Wednesday, November 24, 2010

Nostalgia Zaman Kanak- Kanak


Baru- baru ni my 2nd brother Nasruddin kahwin, so ada kenduri kat rumah minggu lepas. Bila dah kenduri, mesti semua satu family balik kan? So cukupla forum dengan abah, mak, Awi n Kak Farah, Din n Kak Mas, aku dan Danial. Memang meriah lah rumah.

Satu malam tu, sambil2 belek laptop Awi yang baru dan power tu, tiba2 dia suruh cari lagu2 kartun Jepun guna Youtube. Lagu2 anime lama. Semua lagu2 tu dulu kami dengar zaman kaset lagi. Ada rang jual ke kaset lagu anime Jepun dulu2?

Inilah mp3 zaman dulu

Ha...itu specialnya. Dulu, abang sulung aku (Awi) dia selalu advanced dari budak2 sezaman dia (dan of kos budak2 batch aku). Zaman 90an orang dengar lagu2 rock kapak/leleh kan? Dia dengar lagu2 anime, game Jepun dan tak kurang lagu2 drama Cina kat TV (selain dari britpop). Cara dia amik lagu2 tu semua memang unik.

Semuanya cara manual. Guna mikrofon letak depan speaker TV, biar kuat sikit output bunyi. At the same time, guna radio yang ada function record, then record the song! Waktu dalam seminit dua tu, memang kena diam. Ada jugak kadang2 aku terbatuk time tu, so bila dengar baliik kaset tu akan ada iringan batuk di belakang bunyi2.

Tak semua anime, game Jepun yang ada kat rumah kami masa tu. Masa tu, PSX baru kuar. Hanya anak orang super kaya je yang mampu beli. Dan abang aku ada ramai kawan2 anak orang kaya. Jadi selalu kuar gi rumah diorang main game tu di samping merekod lagu2 intro dan ending game juga anime2 tu.

Sesungguhnya lagu intro dan in-play game ni sangat best. Cubalah cari kalau tak percaya

Balik pada cerita asal. Bila cari punya cari, dapat satu lagu ni. Dari game Rockman 8. Intro dan ending theme. Fuh memang melayang minda bila dengaq balik..dah dekat 7 tahun tak dengaq lagu tu. Teringat zaman kecik2 dari sebelum tadika sampaila ke tingkatan 2 last time dengar. Terasa macam jadi budak2 pula.

Rockman 8 punya lagu intro- Electrical Communication dan lagu ending dia- Brand New Way memang legend bagi aku. Tak pernah main pun game dia, tapi 2 buah lagu tu sangat menaikkan bulu roma dan catchy. Both are lagu tekno first yang aku dengar. Sangat menaikkan semangat (lagu intro) dan rasa sedih dan sayu (lagu ending).

Ni dia lagu intro.



Rasa semangat nak main terus naik bila dengar lagu tadi. Dan ni lagu ending dia.



Setiap kali aku dengar, terasa macam ada mood sayu sikit, even though lagu rancak dan tekno. Entahla, mungkin aku terover kot.

Dan ada banyak lagi lagu2 anime/ game Jepun dulu2 yang best. Street Fighter, Dragon Ball, Fatal Fury, Resident Evil (versi Jepun wo!), Ruruoni Kenshin dan tak lupa Sailor Moon (ahaks!). Aku terfikir jugak, betapa majunya orang Jepun ni. Betapa teliti dan bersungguh- sungguhnya orang Jepun ni. Sampaikan lagu anime dan game pun diorang buat yang terbaik.

Bertambah lagi lah respek aku terhadap orang Jepun. Bila agaknya Malaysia nak ada teknologi dan ability orang Jepun dalam mencipta anime (kartun)? At least setanding anime zaman 80an? Hm..

5 comments:

wann afzan said...

lagu2 anime smua outstanding kot

redbean said...

taste pelik..hg mmg fetish..haha

say- O said...

kacang: hoi! apa yang pelinya???hahhaa

wann: semua ok, tapi ada beberapa yang super outstanding. mereka2 tu je yang mampu masuk 4 kaset lagu Jepun abang aku dulu, hahahha

~**Raw Honey**~ said...

whehh ~ Tahniah kat Abg kpd abg Say O' ~heehe.

Cara rekod suara(lagu) tu sy dan kakak sy slalu gune jugakk,lebih2 akak sy yg minat sgt ngan music ~huuhu.dulu msa kecik sy rekod nyanyian sy gune radio~wahaha,cucuk mikrofon letak kaset pas2 play+rekod.wahaha.

Grhh~ Rockman! hah ! Abg sy slalu main dpn mata sy ntah brape byk edisi rockman yg ade ,tp sy hanye reti tgk abg sy main aje O.o

Anime 80-an macam anime lps doraemon ke?haha.kelmarin sy tgk anime "fly high" ,zaman slamdunk pnye anime .haha.MASIH MANTOP !

say- O said...

haha! cara rekod tu memang klasik!
saya tak penah main rockman, just dengar lagu dia je, hehe

anime 80-an tu zaman doraemon, 90-an baru slamdunk. rasanya lah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails