Sunday, September 4, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2011





Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.

Minggu lepas adalah minggu raya. Tahun ni pulak, raya kat umah adalah sangat meriah dengan kehadiran kak ipar dua orang dan of kos babies~~ 2 babies, sorang gadis sorang machoman. Gadis adalah Qaisarra Sofea binti Mohamad Pahlavi dan machoman adalah Luqman Hakim bin Nasruddin.

Cerita pasal 2 baby itu kejap eh.

Yang gadis itu sudah berpangkat kakak kerana umurnya yang tua lebih 4 bulan dari Luqman yang baru 2 bulan. Kami semua panggila dia Pea (Pi-ya) atau kalau rajin sket, Sofea. Kalau yang machoman tu, kami panggil dia Luqman, atau versi machonya Luq (Luke Skywalker gitu). Jujurnya, both are very cute. Pea ni jenis baik dan sangat tak kacau orang. Tak akan nangis pun biarla sapa2 pun yang dukung dia. Kalau waktu nak buka puasa dulu, cuma tinggal dia kat karpet ruang tamu, then dia akan merangkak sorang2 sambil main remote astro. Entah kenapa dia suka sungguh dengan remote Astro.


Sofea in Liverpool kit. YENUWA!


Luqman pula, memandangkan dia baru 2 bulan so biasalah, dia akan kuat menangis sket. Tapi ada satu karakteristik unik pada dia- rambut lebat sungguh dan dia sangat serius.....Selalu kerutkan dahi. Tambah2 kalau tengok orang lain selain papa mama dia. So rutin dia kalau ada apa2: Muka normal- kerut dahi- kerut dahi dan geleng2 kepala- kerut dahi dan geleng2 kepala sambil kayuh2 kaki tangan bergerak2 macam tepis benda- nangis dan semua benda sebelum ni kecuali muka normal. Itulah apa yang jadi bila dia nak susu, atau nak tukar pampers, atau tak selesa dengan orang lain. Sangat comel bila tengok, hahahaha.


Luqman yang serius sentiasa.


Ok cukup cerita pasal anak sedara pak cik. Masuk pada topik sebenar.

Actually, aku rasa macam nak share cara raya family aku. Bukan nak membangga diri mahupun family, tapi sekadar berkongsi setelah lihat ada pelbagai benda yang create questionssss sepanjang raya ni. Hahahaha.

Rutin family aku pada pagi raya- normal dan biasa2 saja. Bangun dalam pukul 6 camtu, then minum dan makan dulu sambil tengok tv dan sembang2 sebelum pergi mandi. Sarapan pagi yang ni best, sebab first sarapan selepas sebulan, dan mak serta kak farah dan kak mas akan hidang cantik2 dalam set teko. Ketupat lemang rendang pun sama. Terasa decent sekali sarapan itu.

Habis sarapan kami akan mandi dan pakai baju raya, terus ke masjid. Memandangkan ada 2 baby kecik dalam rumah, maka Kak Mas dan Kak Farah tak ikut. Anyway, ini first curiosity aku. Turun temurun sejak dulu kala lagi. Bila pergi sembahyang raya pagi tu, WAJIB pakai baju raya set lengkap bersampin berbutang lima. Sampin jenis yang baju masuk dalam, bukan style Johor punya. Butang kena pakai penuh. Songkok tak payah cerita. Dalam masjid, aku rasa yang sebegini dressing codenya...tak sampai 10%, hahaha. Ini adalah ajaran abah aku, katanya pagi raya kena pakai smart2, baru la cantik. Oh tapi bukan kasut raya, hanya pakai selipar biasa ja untuk ke masjid. Pakai kasut raya mahal2 untuk ke masjid adalah kerja bangang.

Bila balik dari sembahyang, again rilex2 dulu. Bukak sampin ke, duduk makan sket2 ke, atau nak ke toilet ke ha semua tu adalah sesuai waktu ni. Bila dah setel, maka sekali lagi akan pakai balik baju raya full set tadi dan akan bersalam raya minta ampun satu family. Ia akan mula dengan mak minta ampun kat abah, then sambung ngan abang Awi kepada abah dan mak dan begitulah seterusnya sampailah ke adik aku. Abah aku sorang yang nostalgik, dia suka sangat simpan gambar. So, akulah selalunya yang jadi camera man time salam mintak ampun ni. Habis sesi bersalam, kami satu family akan duduk ramai2 dan tangkap gambar family guna kamera yang set timer. Selalunya, abah aku akan set kamera, dan bila dah "klik poq klik poq", dia akan lari dan amik position. Smile~~ ok siap.


Besarnya aku, hahahaha. Tapi maintain kacak.


Habis sesi bergambar, ok mulalah program beraya. Prinsip ayah aku juga- hari raya 1st dan 2nd adalah hanya untuk adik beradik family sanak saudara saja. Kawan2 dan lain2 adalah pada hari2 lain. Jadi, abah selalunya dah susun rumah2 yang akan dilawati. Kesemua rumah tu adalah orang yang lagi tua dari abah dan mak dan of kos- adik beradik. TokKampung, TokCik, TokLang, TokNgah, Cikgu Bashir (pangkit TokChik), TokTam adalah regular rumah yang kami akan pergi. Mereka semua adalah pangkat lagi tinggi bagi abah aku dan jasa mereka waktu dulu2 adalah reason kenapa tiap2 tahun abah akan bawak kami sekeluarga pergi melawat.

Dalam hal melawat ni, abah wajibkan semua anak2 dia ikut. No compromise. Even abang2 aku yang dah kawin pun ikut juga. Jadi memang sekali masuk rumah ada 10 orang sampai..haha. Abang2 aku dan kak2 ipar aku pun ok saja, tak melawan pun. Malah diorang setuju lagi. Respect.

Bila dah habis rumah adik beradik pada raya 1st dan 2nd, baru lah masing2 bebas nak ke rumah sapa2 pun. Selalunya rumah kawan, rumah cikgu lah. Tapi, kadang2 aku duduk rumah saja, sebab hari2 berikutnya ada ramai adik beradik akan datang melawat rumah . Selalunya adalah adik beradik generasi mak abah aku pula macam PakCik, PakNgah, PakNdak, PakSu dan macam2 lagi. Yang pangkatnya adik, sepupu dan abang kepada abah dan mak aku. Diorang akan datang satu family.

Bila ada tetamu datang, mak dan abah akan sambut mereka dengan mesra. Abah akan layan dulu tetamu di ruang tamu dan mak akan sediakan juadah di dapur dengan dibantu kak2 ipar. Selalunya tetamu yang nak datang akan telefon dulu so bolehlah prepare awal juadah2 tu.

Daripada aktiviti raya ni, aku mula sedar beberapa benda.

First sekali akan adat melawat rumah orang dan adab bila menyambut tetamu dan adab bila menjadi tetamu. Aku honestly rasa besar hati dengan tuan rumah yang menyambut kami. Cara mereka sambut, cara mereka bercakap, senyum selalu, bahasa pun lembut dan baik2..membuatkan aku rasa dihormati dan dihargai. Walaupun kami bukanlah keluarga orang berada kereta besar2, tapi tuan rumah tetap layan kami dengan baik biarpun mereka adalah golongan datuk dan kerjaya hebat seperti doktor, engineer dan lawyer.

Sama juga dengan adab menjadi tetamu. Kena lah jaga perlakuan dan tutur kata. Senyum tu mesti. Bahasa juga kena lembut dan tertib. Tak kiralah pangkat kamu doktor atau lawyer atau lebih tua atau harta pusaka berelung2 sekalipun tapi apabila masuk ke rumah orang kenalah kamu beradab dan menghormati tuan rumah. Ada sekali sepasang doktor dan keluarganya melawat kami di rumah. Seriously aku sangat respect kepada mereka. Walaupun mereka doktor, pangkatnya lagi tinggi dari mak dan abah aku tetapi mereka sangat beradab dan menghormati tuan rumah. Nada percakapan yang tidak tinggi, senyum selalu, tidak cakap jenis perlekeh secara diam2 malah peramah. Anak2nya juga sama, walaupun tak banyak bercakap tetapi duduk diam2 dengan senyuman. Now that's what we call respect earned.

One more, bila jalan2 nak g beraya time raya 1st tu selalunya aku akan nampak jiran punya anak2 (umur takat aku dan muda sket kot) akan keluar dengan kawan2 diorang naik motor dan lepak2 bawah pokok. Baju memang macam nak g sembahyang jumaat je pun. Pelik aku memikirkannya.

Anyway by conclusion, raya tahun ni memang lagi bermakna dan meriah banding dulu2. Mungkin sebab ada ramai dalam rumah dengan baby comels dua orang. Mungkin juga sebab aku makin mengerti dan faham akan kepentingan ziarah menziarahi ini. Mungkin kerana aku sudah meningkat matang? Hahahahha, good for me.

Sekali lagi, Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin. Jemputlah datang ke rumah.




-End of story-




4 comments:

~**Raw Honey**~ said...

Baby comel !!!

say- O said...

pakcik diorang kacak.

Anonymous said...

wah...chantek uma ko is..msti besar kn...

say- O said...

anonymous: eh mana ada..besar tu je. rumah teres standard rumah taman~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails