Thursday, July 26, 2012

Melaka dan Kekecewaan dan Bebelan


Bermulanya Percutian

Minggu lepas hari Sabtu bertarikh 14 July 2012 kami sekeluarga telah mengadakan family reunion sambil melancong secara kecil-kecilan di Melaka. Haha skema. Ok yang pi adalah Awi, Din, Kak Farah, Kak Mas, Pea, Luqman dan Rohani. Yes dia pun dijemput dan ikut juga because i gave her an offer she can't refuse, muahahaha.

Bertolak dari UKM dalam jam 930 macam tu, sarapan kat Fareez Maju, makanan dapat pujian dari abang2 aku, tapi malangnya spoil- last2 nak habis makan nasi lemak sepinggan, jumpa ulat sekor kecik di celah2 nasi. Super spoil. Anyway, spoil dalam 10 minit je. Mood up kembali. Teruskan perjalanan! Osu!

Sampai akhirnya di Melaka around 2 pm macamtu. Cuaca sedap2 mendung2 macam nak hujan tapi rupanya rahmat teduh kepada kami sekeluarga. Syukur~

Dipendekkan cerita, sesi tengahari tu kami berpusing2 area Red City (yang bangunan2 merah tu.) Lalu muzium2, naik bukit sampai ke church putih tu, turun ke A Famosa pulak, dan masuk Istana Melayu. Oh, kebetulan time tu kat Istana ada event macam makanan2 melayu dan masyarakat lain. Pakat rasa habis mana yang boleh rasa. Paling ingat makanan orang asli yang macam nasi pulut/ketupat dalam buluh lepas tu cicah dengan gulai rebung and gulai apa tah. Pergh sedap gila...aku selaku bukan peminat rebung pun boleh habis satu piring. Power.

Petangnya kami check-in hotel, rehat dan gerak ke kedai makan area Pantai Klebang. Dah tak pantai dah...tambak jauh gila. Habis makan, naik river cruise. Sorang 10rm, tapi serius berbaloi. Jauh dia punya cruise tu, and view dia memang cantik (especially malam). Oh yes dari pemandu bot tu, katanya nanti track cruise tu akan dipanjangkan sampai ke Melaka Sentral. Fuh boleh tidur nanti nak tunggu habis pelayaran, haha.


Hotel yang agak ad-hoc kami tempah. Nasib baik ada, fuh.


Esoknya, on the way nak balik tu abang aku Awi bersemangat waja mau cari sampai jumpa Makam Hang Jebat. Kebelakangan ni dia dirasuk semangat jiwa Melayu yang tinggi akibat membaca buku tentang Sejarah Melaka dan Kesultanan Melayu. Akhirnya...jumpa juga. Bergambar, baca dan alfatihah. Lastly terus gerak pergi makan tengahari kat Restoran Asam Pedas area Mahkota Parade tu. Fulamak weyy...ini restorang paling pack/sibuk/penuh/laku penah aku tengok. Kami nasib baik sebab ada seat kosong setelah 5 minit menunggu. Order, makan dan kenyang. Kenyang dan sedap. Kombo yang bagus.

Akhirnya kami pulang pada jam 3 petang. Tamat lah kisah percutian mini kami...

No, it didn't end there.

Enter the serious mode. I was actually skeptical when my brother said that the location for this holiday is Malacca and her historical places. Bukan tak suka, bukan 'lame', bukan no swag, tapi skeptic dengan keadaan tempat2 bersejarah itu sendiri. My main guess- it will be more compact and messy than my last time visit here. And I was proven right, damn right.

Serabut dan Tak Teratur

Firstly, paling obvious sekali adalah A Famosa. Ingat lagi waktu kecik2 dulu, zaman satu family ramai2 pergi melancong kat Melaka. Actually, almost every year abah akan bawak pi melaka, sebab ianya tempat sejarah (abah ni peminat sejarah) dan save cost. Ok dulu2, A Famosa ni sama saja. Sama. Dari kaki bukit sampai ke church putih atas tu, sama saja. Apa yang beza? Depan A Famosa. Now in front of A Famosa there are lots of damned shopping complex. Too much. Dengan Dataran Pahlawan punya underground and level ground and above ground punya shopping lot, pening! Dulu, depan A Famosa adalah padang lapang. Situlah tempat family untuk jalan2/picnic/main dengan anak2.

A Famosa yang hanya tinggap satu pintu sahaja...


Im not saying that padang dah hilang, tapi ia makin tenggelam dengan pembangunan shopping mall. Serius tenggelam. Imagine- depan A Famosa dah ada Dataran Pahlawan punya mall, tepi kiri sikit dah ada Mahkota Parade plus extended version. Apa ni? That historical monument being overshadowed (badly) by shopping malls (?)

Beralih pada gereja putih atas bukit tu pula. I still remember, during my earlier visits there, it was a peaceful place. By saying peaceful, I mean not crowded by vendors/peniaga2 hasil kraftangan. Sekarang ni, atas tu dah penuh dengan peniaga2 bebas. Yang menjual keychain/ole2, yang jual lukisan, yang jual payung, yang jual kipas, yang main muzik, dah jadi macam tapak pesta. Bising, dan semak. I know they are only taking chances to get money by working hard there, but sorry it make the church area become more like pasar. Some regulations, or limits perhaps?

Other things that i'm not fond of...beca. Beca2 hias. Ianya cantik, memang betul. Saya tengok pun tertarik nak naik. Tapi terus potong stim bila dia pasang lagu kuat2. Yes lagu. Diorang ada subwoofer/ohsem/omaigod punya speaker sistem kat belakang beca. Sekali pasang mau volume kuat punya. To make things worse, they play radio songs. Songs from the likes of Mizz Nina, Katy Parry, Bieber and so on. What the...? Adakah anda rasa tourist dari England, Portugal, Netherland, America mahupun China sekalipun mahu dengar lagu Bieber pada kadar yang pekak telinga selama 15 minit naik beca? I don't think so...

Then the Istana Melaka. Ianya cantik, ada garden kat depan (tapi takde orang masuk pun, not sure whether tak boleh masuk atau orang tak nak masuk). I was a bit disappointed dengan isi dalamnya....rasa macam kosong. Rasa macam nothing really to show in the museum. Especially bahagian dia menceritakan pertarungan agung antara Jebat dan Tuah. Just 5 simple panels summarizing the battle from the cause till the end. Plus two mannequins depicting Tuah and Jebat fighting each other while stepping on dulang2. Thats it...honestly, i was expecting more from the Istana Melaka.

I have nothing to complain about River Cruise. In fact, praises are a lot! Sangat berbaloi, naik bot yang selesa, perjalanan pun boleh tahan jauh (pergi dan balik), dan semestinya permandangan yang sangat cantik. Ada satu part yang mana kedai2 tepi sungai tu dihias dan dilukis dengan sangat cantik. Senang cerita, this is totally worthy for you to try.

Last complain...the Makam Hang Jebat dan seluruh Red City secara amnya. Kami hampir berputus asa mencari makam Jebat. Setelah round 2,3 kali, baru jumpa. Ianya....diselit di celah2 kedai lot. Sebelah kiri dan kanan adalah rumah orang. Super sempit. Dan sebenarnya area tempat makam tu adalah area chinese...bertepatan dengan apa yang Awi ceritakan, yang mayat Jebat akhirnya dibuang ke kawasan penempatan kaum Cina. Setelah seminggu barulah ada orang berani untuk uruskan dan kebumikan.


Makam Jebat tersepit di celah2 bangunan lama macam ni


What It Should Have Been


One of the city in The Witcher. See the walls surrounding it?


Apa itu Melaka? Apa itu tarikan sebenar Melaka? Bandar bersejarah kan? Apa tujuan sebenar pelancong dari serata dunia datang ke Melaka? Untuk melihat bandar bersejarah bukan? Tetapi kenapa saya nampak seperti tidak dijaga akan value of Melaka itu?

Terutamanya A Famosa. Secara jujurnya, kalau anda datang dari jalan utama yang sebelah Mahkota Parade, anda tak akan nampak pun A Famosa tu. In fact, you'll have no idea that area is actually the most celebrated part for the history reason. Semua tenggelam. Tenggelam dengan Mahkota Parade, Dataran Pahlawan, kedai makan. Oh ya Mahkota Parade dah ada extension panjang yang cross jalanraya, how bout that. Kalau tak silap saya, ada 3,4 shopping mall around there. It's like a baby being surrounded by the likes of The Rock, Thor, Rambo and Terminator. At one time you will feel like you're in KL yow!

Makam Hang Jebat dan Makan Hang Kasturi. Kami cuma sempat jumpa dua ini saja, sempat turun dan lawat yang Jebat saja. 2 makam bersejarah ini tersimpan terperosok di celah2 kedai2 dan restoran. Terperosok dan tersimpan, yeah that's right. Tiada penegasan dan keistimewaan kepada 2 tempat ini. Yang panasnya, ada kawasan cantik bukan main, besar siap ada patung warna emas sorang bodybuilder, more like a memorial statue for him. Nama Datuk tu...Datuk Gan, something like that.. Again, money matters. Dia kaya, dia memang ada kuasa. Tapi...pihak berwajib lebih berkuasa. Mereka yang bertanggungjawab jaga makam2 tu, takkan tak teqasa kot...

Saya sedih. Saya kecewa dengan Melaka. Saya kecewa kerana Melaka sekarang seperti sudah tidak dijaga historical value nya. Tourists flock to Malacca to learn about Portuguese conquest and settlement here, to learn about Sultan and Malay Kingdom, to see whatever monument that are still there, not to go shopping mall and buy some clothes and shoes. All those luxury are already available in their country, in fact in much greater quality and choices. Kenapa nak bina banyak sangat shopping mall sampai tenggelamkan habis historical sites kat Melaka? Sebab kapitalis. Sebab konsumerisme. Sebab duit. Sebab keuntungan.

A Famosa tu saya nampak sama saja dari zaman saya kecil sampai sekarang. Bezanya sekarang ada 4 replika meriam di tepi nya. Itu saja. Why not kalau dibangunkan lagi kota itu sepertimana yang dibuat di Kota Kuala Kedah? Buat tambahan dinding, meriam, pintu besar dan sebagainya, make it a proper 'kota'?  A Famosa stay the same as ever while shopping mall mencanak naik kat sekeliling. Dah la yang tinggal pun gate sahaja...sedih...


Inside of the fort Kuala Muda.



 The front gate


I don't have a problem with pembangunan, shopping mall. But I don't agree with uncontrolled development. Sudahla penekanan/improvement bahagian sejarah tak ada, lepas tu tenggelam pula dengan shopping mall sana sini. Serabut...If ever they want to build a thousand of shopping mall, please don't mix it with the historical site, don't built it too damn near the sites. Make some adjustment area. This area is for commercialism, this area is preserved for historical sites. Sebelah kiri shopping, sebelah kanan sejarah. I have never been to foreign historical site such as Colliseum or Hipodrome or Hagia Sofia, but...i believe they don't build mega shopping malls  very near to those sites. Correct me if I'm wrong.


Coliseum, Roma.


Hipodrome, and Hagia Sofia to the right.


Somewhere at Roma.


Bagi saya, apa kata kalau pihak berwajib jadikan Red City tu sebagai satu Zon Tanpa Kenderaan? If the whole Red City is too big, just include the streets area Jonker Street. Make it a fortress, or an ancient city with walls/barriers surrounding it (rujuk gambar peta kuno di atas). Then build only 3 or 4 entrances/ gates. Tiada kereta yang dibenarkan masuk. Motor, bas, lori, anything- no admittance. Untuk kemudahan, hanya mini coaster/bus mini yang boleh rotate/pusing2 dalam area tu, like universitu mini coasters yang stop pada checkpoint2 tertentu. Pada gate2 itu, buatkan 2 parking building 5 tingkat untuk pelawat2 yang datang dengan kereta  park kereta mereka.  Tambahan- cuma beca2 hias untuk tourist naik. Bayangkan, satu kota lama eropah zaman medieval yang mana penduduk dalam tu semuanya berjalan kaki dari satu tempat ke satu tempat...for me it's very attractive.  I think tourist won't mind walking for an hour or so. It will be a great experience. Saya rasa kalau dibuat begini, peniaga2-tokey2 kedai dalam tu pasti! pasti! pasti! untung besar ma....

Sebab selalunya, bila dalam kereta, kita akan nampak banyak kedai2 old-school yang menarik. Kedai baju, kopitiam, kedai kasut, kedai cenderamata, kedai seni halus, kedai arak-restoran cina (ni untuk non muslim)...banyak! Tapi tak sempat/tak mampu nak lawat sebab no parking. Parking tepi2 jalan 24 jam penuh. Celah mana mau parking... So, everyone walks, everyone has chances to singgah mana2 kedai yang nampak menarik. More customer, tokey2 pun more senyum.


99% here is jam. No parking. Can't stop to visit shops. 


I know that all this wishful thinking are just, wishful thinking. Siapalah saya untuk merubah kota melaka itu. Tetapi, ingatlah jangan sampai nilai sejarah itu hilang. Apa yang saya cadangkan mungkin indah dari kata2, tapi susah nak realisasikan. Mungkin pihak bertanggungjawab sudah buat yang terbaik. Apapun, jangan kejar wang sampai hilang jati diri. Jangan agungkan kapitalisme sampai yang wajib dijaga diabaikan begitu saja. Jangan sampai Melayu hilang di Melaka, hahaha.









5 comments:

Pawi said...

Artikel bagus...

Memang amat kecewa dengan perancangan yg dilakukan oleh pihak Bandaraya Melaka. Terlampau mengambil kesempatan. Buat untung tak jadi masalah. Tapi jgn macam nie. Dah mencemar teruk. One day,pelancong takkan datang lagi Melaka. kalu setakat nak shoping, better gi KL. Better parking and more choice.

Macam time gi Shang Hai dulu, ada 1 tempat tu, depa memang preseve keaslian binaan dan atmosphere.

Dalam town tu sume jalan kaki dan kalu malas nak jalan boleh naik beca. Jadi pengusaha beca boleh buat untung kat sini dan tak payah main muzik kuat utk tarik pelanggan.

1 more, Melakalah satunya empayar Melayu yg boleh dibanggakan. Tp skarang dah tak Melayu dah pekan Melaka...

Too bad.. Soo sad....

Pawi said...

Opppss .. Lupa nak komen bab perenggan terkhir tu.. Sapa lah saya nak ubah...

Insya'allah in futue kita kan boleh jumpa Ali Rustam kat Alor Gajah.. Time tu boleh bagi ten cent opinion apa.. Tu pun kalu brani...

Jangan marah....

say- O said...

awi: oh betul kat shanghai ada buat macamtu? haha nampaknya idea ni memang tak mustahil! tapi apakan daya...kapitalisme mengatasi segalanya.

setuju dengan one day maybe tourist tak datang dah melaka. nanti kandar rasa padang hijau atas dataran pahlawan tu pun akan naik malls. mesti punya.

kalau foreign tourist yang alert, dia mesti perasan dan hairan. kawasan jonker streets dan streets2 sekitar tu, mostly cina yang niaga. malls lagi la. celah mana 'empayar melayu- kesultanan melayu', dah lupus? haha sedih...

say- O said...

tambahan: nak sembang ngan ali rustam? ketaq lutut peluh ceqau!

~**Raw Honey**~ said...

Statue of Datuk Wira Dr. Gan Boon Leong, the most successful body builder from Malacca, they said. Anyway it was a nice trip though :) Domo arigatou gozaimasu~ dah lama tak pi melaka, dlm ingatan pun cikgu bawa pi beli dodol ja~ hahahah

*beca berlagu kelab malam bersiar-siar di bandar bersejarah kian menghanyutkan irama asal-usulnya..*
(ZoZ)~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails