Thursday, January 27, 2011

PES 2011 Is My Passion

Siapa minat main PES 2011 sila angkat tangan sekarang jugak!!!

Hm...bagus! Nampaknya, ramai yang minat game teragung zaman ini. Ok yang gadis2 mungkin sekali game paling mencabar minda dan fizikal mereka yang pernah mereka main adalah Plants vs Zombies, Zuma atau Farmville?


Game paling horror, adventurous, psycho, mean dan entertaining bagi gadis-gadis

Apapun, sekurang- kurangnya mereka main jugak game. Tepukan gemuruh untuk awek2 sekalian.

.........................................................

PES adalah nama singkatan bagi Pro Evolution Soccer. Sebenarnya PES ni adalah berasal dari game WE iaitu Winning Eleven. Winning Eleven adalah game football yang paling famous di Jepun. Untuk dikomersialkan peringkat dunia, maka developer mereka iaitu Konami menukar nama game tersebut menjadi Pro Evolution Soccer.

Entah betul ke tidak cerita di atas, entahlah. Aku malas nak Wiki. Buat andaian sendiri pun sudahlah.

Dengan itu, mereka pun mulalah meletakkan muka2 besar dunia bolasepak seperti Ronaldo, Messi, Torres, Owen, Drogba dan mungkin sekali Safee Sali untuk PES 2012 nanti. Kalau team Malaysia pun dah ada dalam PES 2011, yang ini pula siapa tahu bukan? Impossible is nothing.


Muka depan PES 2012. Mungkin.

.........................................................

Baru2 ini, bersamaan tarikh 22 dan 23 Januari aku telah menyertai tournament PES 2011 sempena MEFEK tahun ini. Memang kacak aku dala tournament tu. Kenapa kacak? Sebab aku menjadi klasemen. Champion.

Yeah baby you're right. Champion. Again.

3 titles in 4 tournament. It sounds good, it looks good, it feels good, it is good! *sounds familiar pes fanatics?*

Aku menjadi champion yang berjaya dan bergaya. Tak kalah satu match pun. Menang semua. Even Spain dalam WC 2010 pun kalah sekali kan, haha. Dan yang buatkan aku bangga lebih adalah kerana aku menggunakan Liverpool untuk semua matches kecuali satu match group. Itu guna Spain.

Namun begitu, aku hairan sungguh dengan peserta2 yang join tournament ni. Ada 20 orang yang join, tapi team yang diguna adalah around 4 SAHAJA. Team-team tersebut adalah Barcelona, Real Madrid, Inter Milan, Malaysia. Itu sahaja.

Ok aku nak gelak kuat2. Mana perginya fan ManU, Chelsea, Arsenal? Tottenham? City? Malaysia dikecualikan sebab memang kuat pun dalam game tu (hasil edit malaysian boys sendiri..) tapi WHERE ARE YOU THE SO CALLED LOYAL FANS?

Hahahahhahahahaha!!! Korang semua poser je lebih!! Hari- hari gigih pakai baju X tapi match X tak tengok pun. Menang je sembang kencang kat FB. Main PES je tup-tup Barca jugak dia pilih...Takde maruah ah lu...MARUAH SEBAGAI FAN SEJATI.

Eat this, you posers


.........................................................


Ehem. Sorry ter-ribut taufan tadi.

Berbalik kepada cerita aku champion tadi. Peringkat grouping agak mudah lagi. Masuk kalah mati dah mula terasa saingan sikit. Quarter final masih ok. Semifinal mencabar. Oh lupa, opponent aku kat quarter dan semifinal both use Barca. Aku maintain dengan Liverpool.

YNWA

Masa semifinal ada dua leg. So, 1st leg aku away. Betapa ruginya aku kerana dari leading 4-2 aku boleh biarkan mamat tu kejar sampai 4-4. Lalai di situ. Masuk 2nd leg, skrip yang sama berulang. Dari leading 4-1 aku biarkan dia kejar sampai 4-3. Loser gila defence aku. Macam Liverpool betul pula.

Masuk final. This is the most legendary final ever. Ketinggalan 2-0 selama 86 minit tidak melembikkan Torres dari skor 2 gol pada minit 87 dan 92. Gila. Masuk extra time, lagi gila. Aku menambah gol menjadi 4-2.

Tapi sekali lagi Liverpool menjadi Liverpool. Reina's howler pada minit 116 membuatkan aku panik. Akibatnya, 2 player aku kena kad merah dek khusyuk men-tackle sesiapa saja yang menggelecek di bahagian wing aku.

Rasanya, God was with me at that time. Aku bertahan dan muncul juara. Lagi. Setelah tahun lepas.

Nak gambar skor tap-in, tapi header pun boleh

Aku seriously puas dan bangga. Hadiah yang diberi pun boley tahan baloi jugak banding dengan yuran penyertaan yang rm5 sahaja. RM50 plus hamper. Cool!!

Jadi, aku mengalu-alukan sesiapa sahaja yang mahu duel mahupun berguru dengan aku dalam bidang PES 2011 ini.

Kalau kalah tu rileks lah kawan, aku pun kalah berkali- kali jugak dengan sorang mamat Melayu ni kat Mines bila lawan Tekken 6. Siap boley sembang-sembang, gelak-gelak lagi dengan dia. Bila dah habis main, aku siap kata "thanks bro! syok ah lawan ngan ko, hebat. susah nak menang"

Bila dah kalah, aku ada satu driving force untuk lawan lagi dan kalahkan dia. Takkan korang takde?

See? The main important thing is respect.

Siapa kata game tak mengajar erti respect?



*http://darkbatman.com/safee-sali-l-penjaring-gol-terbanyak-piala-aff-suzuki-2010/
*http://themachoresponse.blogspot.com/2010/07/chuckles-clown-admits-hes-in-on-joke.html

8 comments:

rekbing said...

pes2011 team malaysia ada? wohooo!

say- O said...

mesti....yang versi patch punya. semua player rating ABOVE 80. lagi kuat dari liverpool. gila lah

ismeth said...

hg tggu say o..aku akn klahkn hg..haha~~

say- O said...

dah lama gila aku menunggu untuk hang skor lawan ngan aku.

N.W.I said...

erm,PES,oww..baru taw,

say- O said...

haha, habis tu sebelum ni ko ingat pes tu sejenis motor?hehehe

Nazrin Saad said...

mana ada arsenal dalam pes. north london fc adalah.

say- O said...

ada, setelah dipatchkan. jangan nak sembunyi, hehehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails