Friday, February 18, 2011

Pandangan Saya Tentang Pilihanraya Kampus

Hai semua. Nama saya Iskandar. Orang panggil saya Say-0. Sebutnya "say" "ow". Kenapa nama saya sebegitu? Ha senang je. Sebab saya dulu tinggal kat KDO. KDO tu Kolej Dato' Onn, tanyalah rakan- rakan sebatch saya. Dulu je lah saya kat situ, sekarang tak lagi. Sebab? Sebab saya ni orang jahat, maka saya dibuang. Yang terima saya pula adalah KBH. Kolej Burhanudin Helmi. Terima kasih KBH.

Baru- baru ni agak havoc sekitar kampus UKM ni. Bukannya havoc sebab FESSAT, tapi havoc sebab pilihanraya kampus yang makin dekat. Jangan fikir yang pilihanraya hanya ada peringkat dun, negeri dan Malaysia amnya. Kampus universiti pun gedik nak buat jugak atas dasar melatih mahasiswa ke arah insan yang berdemokrasi dan memberi peluang kepada mahasiswa untuk menjadi pemimpin.

Demokrasi? To hell with it.

You surely don't want this right?

Saya hairan, dan pelik sungguh dengan sistem demokrasi kat UKM ni. Hahahahaha, nanti dulu. Jangan cop saya ni GM ke, Aspirasi ke. Tunggu sampai habis dulu.

Saya hairan, kerana apa yang dicanangkan sebagai demokrasi itu nampak seperti tak sampai.

Semenjak dari zaman sekolah lagi saya sudah dibiasakan dengan pilihanraya. Mana taknya, setiap kali nak pilih ketua kelas akan dibuat undian ramai sekelas. Sorang boleh angkat sekali saja. Biarpun calon yang dipilih itu sebenarnya mangsa 'pedeje' kawan-kawan, tapi bila mengundi itu nampak adil dan saksama.

Calon yang dipilih pula diberi peluang yang adil dan saksama untuk menyampaikan manifesto dan sepatah dua kata pengenalan. Maka nampaklah pelbagai personaliti..

Ada yang memang mahukan jawatan itu, maka penuh dengan kata- kata semangat dan bertenaga sekali ucapannya. Ada yang memang mangsa 'pedeje' maka terus terang dikatakannya "saya tak mau pun, depa pekena saya. Undi saya, memang seqabut kelas" Tak kurang juga yang 50-50. Ucapannya perlahan, isi tiada sangat, senyum tawar sikit dan setel.

Education starts at home, expanded at school

Anda semua nampak point saya?

Sekarang, saya mahu jelaskan dulu yang saya tidak berpihak pada mana-mana pun. Baik Aspirasi mahupun GM bagi saya dua-dua sama. Saya tidak pro-Aspirasi mahupun pro-GM. Jika ada kawan saya ingin berdakwah Aspirasi ataupun GM pada saya, saya lari. Kalau ada gambar logo GM/ Aspirasi yang di tag pada saya, saya remove tag. Cukuplah dengan masalah dan kebajikan saya, tak mampu dan tak ingin saya menambah beban dengan "menjaga kebajikan pelajar". Dan apa yang akan saya ceritakan adalah dari sudut pandangan normal seorang student yang tak aktif politik. Senang cerita pengundi atas pagar la.

Baik, sekarang ni beralih pada zaman universiti. Kenapa saya kata kurang nampak demokrasinya?

Senang saja. Sebab peluang dan ruang yang diberikan oleh pihak bertanggungjawab adalah tidak adil bagi pendapat saya. Nanti, siapa itu pihak bertanggungjawab? Entahlah itu saya pun tak tahu, tapi adalah mereka tu.

Begini. UKM ada dua aliran politiknya. Aspirasi dan Gabungan Mahasiswa (GM). Secara amnya juga, Aspirasi ni mendukung aspirasi universiti a.k.a kerajaan manakala GM pula berhaluan kiri sikit a.k.a pembakang . Jadi, setiap kali ada pilihanraya maka kononnya boleh rumuskan sebagai ianya satu pertempuran antara kerajaan dan pembangkang. Kononnya lah.

Balik pada peristiwa pilihanraya. So, makin dekat dengan pilihanraya maka makin giatlah student-student ini berpolitik. Namun begitu, setiap yang subjektif akan wujud perbandingan. Perbandingan baik dari deria mata, telinga mahupun hati.

Jujur saya katakan, selama 5 sem di sini saya lihat GM lebih bersemangat dan aktif. Mereka lebih giat dalam bekerja. Di kawasan sekitar FST tempat kuliah saya, selalu saja saya nampak poster-poster hasilan kerja GM tidakpun parti cabangannya. Bukan nak kata poster-poster itu berteraskan politik, tetapi poster yang mesejnya adalah "senyum..", "study smart..", "hargai masa.."

Simple yet showing that they are alive and kicking

Tak nampak pun poster hasilan Aspirasi.

Selain itu, mereka ada buatkan video2 temuramah ilimiah sempena certain2 event. Ada satu video itu mereka interview kawan Chinese saya bertanya tentang Nabi Muhammad S.A.W. Bukan main terkejut saya. Bukan terkejut sebab dia Chinese, tapi terkejut atas kesungguhan mereka menarik sokongan pelbagai pihak lain walaupun nampak seperti remeh walaupun secara amnya ia adalah video tentang pengetahuan islam dan berinformatif. Akhir sekali mereka gunakan FB sebagai tempat untuk upload video itu.

Sampai sekarang saya tak nampak video hasilan aspirasi.

Itu tak kira event berbahas yang mereka selalu adakan di ruang berbicara dekat teres eko niaga. Tak ceritakan lagi ISIUKM punya small event sempena Chinese New Year di tempat itu juga.

Kemudiannya adalah perkara melobi undi. Saya difahamkan bahawa plihanraya adalah satu proses demokrasi. Namun tidak bagi proses berkempen nampaknya. Satu contoh paling mudah yang wajib terjadi. Dalam seminggu sebelum pilihanraya maka jalan ke kolej2 kediaman akan wujud roadblock bertauliah pada setiap malam. Walaupun mereka tak pernah tahan saya lagi (rakan saya ada yang dah kena) tetapi ianya nampak sungguh intimidating. Dengarnya adalah untuk menghalang pihak GM menghantar fliers masuk ke bilik2. Yang peliknya, enche2 Guard tak marah ke mereka yang buat roadblock ni? atau..

Beware!

Tapi waktu tengahari, pagi, petang tak ada pula roadblock.Dan yang ajaibnya, pada esok paginya pasti ada fliers2 Aspirasi bersepah bawah pintu bilik student2. Oh pihak lawan tak boleh, tapi pihak sendiri boleh bagi fliers? Double- standard sungguh.

Selain itu, saya juga hairan dan ajaib dengan sistem pilihanraya di sini. Sudah 2 kali saya mengundi tapi masih lagi saya blur tentang sistem undi. Dan saya percaya yang ramai student juga sama seperti saya. Tak faham dan tak jelas. Seorang mahasiswa macam saya perlu undi berapa banyak? Kenapa ada sampai umum? Kenapa ada Fakulti? Kenapa sekali dapat borang undi kami perlu pangkah sampai 5, 6 orang? Setahu saya pilihanraya DUN Tenang dulu cuma perlu pangkah seorang je.

Sini lah satu dari flaws yang ada. Student tak diberi taklimat tentang cara mengundi. Student tak diberi guideline tentang berapa bahagian yang patut dia undi. Student tak tahu pun hak mereka. Apa yang ada?

Hasil kutipan kertas bawah pintu seperti satu salinan kertas fotostat yang tunjuk muka2 dan nr2 calon Aspirasi. Kat bawah sekali, tulisan bold besar2. UNDILAH ASPIRASI.

GM nak mampu bagi kertas macam tu? Harapan.

Lagi satu, poster2 yang dibentangkan/digantungkan sepanjang jalan pun tak membantu student. Yang ada hanya nama, nr matriks, nr calon dan fakulti. Ada satu benda yang super penting tapi tak ada- parti mana. Seriously, brader ni parti mana? awek ni parti mana?

Sama la jugak dengan bila nak memangkah dalam borang undi. Apa mereka ingat student mampu hafal muka dan nr2 calondari sekian2 parti? Selalunya student pangkah muka2 yang mereka pernah nampak. Tak pun, yang HENSEM dan CANTIK.

If this is the candidate, I'll pangkah her

Kalau memang dah dalam peraturan tak dibenarkan ada logo parti, maka tak tau la nak kata apa lagi.

Tak perlulah bercerita tentang perang politik. Aspirasi tuduh GM, GM tuduh Aspirasi. Lawan cerita ni terlalu biasa. Banyak sangat dah yang ada. Kes pihak lawan naik konvoy motor ramai2, kes bilik gerakan kena serang dengan pihak lawan, ugut junior untuk undi certain2 pihak..Ugutan " buang kolej" tu memang ada, dan ianya memang sendiri dah berlaku, wahahaha! Sampai saya sendiri rasa muak. Bergaduh semata- mata politik. Isu kecil dipolitikkan.

Hahahahaha.

Tapi, kalau ada yang bermanifesto "memastikan bekalan internet ada 24 jam dan laju sokmo".."memastikan bekalan air ada 24 jam sokmo"..." memberikan lebih ruangan parking kereta dan motor kepada student".."menurunkan harga dendaan yang mahal nak mampus kepada yang berpatutatan"...ha yang tu saya pangkah.

So, kamu pembaca.Mahu sokong siapa? Aspirasi ke GM? Hm..

Kalau sokong GM?

Nanti ramai pulak gadis2 solehah bertudung labuh ungu tidak bermekap berjalan2 di sekitar fakulti dan UKM. Nanti kononnya budak lelaki Islam tidak dibenarkan pakai seluar pendek dalam kampus dan kononnya juga ada larangan keluar pada jam 12 malam. Golongan kapel2 dah tak leh nak kapel dalam kampus, kot. Makin banyak aktiviti keislaman dan ceramah- ceramah akan dianjurkan. Konsert2 dah tak boleh diadakan lagi, itu maksiat dan haraaamm..

Kalau sokong Aspirasi?

Nanti mesti ramai aweks2 hot/cantik/pandai mekap yang pakai baju seksi2 ketat2 berjalan-jalan sekitar fakulti dan kampus. Nak pakai seluar pendek jalan- jalan dalam kampus pun tadahal. Nak keluar malam anytime pun boleh, dengan awek belakang motor pun tadahal. Pasangan- pasangan bahagia nak berjiwang dan berdua-duaan pun tiada sergahan. Festival- festival akan bercambah banyaknya. Konsert2 kalau nak buat pun sangat dialukan. Panggillah Yuna, Hujan, Aisyah, Zainal Abidin, Jamal, Mawi, Ana Rafali sekalipun tiada masalah. Muahahahhahahahahahahahaha!!!

Tolong ingatkan aku bila hari mengundi

Hahaha, cukuplah setakat ini. Saya harap kalau ada yang terasa itu, janganlah simpankannya hingga jadi nanah. Ambillah sebagai iktibar. Saya sendiri ada kawan- kawan yang pro-Aspirasi dan pro-GM dalam kelas saya. Mereka semua baik dengan saya yang hina ini. Jadi, saya amatlah berharap agar mereka tidak bermasam muka apabila berhadapan dengan saya nanti. Kalau ada yang mana saya salah, perbetulkan dan tegurlah.

Apapun, selamat mengundi ye=)

12 comments:

leha lah ni. said...

ahahahahaha.~ayat buang kolej mahai.~!

say- O said...

ahahahaha, saja. masih sayang kdo sebenarnya.

miaishika said...

huyoohhh say o~~~~mantap dan terpeinci r isi kandungan entry ko ini...hiii...aku dulu penah join jdi jentera .pnah ad pnglaman sikit2~~~so melalui pnglaman itu akn aku undi mne yang aku rasa okie.
hiii

neway~~lite2 jah skang...fokus final year~~Hiii=)
peace yaw

say- O said...

hahahaha, aku crita apa yang aku nampak ja..the truth only they know..
haha, fokus2. tapi bagi korang la final year, not me,hehe

PUAN SYIRA said...

is, respect gle dgn entri ko yg ni..
mantooppsss..hehe

wei, lame nyepi..
sunyi kotttt..!!!

pengkritikbebas said...

owh,ini ayt byk brat sblh woo,mcm aku tak sokong mane2 pihak jg,tapi entry kau ni mcm more kpd GM,bcos kau byk snaraikn kburukan aspirasi.smua politik kotor,even GM pun pernah dtg bilik calon aspirasi lpas tu bce yasin bramai2 kt calon tuh,psyko gilos kn.etc.

N.W.I said...

wow!~ really selut argh!
observation yg sgt terperinci..
xprnh taw pn,sbb mls nk amek taw,
fliers dpt,xsmpt tgk,da msuk tongsampah...maap la yer..
btw,bgus krana ade yg gtaw,
so...erm,prt tgh cm brt ke arh gm nmpknyer,
tp kdo bley la dilabelkn kolej aspirasi..
nk selamat mmg kne undi aspirasikah???

say- O said...

syeera:hahahaha! dah lama aku rasa nak tulis, akhirnya tertulis juga.
sunyi? tu la sapa suruh kdo buang aku, muahaahhahaha!

say- O said...

pengkritik bebas: aku tulis apa yang aku observe dan rasa. kalau banyak menunjukkan yang GM bekerja dan wujud, bermakna Aspirasai gagal dalam mengekspresikan kewujudan dan pengaruhnya terhadap student neutral macam aku. dan of kos orang lain juga.

politik kotor, memang both sides have their part. dan satu lagi, aku ni bukannya alim pun. aku cukup tak suka kalau ingin pelekehkan opponent dengan guna agama. cntoh macam yang ko bagi- baca yassin kat calon. wtf la kan, diorang ingat diorang sapa nak tentukan orang lain tu infidel? aku tak suka mereka yang main game holier-than-thou

say- O said...

waida: memang aku cerita yang aku nampak dan rasa. aspirasi sila jangan terasa dan sedih. tingkatkan lagi usaha anda jika mau ada entry yang banyak puji aspirasi pulak, haha.

kdo memang kuat aspirasi. nak selamat memang kena undi aspirasi. memang akan keluar ugutan. memang nanti sebelum ko masuk bilik undi akan ada ejen aspirasi kdo (senior korang lah) yang akan bagi kertas senarai nama calon aspirasi untuk diundi. bagi diam2 tak kata apa. macam bagi dadah je.

rekbing said...

"pedeje". ayat deje ni mmg lama ak xdgaq..haha

say- O said...

HAHAHA, besa la cek oqang kedah,haha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails