Saturday, July 23, 2011

Basketball

Kalau bila sebut Melayu dan tanya "orang melayu main apa eih?" Maka jawapan yang slalu kita dapat- bola, takraw, badmonton. Bola. Bola. Bola. Hahahaha, sukan rakyat kan. Itu majoritinya lah. Tapi bagi aku pulak aku tak main pun bola dan takraw. In fact, aku sangatlah kaki bangku dalam kedua2 sports tu. Timbang bola kalau 3 kali tu dah super miracle. Jadi,

Sukan yang aku main adalah basketball atau dalam kamus dewan nya adalah bola keranjang.
Kat Malaysia ni, basketball adalah di-dominated bya the chinese. Pi lah mana2 court insyaallah korang nampak brader2 kulit putih yang main. Susah beno nak jumpak geng kulit coklat atau gelap ni. Ada, tapi terpencil. Dan aku tergolong dalam golongan terpencil itu.

Minat mula2 untuk main basketball datang dari komik legend of all time- Slamdunk. First time baca time darjah 2. Mula nampak Sakuragi Hanamichi, Rokawa Kaede, Akagi Tawanori dan Haroko (ingat semua nama ni, kagum!) Mula lah kenal bola basket, dan ring, dan rebound, dan bola papan, dan steamboat, dan gaya asasi. Kagum. Teruja. Ingin mencuba. Terus pergi beli bola kat kedai. Proses penjinakan dengan bola basket pun bermula.

Tapi takda peluang nak main. Semua court yang ada time tu dipenuhi oleh apek2 badan tough main tak pakai baju rantai emas ada subang main langgar2. Nak mampus?

Fast forward, masuk SBP- Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa. Yeah peluang terbuka untuk main secara mati2an setiap petang sudah ada. Nasib aku agak baik, kerana aku ada geng. Geng yang sama2 gila kepada basketball. Mau tak gila. Kalau hari jumaat, sebaik selesai sarapan, pukul 710 pagi dah mula main full court. Sampai pukul 10 lebih. Rehat hanya untuk minum saja. Balik semayang jumaat, pukul 3 dah turun, main sampai pukul 630. Nasib baik malam court tu tak bercahaya. Hahahahha.

5 tahun dipenuhi dengan kegembiraan penuh menjelang petang. Kesedihan tak terkata bila petangnya hujan. Memang banyak nostalgia. Sufi, Ikhwan, Zarrul, Sani, Arif, Todak, Mat Lambung, Nik, Apai. Korang semua memang true teammates.

Masuk zaman matriks, maka experience makin bertambah. Berlambak yang lagi power, laju, skillfull. Nasib aku agak baik, sebab the first 8 yang dipilih untuk wakil KMJ, ada 2 yang keluar untuk study kat tempat lain. Maka aku pun diambil sebagai ganti. Again, basketball is the only sport i played at kmj. Famousnya aku pun sebab basketball (court basket sebelah jalan je, dan dikepit oleh blok asrama lelaki dan perempuan, plus akulah makhluk paling rajin main). Ini adalah team paling kuat pernah aku temui (dan sertai). Malangnya kecundang di final. Kemungkinan besar sebab 3 dari first 5 kami injured. Tiada rezeki namanya.

Ke depan lagi, tibalah kisah hidup di UKM. Waktu first year saja aku aktif. 2nd and 3rd year mula aktif berjoging. Kenapa? Sebab ada cuma half court saja untuk dishare hampir 16 orang. Sekali main ada lah dalam 5 minit. Kalau nasib baik boleh tahan 2,3 game dalam 15 minit. Pastu nak tunggu turn lagi 15 minit. Lagipun brader2 yang main tu majoriti orang luar. Suka sangat datang lambat- 630. Habis dalam 730. So boleh la main dalam 3 kali.

Disebabkan kejarangan aku bermain, maka aku betambah gemuk dan semua skill semakin lesap.

Tapi skarang ni aku makin bersemangat nak main semula. Entah kenapa, tapi semangat tu datang kembali. Mungkin sebab kat sini aku ada geng. Geng basketball Taman Rimba. Dari zaman form 4 dulu sampai sekarang. Masing2 belajar lagi, so time cuti lah kami jumpa dan main sekali. Tapi it will never be the same. Dulu fit, lincah dan licik. Skarang ni dah macam tong drum begerak. Takpa, slow2..one by one.

Defuuu. Apa kejadahnya aku buat entry ni?

Mungkin sebab aku punya minat dah makin naik. Juga mungkin sebab setiap hari aku paling nantikan jam 6 petang. Mungkin kerana aku rasa rimas meluat dengan mat2 rempit yang aku duk nampak time aku on the way nak g main. Yang lepak2 atas motor ramai2 then sembang kosong sambil isap rokok sambil dipeluk awek kat tepi. How things change right?

4 comments:

anaeeim said...

aku main basketball..x main kat ukm sbb xdak geng..lagi pun dribbling aku teruk..haha

EyNaKiD said...

wah bersemanagat gila cerita pasal hobi!

say- O said...

anaeeim: apa susah, nanti sem depan jom ah main.hahaha

sab: actually, ni baru sports. hobi aku banyak lagi...hehe

hazal said...

samalah suka basket sbb SLAM DUNK!!
tapi aku takda geng dan sekolah aku, kawasan rumah aku pun takde ke mudahan.

bila kat matrik baru merasa. kat UKM, er.. langsung.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails