Tuesday, August 2, 2011

Membaca

Hari tu aku ada buat entry pasal Mastika. Aku ceritakan pasal persepsi orang ramai terhadap mastika, isi sebenar mastika, kecerdikan/kebodohan mastika, teknik tulisan, semualah. Bacalah kat sini. Then sehari dua lepas tu dalam FB tengah comment2, ada sorang kawan aku kata yang aku ni fan tegar Mastika, baca benda2 ngarut tu saja. Haishhh..nampaknya artikel yang lepas tu tak sampai tujuan nih. Hahahaha.

Apapun, untuk pengetahuan semua, memang dari kecik lagi antara minat aku yang original dan maintain sampai sekarang adalah membaca dan main video games. Yes membaca tu ada. Sejak aku kecil lagi. Ini serius, bukan saja2 letak kat resume dengan niat nak nampak educated. Tak baik. Nanti kena panah petir.

Sebenarnya pengaruh membaca ni datang dari abah aku. Dia memang rajin membaca. Terutamanya berkaitan perang, sejarah dunia, sejarah perang, politik, american things and western lah secara amnya. Teringat lagi ada sekali tu dia bawak aku pi gunting rambut. Sementara tunggu uncle tu potong rambut aku, abah aku baca buku perang yang pocketsize. Buku tu pasal US punya air battle dengan Nazi dan Jepun. Bila kenang balik sekarang, mana ada bapa lain buat camtu dah.

Waktu aku kecik2 dulu, buku yang aku ingat menjadi inspirasi dan sumber fantasi aku adalah (antaranya) buku siri Gnomes. Ha....penah dengaq tak? Tu buku yang khas untuk budak2 tahap sekolah rendah. Mainly pasal Gnomes people- rumah diorang, apa diorang buat, apa makanan, travelling diorang. Sangat imaginatif dan wonderful. Seriusly, kecik2 dulu bila aku tengok lukisan rumah Gnomes maka aku akan berangan dan berimpian untuk pergi ke sana, masuk dan duduk minum2 dengan Gnomes. Cerita diorang ada banyak selit fantasi. Seriously, they are my Wonderland zaman kecik2.


Ini adalah My Wonderland

Ah, nak pi baca baliklah buku Gnomes ni.

Then ada lagi banyak buku2 for children learning yang pasal travel around the world, culture around the world, macam2. Oh ya semua tu dalam English. Dan illustrasi nya adalah sangat sangat sangat sangat menarik. Tak bosan2 aku ulang sampai lekang pages dari buku tu. Kalau nak banding dengan buku cerita kanak2 Malaysia- memang lame dan boring to sleep.

Bila besar sket lagi, aku mula masuk sekolah rendah. Minat membaca aku kembali menjadi gila waktu aku darjah 4. Semua punca dari abang aku yang sulung. Dia beli buku Give Yourself Goosebumps bertajuk Deep In The Jungle of Doom. Pergh buku ni memang senggama minda sungguh. RL Stine is one hell of a good thriller writer. Siri Give Yourself Goosebumps ni jenis thriller action punya buku. You bukak 1st page, then pada hujung page you kena decide samada nak buat action A atau B. Setiap action tu akan bawa ke storyline berbeza. Contoh, pada 1st page cerita dia camni. You are alone in one muzium. Then suddenly you see silhoutte moving towards you. So,

1) you stood there and embrace yourself- turn to page 43
2) WTFBBQ you are waiting for? Get your ass out of there-turn to page 22.

Memang best. Aku kumpul sampai berbelas2 jugak la siri dia. Semua best. Seriously.


Buku goosebump first aku baca. Sampai tekoyak2 page dia.


And then I grew up, my love of reading really was like sea waves. Kadang2 ada, kadang2 takda. Antara buku2 yang aku baca time sekolah menengah dan matriks adalah novel2 english lah kebanyakannya. Chill Factor, SHE, God, Remember Me, Road to Nowhere, Hello Darkness, Nobody True, Dracula, Frankestein.

Best ever novel (fiction) adalah Nobody True. Super duper best. Cerita pasal seorang lelaki berjaya- ada bini hot, anak pmpuan comey, rumah besar dan kereta pun style, senang kata living an American dream lah. Tapi dia ada satu speciality- dia mampu pisahkan badan daripada roh time dia rehat/tidur. Dan dia dalam bentuk roh tu boleh terapung ke mana saja, then bila dah puas dia boleh unite balik dengan badan dia. Tapi, satu malam sedang dia duk terapung keluar, bila dia balik, disaster struck- badan dia dah kena cincang teruk. So, dia tak boleh unite semula. Jadilah roh terapung. Tapi masalah bukan takat tu saja. Family dia dalam ancaman, masalah rumah tangga pun makin timbul. Senang cerita korang kena baca sendiri. Sangat high value. Dari family, moral, self esteem dan perceptions towards the world.


Family, friendship, betrayal, death, anger, jealousy, sex. All in one.


Sekarang ni, aku sedang berminat dengan hal sejarah negara, tokoh negara, politik, sejarah islam dan sejarah luar secara amnya. Baru2 ni aku baru habis baca Shamsiah Fakeh- Pemimpin, Pejuang dan Perempuan. Sangat membuka mata buku tu. Juga dah habis baca Chariots of The Gods? Ini sangat merbahaya. Idea gila tapi macam masuk akal.Juga buku Nasib Melayu di Bumi Melayu. Ini pula bagi aku adalah kebenaran tapi ada yang nak labelkan sebagai rasis. Terpulanglah. Buku Mysteries of The World. Sangat senggama minda dengan persoalan yang ditujukan. Dan sekarang ni sedang menyambung baca A Doctor In The House- Memoirs of Tun Mahathir Mohamad. Ini wajib dibaca semua rakyat Malaysia. You hate or love him- you have to.


Dibenci dan disayangi ramai, tapi bacalah.

___________________________________________________________

Panjang sungguh pasal kronologi sejarah membaca aku ni. Ok lah, aku nak tanya korang. Korang suka membaca tak? Kalau ya, apa yang selalu korang baca? Kekerapan membaca?

Bagi aku, minat membaca ni memang kena dipupuk dari kecik. Dari rumah lagi surrounding kena membantu- ada rak2 berisi buku, contoh dari parents yang duk membaca. Even bila baby ada dalam perut, si ibu akan beria2 membaca buku dengan harapan untuk anak juga akan terikut. Tapi bila baby dah keluar melihat dunia, si ibu sudah tak membaca...ini perlu diubah.

Aku beruntung kerana persekitaran aku membantu dalam membina semangat membaca. Abah aku seorang pembaca yang tegar, abang aku yang sulung pun sama. Abah aku juga seorang yang pro Western- lagu semua english. Movie pun english. Itu sikit sebanyak mempengaruhi aku. Abah aku juga tak kedekut dalam membeli buku untuk anak2nya. Kalau dikira balik, memang banyak buku educational yang dia beli untuk kami. Dan most are in English, haha.

Advantage membaca ni sangatla banyak. First sekali, grammar kita akan improve. Then, perbendaharaan kata juga makin banyak. Tapi yang paling best skali adalah gain new knowledge lah. You'll never know anything unless you experienced it, or watched it, or read it. See?

Banyak event2 terdekat yang bako smangat aku untuk membaca. First skali Nami dalam TehTarikGelasBesar. Dia memang sekular, memang dibenci geng agama. Tapi dia betul dalam satu benda. Dia banyak membaca dan dia banyak kali mengkritik Melayu yang puratanya hanya baca 2 buku saja setahun. Itu satu.

Then, abang sulung aku Mohamad Pahlavi. Di rumah dia, penuh rak berisi buku dari topik agama, new age, sejarah dunia, sejarah islam, biografi, novel....macam2 lah. Dia juga cadangkan pada aku untuk membaca lebih banyak, sebab dia kata adalah sangat bagus hobi membaca ni. Bukti? Dia sendiri boleh berdebat dengan pendakwah Kristian yang datang ketuk pintu rumah dia hari tu. Sampai pendakwah tu tak leh jawab soalan dia dan terpaksa balik awal. Sumpah aku kagum.

And lastly, satu waktu tu aku kena jaga booth Jabatan Alam Sekitar time satu kem dulu. VVIP adalah Tengku Intan Shafinaz. Bila nak hampir turn aku, Pak Su orang kuat kem tu kata kat aku

" nanti you teranglah sket2 apa yang you all buat. Jaga2 sket, dia banyak membaca. Pengetahuan dia luas."

Terus aku rasa kagum di samping tercabar.

Aku juga nak jadi macam tu. Aku juga nak jadi banyak membaca. Aku nak ada pengetahuan yang luas. Aku tak nak jadi Melayu 2 Buku Setahun. Aku nak improve.

Oh ya, tak lupa juga. Ayat Al-Quran yang first turun ke Bumi ni pun bunyinya adalah Iqra'.

Iqra'.

Bacalah.






8 comments:

jiran leha, Mr Parker. said...

dear say o, buku ank paten kalau tauk mai kt ku..susun2 buat tilam Vono pastu tidoaq ataih dia.hat nipih malaun pon xterbaca.~

jeng jeng jeng.~

say- O said...

dear jiran leha, mr parker

stakat nak susun buat tilam Vono, baik hang pi mintak kat sekolah- budak2 punya buku latihan. beribu ada nak buang tiap taun,

jeng jeng jeng~

wann afzan said...

goosebumps terbaik.

miaishika said...

prhhhh~~ulat buku~~bagos r..aku envy ni~~lalala

say- O said...

wann: goosebumps time aku darjah 4,5,6 dulu, memang satu horror reading yang best bagi aku. sanggup beli kesemua keluaran yang ada kat popular, haha

say- O said...

miaishika: aku besaq sket, so ular buku lah. haha.
tapi try lah membaca. mula dengan benda yang ko suka dan senang.

Hazal said...

memang aku cemburu tapi nak buat camnekn.
Moga minat membaca kta makin bertambh juga Ilmu

say- O said...

hazal: amin...aku pun sedang besemangat ni~~ganbare!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails