Hari ini baru pulang dari Penang. Pergi Penang untuk singgah2 kat rumah Awi/KakFarah. Kat sana, boleh jumpa Sofea duk degeduk! dan juga boleh memeriahkan suasana rumah yang sunyiiiiiii disebabkan Awi pindah kerja ke Rawang. Tambahan lagi, garden kat tepi rumah dah makin cantik thanks to abah dan mak yang bersemangat perelokkan garden tu. Bawang pun dah tanam.
Oh Pea masih belum menerima PakCik ini. Sedih.... =_='
Anyway, tadi pukul 8 ada jamuan hari raya kat madrasah Taman Cengal. Jaraknya cuma 100 meter dari rumah saya. Dekat saja. Mereka jemput kesemua penduduk2 sekitar untuk datang. Mak pun dah bagi sumbangan sikit2, makanya wajib untuk kami pergi. Kalau tak, rugi namanya.
Jadi, pukul 8 saya dan mak mula bergerak. Abah tak pi, sebab letih cycling 2 jam lamanya dari pukul 6 tadi.
Sampai saja, jemaah semua baru keluar dari masjid. Kelihatan pakcik2 semua dengan lebai, serban, jubah, janggut tebal, misai, jambang, dahi berkesan hitam membuatkan saya terasa menyesal shave muka semalam. Seterusnya, dengan muka serius dan dedicated, saya terus menuju ke ruangan satay. Ambil satay sepinggan (6cucuk), bergerak pula ke ruangan kuey tiow. Ambil kuey tiow sepinggan. Bergerak pula ke ruang air. Ambil air secawan. Bergerak pula ke ruang pisang. Ambil pisang seulas. Bergerak ke tempat duduk bermeja.
Apa lagi, terus makan.
Sambil makan tu, boleh la dengar2 pakcik2 sebelah sedang sembang pasal apa. Actually, saya tak kenal seorang pun pakcik2 tu. Muka diorang memang saya familiar, tapi nama saya tak tau pun. Tambahan pula, saya bukanlah ahlul madrasah itu, bertambah tak kenal lah saya dengan mereka. Nevermind, saya pasang telinga saja terhadap apa yang mereka diskusi kan.
Mula2, dibincangnya pasal kes DSAI dibaling kasut dalam masjid. Kata mereka, ceramah tu bukan ceramah politik pun, nak halau buat apa? Kalau tak dapat tauliah, habis tu Najib pernah bagi tazkirah kat satu masjid tu, geng2 Perkasa tak mau halau ka?
Saya senyum sambil khusyuk mengunyah kuey tiow.
Seterusnya, dibicarakan tentang BP iaitu BloodPressure. Ada seorang pakcik ni, dia kata BP dia tinggi. 100 lebih dari time puasa. Lepas puasa terus naik lagi. Kemudian dia salahkan makan. Dan kenduri. Katanya kenduri ada hari-hari. Baru nak turun, dah kena pi kenduri. "Sampai bila nak turun BP camni?" komplen pakcik itu sambil makan pisang.
Saya senyum sambil khusyuk kunyah satay.
Habis selesai makan kueytiow dan satay dan pisang dan segelas air, saya bangkit dan ambil kesemuanya untuk round kedua. Mohon maaf, saya memang lapar tadi.
Selesai round kedua, saya terus ambilkan sepinggan kueytiow dan 5 cucuk satay (1 cucuk dah dimakan dalam perjalanan) untuk bawa balik ke rumah bagi kat abah. Anak yang baik adalah anak yang ingat kat abah depa.
Maka selesailah kisah lone-ranger pergi ke jamuan raya anjuran madrasah dekat rumah saya.
Saya masih tersenyum bila terkenangkan jamuan raya ini.
Sekarang saya faham kenapa certain orang agak keberatan untuk pergi event sebegitu.
No comments:
Post a Comment