Wednesday, October 13, 2010

Ini Rumahku

Mustapha ada sebuah tempat lepak .Rumah yang kecil. Ruangnya tidaklah besar, tetapi tidaklah kecil.

Dahulu, Mustapha dan rakan-rakannya selalu berkumpul di rumah itu. Bergurau senda, kutuk mengutuk,bermain bersama, kongsi cerita bersama, bercintan- cintun (ada dua rakan Mustapha ye, bukannya Mustapha)...semualah! Memang sangat bermakna rumah itu buat Mustapha.

Tapi sayang, lama kelamaan kawan-kawan Mustapha makin sibuk dengan hal masing- masing. Mustapha juga tak terkecuali..Makin lama makin ditinggalkan rumah itu. Kadang2 mereka berkumpul bersama di rumah itu, tapi perasaannya sudah tak sama. Entah, tapi itulah apa yang dirasakan Mustapha. Mungkin kawan-kawannya juga sama, mungkin tidak.

Tapi satu hari, Mustapha dapat tahu yang rumahnya itu akan akan menerima penyewa baru. Mahu- tak mahu Mustapha tetap kena terima orang- orang baru itu. Mustapha sedar, yang dirinya bukanlah tuan rumah itu. Dia hanyalah menumpang pada nama anak saudara tuan rumah itu.

Sejenak itu, Mustapha sedar yang rumah itu tak akan sama lagi.

Gelak tawa, kutuk mengutuk tetap ada, tetapi sudah tak sama.

Rumah itu sudah dijadikan hak perkongsian bersama.

Mustapha kecewa.

9 comments:

wann afzan™ said...

memang x sama.

say- O said...

lagi tua lagi tak sama. thats life bebeh.

Nazrin Saad said...

kalo dah rumah, semak samun camna pun, orang akan jumpa jalan balik jugak.

bear that in mind.

hazal said...

nothing last forever
adapt with the changes
that is the fact

say- O said...

nazrin: sebenarnya, post ni lari sikit dari cerita asal, tapi..biarlah,haha

hazal: kadang2 mustapha lagi kuat dari ibrahim, tu la pasai.

Nazrin Saad said...

apa yg aku cuba sampaikan rasanya sama jgk dgn hazal n wann.

changes happen, people adapt. itu the way of life.

selagi hati di situ ubah macam mana pun org akan kenal.

say- O said...

memang kena adapt pun. cuma kadang2 whining tu melegakan sikit, pastu ok la.
-mustapha 2010-

Unknown said...

nasihat lancang aku : tak guna bersedih jika tiada usaha untuk merubahnya.

say- O said...

trima kasih atas nasihat itu. ko xda sini fatin, dan ko dah tak tengok camne aksi2 junior plus senior sem ni bila beraktiviti kat atas. kalo ko ada, kompem ko sedih gila. usaha merubah dah banyak buat, cakap, tapi x jadi2.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails