Tuesday, April 19, 2011

Minat Sungguh

Sekali lagi, meminjam kata2 keramat orang tua2,

" Tak kenal maka tak cinta."

Ok, macam kurang kena. Twist sket bagi compatible dengan meaning nak disampaikan.

" Tak cuba maka tak tahu"

Ha kalau macam ni, rasanya lagi sesuai. Sesuai sungguh dengan my new interest. DrumMania V6.


Yes same with the one in the Mines, bar the chair


Sebenarnya, jujurnya, I am deeply addicted to this machine. Mungkin kalau siapa yang kenal aku tahulah aku ni insan yang gilakan video games tetapi!!! Inilah game arked yang bagi kepuasan tahap tertinggi pada aku. Jauh lagi tinggi dari main dan menang Tekken 6. Tak lupa juga inilah game yang memberi pendedahan ilmu pada aku.

Drumming.

Nanti dulu. Korang mesti rasa aku ni berangan nak jadi drummer kan? Ya aku memang berangan pun tapi taklah nak jadi Yoshiki Hayashi ataupun Lars Ulrich ke. Cuma berangan nak mampu main lagu full dengan full drum score. Lagu yang simple pun jadilah. Hahaha, memang itu angan2 aku bila main game ini. Tapi,

Kalau dah beginner tu, memang buat cara beginner lah.

Hari pertama main benda ini, ah dah tak ingat bila. Tapi ada Hazal, Arip dan Ijan. Ramai2 pakat test. Amik level easy je, tapi semua failed. Hahahahhahaha~ Lojiklah, dah memang beginner. Seumur hidup tak pernah ketuk drum. Masing2 main gelak2 je, sambil penonton2 kat belakang usya je..haha.

Ok lah, sedikit introduction untuk DrumMania V6.

Seumur hidup aku hanya jumpa kat Mines sahaja. Kalau ada di mana2 tempat lain, sila maklumkan pada saya. Kalau ada di sekitar Alor Setar, aku bakal menjadi pemuda paling bahagia. Seterusnya, kalau nak main perlu 2 token which cost RM1. Murah je. Sangat berbaloi untuk main. Kenapa?

Sebab, sekali main boleh pilih 1 dari 3 stages. Easy (3 songs), Standard(3 songs) and Battle (4 songs). Yang Easy dan Standard kesemua lagu kita pilih sendiri tapi yang battle hanya 2 lagu yang kita pilih. Lagi 2 si Challenger (comp) yang pilih. Lagi satu, bila nak main kita boleh customize level drum dia. Paling senang- Basic. Then Advance and followed by Extreme. Extreme tu yang full drum punya gameplay, takde skip2 ketukan. Selain tu boleh juga nak customizekan speed, auto bass dan macam2 lagi lah.

Wow penat explain. Next!! Lagu2 yang ada pulak.

Aku tak tahu ada berapa banyak lagu totally dalam mesin ni. Hundreds kot. Tapi majoriti adalah lagu Jepun (made in Japan kan). So kepada sesiapa yang layan drama Jepun atau anime ataupun memang minat J-rock maka dia akan familiar dengan lagu2 yang ada.

Amongst my favourites are..

1) Greeeen- Kiseki
Peminat2 Rookies kalau tak tahu lagu ni should go to hell. For now this is the best song to play. Simple yet entertaining.




2) Nightmare- Lost in Blue
Terselect secara tak sengaja, dan terus jadi favourite song. Best lagu ni.




3) Hemi Yu- Water frame
Main cuba2 je, dan lucky. Memang best. Level Easy pun dah agak nonstop beat dia.




And followed by many other great songs. Now comes the hard part. If you are a new/ beginner in drumming (just like myself) then you need a real thick face to start. Honestly, whenever somebody played this game then everyone who walked by will stop and watch silently. Serious pressure. Tambah2 pulak time awal2 baru nak belajar main. More pressure when the other players are real drummer. Shite. Rasa macam mau balik je.

Namun, jangan kata game ni bazir duit nak mampus. Bagi aku, salah pandangan itu. Inilah game yang paling murah main dan paling lama (rm 1 untuk 3 lagu yang total up 8 minit). Selain itu, ini adalah game yang bukan direct battle dengan opponent. Meaning, takkan ada rasa bengang sebab kalah. Perkara ini selalu terjadi bila anda main Tekken 6 ye. And lastly, game ini ajar korang main drum. Ingat senang ke nak ada peluang ketuk2 drum?

Natijahnya, inilah ketagihan aku yang terbaru. Bye2 Tekken, bye2 Percussion Mania. Ini lah punca aku makin teringin nak ke Mines. Ini jugalah punca aku makin respek dan kagum dengan semua drummer di dunia ini.

Sebab susah sebenarnya nak main drum ni. Tak percaya pergilah cuba.

6 comments:

Fujorchi said...

ko dah lupakan basketball??

say- O said...

sorry ah, basketball memang aku dah kurang gila minat.

N.W.I said...

wah! bckground baru,
ok dah,nk komen tu je,
da taw da sey o addicted~~~

say- O said...

memang addicted gila. dengar crita kat alamanda pun ada. tapi tak tau lah betul ke tak.

Anonymous said...

I tried this game before but it was really tough. :( Any trick to play well?

say- O said...

anon: seriously awkward if you are a beginner (just like me)

haha..just repeat again and again...try level by level. from easy to standard, pick the lowest percentage of hardness.

once you get the beat(easy and simple one is ok) then you'll be addicted. trust me.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails