Friday, January 27, 2012

Korean Invasion


Sebenarnya, takda lah invasion sangat. Cuma sekarang ini aku sedang dilanda ketagihan satu Korean variety show. Aku rasa ramai orang dah dapat teka. Yes, tak lain tak bukan- Running Man.



Sepatah apa pun tak faham kat gambar tu



How I get involved with this, I don't know. But suddenly sekarang dah sampai episod 54 (darii 77 yang ada so far). Aku pun hairan, macam mana aku boleh berkenan dengan Korea. Sebab jujurnya, aku cukup tak suka dengan K-Pop.

Jadi, di situ mungkin jawapannya. Running Man ni sangat tidak K-Pop.

Let me explain a bit.

Running Man ni, konsep variety show. Secara asasnya, ada 8 orang ahli tetap (at halfway, ada sorang kena tarik diri kejap). 8 orang ni semuanya adalah artis kat sana. Rapper, singer, actors, actress, pengacara, model. Dan kesemua mereka dah tua sket (majoriti 30 something, 2 saja yang 27 tahun). Game dia? Basic concept- lari. Contohnya, dalam satu episod, akan ada 3 game. Awalnya, diorang bahagi group (4-4, atau 3-3-3) bergantung pada jumlah peserta. Jadi they have to win the games to get running ball. At the end of the show they will randomly pick 5 balls (each ball has the player's name) as the survivors. The unlucky? Got punished. Silly punishments actually.

Tapi konsep tu tak kekal. Makin lama makin berbeza konsep game diorang. Anyway, konsep running still ada, haha.

What make this show so interesting?

Firstly, aku suka personaliti setiap orang. Ada yang loser selalu kena buli, ada yang kecik perangai macam budak2, ada yang badan tough garang n selalu maki2 orang, ada yang typical pakcik middle age, ada mc yang pandai handle situation, ada couple scandal dan ada sorang flower boy yang lemah tapi bersemangat. Ha semua ni yang buat show ni best. Coupled by the creative presentation/editing by the production team. So kat screen nanti bila ada apa2 scene akan muncul lah sound effect yang berkenaan. "This!! Is!! Sparta!!", "Haroro", "Ace Ji-Hyo". And setiap orang ada lagu background masing2. Senang kata dia punya presentation tu colourful, menarik, lawak dan cute juga kadang2.

Other than that, show ini secara tak langsung promote culture/ places in Korea. Serius lepas tengok Running Man baru aku sedar yang Korea ni sangat maju, setaraf (if not exceed) Jepun. Banyak tempat jadi venue show. Muzium, water park, funfair, office, kedai buku, train station, even Bangkok diorang g jugak.

Secara tak langsung, pelan2 korang akan kenal serba sikit tentang K-Pop bila korang layan show ni. Sebab setiap episod diorang akan panggil special guest untuk join sekali. Tu yang boleh tahu nama 2pm, SNSD, Big Bang, SuJu dan entah apa2 lagi la. Then I tried to learn their music, so I download some of their songs. Result? Same as before. I don't like K-Pop. Hanya lagu2 geng asal saja macam Gary, Jong Kook dan HaHa yang boleh masuk telinga. Tu pun...Gary 2 lagu, Jong Kook 3 lagu, HaHa 2 lagu. Hahahahhahahha.

Overall, bagi pandangan aku Running Man ni memang superb and extremely entertaining. Kagum dengan profesionalisma setiap peserta, kagum dengan creativity production team/editing team yang buatkan final produk nya jadi colourful, cantik dan attractive. Persembahan dia ada sama dengan Japanese punya talk show/ game show, tapi ini better sikit.

So, bagi kamu2 yang tak pernah tengok Running Man lagi, better take your time and try to watch it. I jamin, kamu mesti terhibur, and kemungkinan terketagih.

Ok, nak lunch jap g sambil tengok Running Man. Fighting!!!

10 comments:

Nurul Ain said...

Monday couple the best!!!

say- O said...

haha betul2. tapi jong kook memang badass habis! cool tough guy!

nadiagz said...

haha!!setelah sekian lama aku nak menyemak sini..aku dah khatam running man dari episod 1 sampai yg latest..skrg 78..79 org tgh upload..so tpksa tunggu..meh aku cadangkan lagi satu variety show yg best jugak..

cuba hang try tgk family outing season 1..season 2 xbest..mmg xkering gusi laa..hihi..

FO pun ketengahkan culture di korea..cara org kampung hidup..and tmpt menarik..lebih kepada alam sbnrnya..very nice..

Anonymous said...

haha...ak baru tgk smapi ep19 atasan recommendation ko.

-ijan-

Nurul Ain said...

Jong kook second fav after monday couple!!. makin berumur makin handsome..hehehhe

arifpaan said...

more people are getting their soul sold to the kawaii koreans...

This is madness! This is SPARTAA!!!

Shahir Naim said...

aku tak kire.. aku nak kawin ngan ji hyo gak~ hahahaha

~**Raw Honey**~ said...

Hwaiting ~~~ !

say- O said...

nadia: haha, aku ada dengaq gak yang family outing tu leh tahan best. nanti aku suruh member aku donlod.

ain: jong kook adalah idola saya dari segi badan, hehe

say- O said...

arif: yang penting, running man is not so plastic. yeah!!!

shahir: boleh. dengan syarat anda adalah rapper, atau latest skali= ceo entertainment company.

raw honey: seum dwa!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails