Friday, August 26, 2011

Kenangan Lama Di Rumah


Sejak dua menjak ni, langit mendung sokmo. Hujan turun tak segan2 langsung. Dari pagi sampai ke petang. Rehat pun kejap2 je nak kumpul air dalam tank kot. Habis semua aktiviti luar terbatal atau terganggu. Tapi takpa, itu semua perancanganNya, hujan itu rahmat bukan?

Yes, rahmat kepada seluruh alam, termasuk tumbuhan2 hijau dan lumut2 di longkang rumah aku.

Maka seadanya itu aku dipinta oleh mother and father untuk kikis longkang.

Aktiviti mengikis longkang ni actually antara aktiviti cuti yang lama dari turun temurun zaman abang aku yang sulong sampai la ke sekarang. Turun temurun mengikut generasi. Mulanya Awi dan Din, then Din and me, now me and Danial. Aktiviti ni in the same class dengan cuci tingkap dapur, lap kabinet kayu kat dapur (ini paling leceh), cat dinding, potong semak kat garden depan rumah dan hah macam2 lagi la nanti kalau teringat tulis lain.

Nak buang lumut2 tu kena guna benda nak kikis. Selalunya guna sudip burger tu, dan alat kemahiran hidup yang panjang tu selalu orang guna untuk tenyeh kayu untuk smoothkan edges kayu2 tu. Apa nama tah dah lupa pula,haha. So, berbekalkan feel yang relax bermulalah aktiviti mengikis. Habis kikis rumput2 lumut2 tu, kaut pula semua yang jatuh dalam longkang tu dan buang ke longkang besar not far away from my house. Ada la dalam 10 langkah, hehe.

Kaut guna apa? Guna cangkul besi yang kecik tu. Takkan la guna tangan.

Tak dapat faham dan bayangkan? Gambar rajah ni mungkin membantu.








-End of story-

2 comments:

wann afzan™ said...

tu daniel ke? hensem! hahahahahha

say- O said...

aku kacak lagi, hahahaa!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails