Friday, October 14, 2011

Review!! -Jerat

Lately (well, quite a few months actually) I am turning from a gamer to reader. Suka sangat baca buku- buku sekarang ni. Masalahnya, buku- buku Kimia susah sikit nak suka, hehe (perlu dibaiki, I know). Apapun, ini adalah review saya tentang novel Jerat karya Dayang Noor terbitan FIXI.


covernya bagi saya..style!


Sinopsisnya? Novel ini secara amnya menceritakan tentang seorang system integration manager bernama Shereen yang hilang ingatan setelah kemalangan (atau cubaan bunuh). Cubaan bunuh punya teori wujud sebab hari dia kena hentam kereta tu, dia sepatutnya masuk meeting untuk negotiate tender IT bernilai RM400juta. Dan malam sebelumnya, ada 2 insan yang berkait rapat
dengan tender itu juga dibunuh.

So, apabila hilang ingatan, habis segala benda yang lama dia lupa. Kepakaran ilmu IT sudah lupa, kawan sekerja pun dah tak kenal, musuh apatah lagi. Sepanjang di hospital, Shereen cuma kenal Tash, gadis rempit yang patah kaki dan ibunya serta ibu Shereen sendiri. Masa berlalu, Shereen kembali bekerja di syarikatnya. Tetapi, dia mula rasa sangsi. Wujud watak2 rakan sekerja (Adele, Rizwan, Yazid, Datuk Hassan) dan rakan nightlife (Melia) yang mana dia tak ingat sebarang memori antara dia dan mereka. Dalam kesangsian itu, dia juga sibuk membongkar kes seludup data sulit syarikat yang mana private and confidential. Makin lama, ingatan Shereen makin kembali. Bahaya mangkin menghampiri. Nyawa dia dan mereka yang rapat dengannya makin terancam. Dia perlu bertindak segera dengan memori yang tidak lengkap itu.

Fuh, panjang la pulak.

Ok, ini review peribadi saya pulak. One word- thriller. Serius thriller gila novel ni. Sebab Shereen tu tak kenal langsung semua watak lain yang ada kecuali mak dan kawan dia (Tash). So dengan tak berapa sihat, ancaman bunuh masih ada lagi dia kena pergi bekerja. Ada jugak kawan nightlife dia (Melia) yang nampak mencurigakan (dengan gaya hidup bebas serta seks bebas) yang mana ada terlibat juga dengan tender 400juta tu. Rakan sekerjanya Rizwan (juga bekas kekasih dulu) juga nampak misterius. Melia nasihat jangan percaya Rizwan. Rizwan nasihat jangan percaya Melia. Mana satu yang perlu percaya?

Selain tu, sejarah hidup Shereen tu sendiri juga penuh misteri. Kenapa Rizwan jadi 'ex-bf'? Apa kaitan Shereen dengan Melia? Apa kaitan Shereen dengan Adele? Apa kaitan Shereen dengan Datuk Hassan, Datuk Hasnor dan Pak Ya? Dan paling tak diduga, apa kaitan Tash dengan semua ni?

Oh lupa pula. Memandangkan penulis ini juga bekerja dalam bidang IT, maka novel ini basic mediumnya adalah IT. Penuh terma- terma IT yang saya tak paham. Kalau dalam English pun dah struggle, apatah lagi bila di- melayukan terma-terma IT ni. Kepada yang ada background komputer yang kuat mungkin dapat menghayati novel ini dengan lebih mendalam

One final advice, jangan expect ini cerita yang fairytale happy ending okay. Anda akan sedih dan terkejut dengan endingnya. Apapun, dari 5 bintang, buku ini saya beri 4 bintang!! Hahaha, serius best my friends. You should read this.


9 comments:

Unknown said...

RAJIN NA HANG BACA BUKU, AKU DOK NAK ABIHKAN CLASH OF KINGS NI

AinAin said...

Thanks sbb bagitahu pasal Big bad wolf!! best giler!!.:))

say- O said...

ain: hehe kan...memang best book fair tu, ahad nanti nak pergi lagi, for the third time=)

say- O said...

jun: amboi kerasnya caps lock tu, haha. oh clash of kings tu pasal pe?

nurul saadah said...

nak pinjam is buku ni. leh x???

say- O said...

adah: oh boleh ja..mai lah ukm dulu, baru boleh pass

nurul saadah said...

insyaallah sabtu aku dtg. nanti ak roger k.

shandye. said...

so far, jerat novel yg paling unexpected ending dia. tergamam sekejap. bila aku tanya penulis dia kenapa buat ending macam tu dia cakap in real life, everything does not supposed to end in rainbows and glitters. hahaha... hard to believe yg in person penulisnya sopan2 dan nampak baik tapi novelnya memang betul2 thrilling.

tak sabar nk tgg zombijaya dan keluaran fixi yg lain. ngee...

say- O said...

adah: ok no problem.

shandye: yes lepas habis baca memang akan ada efek sedih 15 minit. tak sangka akhirnya gitu je ending. boleh masuk metro punya ending.

yeah zombijaya nanti ada launching event kat Pekan Frinjan 29 Okt nanti. Shah alam seksyen 7 dewan apa tah.

satu lagi novel fixi yang aku tringin nak baca (tapi tiada di kedai buku)- cekik. kononnya terlalu explicit content dia.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails