Wednesday, August 10, 2011

Review Match Bola


Lama dah tak tulis review pasal bola sepak. Kesian, mungkin sebab musim bola tak mula lagi kot. Atau sebab PES2012 tak keluar lagi kot. Atau sebab tak lepak sembang bola ngan member2 macam dulu kot.

Abaikan.

Tapi tadi baru tengok satu match international friendly. My favourite team Spain lawan Itali kat Italia. Sebenarnya agak berbelah bagi gak nak tengok yang satu lagi- German lawan Brazil. Tapi darah Sepanyol yang mungkin tersesat dalam arteri dan vena ku ini membuatkan aku memilih untuk Vamos Espana~!

Setakat yang masih ingat la setelah kenyang pekena nasi putih sepinggan berlaukkan daging kunyit cecah sambal. Oh banyak pasal Spain saja sebab aku perhati Spain saja, dan kenal Spanish players saja.

1. Spain main dengan defend yang super unfamiliar dan 2nd team. Midfield pun sama gak. Mostly 2nd team. Striker adalah abang Torres kacak bergaya. Italy aku tak kenal sangat, tapi most probably sama ja kot. Diorang dah mula pencenkan kuda2 tua rasanya.

2. Spain adalah team yang kool dan kacak tak mengira situasi. Selagi bola di atas tanah, selagi tu dia nak main kool short pass walaupun dalam kotak penalti sendiri dan dikelilingi oleh 4,5 Italian yang gersang untuk memiliki bola itu. Ada 4,5 kali jugak kantoi dan hampir gol. Bangang. Vicente Del Bosque, amik pehatian. Jangan duk diam tangan silang ja.

3. Striker termahal Chelsea dan bekas kekasih Liverpool, tak lain dan tak bukan Fernando Torres telah buat perangai lagi. Main sampai 19 minit saja. Tiba2 sub. Reason? Unknown. Tapi apa lagi kan..mesti injured punya. Takkan Abramovich dah ugut Del Bosque suruh dia sub Torres? Eh mungkin gak. Haha. Chelsea fans, sila sedia untuk sakit hati sepanjang musim.

4. Striker gantian Torres- Fernando Llorente ni memang satu konklusi saja. TAK BOLEH PAKAI. Lembab, finishing teruk dan statik. Lagi teruk dari Torres bebai syial. Atau mungkin hari ni dia kena sumpahan Fernando? Ada sapa lagi nama Fernando?

5. Terbukti Spain adalah 50% kurang mengancam bila Xavi tak main. Ball control amat lambat untuk dimiliki Spain. Creativity and stability kurang terus. Tapi still boleh mengancam. Cuma, Spain punya ability will be same as the other teams, not above everyone else. Faham kan? Ala macam Barca dowgraded jadi Mengyu, Chelsea, Arsenal, Juve la. Liverpool tak. Liverpool paling power.

6. Untuk 2nd half, The Davids membuktikan keakraban persahabatan mereka melalui kesefahaman yang tinggi antara mereka di belah kiri padang. Serius senang. Silva main one two banyak2 ngan Villa, clever run ja dah lepas. Pastu bola sampai kat Llorente. Pastu tak jadi apa.

7. Match tadi dari awal aku dah agak Itali akan menang. Sama jugak dengan friendlies sebelum ni lawan Argentina (4-1 kalah) dan lawan Portugal (4-0 kalah). Aku rasa sebab dia adalah motivation. Yes dua2 set team players mesti malas gila nak main sebab season nak start dah weekend ni. Tetapi harus diingat, ada satu side akan termotivated extra dosses ngan prospect "Bro kita ada peluang nak kalahkan World Champion!! Dan European Champion!!" That's why aku perasan player Spain tadi ada yang malas kejar bola, Italian pulak macam main final world cup.

8. Extra point lah. Mario Ballotelli tu awat bebai sangat tadi? Muka ketat macam merajuk budak kecik tak mau pi tadika. Sampai atas padang pun tarik muka lagi. Power tu agak power la, banyak kali jugak dia lepas Busquet (Pique injured, takdak CB lain). Tapi tu lah, bebai.

9. Extra point lah lagi- komentator kata Fabregas akan complete his dream sign to Barcelona this weekend, sooner or later. That's why he's not in the squad. Fan Arsenal, bolehla buat video farewell kat Kapten Main Tarik Tali korang tu.

Dah, cukup. Nak main game. Atau tidur kot. Goodbye.


Vamos Espana!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails