Tuesday, September 7, 2010

Drama Melayu

I believe all of you must at least had once followed a Malay drama series.


Nah, don't lie la...korang mesti tengok punya. Standard ah kalau bukak tv 1, 2 dan 3 tiap2 petang dan malam mesti ada drama. Jalan cerita pulak? Ok cliche. Mesti ada satu family melayu kaya A, si bapa ada syarikat besar kat kl. isteri pulak tauke syarikat lain (yang kecik sikit) dan mesti ada anak laki/pmpuan yang kerja under bapa dia.

Pastu, mesti ada keluarga Melayu B yang sama condition dengan A tadi, dan ada anak laki/pmpuan yan sama gak ngan A dan MESTI JATUH HATI ATAU SKANDAL antara satu sama lain. Paling kurang si anak laki akan ada skandal ngan pmpuan lain yang ada niat jahat, bukan benar2 cinta si laki tadi la.

Pastu macam biasa drama berlangsung..anak laki nak sangat kat anak pmpuan tapi family x setuju la, si ayah nak anak laki sambung company tapi anak x minat..nak pursue impian dia, blablabla~~~

Itu sebagai contoh serba sikit MAJORITI DRAMA MELAYU kat Malaysia.

Aku terfikir, kenapa tidak penulis skrip/direktor buat drama Melayu yang benar2 Melayu? Yang berdasarkan realiti?

Banyak kisah hidup family2 Melayu kat kampung yang betul2 "realiti". Yang tak cliche Melayu kaya. Yang berat ceritanya. Nak contoh?

Kisah rebut harta antara adik beradik. Daripada 3,4 orang beradik ada sorang hati busuk. Anak manja, selalu dapat apa dia mahu. Anak kesayangan mak. Bila besar, buat perangai. Kurang ajar, mulut lancang. Jadi penipu, anak derhaka. Bila ada masalah macam kena buang kerja, xda duit, balik kampung mintak duit kat mak. Si abang2, kakak2 dah puas nasihat, marah, maki tapi x lut. Sampai ke mak dia sakit tenat pun balik jenguk bukan nak tanya khabar, tapi nak minta sain geran tanah kat kampung. Sakit hati kan bila dengar?

Atau pun kisah anak baik yang kurang bernasib baik. Waktu kecil semua adik beradik mesra, rapat. Tapi bila semua makin besar si ibu mula pilih kasih kat anak bongsu. Apa yang dia mahu semua dia bagi. Bila si ayah dah meninggal, pembahagian harta ayah pulak jelas tunjuk pilih kasih. Anak bongsu dan anak lain dapat tanah yang strategik dan banyak, manakala anak sorang ni dapat sikit saja, tu pun dalam hutan.

Tapi bila si ibu dah tua, semua anak yang dapat speciality tu buat x endah ngan si ibu. Si ibu sakit, yang kaya2 tadi semua tak mau jaga ibu, bagi alasan macam2. Yang last2 jaga? Si anak tersisih tadi. Lagi teruk, bila si ibu macam 90% possibility to go, si anak2 kaya tadi berebut nak jaga ibu tu. Seronok sungguh si ibu, anak2 kesayangan nak jaga dia akhirnya. Tapi sebenarnya- sambil menjaga sambil paksa ibu sain geran tanah untuk serah pada "anak2 kesayangan" tu.

Menangis2 si ibu memikirkan apa la salah didikan dia... habis sain, terus hantar si ibu pergi rumah anak tersisih tu. Tak call apa pun, terus bagi. Alasan beribu, terus balik. Membatu si ibu mengenang nasib dia. Si anak tersisih tu terima jugak walaupun berat, sebab dah nama ibu.. Sepanjang di rumah si anak tersisih, tak habis2 si ibu tanya "mana si Timah x mai amik aku ni..?" si anak tersisih hanya diam..

Bila si ibu meninggal akhirnya, semua anak2 pulang untuk pengebumian. Si anak2 kaya buat2 muka sedih, padahal dah puas. Tanah dah banyak dapat, duit dalam akaun bank ibu beratus2 ribu dah bedak sama banyak antara mereka. Rumah dan renovate, kereta dah baru. Tinggal la si anak tersisih tu dengan sedikit tanah dalam hutan warisan ibu dia.. Hubungan antara adik beradik? Jangan cakap la..memang musuh dalam hati, jantung, minda dan akhirat la.. Si anak tersisih redha, sebab dia tahu makna 'what comes around goes around'..dan memang terjadi pun.

Itu semua antara sedikit storyline yang kalau ada dlaam drama melayu memang aku terpacak depan tv tiap kali dia tayang. Aku tak nafikan mungkin dah ada dalam tv, tapi almost setiap kali aku bukak tv drama yang kuar drama trend family kaya di KL. Ptuih! Ok, sekarang up sikit, majoriti awek drama dah bertudung. Tapi cuma tambah tudung dan sedikit sopan kononnya 'melayu', tapi storyline mostly still the same.....hahaha.

Apapun, jangan marah ya penggemar drama melayu, hehe. Ha ini baru kritik storyline, x kritik setting dan mekap dan costume lagi..hehehe. Eh, jangan2 ni semua konspirasi illuminati Freemason apa?
p/s: apasal firefox x dapat nak kuar popup window nak letak gambar? pelik

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails