Friday, October 21, 2011

When You Dress Like Them

*entry ni adalah hasil ransangan dari poster motivation kat dinding belakang kaunter & Zar Bakery, yang mana tertulis "WISDOM: He who ask a question may be a fool for five minutes. He who doesn't will be a fool in his entire life." Lebih kurang lah.*


Facebook telah menjadi tempat sebaran maklumat pada kadar yang tinggi dan cepat. Dari Freemason, Bersih 2.0, budak kena lenyek lori sampailah ke aweks gaduh rebut laki kat kedai kasut, Facebook telah berjaya menyampaikan maklumat dengan cepat selain menjadi medan sosial dan ngurat/stalk gadis2 dan jejaka2. Terima kasih Mark Zuckerberg.

So, aku terperasan satu benda ni. Kes hangat yang mula sem lepas kot..atau baru2 ni lah. Gejala (?) fesyen pemakaian tudung serupa dengan sister2 kat gereja. Pendek ceritanya, tengok gambar bawah.




Aku tahu siapa artis yang belah kiri dan kanan tu. Okay off topic, haha.

Aku jarang (atau tak pernah) tulis entry yang very religious oriented. Reason dia- sebab aku sendiri tak tahu secara arif dan menyeluruh tentang sesuatu hukum. Tapi gambar di atas buatkan aku terfikir sebentar. Yes memang famous satu hadis yang berbunyi "barang siapa yang menyerupai sesuatu kaum itu, maka ia termasuk golongan mereka."

Kemudian, aku ada baca satu artikel dari blog Dr. Maza. Agak panjang lebar, tapi dari apa yang aku baca dan fahami, beliau berkata term 'sesiapa yang menyerupai' itu merujuk pada sesuatu yang menjadi ciri special/khusus sesuatu pihak yang mana kalau ada orang (Islam) lakukan maka dia termasuk dalam golongan mereka. Contohnya, pakaian khusus agama lain/ upacara khusus agama lain jika seorang Muslim itu buat, maka dia termasuk dalam golongan itu.

Sambung beliau lagi,

Ertinya, menyerupai sesuatu yang khusus bagi agama tertentu seperti memakai salib, atau pakaian khusus paderi dan sami, atau amalan khusus agama tertentu seperti bertafakur di kuil dan seumpamanya adalah perbuatan yang haram. Jika ia diikuti dengan iktikad seperti mereka, maka dia menjadi kufur. Sementara, jika dia sekadar suka-suka, atau melakukan tanpa niat yang kufur, amalan tersebut tetap haram. Cumanya, ulama berbeza pendapat, ada yang menganggapnya telah kufur, ada pula yang menyatakan tidak, tetapi berdosa.

Now, the question is- gambar tudung yang kiri kat atas tu tidak khusus Kristian punya Nun bukan? Cuma understandably, pengaruh design macam ada. Jadi, how's the hukum? I know that the easiest possible answer to pop up will be "kalau tak pasti, tak payah pakai lah...takut2 bedosa, mana kita tau." But then, beradalah kita di takuk lama.

Mungkin ada yang tidak tahu bahawa Judaism (Jews), Christianity and Islam adalah actually 3 agama yang berasaskan pada one true God. So, lojiklah kalau konsep pemakaian 3 agama ini basically macam sama.

Kadang2 aku ter-simpati pada perempuan. Banyak sungguh larangan mereka. Sampai bertudung pun ada beware rules!! nya. Salute to all you Muslimah who wear Hijab! Korang memang warrior!

Dan kalau nak compare kesamaan, ini antara contoh lain yang sama dengan pakaian Islam.







Aku rasa kamu dapat tangkap maksud aku.

Again, ditekankan di sini yang aku bukannya alim ulama pandai agama pun. Cumanya kadang- kadang terasa curious and feel the urge to question the verdict for a better understanding. Tak bagus kalau selalu terima saja apa yang ditunjukkan tanpa periksa/kaji atau paling kurang analyse ngan minda dulu. Kalau ada part yang aku salah, feel free to correct me.

Anyway, thanks sebab baca. May Allah bless us all. Amin.

13 comments:

miaishika said...

at least berani meluahakn pendapat n it bernas.it just sweet and fully meaning in it...

rekbing said...

perempuan belah kanan tu macam cik maria.

am I right? haha

say- O said...

ecah: skarang sudah jadi trend kalau bukan orang pandai jangan nak cakap banyak!! terima saja seadanya!! aku rasa tak salah sekadar sharing thoughts, haha

kacang: yang kanan tu megan fox, yeah!

Nazrin Saad said...

Kita punya stigma : Yahudi itu jahat, Yahudi itu kaum yang dimurkai Allah.

Tapi kita tak pernah ambil tahu, Yahudi tak makan babi, Yahudi pun puasa dari terbit fajar siddiq hingga Maghrib dan Yahudi juga pakai hijab dan tak sentuh kaum bukan Muhrim.

Aku pun tak pandai sangat, dan aku rasa benda ni kena lagi kaji. Tapi itulah, kalau tak boleh sama, banyak benda juga yang terhad sebenarnya.

Shahir Naim said...

argument aku...

1> Islam terletak kat pemakaian atau kat Iman? kalau hari ni, seorang kafir pegang tasbih, dier islam ka? haha

2> orang pakai tudung sebab ape? sebab nak tutup aurat.. kan? kalau hari ni aku suruh kakak aku pakai tudung ala2 kain kafan.. adekah itu membuatkan beliau tak bernyawa? sebab dier "menyerupai" orang mati?


well, ni pendapat peribadi aku la~

say- O said...

shahir: thanks for your comment. aku faham dari hujah dr Maza, dia kata kalau memang pakai pakaian khusus agama/ritual agama lain (baju paderi/nun/kain sami) maka baru dia tergolong a.k.a berdosa. kalau dia pakai dengan niat saja2, pun masih berdosa.

cuma imam skarang banyak tafsiran masing2nya. tapi itulah basicnya. and sekarang ni globalisasi makin kuat. pengaruh fesyen suatu bangsa/agama kepada bangsa/agama lain adalah sangat mungkin untuk berlaku. maka terjadilah kes di atas secara sengaja ataupun tak sengaja...

the main thing aku rasa, kena yakin dan tak goyanglah dengan. no fear itu aku rasa penting.

say- O said...

nazrin: aku pun masih tunggu ayat/video argument/hujah dari mana2 ustaz tentang tudung fesyen atas ni. sebab kalau ada mesti dah ramai share kat fb. inikan tidak, ulang benda (gambar) yang sama-hentam, hentam, hentam. dan semua terus percaya dan terima.

kadang2, argument dan reasoning yang buatkan seseorang itu lagi kuat kepercayaannya.

bukan nama sebenar said...

ni lak pandangan aku,aku tak la berapa arif soal agama ni..

as long as tutup aurat,apedehal nk pergi samakan pemakaian dengan agama lain? peh emo betol aku..

tu la org islam,lagi2 melayu,narrow minded sgt la,nmpk tu sikit tak boleh! salah! haram! jangan!

niat baik pakai tudung nk tutup aurat,fesyen tu lantak dia la...kalau nk sentuh fesyen tudung skang ni semakin membuka aurat,singkat2 and all that, aku tak kesah n aku tak hentam,tapi nk kata pakai tudung skang macam sister kat gereja tu aku bengang ah~

lastly: aku tak pakai pun tdung yg serupa ini,tapi aku tengok manis sokmo ja org yg pkai tdung ni,

say- O said...

bukan nama sebenar:

"Kadang2 aku ter-simpati pada perempuan. Banyak sungguh larangan mereka. Sampai bertudung pun ada beware rules!! nya. Salute to all you Muslimah who wear Hijab! Korang memang warrior!"

itu satu rasa respek aku pada pmpuan bertudung. biarlah tudung dia singkat atau rapat atau labuh atau ala2 kristian/yahudi pun.

Anonymous said...

emm....mmg la...kita xberhak actually nak menghukum orang lain kalau xdak ilmu yg sahih...

but is a must for each of us untuk analyse and pikir dulu sesuatu perkara yang kita lihat dan baca...jgn men tafsir ikut logik akal je...Bukankah Islam itu cantik? telah diberi garis panduan yang sebenar di dalam al-quran dan as-sunnah...dari sekecil-kecik perkara sehingga sebesar2 perkara...

pasal kes fesyen tudung sekarang nie...mmg ada masalah sgt....yes seorang wanita itu boleh bertudung tetatpi belum tentu dia menutup aurat....jadi bukankah sia-sia perbuatan memakai tudung tapi masih tergolong orang yang xmenutup aurat dimana mengundang dosa?

penahkah kalian dengar ttg wanita yang membalut aurat? pasti la pernah kan sbb fb kan tmpt menyebar maklumat yg cepat...ok...mnutup aurat and membalut aurat adalah 2 perkara yang sgt berbeza....dan perkara ini jelas terpapar pada fesyen tudung di Malaysia sekarang.

Persoalan yang perlu difikirkan bersama xkira lelaki atau perempuan...kita nak nampak cantik di hadapan ALLAh atau nak nampak cantik dihadapan manusia?

Jika kita nak nampak cantik dihadapan ALLAH, pasti ALLAh akan cantikkan jugak kita dihadapan umatnya yang lain...
fesyen xslah selagi mana mengikut garis panduan yang telah ditetapkan dalam ISlAM.

rujuk lah ustaz atau ustazah yg lebih arif sbb sy sendiri juga masih bnyk kekurangan...

sekadar pandangan(^_^)

say- O said...

thanks miss anon. it is a good side of view from you. thank you very much.

just, next time please leave a more specific name with link to your blog. don't be afraid when you are berdakwah. and..it's just that i'd like to read more about your thoughts.

Pawi said...

Basically bende nie simple je. Jgn buat susah. For me, apa yg Yuna pakai tu tak salah pun. Tak nampak macam Nun punya baju pun. Actually you will see what you want to see. But of course, kalu dah nampak sgt jelas dia, tak ble nak deny lagi lah.

Just 1 thing, jgn lah jdi macam kaum Yahudi apabila Nabi Musa minta ekor lembu.

Islam itu mudah dan Nabi ada cakap (bermaksud lebih kurang); Bila ada 2 pilihan antara kamu, pilihlah mudah diantaranya.

Wallahua'lam

Ct DJa said...

nice topic, apesal aku lmbt baca?
eh, aku suka topic nie. aku suka pndangan kau. tp btol la, kalau rasa bdosa xpayah pakai, dr +ve side nye, sekurang2nya ramai yg xbertudung bhijrah ke bertudung dgn fesyen tudung sekrang, mana tau awl2 fesyen, lama2 tudung labuh. kann :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails