Saturday, February 12, 2011

Sesungguhnya

1. Aku berasa sungguh celaru sekarang. Mata sudah mengantuk, tapi enggan tidur. Esok pagi perlu bangun awal, tapi langsung tak rasa concerned.

2. Banyak benda yang menarik di Internet. Bukan setakat Facebook, Youtube, LFClive, Tomkins Times, Livescore, SPIN UKM mahupun porno, tetapi juga pelbagai bahan bacaan lain yang menarik seperti BLOG. Ya, blog. Bacalah blog2 yang ada di internet. Carilah blog2 yang kreatif dan berisi. Bacalah. Tapi ingat, tidak semua yang dituliskannya benar.

3. Benar kata orang, membaca itu menambah ilmu kita. Dengan membaca minda kita akan lebih banyak berfikir. Secara tidak langsung akan menjadikan minda kita lebih terbuka. Itu pun jika kita rela membuka minda. Banyak sudah yang aku baca, banyak sudah yang aku hadam. Rupanya, memang benar kata orang. Minda manusia memang mudah untuk dimanipulasikan.Tiada yang mustahil.

4. Valentine's Day punya kontroversi. Rasanya baru tahun ini aku mengambil tahu tentang Valentine's Day. Bukan kerna sudah ada pacar untuk disambut, haha. Tapi kerana sifat ingin tahu. Banyak juga hukum hakam semua keluar- mengalahkan Parlimen, hahaha.

5. Dari pembacaan blog2 juga, aku mendapati ada satu macam trend. Ada blog yang religious (islamik saja setakat ini yang aku jumpa), ada blog yang kreatif (himpunan pelbagai video/berita), ada blog yang open minded and think-inducing blogs dan lastly crappy blog (blog aku mungkin termasuk)

6. Dan bila sudah membuat artikel yang berani dan menentang arus, maka akan ada 2 pihak selalunya- yang setuju dan yang tak setuju. Bagi yang setuju, maka penulis itu menjadi hero. Bagi yang bangkang, maka penulis itu menjadi greatest villain.

7. Maka aku mula mengetahui dan memahami sikit2 gelaran seperti serbanistas, holier-than-thou, agnostic, sosialist, free-thinker, atheist dan macam2 lagi. Aneh, tapi benar. Setiap kali baca ruangan komen, maka akan berlaku peperangan kata. Siapa yang benar? Baca dan nilai sendiri.

8. Ada satu tanggapan tentang religion yang bermain di minda ini. Not exclusively about Islam, but in overall. Ianya tidak lah serius, tapi ia ada. Nanti jika BERANI dan RAJIN maka aku akan suarakannya di sini.

9. Ini adalah style penulisan blog Tun Mahathir. Maaf Tun, saya pinjamkan gaya Tun untuk artikel ini. Nak buat camana Gaya UKM takda spesifikkan untuk blog,hahaha.

10. Masih lagi dengan moody semalam rasanya. I'll be waiting.

Smile=)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails