Wednesday, November 10, 2010

Menembak Dalam Gelap

Saya percaya kamu semua mesti ada akaun Facebook kan? Ececeh..jangan nak tipu kata tak ada..kalau betul tak ada kamu memang unik a.k.a rare!! Tambah lagi kalau kamu ini golongan belia dan remaja, apatah lagi pelajar IPT sekalian. Facebook tu sudah macam satu jenis makanan harian. Boleh ditinggalkan, tapi duduk tak senang. Mengigau jadinya.

Dalam Facebook ini, macam- macam boleh dilakukan. Komen gambar dan status kawan, add kawan, main kuiz mengarut, memikat gadis, menjadi stalker berjaya, bergossip, naik turun gambar dan meluahkan perasaan melalui status.

Ya, meluahkan perasaaan melalui status.

Bila buka saja Facebook, ada ruang kosong untuk post status. "what's on your mind?" Betul, apa ada dalam minda kamu? Maka dengan itu jadilah pelbagai jenis status yang bermacam-macam.

"Lapar la..sape nak g makan? Jom!!"

"Arrrggghh!!! Esok paper, satu pun x paham!!!"

"Woohoo~~~exam dah habis..nak enjoy gila ah!!!"

" Aku sayangkan kau...tapi kau tak pernah perasan..adakah kau sedar, atau kau menunggu aku?"

"Kau memang TAKDE OTAK!! Bodoh nak mampos!!! KO INGAT KO GLAMER KO HOT LA?? Eyyy, setakat perangai macam kau tu, gi mampos ar!! Sombong!!!"

Itu dia!!!

Itu dia status bahaya!! Status yang akhir sekali.

Kenapa bahaya?

Baik, sedarkah si penulis status itu bahawa statusnya itu umpama menembak musuh dalam keadaan gelap? Yakni mampu mengenai rakan sepasukan, orang awam mahupun makcik cleaner yang tak bersalah?

Beginilah. Katakan Abu memang bengang dengan Zaid. Abu stress, Abu marah, Abu tertekan!!!! Maka Abu pun keluarkanlah status seperti yang terakhir di atas. Niat Abu hanyalah mahu Zaid terasa a.k.a menembak Zaid. Tetapi!

Dalam status itu tak disertakan nama Zaid, atau pencirian khusus Zaid. Hanya umum. Katakanlah Abu pernah mengalami masalah yang sama dengan 10 orang sebelum ini, dan bila 10 orang itu baca status baru ni..inilah kemungkinan reaksi mereka

"Bab* dia tak puas hati apa lagi ngan aku..?"

"Nok hor*m Abu ko memang cari pasal ngan aku arrr..jage ko..."

" Abu...ko marah aku ke? sampai ati ko buat camtu...wuuu~~~uhuk2~~! (versi perempuan)"

Hatta, Abu secara tak langsung telah men-declare war- dengan 10 orang innocent itu. Lagi buruk, kalau Zaid tak rasa apa-apa pun. Akhirnya, masalah demi masalah menimpa Abu. Mulalah 10 orang tu bermuka masam bila selisih dengan Abu. Mulalah Abu dipulaukan kawan- kawannya. Mulalah Abu menerima ancaman dan ugutan dalam bentuk YM, FB chat mahupun status dari 10 orang tadi.

Hahahahaha, kerana nak puaskan rasa amarah yang hanya sementara itu, datang pula masalah besar. Hati- hati lah bila ber-Facebook. Jangan terlalu ikutkan hati mahu membuat status, mahu komen dan sebagainya. Fikir dulu komplikasi dan kesannya. Kalau ia berkaitan diri sendiri saja, tak ada masalah. Tapi kalau berkait dengan insan lain, berhati- hati.

Kalau dulu, ada peribahasa 'Kerana mulut badan binasa'. Sekarang sudah moden, tukarlah 'Kerana Facebook, masalah menimpa'.


4 comments:

Anonymous said...

hehehe suke la baca entri yang ni. XD

ismeth said...

mcm pengalaman sendiri ja`

rekbing said...

ak slalu mnenmbak, dan pernah ditembak..ada awek y aku knai buat status jiwang2 sket, ak dok perasan dia tuju kat aku..demm~

say- O said...

anon: aha...ada terasa pedas?hehehe

smet: meman pengalaman, tapi dari orang keliling aku. macam2 dah jadi.

kacang: ohoi!!!patut berbangga tu!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails