Saturday, September 24, 2011

What?

Apa ni?

Jumaat 23rd September, 945 malam.

Berjalan2 sekitar gerai pesta konvo bersama kawan2 teater. Melihat lihat gerai apa yang ada, memerhati perjalanan pesta konvo yang 'rare' untuk student UKM kerana pihak pembangkang yang pegang program ni katanya. Aku tak kisah pun, janji ada program menarik dan gerai2 menarik.

Tiba2 program menarik datang. Seorang gadis muslimah tudung labuh dengan malu2 hulur fliers kecik. Terasa rare sungguh pengalaman ini. Apapun, menurut fliers tu,

COUNTER STRIKE & PES TOURNAMENT
Tarikh: 24&25 Sept 2011
Masa: 10 am- 10pm
Tempat: Dewan Gemilang
Yuran: Rm5 Seorang (RM20 satu group 4 orang)


Sabtu 24th September, 930 am.

Setelah habiskan nasi lemak, terus call nr yang tertera kat fliers.

Aku: Hello,
Dia: Hm~~?
Aku: Saya nak tanya PES tournament tu start hari ni kan kul 10?
Dia: Hm,...aha, ha PES tournament
Aku: Pendaftaran sekarang bukak lagi ke?
Dia: Oh tak tak, PES mula esok. Esok pagi.
Aku: Oh esok pagi eh? Kul 10 jugak kan. Dewan Gemilang kan?
Dia: Hm ya.
Aku: Ok thank you.

Sah dah brader ni tengah tido. Sorry bro kacau ko tidur.



Ahad 25th September,920 pagi


Semalam tidur lambat gila. Pukul 415 baru tidur lepas layan 2 episod Unubore Deka dengan H. Sorry bro tak sempat nak mengePES sepam dua. Ngantuk sangat. Tapi pagi ni ada misi baru. Sertai PES tournament Pesta Konvo. Pesta Konvo punya bai, mesti lagi ramai dari MEFEK atau FESSAT atau KDO Production punya anjuran. Gagahkan diri menahan ngantuk, siapkan diri, joystick dimasukkan ke dalam beg kecil. Terus memecut ke Pesta Konvo.

Aku masuk ke dalam Dewan Gemilang (DG). Cliche. Pondok2 ilmiah bercambah. Wakil dari setiap fakulti menayangkan speciality fakulti mereka. Ada ceramah tentang self confidence di depan sekali oleh seorang wanita moden tampak berpengalaman dan punya karier berjaya. Aku senyum kehairanan.

Pusing pula kelilingi tapak pesta. Cliche. Gerai2 jual baju, busana, pakaian tentera, makanan ringan dan minuman, hadiah kecil- kecilan, buku. Tidak kelihatan rupa seperti tapak gerai PES. Aku mula hairan.

Kemudian aku ringankan mulut bertanya seorang petugas ber-tag leher sebagai petugas Pesta Konvo. Aku bertanya, abang PES tournament ada kat mana eh? Dia hilang punca. "PES? Apa tu?" Aku senyum dalam hati. " Ala yang main game bola kat laptop tu. Semalam dua saya ada dapat fliers kata ada PES tournament pagi ni." " Oh ha ya ya, ada2. Sini2"

Dia bawa aku ke tapak paintball itu, yang di padang kecil sebelah jalan curam ke tapak Pesta itu. " Alamak diorang tak bukak lagi ni..tapi sinilah." "OH YEKE..ok ah, thanks bro."

Aku lihat jam, sudah 1020 pagi.

Apa ni?

4 comments:

Shahir Naim said...

hahahahahaha.. diorang tau kau nak join.. terus xjadi bukak~ :P

say- O said...

ya allah dahsyatnya aku!!

hahaha, kamonla, takkan pes tournament yang senang ni pun tak leh nak manage elok2 kot...

HBO said...

aiseh,lupe nk amek citer jepun tu kt ko..

say- O said...

hmhmhmhm~~~ko kesilapan besar dow....nanti ko datang amik ah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails