Thursday, November 4, 2010

Mengapa Aku Rasa Aku Rare.



Apa yang buatkan seseorang itu dilabel sebagai 'rare'?

Bila dia sorang je yang pakai baju kemeja, siap tug in g dewan exam? Bila dia sorang je yang minum air Ribena sedangkan umur dah 21 tahun? Atau bila dia sorang je yang tak minat hal2 berkaitan henfon, baju, kasut, motor dan kereta?

Ya!!!!

Bagi aku, aku memang rare. Nak kata spesies rare yang terancam, entahlah. Tapi rasanya aku memang sedikit rare. Sebabnya?

Aku minat gila ngan hal 'gaming'.

Sejarah gaming aku bermula dari zaman aku kecik lagi. Aku tak ingat exactly tahun berapa, tapi memang seingat2 aku, zaman aku 5 tahun kot. Meaning, dari tahun 1994. Terima kasih pada Abah aku, beliau telah membeli satu game konsol paling moden di ketika itu. Yakni..MacroGenius.


ini model SEGA, tapi se-spesies jugak ah

Then, maka bermula lah voyage aku ke dunia game. Pagi petang siang malam sanggup tak tido semata-mata nak main game. Kena marah ngan abah aku tak payah cerita ar..memang countless. Tapi memang best wo. Banyak gila game2 legend time tu. To put some names: Batman, Kung Fu fighting, Battle Tank, Contra (yang ni faveret) dan of kos, Street Fighter II.

Ingat lagi selalu main ngan abang aku, Nasruddin. Dia pakai Ryu, aku pakai Guyle. Oh cuma kadang2 aku tukar pakai Chun Li. Masing2 dah mencapai tahap dekan dalam karakter masing2. Sampaikan bila lawan tu main slide kaki hujung2. Sapa kena, dia jatuh dulu, mampus. Bagi merciless kombo sampai K.O.


Street Fighter II-nostalgia zaman kanak2. Godfather kepada semua game fighting sekarang.

Pernah sekali tu, aku terlalu khusyuk bermain (bersama abang aku) sehingga demam. Korang pernah demam sebab banyak main game? Hahaha! Bukan setakat demam biasa, tapi plus ngan mata merah menyala berair dan jadi sepet. Tak boleh nak bukak besar2. Sakit. Macam biasa, kena marah dahsyat punya. Lepas tu kena banned dari main. Tapi aku ni resistance sikit. Abah aku kuar je, aku pasang sendiri, pastu main sorang2 (dalam keadaan sakit seperti di atas).

Hahahaha, memang nakal.

Korang semua pernah mengalami moment2 begitu?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails