. History
6. Fiction
7. Non- Fiction
8. Science
9. Cooking
10. Pets/ Leisure
11. Coffee table books
12. Complete idiot guides (XYXYXX for dummies)
13. Star/movies
14. Sports
15. Computers

And so much more that i might had forgotten.


Yeah like this. Absolutely.


Feeling aku? Forking heaven mate. Sepanjang first 15 minutes I just can't stop smiling. And so do the others. Semua orang yang baru masuk sama saja, akan bermuka excited macam baru jumpa goldmine. Tetapi kebahagiaan tidak terhenti di situ saja. Bila belek buku yang ada, harga cuma RM8. Apa senggamanya bila buku hardcover setebal Yellow pages tu harga RM8 saja??? Kalau kat Popular, atau MPH, atau Borders, mau RM60 paling cikai. Fork fork fork. Damn excited.

Dari senyum bahagia jadi pening kepala pula. Terlalu banyak buku yang interesting sampai tak tau nak beli yang mana satu. Contohnya macam ni. I had finished Raymond Khoury's The Last Templar about 2 years ago. Then I went searching for his other books but to find nothing. Tapi kat BBW ni, ada lagi 2 yang Raymond punya buku- The Sign dan juga The Sanctuary. Pergh kalau kat Pacific paling bodo pun harga RM33 untuk satu. Sini? RM8. Shit.

Ke-murahan harga buku- buku di sini membuatkan Arif pergi kepada urusetia dan menunjukkan buku tebal hard-cover sambil bertanya, "Miss, buku ni betul ke RM8?" Miss tu jawab, " Ya betul betul..8 saja.." Uarrghhhh~~!!! Beliau terus menelefon aweknya dan 2 jam kemudian habis satu siri novel bahagian young adult yang berjumlah 7 buku dia angkut. Semuanya aweknya punya katanya. Hahahaha.

Ismeth pula berlegar-legar di kawasan young adult, lagi perinci-bahagian novel fiksyen serius. 2 jam kemudian, beliau memegang 3 buah buku tetapi gusar jelas di wajahnya. Sebabnya, "Aku tak sure aku mampu ke tak habiskan buku-buku ni"

Aku? Yeah aku buat satu pusingan scanning area dulu. Then baru pergi bahagian yang menarik nafsu dan minat aku.

First jalan- jalan bahagian History. Ya Allah banyak sungguh buku yang best!

Kemudian ke bahagian buku- buku perang. Masyaallah sungguh banyak buku yang menarik!

Kemudian ke bahagian biography. Astaghfirullahalazim banyak sungguh buku yang best!

Kemudian ke bahagian buku-buku true story. Subhanallah banyak sungguh buku yang superb!

Kemudian ke bahagian buku fiction. Lailahaillallah banyak sungguh novel yang awesome!!

Masyallah!! Masyallah!!

Teringatkan kepada abah aku yang memang suka buku- buku perang, aku terus call beliau. Hasilnya, 4 buku aku angkut untuk beliau. Abang sulung aku, Awi pulak macam biasa saja response. Cuma bagi nasihat suruh pilih betul- betul, jangan terbeli buku yang bosan pulak. Baik boss.

Akhirnya, aku angkut 10 buku kesemuanya. Nasib baik ada Arif. Dia ada duit lebih. Pembelian lari bajet.


This is crazy



This is madness


Cakap pasal duit. Actually, event hari itu macam sudah disusun takdirnya. I had no idea whatsoever about this serigala jahat ni. Luckily that Friday morning I felt like going to the library (which is rare for me going to library on Friday morning). Luckily,I felt like flipping through the Life & Style pages in NST at the newspapers section. or else to hell I'm going to know this BBW event. Luckily, I asked Arif whether he's interested to follow or else I'll be riding my bike and have some struggling riding back to UKM session with loads of books. Luckily, Arif didn't find the suitable handphone at Mines or else without his handphone money i had to reduce the books from 10 to 9, 8 maybe? Seriously, it was a series of unthinkable events and effects that happen one after another that made me went back to UKM with 10 books and a very broad smile on my face. Thank you Allah=)

So kepada bookworm nerds yang ada terbaca entry ni, apa lagi tunggu- tunggu. Plan siap-siap dulu. Sediakan bajet berapa yang mahu. Jujurnya, kalau mampu dan nafsu membaca tu tahap kronik punya addicted, sediakan paling kurang RM100. Then listkan buku apa yang mahu dicari. Pakai baju yang selesa, kasut yang selesa kerana anda akan berdiri lama nanti. Pergi toilet awal- awal. Then kalau hensem lagi, bawak troli mini tu. Kalau tak ada, stroller baby pun boleh! Bawak beg galas macam budak sekolah tu sekali, senang nak simpan buku bila dah beli.

Pergilah. Event ni sampai 16 Oktober katanya. Setakat semalam hari pertama pun buku Elvis dah habis. Come on, where else can you find a supposedly RM60 books are sold at RM8?








LinkWithin

Related Posts with Thumbnails