Sunday, July 25, 2010

Rejuvenated

Ada sesiapa yang pernah tengok persembahan teater? Tak kisah teater peringkat sekolah, kolej, universiti, majlis kebudayaan negeri hatta teater di Istana Budaya sekalipun. Persoalannya kekal,

Pernah tengok teater tak?

Pernah? Bagus!! Teater apa yang korang tengok tu? Tajuk ape? Best tak? Haha..aku berani jamin tak kira lah best atau boring, yang pasti korang mesti at least rasa 'thrilled' tambah2 lagi yang first teater korang tengok kan?

Tak pernah? hm...takpe. Banyak persembahan teater yang ada kat Malaysia ni. Boleh kata tiap2 minggu ada. Contohnya, cuba klik sini, adala sikit2 dilistkan show teater sekitar KL. Tu baru KL, tak lain tempat lagi. So, kalau2 rajin pergi lah tengok, sebab

Memang seronok dan korang tak akan rugi.

Sebenarnya aku juga suka tengok show teater. Tapi baru2 ni aku seperti lupa akan 'tarikan' atau 'seni' teater itu sendiri. Semalam aku bersama beberapa teman bersusah payah meredah hujan semata-mata nak pergi ke Dewan Bahasa dan Pustaka nak tengok satu show teater PERCUMA bertajuk JalanG Belakang Bukit Bintang.

Memang tak payah bayar. Percuma je. Kena lah dengan nama bilik persembahan tu, Stor Teater. "Stor je? biar betul.." Memang aku ragu2 mulanya. Alang2 dah redah hujan malam2, please make this worth it.

Dan tak tersangka, the show was worth every drop of rain fell to me. Even more.

Seriously, show semalam memang the best ever show i had ever seen. Kalah Burhan, kalah KDO, kalah Love Suicide, kalah Superptuih, kalah segala-galanya. Lakonan mantap, expression sampai, storyline best, artistik value tinggi, absurd pun banyak. Make-up simple je, tapi pembawaan watak sempoi.. Chorus diorang pun menjadi, sangat menjadi. Penting sekali, mesej diorang sampai.

Ah, to make it short, memang show semalam adalah show teater paling best pernah aku tengok selama ni. Aku kagum dengan produksi mereka. Sangat mantap.

Bila kenang balik, aku rasa aku macam budak kecik dalam movie2 Hollywood yang ayah dia bawak budak tu gi tengok teater / circus/ music show..budak tu rasa teruja n inspired gila..

Rasa tarikan dan seni teater tu aku dah ingat kembali. Terima kasih JalanG Belakang Bukit Bintang.

5 comments:

wann afzan™ said...

korus die sgt hebat!

Anonymous said...

mmg style...

ada lawak dlm serius...
ada moral dalam masa yg sama...

'apek' tu style ah...
haha...

arifpaan said...

dem.. ni yg nk p tgk teater gk ni.. dem lg..

Anonymous said...

aku wat review kat blog dot. - fatin

say- O said...

hahahaha.....yang g dating sila jeles...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails