Saturday, December 11, 2010

Kisah Kucing

Satu malam yang lalu, aku sedang khusyuk menembak samseng jalanan dalam Fallout New Vegas.Hujan turun dengan renyai2, suasana sunyi. Tak ramai manusia yang berada di persekitaran. Tingkap bilik aku biarkan terbuka, untuk menikmati udara malam.

Tiba2, aku ternampak lembaga hitam melompat masuk melalui celah tingkap bilik! Jantung berhenti sekejap. Aku dah mula terbayangkan cerita2 hantu yang aku tengok dan baca sebelum ini. Celaka.

Dengan rasa curious, aku membongkok dan melihat di ruang belakang katil, iaitu tempat lembaga hitam tadi menyusup pergi.

Terasa hening sekali.

Rupa-rupanya hanyalah seekor kucing bersama anak kucing yang baru lahir mungkin, matanya masih tertutup rapat. Ceh. Jujur dengan sifat tidak sukakan binatang, aku lantas mengambil penyapu dan men-shooh! shooh! kucing itu. Tak bergerak. Aku pukul sikit. Tak bergerak. Damn.

Argh, biarkan je la. Aku sambung dengan game yang terhenti tadi. Kemudian dalam tak lama kemudian, kucing besar itu melompat keluar melalui tingkap dan entah kemana aku tak tahu. Peluang!!

Apa lagi, dengan pantas tutup tingkap dan langsir. Jangan nanti dia masuk lagi, buat perumahan kat cpu aku tak ke mampos? Selesai semua tu, aku teruskan bermain.

Dia datang lagi! Kali ini dengan kawan sekor lagi. Dan seekor anak kucing dibawa di mulut. Kawan dia tak habis2 berbunyi meow~~~meow~~~~ beserta dengan muka simpati tepat ke mata aku. Manakala yang membawa anak kucing tu berpusing2 sekitar bingkai tingkap bilik aku mencari ruang untuk masuk.

Aku melihat mata kucing kawan itu. Sayu. Penuh simpati. Aku lihat kucing yang menggonggong itu. Resah. Risau. Aku pergi lihat anak kucing yang awal tadi ditinggalkannya di belakang katil aku. Helpless.

Hujan masih turun.

Hm...


7 comments:

anaeeim said...

hang tetinggai anak dia belakang katil pa!

say- O said...

yang tu semua dalam peleraian.aku tak tulis.

~**Raw Honey**~ said...

Real story? haha ~so cute sia~

rekbing said...

serius thrill. ada sambungan x?

say- O said...

serdang: yes real!! mana ada buat2

kacang: thrill ka? macam skema ja aku tulis. sambungan dia nanti ah, haha

leha said...

kucing dun like me.ngeh.~

say- O said...

aku paham leha.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails