Saturday, July 17, 2010

Jika Aku Lahir Di...



Hari2 dengar X-Fresh fm, memang telinga dah lali dengan iklan2 nasihat diorang yang simple, funny tapi menusuk. Macam2 iklan yang makan dalam. Paling aku suka yang sorang mamat ni complain tak best duduk kat Malaysia. Lebih kurang camni la ayat dia,

" Aku tak sabar r nak habis study kat oversea ngan keje kat sana~! Kat Malaysia ni tak best r~~panas r~~nak pakai jaket kulit pun susah r~~!!"

Setiap kali aku dengar iklan tu, mesti aku terfikir~terbayang~ter-angan-angan (sambil gelak sebab nada dialog mamat yang cakap tu lawak),

Mesti best kan kalau duduk kat negara luar. Mesti banyak gila tempat best yang boleh pi tengok.

Kalau aku kata aku takda tempat yang teringin nak pi melawat, memang satu penipuan la namanya. Sabah Sarawak pun tak pi lagi,haha. Tapi aku selaku lelaki bebas (freeman), rasanya tak salah untuk aku berfantasi sekejap.

Dan aku mula berfantasi.

Alangkah seronoknya jika aku lahir di Itali. Spesifik lagi, di Venice pada zaman Renaissance. Dengan itu, bolehlah aku menyusuri the Grand Canal dengan naik gondola (sampan). Bolehlah aku melihat dan menikmati keindahan seni bina gabungan Byzantine dan Rom. Macam yang kat gambar bawah ni,


The Church of Santa Maria della Salute, memang lawa.


Zaman sekarang pun Milan dah jadi pusat fesyen dunia, zaman dulu lagi lah. Kalau kat Malaysia orang Melayu ni, baju tradisional yang ada fesyennya simple, tak rambu2. Tak style lah. Kalau aku tinggal kat Itali, baju2 yang penuh colour, penuh rambu dan semestinya kembang2 dan stylo memang jadi baju harian. Mungkin aku boleh pakai macam mamat bawah ni pakai?


Sekacak dan semacho aku, mahu?

Pastu
aku boleh main aci ligan kat atas bumbung ngan jiran2 tetangga. Boleh main lompat2, sembunyi2 kat atas bumbung. Lumba renang kat sungai pun boleh. Sungai2 kecik kat situ banyak, bangunan2 macam kedai, pejabat ngan rumah2 semua dekat. Mesti best kan kalau main lari2!! Boleh jadi macam mamat kat bawah ni,


Main aci ligan bersama rakan tercinta di balkoni rumah orang


Oh sudah cukup. Cukuplah fantasi takat ni. Memang cantik negara orang, tapi pepatah Melayu ada berbunyi,

"Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri"

Selalunya, pepatah Melayu tak berbohong.

3 comments:

tintabiru said...

weh say-o,

saya stuju dgn pepatah melayu "hujan emas di negeri orang,hujan batu di negeri sendiri" lebih baik negeri sendiri..

macam kat entri ni..

http://duritinta.blogspot.com/2010/07/isi-masa-zaman-peperiksaan.html

saya ada cerita berkaitan dengan pepatah tu..eheh..

pape pun memang kite akan rase tingin nak gi melawat tempat orang..tapi lebih selesa tinggal di tempat sendiri..

macam tumpang tidur umah kawan..tapi dalam hati tetap menyanjung umah sendiri..eceh..

kan?

wann afzan said...

abg say o berfantasi ni je ke......?

say- O said...

tinta biru: memang teringin, juga memang betoi pun bila pi rumah sapa pun, terasa nak balik gak..

wann: habih tu??

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails