Friday, May 10, 2013

The One Thing Malaysian Don't Like To Hear Now


Aku percaya ramai yang sudah alert dengan isu panas sekarang ni.

Aku percaya ramai yang sudah baca cover depan Utusan dan Kosmo hari Isnin lepas.

Aku percaya ramai yang sudah suarakan pendapatnya di FB mahupun Twitter milik masing2.

Kali ini aku ingin beri pendapat pula.

BN menang, tetapi menang mudah. Menang mudah tu sebenarnya adalah menang tipis. Menang tak macho. PR pulak kalah. Kalah yang tak lah teruk sangat. In fact, result dia menaik dan makin menaik dari 1999-2004-2008 hingga lah 2013. Jadi, PR patut senyum bangga dan work hard untuk GE 14 nanti. Lagi sikit saja kamu nak menang.

Tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Anwar meroyan teruk kata GE kali ni tak telus. Ada penipuan. Ada Bangla. Ada blackout. Ada undi berkali2. Ada (fill in the blanks). Ironinya, di masa Anwar bertempik di Stadium Kelana Jaya pada hari Rabu malam Khamis, Lim Guan Eng sudah angkat sumpah jadi CM Penang. Ahmad Nor Yakcop sudah angkat sumpah jadi CM Kelantan. DAP dan PAS dah ambik kerusi dan masuk ofis masing2. Anwar sorang saja yang meroyan teruk. Ini namanya delusion. Tak nak mengaku kalah.

Atau mungkin sekali Anwar sedar yang nyawa politknya sudah hampir tamat? Maka by hook or by crook, INI KALILAH? Haha.

Apapun, PR menang banyak kerana salah satu faktornya masyarakat Cina sudah nyatakan isi hati mereka- mereka mahupun DAP berbanding. MCA-Gerakan. Mereka lebih percaya pada PR berbanding BN. Mereka lebih percaya pada Anwar Ibrahim berbanding Najib. Mereka katakan yang BN sudah corrupt to the core, BN tindas masyarakat Cina, BN tak pandai tadbir negara, masyarakat Cina di bawah pemerintahan BN adalah 2nd class citizens. Jadi, mereka pilih pada DAP yang kononnya lebih adil-inklusif-tidak kenal bangsa-telus-demokrasi. Tak apa, itu hak mereka. 

Tapi sekarang mereka marah benar dengan Najib bilamana Najib sebut perkataan terma 'Chinese Tsunami' yang mana cumalah merujuk pada masyarakat Cina sudah pindah sokongan dari BN kepada DAP secara total. Is that a problem? Yes, according to them. Tapi sebelum2 ini pun sejak dari 2008 lagi DAP dan penyokong2nya lantang menyebut yang mereka akan lakukan Chinese Tsunami yang lebih dahsyat berbanding Indian Tsunami pada GE12. So maksud mereka...kalau Najib sebut benda tu-salah, DAP sebut benda tu-betul? 

Kemudian Utusan dengan garangnya letak headline 'Apa Lagi Cina Mahu?'. Saya sendiri terkejut dengan kenyataan itu. Bagi saya, ianya terlalu direct dan public (biarpun betul.) Kita kena paham, kenapa Najib wajahnya begitu sedih-sugul-kecewa pada waktu ucapan kemenangan BN malam result pilihanraya itu. Kena paham, bahawa Najib adalah satu2nya PM yang benar2 berlembut dan melayan kehendak masyarakat Cina. SJK baru, naikkan jumlah bantuan kewangan pada SJK, bina Universiti baru, beri donations berkali2, berjumpa dengan Dong Zong (chinese education group), mengiktiraf sijil peperiksaan luaran China untuk pelajar Cina di Malaysia, dan berbagai2 lagi. 

Apabila jentera BN buat lawatan ke kawasan Cina, buat ceramah mega, buat dinner mega, sambutan yang diberi oleh masyarakat Cina adalah sangat menggalakkan. Dari gambar2 yang ada memang tunjuk fullhouse. Najib pun berkali2 kata pada media yang dia yakin sokongan masyarakat Cina sudah kembali sikit demi sikit pada BN. So when the result was out and masyarakat Cina clearly voted DAP (BN got 5% of Chinese votes), mana mungkin Najib tak terasa marah dan tertipu?

Analogi mudah. You kenal sorang gadis comel ni. Nak tekel dia, nak kawin dengan dia. Buat macam2. Belanja makan, jaga hati dia, mesej/kol selalu, bagi hadiah birthday/valentines day, tengok wayang, even pergi dinner kat rumah dia. Gadis tu pun bagi sign yang positif. Tiba2 next 5 years dia kata ada laki lain dah tawan hati dia. Mampukah anda tersenyum lebar kata 'tak apa'?

Start dari paper Utusan punya stinging comment tu lah, keluar habis aura racism di dunia maya...In one PC by Najib, he once was asked about Utusan's 'Apa Lagi Cina Mahu?', and guess what Najib said? 

"You cuma attack Utusan...pernahkan you tengok apa yang suratkhabar2 Cina tulis sebelum ini?"

Start dari situ, paper-media Cina mula melabel Najib/BN sebagai rasis. Di Facebook pula banyak kawan2 saya yang share messages of  'Say No To Racism'. Bersungguh-sungguh nak sampaikan mesej yang mereka ni menolak racism, yang mereka sayang pada bangsa lain. Benda ni bagus...saya tak nafikan. Tapi apa yang buatkan saya lagi sedih dan kecewa adalah pabila seorang Melayu mengajak Melayu lain untuk bersatu, terus another Melayu akan label Melayu tadi tu sebagai rasis dan cuba nak lagakan Melayu dan Cina. This...is madness. What's the problem with a Malay inviting his Malay brothers to unite? It's not like he's asking for unity then go to kedai cina and pukul semua Cina situ? Ni apa masalah dengan depa ni? (Clue- yang marah2 dan menentang seruan berpadu tu adalah mereka yang profile picture warna hitam)

Sekarang ni paper english chinese owned dan DAP leaders mula lembutkan sikit suara. Mula mintak national reconciliation, mula mintak government agar tak lupakan suara Cina, mula letak poster DAP 'Kami bukan Anti Melayu, kami anti Rasuah'. Macam2. Desakan untuk Utusan (baca- Melayu) minta maaf tidak pernah henti. Tapi mari kita berfikir sejenak.

Dalam sehari dua keluar result GE13, tersebar 2 keping gambar pelajar2 Cina Malaysia di Taiwan yang terbalikkan Jalur Gemilang. Satu daripadanya siap tunjuk middle finger lagi. Did they said anything?

Sepanjang GE, ada banyak kes di mana brader2 Cina ni maki2 (dalam bahasa Mandarin ya tuan2) pengundi lain dan tuduh mereka sebagai Bangla walhal mereka adalah Malaysian. Did they said anything?

Dulu, ada seorang brader Cina buat lagu negaraku yang dalamnya penuh kutukan dan penghinaan pada Melayu-Islam-Raja-Negara. Did they said anything?

Not to say the things you will encounter when applying for jobs and when you work in a multiracial company.

Now is the Twitter age. Ok guys, go there and search #StopRacism. Browse the tweets from 6th May till now. Look at the bigger picture. Think, and see it yourself.

It looks like orang kita yang bersemangat lebih. Padahal secara amnya, seorang student universiti bangsa Melayu akan ada kurang dari 10 kawan bangsa Cina di FB (and vice versa). In real life lagi lah berkurang. Melepak bersama tu hampir zero chance. You can't even read their writings...Yet we champion this cause bagai nak rak malah menghentam orang kita sendiri. Betul lah apa yang PakSyed katakan dalam bukunya To Digress A Little, "Malay people are the most hospitable race in the whole world. There's no other races in the world that can be as accommodating as the Malay".

Benarlah apa yang Tun Mahathir kata, "Melayu Mudah Lupa".

Selama ni Melayu banyak berlembut. Sekarang sudah tiba masanya untuk bertegas sikit. Bertegas saja, bukan berkeras. Bukannya bertumbuk, bukannya mengamuk. Ramai orang terlalu mudah salah paham. Bila diminta bertegas terus dilabel sebagai nak attack bangsa lain. Ini salah. So far Najib had shown his 'bertegas' once and that is a good sign. If they accuse us of racist and tak respect orang lain, please ask them to reflect first. Jangan asyik hentam side sini saja, side sana nobody give a damn try to look.

Nobody in his wise mind would want racial fights to happen here in Malaysia. We all love to live peacefully with each other. Respect each other and don't poke here and there. Respect each other. Jangan ganggu hidup orang lain. Is it too much to ask? I don't think so. My view on racial harmony had never changed- to start real (not frabicated macam dalam iklan2 petronas) racial harmony we should start at school level. Tutup semua sekolah SJKC SJKT dan di SK pula wajibkan pengajian bahasa Mandarin dan Tamil untuk semua student. Let the children mix and interact with each other from the early age. Kalau dah besar baru nak kenal bangsa lain, dah terlambat. Masing2 dah jadi alien lain2 species.

Well, ini cumalah pendapat aku saja. Kamu mungkin tak bersetuju dengan tulisan ini tapi tiada masalah. Aku cuma menulis apa yang terbuku di hati. Ingat pada lirik lagu Racial Hatred, ia tulis benda yang benar. Tapi sometimes things are not as simple as that. We always have to be cautious and keep an eye on everything.


Racial hatred everywhere
Lives are threatened and live in fear
Some people just don't care
See destruction and despair

Don't you know you're just the same
You're living in the same game
There's nothing to judge by the colour
And nothing to win by hating each other

So yellow brown black and white
Stop racial hatred and start to unite

Unite.





No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails