Sunday, October 7, 2012

Bekerja dan Membuka Mata


Pengalaman bekerja. Saya ni, dah berumur 23 tahun baru ada 1st pengalaman bekerja. Oh sebelum ni ada, tapi terlalu singkat. Just tiga hari untuk program susu. Travel guna lori, distribute susu kat certain2 area. Yes itu cerita lama~

Back to the main story.

Dalam bulan ogos yang lepas, saya telah bersemangat waja untuk ambik kerja part time. Niat utama sekali- nak amik pengalaman bekerja. Niat kedua, nak dapat rasa duit sendiri. Niat utama tu, sangat menebal sebab memandangkan diri ini tak penah bekerja, terasa juga nak dapat feeling tu. Almost semua kawan2 ada penah bekerja, kenapa tidak saya? Niat kedua, yes nak dapat feel of happy-puas bila dapat duit bayaran kerja tu. I know that i'm a bit ketinggalan zaman, but that's me.

Puas survey, ada satu saja tempat yang accept. Kedai Kasut MG. Kedai2 lain majoritinya nak gadis2. I know, sex sells.

Masa kerja adalah amat terhad, sebab dia tak perlukan sangat pekerja tambahan. Awalnya cuma Sabtu dan Ahad jam 8-10 malam. Lepas 2 kali macam tu, everyday dari pukul 8-10. Bila last two weeks sebelum raya, she (the store manager) wants me to come earlier at Saturday and Sunday, which will be 12pm-10pm. Sounds plenty rite, but believe me, tak lama pun.

Bidang tugas? The usual promoter dalam kedai. Customer datang, ikut dia ke mana kasut dia berkenan, layan soalan dia, carikan kasut yang dia mahukan, then kalau dia nak beli terus bawak kasut tu ke kaunter. Done. Sounds simple, but actually renyah jugak. Apa yang renyah? Ok bahagian mencari saiz. Ada yang tak nak cuba kasut, terus nak saiz sekian2. Ada yang dah amik 2,3 saiz, last2 nak kasut pattern lain. Oh tak lupa, kesusahan mencari kasut. Sebab apa? Sebab saya orang baru. Tak tahu sangat position kasut2 sekian2 dalam stor. Beberapa kali kena marah ngan manager, biasa la tu...

Anyway, bila dah kerja yang serve customer, memang dapat lah serba sedikit faham kerenah customer. Ada 3 level customer. The orang susah- the moderate- the kaya. Level yang merunsingkan sikit adalah level orang susah dan kaya. Yang moderate, mereka senang untuk berurusan.

Daripada bekerja di kedai kasut ini lah, saya nampak dengan mata kepala sendiri, akan apa itu business jual beli dan keuntungan yang dapat. Serius, saya tak sangka dengan keuntungan yang sebuah kedai kasut boleh perolehi dalam masa sehari saja. Sangat besar....or, maybe it's just me thinking it's really big. Anyway, ia memang menguntungkan.

Why? Let's put an example. At the shop, there are 5 sales promoter. In just one day (ini waktu nak raya ok, sila amik perhatian), one promoter can sell shoes up to RM1200 averagely. So, times 5, you got 6000 in one day. In one month? Wow wow wow~

One more thing, saya makin buka mata dengan keadaan sekeliling. Big boss adalah chinese. He's a very humble man. Bila dia datang untuk tinjau2, dia juga serve customer. Carikan kasut, tolong pakaikan kasut. Very humble and a very good example for us. Walaupun dia most probably super kaya (ada 5 cawangan kedai kasut) tapi itu tak menjadikan dia boss yang sombong. And that makes me more curious, and realize,

That chinese really know how to do business.

Setiap malam bila nak tutup kedai, manager akan kira duit dan tutup account book untuk hari itu. Bila masa kira duit, rambang mata melihat duit tebal2. Terus teringat akan persepsi biasa di Malaysia, "Cina sangat bijak dalam berniaga. Ekonomi Malaysia dipegang mereka." Thus, meningkatkan lagi semangat saya untuk membaca The Malay Dilemma. Yeah, banyak benda yang dalam buku itu, tepat dengan apa yang saya nampak di sekeliling.

I worked there...kejap saja. Kalau ikut full time punya jam, tak sampai seminggu pun. Tapi gaji/bayaran yang dapat tu, alhamdulillah okay. Mungkin sebab komisyen banyak membantu. Satu kasut yang dijual akan dapat 1-3% komisyen kot. So...saya dan kawan2 selalu berebut customer kaya2. Untung2 dapat jual Scholl sepasang dua, Dr Cardin sepasang dua, haha.  

Well, saya bersyukur sebab dapat jugak bekerja sementara masih lagi student, biarpun part time, dan agak lambat, haha. Thanks to Kedai Kasut MG yang bagi peluang. Thanks untuk kawan2 kat sana (gambar takda, tak dak kamera haha) yang banyak tolong, thanks untuk amoi garang dan Lokman latipp yang push saya untuk kerja jugak (kerana rasa sedikit malas itu wujud, pada awalannya). Biarpun habuan taklah besar, tapi pengalaman itu bermakna. Alhamdulillah.




2 comments:

N.W.I said...

la yeke...aku tak tau pun ko keje? hahaha.....then skang keje lagi ke weekend? ke raye hari tu je? kedai kat mane??

say- O said...

sekarang tak dah. fokus pada paper2. sebulan lebih seblum raya dulu. kat kedai kasut mg. warta.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails