Monday, May 6, 2013

Delusion of Pakatan Rakyat Supporters.


Mother of All Battle 


Survivor paling power dalam politik Malaysia


Entry aku kali ini akan buatkan fans Pakatan Rakyat (PR) melompat marah, melambung serban dan mungkin berkerut2 dahi. Tiada masalah, kerana memang aku terasa begitu terpanggil untuk tuliskan apa yang aku rasa tentang sikap PR fans untuk kali ini.

In short, aku boleh katakan yang fans PR ni rata-ratanya delusional. Now, apa itu delusional?Well, penjelasan mudahnya adalah dalam keadaan khayalan. Bermimpi. Berangan. Kenapa aku rasakan begitu? Sebabnya mudah- I see them displaying the delusion symptoms.

Malam semalam result Pilihanraya 2013 sudah keluar. Semua orang menunggu-nunggu GE13 ini. Katanya, the mother of all GE. Betul dan aku bersetuju. Sebabnya mudah, kita tengok pada sejarah 2 pilihanraya yang lepas. 2004, BN menang besar dan bentuk kerajaan 2/3. Dalam 5 tahun BN under PakLah telah tido nyenyak dan banyak kelemahan/corruption/pembaziran berlaku. Tahun 2008 orang BN sendiri sabotaj parti untuk jatuhkan PakLah. PR betul2 hampir menang Malaysia. BN di ambang kematian. Najib ambik alih BN dari PakLah dengan tugas yang super heavy. So kali ni orang nak tengok adakah BN akan tumbang atau PR akan kempunan lagi.

And the result shows that BN kekal berkuasa manakala PR kekal menjadi pembangkang. Final result adalah BN menang 133 kerusi parlimen manakala PR menang 89. 


"Aku Tak Percaya!"

Tapi...tapi...apa yang buat aku rasa sangat shocking, sangat unbelievable pada hasil result Pilihanraya ni adalah fans itu sendiri. Mereka terlalu kronik dalam denial state. Delusion. Deluded. Khayal dalam dunia sendiri. Mereka yakin 190% yang mereka akan menang dan BN akan bungkus. 

Mereka tak dapat terima kenyataan.

Mereka terus keluarkan bermacam-macam teori untuk salahkan sistem dan SPR. Even sebelum mula mengundi pun dah ada kontroversi. Ada dengar2 kata Bangla satu bas pergi mengundi. Ada kata dakwat tu sekali gosok dah hilang. Ada kata polis bawak kotak undi baru masuk ke tempat mengundi. Ada kata blackout terjadi dan tiba2 muncul satu kotak undi extra berisi undi2 pangkah calon BN. 

Macam dengar cerita thriller pulak.

Bagi aku, benda ni kita kena tengok dan nilai secara rasional. Gambar2 bangla yang mereka share di FB tu, adakah anda pasti kesahihan yang mereka memang bangla yang dimaksudkan? Are you sure? Yang kotak undi boleh tiba2 extra 1 tu, anda pasti kah? Anda ada bukti? Dah lapor pada polis belum? Ok nanti you kata Polis tu BN punya...



 
 Mahathir the Zalim pun enjoy jugak dakwat biru ni.


Aku rasa ramai yang tak tahu akan betapa renyah-nya kerja SPR ni time mengira undi. Ini adalah penjelasan dari abang aku sendiri yang jadi agen kira undi pada PRU kali ini. Korang baca dan nilaikan...



"naik gatai pala tengok org duk ckp,tmpat kira undi blackout, pastu masuk peti undi baru, then recount, mnang ke pihak satu lagi...

kalu sapa2 yg pnah jadi kerani spr, mesti tau..it is IMPOSSIBLE for that such thing to happen...hampa tau x, semasa duk mengira tu, semua pintu kunci, guarded by police...hanya ada polis, petugas spr, dan jga AGEN PARTI POLITIK...agen setiap parti politik..agen parti politik tu sangat peka, kalau silap sket, dia akn agkat tgn, mnta bt balik..even, peti undi mesti brada di dpn diorang...peti undi tu, tepat pukul lima seal trus..nk buka, dpn depa..mnta persetujuan depa..kira satu persatu..sehelai2...pastu,bila dh siap, seal balik...depan diorng gak..persetujuan depa gak...then antar pi pusat pngumpulan, polis escort, naik keta sekali n ketua kerani mengundi. 

so, klu guna logik akal yg boleh berfikir,bygkn klu tiba2 brtmbah peti undi..then nk recount, depa tu tgk saja ka?depa tak inquiry? yg paling melenting tau sapa?kerani mngira la..bertambah keja depa...hahhahaa...berdenyut kpala.."


Untuk wujudkan satu kotak undi secara magik selepas blackout tu, almost impossible tanpa kedua2 pihak wakil parti politik 'tak nampak'. Okay la if it was indeed true, only one seat that was widely believed to be marred by this incident. Then you act like it's the end of the world? Wow.
Be cool lah ok?



Pengundi Atas Pagar

Sedarkah mereka bahawa performance PR kali ni sebenarnya sangat strong. Dari 222 kerusi Parlimen, hanya 133 yang BN menang. PR menang 89 membuatkan BN gagal control 2/3 majoriti parlimen. Pada pilihan raya 2004 PR menang 20 lebih saja, 2008 PR menang 81 dan sekarang dah jadi 89. It's a damn good improvement by PR team. Ada mereka kata BN manipulate SPR untuk menangkan BN. Bagi aku tu bullshit. Kalau BN control SPR, kenapa perlu dia menangkan sikit saja? Kenapa menang tipis? Kenapa tak kill off semua (atau some) top guns PR macam Anwar, Izzah, Hadi, Nik Aziz, Rafizi, Azmin, Guan Eng, Kit Siang? Why not BN make life easier for themselves if indeed BN control the election? Kenapa BN bodoh sangat nak susah2 struggle lepas ni hadapi pembangkang yang lagi vokal?
.
Untuk PR supporters sekalian, hear this. Pernah dengar terma Silent Majority? Pernah? Bagus. Now, result pilihanraya kali ni adalah perfect example untuk faham the power of Silent Majority. Guys, korang fans PR memang superb. Rajin buat macam2. Boleh 4,5 kali berdemo tengah KL dengan Bersih la, HKL la, Himpunan Hijau la, PTPTN la, macam2. Korang boleh buat flashmob merata2 dengan bebas dan lantang, siap boleh gaduh bertumbuk dengan brader2 BN pulak tu. Korang dalam FB memang lantang share/tulis/post benda2 yang kritik kerajaan dan UMNO. Korang memang superb.

Even bila time mengundi, korang memang banyak yang bawak bendera dan ikat pada kereta masing2. Bendera BN? Boleh bilang sebelah jari saja.

Tapi untuk korang anggap yang korang dah jadi majoriti kerana korang 'vocal', korang dah silap. Yang bising tak semestinya majoriti. Sama seperti di sekolah, yang bising dan banyak kerenah adalah geng2 budak nakal yang paling banyak pun dalam 20-30 orang. Yang senyap dan tak amik port? 60-70 orang lagi. 

Bagi aku, PR banyak buat benda yang merosakkan reputasi mereka sendiri be it secara sedar mahupun tidak. Contoh, himpunan demonstrasi. Bersih yang ada sampai 3.0 tu, memang ramai sampai 70-80k orang yang hadir. Tapi anda kena ingat, majoriti nya bukan orang KL pun. Why? Kalau majoriti orang KL, maka jumlah orang Cina akan jadi lebih tinggi sepatutnya. Dan juga, Bersih tu lebih kepada korang syok sendiri. Rosak sana sini, kereta terbalik, huru hara, mati pun ada. Kamu ingat yang neutral suka dengan semua ni? Ya, korang ramai sampai 80k, tapi yang tak datang dan hanya tengok kot FB? Berjuta-juta. Dari berjuta2 tu, yang atas pagar mungkin half of it. There you go, losing out the hearts of setengah juta individu atas pagar atas tindakan korang sendiri.


 
Jutaan lain hanya menggelengkan kepala


Then korang PR banyak bergaduh sesama sendiri. PKR dan PAS bergaduh, PAS dan DAP non-stop main tarik tali. Kamu rasa yang atas pagar akan percaya pada leaders kamu untuk pegang negara kalau sesama sendiri peringkat pembangkang pun dah tikam2/tarik2/kutuk2 sama sendiri? Worst, Khalid Ibrahim sendiri kata "manifesto bukan janji". Mampus, itu betul2 dah sembelih leher sendiri. Maknanya, segala macam yang PR akan katakan dan janjikan di masa depan adalah kata2 kosong saja? Again, you lose the neutral voters.

Bagi aku, yang banyak mengundi BN adalah pengundi atas pagar. Mereka ini adalah mereka yang tak mahu dikaitkan dengan mana2 kegiatan/dunya politik tetapi mereka tetap akan mengundi untuk masa depan mereka dan anak cucu mereka. Golongan ini hanya mahukan hidup yang selesa, aman, tiada huru hara dan tiada gangguan luar. They just want to live a normal life. And here's where Najib had taken one very advantageus action- gunakan tema "Peace, Stability and Prosperity" sebagai tagline BN.


The Revolution Had Failed 

Now at the end everything is over. Undi pun sudah, maki2 pun sudah, label racist pun sudah. My friends, bagi aku la, kalau kita nyatakan apa yang nyata dan benar, kalau kita nyatakan statistik, kita bukannya rasis. Tapi apa boleh buat, dengan menyatakan apa yang benar pun kita disebut sebagai rasis. Banyak benda yang aku ingin nyatakan tentang DAP. Banyak lagi benda "behind the scene" yang aku risaukan tapi cukuplah takat ni. Dah terlalu panjang entry kali ini. Untuk extra, korang baca yang ni, lagi direct huraian pasal PRU13 ni.



For conclusion, this win by BN is not a win that Najib can enjoy much. He himself projected the face like thunder during the press conference just after BN win. He knows this country is getting more and more polarized racially. It's a danger. Helen Ang, Outsyed the box, Mahathir, Tun Daim all had warned about this before. Now it had happened. We could only hope for the best. Untuk Pakatan, korang ada peluang yang sangat besar pada 2008 dulu, tapi korang waste it totally. Anwar Ibrahim just cannot stop from politics.
Aku dah letih dalam 2,3 hari ni. Nak muak dengan poltik overdose hari2. Let's we all forget about politics and focus our energy on our lives okay? Let's contribute to the nation's building. Let's cari makan sama2, tak mau demo2 ok?
And about racism...i give you this song to ponder. Very direct and catchy song, haha.
*ACAB ada 2 lagu lain yang super sesuai dengan korang punya 'perjuangan'. Carilah, best wo*




3 comments:

N.W.I said...

still aku masih resah dengan isu rasis ni. SEMUA kot dp jadi balckout, semua tak puas hati, so, boleh dikatakan, semua yang blackout dp tu memang DAP, dan sat g pergi kelas bawak mercun baling pada yang sokong BN. kerut muka, bermusuh. I had this bad feeling bro. Thats why aku kata,berhenti kot mana2 status atau tulisan yang boleh dikatakan atau dilabel rasis, kita kena win their heart back. Utk PR ni..tak tau lah nak kata apa, memang dari dulu suka berdemo dan flashmob sana sini ja. Mohon sedar.

AinAin said...

I'm one of the silent majority. Just read all the political status, tgk tv, bace paper, bace blog dengar orang cakap then judge sendiri. Kalau GE13 ni pun dah sengit tggu jelah GE14 nanti. Mostly young voters yg depends dekat internet jek. Hoping for a better malaysia.

Anonymous said...

Bagi aku dua dua menang. Pr menang 51% vote of whole malaysia,bn cuma 47%. Tp persempadanan parlimen x seimbang,maka sikit la parlimen pr.

Betul lah ade silent majority. Tp x ke ko rase SM ni byk kat kampung ngan rural? Bagi aku lah,pr yg salah,x mau jenguk org kampung dari rumah ke rumah,x mcm bn. Ditambah pula ngan super BIASness of mainstream media, mana lah makcik2 nenek2 tu x pangkah bn.

Bagi aku, BN menang,PR pun menang. Sukar sekali pr nak menang selagi mainstream media super bias. Since dgn keadaan itupun pr leh kumpul total vote 51% whole malaysia,maka jelas PR bukan sebarang pakatan bangang. Aku bangga selangor lgsg x termakan ngan kempen media mainstream bn,amik obat 2/3 majoriti siap!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails