Saturday, November 6, 2010

A Series Of (fill in the blanks) Events Experienced by Ibrahim *part 2*

5 November 2010. Jumaat.

"Sayang, maafkan saya kerana terlalu memaksa sayang bekerja keras semata-mata untuk kepuasan saya. Sayang akur, sayang ikut saja apa kehendak saya. Tapi sekarang lihatlah! Sayang sudah semakin parah! Sayang, saya janji, saya akan selamatkan keadaan sayang yang semakin parah ini. Jangan bersedih lagi sayang..."

Dengan itu, aku segera bertolak ke Lowyatt selepas sembahyang Jumaat.

2.35 pm

Kelihatan stesen KTM UKM tak ramai orang. Mungkin dah ramai beraya Deepavali sekali. Tak apa, abaikan. Terasa lapar, mahu makan. Tetapi memandangkan wang yang bakal aku gunakan untuk mengubati penyakit sayangku, aku tahan. Hanya makan roti pizza mini.

Masuk dalam tren, terkejut kerana buat pertama kalinya mendapat tempat duduk, siap boleh pilih2 lagi. Apa lagi , angkat tangan dan berdoa kesyukuran. Sepanjang perjalanan, khusyuk memikirkan apakah ubat terbaik untuk sayangku nanti.

4.00 pm

Sampai ke stesen Hang Tuah. Masyaalllah ramainya manusia. Serabut, rimas, tak selesa, pening. rasa insecure pun ada. Cis, dah besar camni pun masih insecure? Hahahaha., nasihat abah ingat selalu. Dari masuk KTM sampai lah ke tempat kurang orang, dompet letak poket depan, pastu diimprovisasikan oleh idea sendiri iaitu masukkan tangan kedalam poket gaya ala2 model. Selamat dan bergaya.

Berjalan terus dari stesen hingga ke dalam Times Square. Sempena Deepavali, ada satu show Indian dance kat tengah pintu utama. Aku berhenti, dan enjoy the show. Ramai juga yang sama dengan aku, mengerumuni dan membuatkan mereka lagi bersemangat mengatur langkah rancak menari.

Dan yang ramai dalam kelompok itu, orang India, Chinese dan foreigner. Melayu sikit sangat. Memang terbukti persepsi aku- orang Melayu tak suka belajar/appreciate benda baru/asing. Oh mungkin orang Melayu sibuk masa tu, siapa tahu? Hahahahaha.

4.30 pm

Akhirnya menjejak kaki masuk ke Lowyatt juga. Fuh, this is my heaven shopping place. My ideal window shopping. Pergi mati dengan baju branded, seluar jeans, kasut, handphone, topi, jaket, motor, kereta. Sorry, not interested.

Seperti biasa, penuh dengan manusia pelbagai bangsa. Seperti biasa, aku terus menuju ke tingkat 2, tingkat yang dipenuhi kedai komputer. Pantas aku bergerak ke C-Zone, mencari ubat terbaik untuk kesayanganku yang kononnya diletakkan harga promosi. Yes! Ada! Bila ditanya, jawab apek tu,

"Sorry, sudah habis"

Patah hati. Hancur hati. Sedih. Kecewa. Bengang. Marah.

Teruskan berjalan untuk cuba mencari pengganti. Sambil2 dinasihati oleh Arif dalam memilih ubat pengganti. Oh ya, Arif banyak membantu aku dalam mencari the best remedy untuk kesayanganku. Dia banyak beri cadangan, info dan maklumat berguna tentang ubat terbaik itu.

Aku terus berjalan..

5.30 pm

Nekad. Masuk ke kedai yang memberikan aku kebahagian. Kedai yang mencipta sayangku kepada aku. Viewnet. Ya..di sini segalanya bermula. Lantas aku duduk di hadapan salesman bernama Rashid. Oh, sangat rare. Dia lah satu- satunya salesman Melayu. Maka aku memulakan proses pemilihan ubat terbaik di samping nasihat/ cadangan oleh saudara Arif dan Rashid itu sendiri.

Jujurnya, aku kagum dengan Rashid ini. Dia benar2 membuatkan aku selesa untuk berurusan denagannya. Segala macam soalan yang aku tanya dia mampu jawab. Segala info2 tambahan yang aku ingin tahu dia jawab. Kalau dia tak tahu, segera dia search di Internet. Nada suaranya yang 'assuring', plus dengan humble behaviour, betul2 buatkan aku rasa seperti mahu bersembang lebih lama dengannya. A very good customer service by him.

Akhirnya, setelah puas berbicara, berbincang, bertanya dan bermonolog dalaman, akhirnya aku memilih untuk membeli ubat yang sesuai dan affordable untuk sayangku. Aku puas dan berbisik dalam hati, pasti sayangku akan tersenyum lebar dengan keprihatinanku ini.

6.30 pm

Mula bergerak pulang ke UKM. Semasa di stesen Chan Sow Lin, tersermpak dengan Aizzat. Memang dia aktif dengan dunia fotografi. Aku tabik dengan orang sebegini. Minat yang mendalam dan dia terokai minatnya itu.

Sampai ke stesen KTM Bandar Tasik Selatan, terpaksa menunggu untuk hampir sejam. Tren tergendala sebanyak 4 kali. Memang stress. Tetapi dilegakan dengan pleasant sights around me. Beautiful girls are around...enjoy.

Ada sorang gadis Melayu ni, muka manis cantik. Body pun cantik. Ada tahi lalat bawah sikit dari mata. Memang 10 out of 10!!! Tetapi bisu... Aku terfikir, macam mana kehidupan orang bisu? Especially dia. Mesti dia sedar ramai orang usya dia, dan bila tahu yang dia bisu, mesti airmuka mereka2 itu berubah. Dan of kos mesti ramai yang nak tackle dia, dan mesti ramai (jika tak semua) yang henti separuh jalan kan? Bagaimana perasaan dia?

Tapi at least dia sangat kurang dosa berbanding kita. Dia tak dapat bercakap yakni tak dapat mengutuk, bergossip, maki hamun, mencarut, marah orang lain hatta mengeluh sekalipun. Itulah kelebihan besar yang dia ada berbanding kita ini.

8.30 pm

Akhirnya sampai ke UKM, sampai ke KDO. Segera aku berikan ubat yang aku beli itu kepada sayangku. Alhamdulillah, dia sembuh dengan jayanya. Bagus...tetapi! Every action has its consequences. Dek harga kos perubatan sayangku yang mahal itu, aku terpaksa mengikat perut sehinggalah mendapat duit turun dari langit nanti.

Oh, nak tengok ubat yang aku beli untuk sayangku?


Sayangku mampu tersenyum kembali.

4 comments:

rekbing said...

kalo cmni, baek hg kawen la karoy..haha

say- O said...

ahahahahha!
rilek lu...

ismeth said...

syg hg tu da mkin recover..bgus...walopon wt hal skit2 time kita men pes..haha~~

say- O said...

gahahaha, awal lagi time tu, tara nak adjust dulu.
la ni dah professional. xda hal semua tu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails