Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Friday, December 7, 2012

MAHA 2012


Last month start dari 23 Nov sampai 2 Dis ada event yang aku super suka. MAHA 2012. Malaysian Agriculture, Holticulture and Agrotourism International Show. Tempat? Macam biasa kat MAEPS Serdang. Lagi senang, dalam area UPM.

Event ni best sebab apa?

1) Ada bahagian jualan IKS (industri kecil sederhana). Macam2 produk ada dijual. Dari minuman, kuih, kerepek, kek, kepok lekor, nuggets, aiskrim, bla3, bla3~

2) Ada bahagian expo jualan barang dari international team. Iran, Korea, Jepun, Palestine, Indon pun ada. 

3) Ada bahagian jualan barang2 eksotik macam tongkat2 ali, akar kayu, madu raw, minyak aneh aku tak tau apa nama.

4) Ada bahagian expo dari government department punya agriculture macam RISDA, Perikanan, Pertanian, and macam2 lagi.

5) Ada bermacam2 food court. Yang paling awesome, satu foodcourt mega yang himpun semua makanan dari seluruh Malaysia.

6) Ada bahagian pameran ikan2. Ada tulang ikan paus paling besar di dunia (if i'm not wrong)

7) Ada satu bahagian tu macam Mini Malaysia punya chalet. Setiap negeri ada rumah pertunjukan masing2. Sangat cantik.

8) Ada pertunjukan haiwan2 veterinar dan penternakan. Meaning there are lembu, kerbau, kambing, rusa, kancil, arnab, ayam, kuda. 

9) Ada food court yang super awesome design dia kat area veterinar. Macam kat america zaman koboi.

10) Ada banyak makanan berasaskan kambing. KAMBING GOLEK, KAMBING BAKAR, BURGER KAMBING, LAMB CHOP. 

11) Ada banyak buah-buahan dijual.


Disebabkan oleh MAHA, aku baru sedar dan bukak mata bahawa sesungguhnya produk makanan IKS ni adalah SEDAP sebenarnya. Sangat SEDAP. Creative pun ada. Mak aku ada beli maggi segera yang dijual kat sana, dan ia memang SEDAP. Kek lapis aku tibai sampai 3, dan memang SEDAP. Sos 3 perisa keluaran Sudee pun aku beli dan ia memang SEDAP. Hairan aku kenapa aku boleh tak perasan brand2 ni kat supermarket. Ke memang diorang tak penetrate supermarket besar lagi? And thanks to this event, they can promote and jual sikit2 produk mereka. A little bit appreciation from me to the Government on behalf of my Malay sentimental.

One special candy that i bought from an Iranian there, sangat cantik woi! Dia punya crystallization dia sangat awesome! No wonder banyak student kimia kat UKM ni dari Iran.

Untuk bahagian haiwan, aku masih lagi kagum dan ternganga mulut bila tengok lembu2 dan kambing2 kat sana. Besaq dan gemuk2 baq hang... Dan of course, food court sana memang cantik gila, Dan banyak KAMBING FOODS i tell you.

Overall, aku pergi event kali ni sebanyak 3 kali. 2 dengan kawan2, sekali dengan family (my mum sanggup naik bas datang dari Kedah tu. Semangat). Memang berbaloi, cuma parking tu seksa sikit la. Sikit je. And boleh perasan improvement yang diorang buat banding yang previous punya event. Lebih organized, dan lebih besar. Tahniah untuk team MAHA (dan government). Terima kasih abah dan mak, din and kak mas.

Untuk yang tak pernah pergi (dan anda berada sekitar Selangor) maka anda layak dan patut untuk merasa rugi. Rugi. Rugi. Rugi.

Here are some of the pictures.


 Memang sesak. Tapi macam manapun still ada parking.



 Free tester memang banyak. Dan diorang cari kita ok. Bukan kita yang pergi kat diorang.



 Pintu depan untuk khemah yang jual produk IKS.



 Menanti Hazal siap solat.



 
 "Sajian Makanan Popular Malaysia". Very big i tell u.



 Depan sign board rumah Negeri Sembilan. Ni saja yang sempat bergambar.



Jambatan penghubung kat tengah2 Maeps. Wann berlaku comel di belakang itu.



Peta besar MAEPS. Seluruh area tu ada event. Gila. Dan aku rasa MAEPS lagi besar dari UKM.



 The view at tasik area rumah2 negeri. Very cantik actually.



 Second time visiting. With more friends.



 The magnificient Paytakh Candy. Iranian made. Sangat cantik woi.



 Ada awek ngorat Waida kat sini. Kami cuma melakon semula gaya mengorat dia.



 Syana yang layak untuk jadi model untuk advertising haiwan2. Very brave.



 Not sure wheter they are rusa-pelanduk-kancil.



 Ini adalah foodcourt pasang siap. Very elegant and stylish.



Menanti siapnya chicken grill dan lamb chop.



 Ini adalah sebahagian dari Lamb Shank yang arip beli. Memang raw dan rare.



 Waida dan Waida.



First time aku pegang arnab. Sangat fluffy woi.



In the future kalau ada lagi, dan aku memang berkesempatan masa dan jarak, insyaallah akan pergi lagi.










Thursday, August 9, 2012

Its Iklan Time!


Raya dah nak dekat. Lagi seminggu lebih rasanya. Rata2 manusia di bumi Malaysia ini sudah berkira nak balik. Semangat nak bekerja pun dah lesu. Yang bersekolah, makin malas nak pergi sekolah. Yang nak pergi  lab, makin slow n berkala2 lab attendance dia. Yang tak buat apa2, makin tak buat apa2 sambil menunggu masa untuk naik bas/flight/kereta dan balik kampung yeay!

Tapi, nanti dulu, jangan balik lagi. Jangan lesu lagi.

Bila hampir dengan raya, benda yang paling happening antaranya adalah...iklan raya! Tak kisah lah raya aidilfitri, raya tahun baru cina mahupun deepavali pun, semua akan ada iklan raya. Yeay! Saya jamin, kamu semua PASTI! WAJIB! MESTI! pernah tengok iklan2 tu, kan?

Anyway, tadi saya baru khatam semula semua iklan2 tu (setakat yang dijumpai). Based on my observation, semua iklan2 tu ada trend yang sama- family. All revolve around family. And mostly, it's a story about love between father and son/daughter.

So, why family?

Saya tak dapat nak explain secara panjang dan ilmiah, tapi one thing for sure- everyone has his/her own family. Setiap orang ada ayah, ibu, abang, adik, kakak dan mungkin anak dan cucu. Plus, the bond between family members are much much much stronger than any external love bond. Kapel2, lover2, friendship bond semua tak boleh lawan dengan family! NO! Hanya family yang sedia menyayangi kita, doesn't matter whatever happen to us.

Browsing on...these are some of the most outstanding ads.

1st, yang ni. "Atok dah pakai lampin?" Serius makan dalam habis.




2nd, this CNY ads daripada Bernas. "You only know to eat! What time it is already? Better don't come home!" Again, sedih dan tacing bila part ayah dia dukung dia ajar dia jalan.




3rd, yang Deepavali "We gonna have Party!! .....Patti. Patti!!" Setiap kali tengok, mesti gelak guling2.




Well, those are some of the famous ads. Mostly, are made by the late Yasmin Ahmad. Iklan2 dia memang tacing dan makan dalam habis, termasuk movie2. Sayangnya, beliau sudah tiada di dunya ini. Jadi, iklan2 baru lepas ni...mungkin akan kurang menyengat...sayang sekali.

Anyway, layan dan layan jugak. Balik rumah peluk mak abah ok!


Thursday, July 26, 2012

Melaka dan Kekecewaan dan Bebelan


Bermulanya Percutian

Minggu lepas hari Sabtu bertarikh 14 July 2012 kami sekeluarga telah mengadakan family reunion sambil melancong secara kecil-kecilan di Melaka. Haha skema. Ok yang pi adalah Awi, Din, Kak Farah, Kak Mas, Pea, Luqman dan Rohani. Yes dia pun dijemput dan ikut juga because i gave her an offer she can't refuse, muahahaha.

Bertolak dari UKM dalam jam 930 macam tu, sarapan kat Fareez Maju, makanan dapat pujian dari abang2 aku, tapi malangnya spoil- last2 nak habis makan nasi lemak sepinggan, jumpa ulat sekor kecik di celah2 nasi. Super spoil. Anyway, spoil dalam 10 minit je. Mood up kembali. Teruskan perjalanan! Osu!

Sampai akhirnya di Melaka around 2 pm macamtu. Cuaca sedap2 mendung2 macam nak hujan tapi rupanya rahmat teduh kepada kami sekeluarga. Syukur~

Dipendekkan cerita, sesi tengahari tu kami berpusing2 area Red City (yang bangunan2 merah tu.) Lalu muzium2, naik bukit sampai ke church putih tu, turun ke A Famosa pulak, dan masuk Istana Melayu. Oh, kebetulan time tu kat Istana ada event macam makanan2 melayu dan masyarakat lain. Pakat rasa habis mana yang boleh rasa. Paling ingat makanan orang asli yang macam nasi pulut/ketupat dalam buluh lepas tu cicah dengan gulai rebung and gulai apa tah. Pergh sedap gila...aku selaku bukan peminat rebung pun boleh habis satu piring. Power.

Petangnya kami check-in hotel, rehat dan gerak ke kedai makan area Pantai Klebang. Dah tak pantai dah...tambak jauh gila. Habis makan, naik river cruise. Sorang 10rm, tapi serius berbaloi. Jauh dia punya cruise tu, and view dia memang cantik (especially malam). Oh yes dari pemandu bot tu, katanya nanti track cruise tu akan dipanjangkan sampai ke Melaka Sentral. Fuh boleh tidur nanti nak tunggu habis pelayaran, haha.


Hotel yang agak ad-hoc kami tempah. Nasib baik ada, fuh.


Esoknya, on the way nak balik tu abang aku Awi bersemangat waja mau cari sampai jumpa Makam Hang Jebat. Kebelakangan ni dia dirasuk semangat jiwa Melayu yang tinggi akibat membaca buku tentang Sejarah Melaka dan Kesultanan Melayu. Akhirnya...jumpa juga. Bergambar, baca dan alfatihah. Lastly terus gerak pergi makan tengahari kat Restoran Asam Pedas area Mahkota Parade tu. Fulamak weyy...ini restorang paling pack/sibuk/penuh/laku penah aku tengok. Kami nasib baik sebab ada seat kosong setelah 5 minit menunggu. Order, makan dan kenyang. Kenyang dan sedap. Kombo yang bagus.

Akhirnya kami pulang pada jam 3 petang. Tamat lah kisah percutian mini kami...

No, it didn't end there.

Enter the serious mode. I was actually skeptical when my brother said that the location for this holiday is Malacca and her historical places. Bukan tak suka, bukan 'lame', bukan no swag, tapi skeptic dengan keadaan tempat2 bersejarah itu sendiri. My main guess- it will be more compact and messy than my last time visit here. And I was proven right, damn right.

Serabut dan Tak Teratur

Firstly, paling obvious sekali adalah A Famosa. Ingat lagi waktu kecik2 dulu, zaman satu family ramai2 pergi melancong kat Melaka. Actually, almost every year abah akan bawak pi melaka, sebab ianya tempat sejarah (abah ni peminat sejarah) dan save cost. Ok dulu2, A Famosa ni sama saja. Sama. Dari kaki bukit sampai ke church putih atas tu, sama saja. Apa yang beza? Depan A Famosa. Now in front of A Famosa there are lots of damned shopping complex. Too much. Dengan Dataran Pahlawan punya underground and level ground and above ground punya shopping lot, pening! Dulu, depan A Famosa adalah padang lapang. Situlah tempat family untuk jalan2/picnic/main dengan anak2.

A Famosa yang hanya tinggap satu pintu sahaja...


Im not saying that padang dah hilang, tapi ia makin tenggelam dengan pembangunan shopping mall. Serius tenggelam. Imagine- depan A Famosa dah ada Dataran Pahlawan punya mall, tepi kiri sikit dah ada Mahkota Parade plus extended version. Apa ni? That historical monument being overshadowed (badly) by shopping malls (?)

Beralih pada gereja putih atas bukit tu pula. I still remember, during my earlier visits there, it was a peaceful place. By saying peaceful, I mean not crowded by vendors/peniaga2 hasil kraftangan. Sekarang ni, atas tu dah penuh dengan peniaga2 bebas. Yang menjual keychain/ole2, yang jual lukisan, yang jual payung, yang jual kipas, yang main muzik, dah jadi macam tapak pesta. Bising, dan semak. I know they are only taking chances to get money by working hard there, but sorry it make the church area become more like pasar. Some regulations, or limits perhaps?

Other things that i'm not fond of...beca. Beca2 hias. Ianya cantik, memang betul. Saya tengok pun tertarik nak naik. Tapi terus potong stim bila dia pasang lagu kuat2. Yes lagu. Diorang ada subwoofer/ohsem/omaigod punya speaker sistem kat belakang beca. Sekali pasang mau volume kuat punya. To make things worse, they play radio songs. Songs from the likes of Mizz Nina, Katy Parry, Bieber and so on. What the...? Adakah anda rasa tourist dari England, Portugal, Netherland, America mahupun China sekalipun mahu dengar lagu Bieber pada kadar yang pekak telinga selama 15 minit naik beca? I don't think so...

Then the Istana Melaka. Ianya cantik, ada garden kat depan (tapi takde orang masuk pun, not sure whether tak boleh masuk atau orang tak nak masuk). I was a bit disappointed dengan isi dalamnya....rasa macam kosong. Rasa macam nothing really to show in the museum. Especially bahagian dia menceritakan pertarungan agung antara Jebat dan Tuah. Just 5 simple panels summarizing the battle from the cause till the end. Plus two mannequins depicting Tuah and Jebat fighting each other while stepping on dulang2. Thats it...honestly, i was expecting more from the Istana Melaka.

I have nothing to complain about River Cruise. In fact, praises are a lot! Sangat berbaloi, naik bot yang selesa, perjalanan pun boleh tahan jauh (pergi dan balik), dan semestinya permandangan yang sangat cantik. Ada satu part yang mana kedai2 tepi sungai tu dihias dan dilukis dengan sangat cantik. Senang cerita, this is totally worthy for you to try.

Last complain...the Makam Hang Jebat dan seluruh Red City secara amnya. Kami hampir berputus asa mencari makam Jebat. Setelah round 2,3 kali, baru jumpa. Ianya....diselit di celah2 kedai lot. Sebelah kiri dan kanan adalah rumah orang. Super sempit. Dan sebenarnya area tempat makam tu adalah area chinese...bertepatan dengan apa yang Awi ceritakan, yang mayat Jebat akhirnya dibuang ke kawasan penempatan kaum Cina. Setelah seminggu barulah ada orang berani untuk uruskan dan kebumikan.


Makam Jebat tersepit di celah2 bangunan lama macam ni


What It Should Have Been


One of the city in The Witcher. See the walls surrounding it?


Apa itu Melaka? Apa itu tarikan sebenar Melaka? Bandar bersejarah kan? Apa tujuan sebenar pelancong dari serata dunia datang ke Melaka? Untuk melihat bandar bersejarah bukan? Tetapi kenapa saya nampak seperti tidak dijaga akan value of Melaka itu?

Terutamanya A Famosa. Secara jujurnya, kalau anda datang dari jalan utama yang sebelah Mahkota Parade, anda tak akan nampak pun A Famosa tu. In fact, you'll have no idea that area is actually the most celebrated part for the history reason. Semua tenggelam. Tenggelam dengan Mahkota Parade, Dataran Pahlawan, kedai makan. Oh ya Mahkota Parade dah ada extension panjang yang cross jalanraya, how bout that. Kalau tak silap saya, ada 3,4 shopping mall around there. It's like a baby being surrounded by the likes of The Rock, Thor, Rambo and Terminator. At one time you will feel like you're in KL yow!

Makam Hang Jebat dan Makan Hang Kasturi. Kami cuma sempat jumpa dua ini saja, sempat turun dan lawat yang Jebat saja. 2 makam bersejarah ini tersimpan terperosok di celah2 kedai2 dan restoran. Terperosok dan tersimpan, yeah that's right. Tiada penegasan dan keistimewaan kepada 2 tempat ini. Yang panasnya, ada kawasan cantik bukan main, besar siap ada patung warna emas sorang bodybuilder, more like a memorial statue for him. Nama Datuk tu...Datuk Gan, something like that.. Again, money matters. Dia kaya, dia memang ada kuasa. Tapi...pihak berwajib lebih berkuasa. Mereka yang bertanggungjawab jaga makam2 tu, takkan tak teqasa kot...

Saya sedih. Saya kecewa dengan Melaka. Saya kecewa kerana Melaka sekarang seperti sudah tidak dijaga historical value nya. Tourists flock to Malacca to learn about Portuguese conquest and settlement here, to learn about Sultan and Malay Kingdom, to see whatever monument that are still there, not to go shopping mall and buy some clothes and shoes. All those luxury are already available in their country, in fact in much greater quality and choices. Kenapa nak bina banyak sangat shopping mall sampai tenggelamkan habis historical sites kat Melaka? Sebab kapitalis. Sebab konsumerisme. Sebab duit. Sebab keuntungan.

A Famosa tu saya nampak sama saja dari zaman saya kecil sampai sekarang. Bezanya sekarang ada 4 replika meriam di tepi nya. Itu saja. Why not kalau dibangunkan lagi kota itu sepertimana yang dibuat di Kota Kuala Kedah? Buat tambahan dinding, meriam, pintu besar dan sebagainya, make it a proper 'kota'?  A Famosa stay the same as ever while shopping mall mencanak naik kat sekeliling. Dah la yang tinggal pun gate sahaja...sedih...


Inside of the fort Kuala Muda.



 The front gate


I don't have a problem with pembangunan, shopping mall. But I don't agree with uncontrolled development. Sudahla penekanan/improvement bahagian sejarah tak ada, lepas tu tenggelam pula dengan shopping mall sana sini. Serabut...If ever they want to build a thousand of shopping mall, please don't mix it with the historical site, don't built it too damn near the sites. Make some adjustment area. This area is for commercialism, this area is preserved for historical sites. Sebelah kiri shopping, sebelah kanan sejarah. I have never been to foreign historical site such as Colliseum or Hipodrome or Hagia Sofia, but...i believe they don't build mega shopping malls  very near to those sites. Correct me if I'm wrong.


Coliseum, Roma.


Hipodrome, and Hagia Sofia to the right.


Somewhere at Roma.


Bagi saya, apa kata kalau pihak berwajib jadikan Red City tu sebagai satu Zon Tanpa Kenderaan? If the whole Red City is too big, just include the streets area Jonker Street. Make it a fortress, or an ancient city with walls/barriers surrounding it (rujuk gambar peta kuno di atas). Then build only 3 or 4 entrances/ gates. Tiada kereta yang dibenarkan masuk. Motor, bas, lori, anything- no admittance. Untuk kemudahan, hanya mini coaster/bus mini yang boleh rotate/pusing2 dalam area tu, like universitu mini coasters yang stop pada checkpoint2 tertentu. Pada gate2 itu, buatkan 2 parking building 5 tingkat untuk pelawat2 yang datang dengan kereta  park kereta mereka.  Tambahan- cuma beca2 hias untuk tourist naik. Bayangkan, satu kota lama eropah zaman medieval yang mana penduduk dalam tu semuanya berjalan kaki dari satu tempat ke satu tempat...for me it's very attractive.  I think tourist won't mind walking for an hour or so. It will be a great experience. Saya rasa kalau dibuat begini, peniaga2-tokey2 kedai dalam tu pasti! pasti! pasti! untung besar ma....

Sebab selalunya, bila dalam kereta, kita akan nampak banyak kedai2 old-school yang menarik. Kedai baju, kopitiam, kedai kasut, kedai cenderamata, kedai seni halus, kedai arak-restoran cina (ni untuk non muslim)...banyak! Tapi tak sempat/tak mampu nak lawat sebab no parking. Parking tepi2 jalan 24 jam penuh. Celah mana mau parking... So, everyone walks, everyone has chances to singgah mana2 kedai yang nampak menarik. More customer, tokey2 pun more senyum.


99% here is jam. No parking. Can't stop to visit shops. 


I know that all this wishful thinking are just, wishful thinking. Siapalah saya untuk merubah kota melaka itu. Tetapi, ingatlah jangan sampai nilai sejarah itu hilang. Apa yang saya cadangkan mungkin indah dari kata2, tapi susah nak realisasikan. Mungkin pihak bertanggungjawab sudah buat yang terbaik. Apapun, jangan kejar wang sampai hilang jati diri. Jangan agungkan kapitalisme sampai yang wajib dijaga diabaikan begitu saja. Jangan sampai Melayu hilang di Melaka, hahaha.









LinkWithin

Related Posts with Thumbnails