Monday, August 22, 2011

2 Mei 2011- 1 Ogos 2011

Assalamualaikum.

Setelah hampir sebulan berlalu, akhirnya barulah aku ter-ingin/ingat/rajin/niat untuk menulis tentang praktikal/ latihan industri yang lalu. Praktikal wajib 6 kredit hour/unit yang perlu diambil oleh setiap pelajar jurusan Sains Kimia di UKM pada semester 3 tahun ke-3.

Jadi, ada banyak pilihan yang aku try hantar. Berbekalkan pointer yang maha hebat maka aku menghantar permohonan praktikal ke 4 tempat. Akhirnya, hanya Jabatan Alam Sekitar Kedah saja yang setuju. Lain semua tak layan langsung. Oh lupa, Agensi Nuklear ada terima, tapi sudah terlambat. Aku sudah ikat kata janji dengan JAS dulu. Oleh itu, here I come!!!

Menurut surat perjanjian tawaran LI, aku harus berkhidmat selama 3 bulan iaitu bermula 2 Mei 2011 sehinggalah 1 Ogos 2011. Dan pada hari Isnin hari pertama tu, aku pergi dengan pemakaian melebihi Tuan Pengarah Jabatan Alam Sekitar sendiri. Semua jasa baik abah aku. Macam biasa dia kata first impression tu penting. Yes aku stuju tapi hari tu agak over dressing aku. Wahahahahaha. Apapun, aku selamat tiba. Dan mula kenal rakan sepraktikal yang lain.


-------------------------------------------------------------------------


Pada asalnya ada 7 termasuk aku. Kemudian tambah seorang lagi. Kemudian tambah seorang lagi. Kemudian tambah 2 terus. Totalnya- ada 11 orang. Dan aku adalah satu2nya lelaki dalam 11 tu. Yatta!!! Aku sorang saja lelaki. Mula2nya memang Yatta!!! tapi lama2 jadi aaaaa....

aaaaaaaaa..... tu adalah kerana aku tiada teman lelaki. Kawan lelaki lah. Memang kalau masuk drama tv, atau drama korea, maka itulah heaven bagi brader2 sekalian. Tetapi ini dunia realiti. Drama semuanya awek2 cantik hot ngetop. Hero2 pulak hensem muka jambu nak mapuh. Ini real life. Awek2 ada cantik, ada biasa2 ja. Hero sekor ni pulak muka garang -nak cari gaduh- tak comel- kuat peluh pulak tu. Hahahaha, so the point is, bila aku duduk sorang2 laki, maka aku mula gila2 menghargai saat bersama2 kawan lelaki dulu. Boleh sembang kasar, boleh melawak kuang ajar, boleh ajak ke mana2 dengan mudah sekali, boleh tolong buat my dirty work, can talk dirty, macam2 lah. Semua tu hilang sepanjang praktikal aku. Aku diam sopan senyum tunduk saja. Hahahahahahaha.


-------------------------------------------------------------------------


Anyway, balik pada praktikal di JAS. Dari segi teknikalnya, aku diletakkan di bawah unit PYDT- Perlesenan yang ditetapkan. Sebenarnya struktur JAS Kedah ni terbahagi 3- Pentadbiran dan kewangan, Pembangunan dan pendidikan, Operasi. Kesemua student praktikal diletakkan samada bawah bahagian Pembangunan/ Pendidikan ataupun Operasi. Dan untuk setiap bahagian itu ada unit2nya pula. Jadi untuk aku, aku dapat unit PYDT bawah seliaan Puan Nazariah.Tetapi memandangkan Kak Naza cuti besalin, maka tempoh sebulan setengah pertama aku diselia oleh Puan Noorasmawati. To be honest, kedua2 pegawai ini adalah sangat baik dan supportive. Personally, Kak Naza adalah lebih tegas whilst Kak Wati lebih relax dan kool.

Kesemua praktikal students diorang letakkan dalam bilik simpanan bahan ISO (or so it called). Jadi, kesemua kami 7-kemudian 8-kemudian 9-kemudian 11 share satu meja bujur besar panjang dalam tu. Tetapi aku lagi suka lepak di meja PPK (penolong pegawai kawalan) yang kosong depan meja Kak Wati. Sebab? Ada meja, ada PC dan dekat dengan Kak Wati dan Kak Naza. Senang, masuk ja pagi2 terus tanya " assalamualaikum kak, hari ni ada apa2 kerja?" No running2 away from supervisor, haha.


-------------------------------------------------------------------------


Okay, bidang tugas unit PYDT ni adalah menguruskan hal perlesenan dan pematuhan piawai bagi kilang2 getah, kelapa sawit dan kilang/premis yang melibatkan buangan terjadual (samada hasilkan/ hapuskan/ pengangkut). Jadi, memang masuk2 ja Kak Wati suruh aku baca file tebal yang berkaitan PYDT ni. Seriously, it's quite a complex unit. Kena tahu banyak prosedur, akta, flow chart dan tindakan lanjutan. Banyak kes2 yang ada adalah jenis permasalahan pelbagai mengikut situasi. Selain itu, kena banyak handle negotiation dengan pihak kilang, Kualiti Alam, headquarters dan agensi lain. Senang cerita, kena banyak jumpa orang dan angkat telefon lah!

Aku? Memandangkan aku adalah adik praktikal, maka tugas2 aku lebih pada belajar dan data management. Haha, bunyi macam grand. Susun fail, type surat, key in data, rekod report bulanan yang kilang bagi. Mana la diorang nak bagi aku handle nego dengan kilang2 ni. Silap ke, mampos. Dan bila perlu ada lawatan, maka aku akan ikut sekali. Ya, kilang2 layan JAS ni dengan baik, sangat baik. Mesti la, kuasa untuk hentikan operasi merekaada pada JAS. So, senang lah sket kerja kami.

Bila ikut lawatan, maka semakin terbukalah aku pada management kilang yang sedikit mendalam dari umum ketahui. Kalau unit PYDT, kami cuma beratkan pada hal2 buangan terjadual. Bagi pihak kilang, itu baru one small matter to manage. And that one small matter pun aku nampak dah menghabiskan wang beribu2 serta ruang dan tenaga. Makes me wonder, how much profit do they gain actually, kalau yang sisa2 punya management pun dah ribu2?

Itulah serba sedikit tentang unit PYDT yang aku kena attached. Di samping tu, aku juga ikut serta dalam pelbagai aktiviti dari unit lain. Antara aktiviti2 tu adalah pameran JAS, ceramah kesedaran alam sekitar, operasi pengawasan asap hitam dan petrol, Ops Samseng Jalanan kerjasama dengan JPJ dan Polis, pengawasan air marin (persampelan air laut), mesyuarat EIA, kem kesedaran alam sekitar di Pulau Payar. Selain dari semua ni, pihak JAS juga ada sediakan program khas kepada student praktikal ni. Diorang sediakan program lawatan ke kilang Inocom, Loji IndahWater, ceramah oleh ASMA dan ah aku dah lupa, banyak sangat nak ingat. Boleh kata tiap2 hari ada program/lawatan/meeting. Seronok sebenarnya.


-------------------------------------------------------------------------


Oh terlupa pula. JAS Kedah ada 3 cawangan. Kulim, Sungai Petani dan Langkawi. Jadi selalunya bila ada aktiviti/program kami akan turut serta secara berjemaah. Cuma Langkawi saja yang tak pernah ada. Takda praktikal student ataupun ada, aku tak tahu. Berbalik pada cawangan2 ni, ha dengan cawangan Kulim lah aku paling rapat. Ada 5 orang, gadis semuanya (lagi, dan Sungai Petani pun gadis 3 orang). Anis, Sabrina, Hawa, Muna dan Yamna. Semuanya sporting, dan 4 dari mereka kenal aku lama dah (Anis-Sabrina-Hawa satu kuliah ngan aku, Muna junior sekolah menengah dulu). Aku serius enjoy kalau diorang ada. Sporting, senang diajak bersembang dan diorang suka sangat ambik gambar. Pixcaholic namanya, haha.

So, at the end, I really like working here because the job scope for JAS is actually very vast. Ye lah, sebelum ni kalau sebut JAS je mesti terbayangkan alam sekitar bersih dan sungai bersih. Seriously, that's what the people thought. Earlier, the main concern when accepting JAS was there will be no lab work here. And to be honest, i'm really ok with that since i'm not a fan of lab work, haha. My friends who work at laboratories often put up boring status in FB. Tiap2 hari duduk lab kacau solution. Kalau nasib kurang baik memang takda lab work hari tu maka movie lah secara berjemaah dalam lab tu. They complained that practical at laboratory was boring. So, I guessed I'm lucky here.

Aku rasa dah super panjang pun artikel ni. Bagusla kalau stop stakat ni. Nostalgic tu memang ada, rasa teringat tu memang ada. Tapi takpa, JAS Kedah tu memang dekat sangat dengan rumah aku. 5 minit dah sampai. Lagipun hari2 nak pergi Pacific maka akan lalu depan JAS Kedah ni, maka bolehlah usya 2 saat. Oh kat sana ada lagi 2 kawan aku yang masih berpraktikal di situ. Kepada mereka, selamat berpraktikal~

Lastly, gambar kena ada, sebagai entry kenangan ia adalah wajib. Lets begin,



Kak Wati semasa program pengenalan JAS


Ahli meja bulat praktikal JAS Kedah tak temasuk aku tak temasuk lagi 2


Special tribute untuk Anis


Operasi asap hitam (statik) kat area Changlun


Dua samseng got pawned in Ops Samseng Jalanan


Shining sun is not a hindrance to us.


Di kawasan paya bakau kat Kampung Sungai Besi


Selagi ada masa, selagi tu bergambar.


Di kawasan secured landfill milik Taiko Bleaching Earth. Tekun.


Angkara habuk yang padat di sekitar tempat pemprosesan Taiko.


JAS officers and Taiko's manager. Me? One happy free tourist.


Menjaga pameran JAS di Inocom. Dedicated.


Serius mendengar masalah client. Superb.


What more can I say?


Ouh kenapa banyak gambar casual ni? Sebab time keja mana leh tangkap gambaq, time free baru boleh.

Finally, I do miss working at JAS. Thank God for giving me the chance. And adik2 yang bakal praktikal, pilihlah JAS. Tak rugi malah sangat menarik.


-End of story-

6 comments:

EyNaKiD said...

Serius mendengar masalah client. Superb.

akn ku igt smp bila2!

say- O said...

haha, ayat over sket kadang2..haha.

and at the end she find peace and eternity..amin..

wann afzan™ said...

amboih. dikelilingi awek2. heaven!

Pawi said...

Fuh... macam watak dlm drama Melayu.. Tak pun watak dlm komik Jepun. Lelaki sorang, pompuan punya ramai.Ada gaya pegawai kerajaan nie. Hahahaa

say- O said...

wann: haha, syok tu syok la jugak, tapi tak syok pun ada gak,..biasalaa

say- O said...

awi: haha, macam drama sungguh kan. boleh jadi abang pegawai ni!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails