Friday, December 28, 2012

Restoran Melayu


Selaku student di UKM ni, saya kerap sekali untuk keluar dan makan di restoran2 kat luar. Be it fast foods or mapley or common restaurants, almost semua penah try dah. Kekerapan tertinggi? Of course mapley. Itu the best dan the most affordable one. RM3.30 can get u one plate of nasi lemak telur dadar and teh o ais. Murah woi!

Kalau restoran melayu, ada beberapa la kat sini yang sedap. Tapi....tapi.... there's always a tapi.

Restoran melayu ni...ada beberapa cliche yang saya rasa kamu semua pasti pernah alaminya sendiri. Saya amik contoh satu restoran melayu kat simpang empat jalan straight nak ke putrajaya tu (lupa nama jalan, haha).

Restoran dah besar. Orang pun ramai. Tapi...


1. Bumbung bocor. Kalau waktu hujan, ada 3,4 meja tak boleh duduk. Sebab air hujan menitis dari atas. Setengah orang kata 'ala rilek la ayaq hujan ja pun'. Ya rilek. Rilek la walaupun atas bumbung tu dan siling tu mungkin ada tikus-cicak-sampah-debu-taik cicak. Rilek je.

2. Tempat cuci tangan tak ada sabun cuci tangan. Even sabun ketul la paling leceh dan save cost- pun tak ada. Ruang basuh tangan punya besar, tapi sabun satu pun takdak. Dah tegur boss kedai ni (perempuan tua pangkat nenek), dia  macam terkejut (not sure honest ke tak) and the next time i went there sabun liquid dah ada. Tapi tu hal tahun lepas. Tahun ni, tak pernah ada. Dah habis, TAK RETI2 NAK REFILL.

3. Meja kotor. Bila ramai orang, pinggan dan cawan lambat gila diangkat. Kadang2 dah angkat, tapi tak lap meja tu. Tak cukup dengan tu, ada juga kotor debu dan habuk hitam. Especially meja2 belakang yang jarang orang duduk. Serius kotor. Sekali lap dengan tisu, HITAM TERUS. Lap dengan 6 TISU, MASIH HITAM.

4. Pelayan emo nak mampus. Ambik order macam nak gaduh saja. Tapi ini terhad pada sorang dua dari semua pelayan situ. Still, sangan emo ok.

5. Perabot (meja makan, kerusi) buruk dan senget-benget. Kerusi tu dah nak hitam dah. Meja melengkung2 tersenget2. Tak tukar2. Okay ada 5,6 meja baru design macam meja2 sesuai kat food court kat Mines. Tapi itu saja. Imagine, 6 meja moden and the rest (belas2 rasanya) are buruk2 punya. Serius pelik.

6. Kucing merata2. Ini klasik. Kalau restoran melayu memang banyak kucing. Untuk cat lovers tak apa la, diorang memang suka. Tapi yang cat haters? Atau just nak makan saja? Kacau woi bila tengah makan tiba2 kucing mai gosok2 kat kaki. Lagi power, lompat naik atas paha.

7. Boss. Ini pun problem. Entah kenapa saya tak berkenan dengan boss kedai ni. Duduk kat kaunter, duduk situ saja. Tak gerak2 dah. Sambil sembang2 dengan pelayan yang ada. Pastu tengok tv. Okay dia uzur kot. Dimaafkan lah.


Well...banyak tu. 7 points untuk satu restoran ni. Biarpun sampai 7th heaven dia punya problem, tapi saya tetap makan di situ. Why? Sebab masakan dia adalah the best dan paling sedap secara all rounder. Sesungguhnya rasa masakan tu penentu segalanya. Sedap, maka berbondonglah customer datang.

This all makes sense for mapley. Eventhough diorang tu takda la sedap sangat foods yg disediakan, tapi penuh selalu. Selain dari harga murah, the key is customer service. Sekali datang dalam 10 orang. Sorang anne datang. Amik order (kadang2 tak pakai kertas, just hafal saja) dan the next 5 minutes datang air untuk semua dulu. Next 10 minutes sampai semua jenis makanan yang diorder. Roti kosong, roti sardin, nasi lemak, kuey tiow kungfu, nasi goreng mamak, nasi putih ayam goreng kuah kari. All settle in 15 minutes. Dan tak lupa, anne2 sana tak emo. Dan selalunya mesra even though BM tahu sikit2 saja.

Tak semua restoran melayu teruk macam ni. Ada yang bersih, kemas, ceria, pelayan bagus, boss pun rajin. Yang bagus kita puji, yang buruk kita buat pengajaran. Nanti kalau2 bukak restoran jangan pandang remeh pada hal kecik macam tadi. Benda2 kecik ni yang boleh tarik atau halau pelanggan. 

Sekali satu group pelanggan datang dan suka akan restoran tu, dia akan heboh2kan pada kawan2 dia, family dia dan kat FB juga. Dari seorang, akan bertambah 4,5 orang mungkin. Dari 4,5 orang tu akan multiply jadi 30 maybe.

Kalau tak sedap atau kualiti restoran tu teruk? Dia akan heboh kat FB mungkin. Dia pastinya akan warning kawan2, family yang nak pergi makan di restoran tu supaya jangan pergi. And that's how you lose potential customers and money. Be aware ok.


















4 comments:

~**Raw Honey**~ said...

You are a cat haters! xD
mapley still the best xD

say- O said...

cats tu mengganggu la. orang nak makan, dia duk mintak2 makanan. dan tak semua orang suka kucing. kena take note tu. mapley tak banyak kucing, mapley pulak ada peminta sadaqah pakcik2 buta. buta tipu.

N.W.I said...

yes. kotor adalah main point kene highlight. kalau dah benda yg customer boleh observe dgn mata kepala sendiri pun tak ok, apatah lagi ceruk2 dapo, apatah lagi tukang masaknya.

pernah aku jumpa tukang masa kuku pnjang nk mampus, penuh hitam2, selamba masak, apron kotor macam apa tah, bile tinjau dapo, ya rabb, ada tikus satu besa, hitam, berbulu duk lari2 atas lantai. cant imagine that! aku prefer fast food la kot even mahal. hmm.

say- O said...

NWI: mapley adalah contoh terbaik. ahad lepas tengah aku arip smek tengok bola, tiba2 ada lipas terbang datang meja kami. then lipas tu terbang lagi and mastautin kat dinding sebelah kami. aku terus tak jadi nak order air and roti kosong.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails