Monday, April 4, 2011

Bersyukur

Saya bersyukur kerana saya masih lagi hidup di bumi ini. Ada saja rakan, sepupu saya yang lebih awal pergi meninggalkan dunia ini. Al- Fatihah pada mereka.

Saya bersyukur kerana walaupun saya tidaklah sehensem dan segagah Tomoya Nagase tetapi saya lengkap anggota badan dan tidak cacat. Saya ada rakan2 yang kurang upaya. Saya cuba membayangkan diri saya di keadaan mereka- dan saya tak sanggup dan tak mampu.

Saya bersyukur kerana segala 5 deria saya masih lagi berfungsi elok. Papan tanda, huruf2 yang jauh masih saya dapat lihat dan baca dengan jelas biarpun tidak bercermin mata mahupun lens. Ramai rakan saya yang sudah kabur matanya biarpun lagi muda dari saya dan tidak bercermin mata. Saya masih mampu mendengar muzik2 yang saya suka. Segala rasa makanan dapat saya nikmati. Segala jenis permukaan dapat saya sentuh.

Saya bersyukur kerana dilahirkan dalam keluarga yang sederhana. Tidaklah susah dan tidaklah mewah. Biarpun saya tidak berkeadaan ekonomi dan famili seperti anak lelaki dalam drama plastik bisnes TV3 tetapi saya rasa suka dan bahagia dengan famili saya. Saya juga percaya yang kaya2 juga ada rasa kurangnya.

Saya bersyukur kerana laluan hidup saya dari sekolah hinggalah ke matriks dan universiti adalah agak lancar dan dipermudahkan-Nya. Ramai saja saya dengar nasib2 yang kurang baik, penentuan yang kurang diingini..

Saya bersyukur kerana alhamdulillah sepanjang ingatan saya saya tidak ada banyak musuh. Mungkin ada yang simpan dalam tetapi yang nyata dan jelas saya rasa tidak ada ataupun sedikit saja bilangannya.

Saya bersyukur kerana biarpun saya tak pernah ada gf tetapi saya ada ramai kawan perempuan yang best/sporting/ayu/sopan santun/happy go lucky/alim/kasar/sweet/sexy/anggun/comel. Mereka lah sumber hiburan dan pengisi human life saya. Terima kasih kamu semua.

Saya bersyukur kerana saya ada ramai kawan lelaki yang pelbagai sifat, perangai dan pemikirannya. Merekalah sumber inspirasi dan dan juga sahabat saya. Tanpa mereka saya rasa saya bagaikan sebuah robot kosong.

Saya bersyukur kerana saya tidak pernah kelaparan berhari-hari. Ada saja wang untuk beli makanan, malah kadang2 terlebih mewah. Terima kasih Tuhan atas rezeki pada saya.

Saya bersyukur kerana Tuhan memberi saya extra rezeki pada saya. Dengan itu adanya PC kesayangan saya ini. Hasilnya, impian saya sejak kecil lagi dapat dimakbulkan. Saya sedar yang PC ini juga adalah racun jika terlebih dose, tapi saya akan sentiasa cuba mengawal diri saya.

Saya bersyukur kerana di UKM ini saya diberikan motor Kriss. Biarpun ianya tidaklah se-cool dan se-hot kereta yang mana mampu menarik perhatian gadis2 tapi saya suka motor saya. Sebab Kriss itulah saya tak perlu berpeluh katak lagi hendak ke kelas. Saya tidak perlu bersusah payah menunggu bas hendak ke mana2. Saya tidak perlu menaiki KTM hendak ke Mines.

Saya bersyukur kerana di UKM ini saya ada DOT. Biarpun mereka ini dipandang kurang macho dan tough seperti team bolasepak mahupun congkak tapi saya suka mereka. Mereka adalah special. Mereka adalah one in a million.


--------------------------------------------------------------------------

Saya bersyukur kerana banyak nikmat yang Tuhan berikan pada saya di dunia ini. Saya juga sedar yang saya kurang berbakti pada Tuhan. Insyaallah, saya akan perbaiki dari masa ke masa.









6 comments:

rekbing said...

tacing jugak aku mmbacanya. amek iktibar. amek iktibar..

say- O said...

haha, feel bersyukur datang secara tiba2. bukan selalu!

N.W.I said...

how i wish that i were u....
slalu rasa grateful dgn apa yg hg ada,
n slalu dipermudah'n segala urusan..
may god will always bless u my senior,
da mcm theater imperfection of life dah,

say- O said...

mana ada selalu.

nak tengok say-0 punya bad side, tengok tajuk mustapha dan tajuk ibrahim.

dan yang sebvelumnya. semua time 1st sem dulu

N.W.I said...

owh!~ dah baca..

say- O said...

haha~~bagus!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails