Isu palestine Israel ini sebenarnya adalah isu lama. Sudah 60 tahun lebih konflik israel-palestine ini berlarutan. Kalau dilahirkan seorang bayi pada tahun mulanya konflik ini, nescaya dia sudah menjadi atuk atau nenek yang mempunyai anak2 dan cucu2. Jika dia masih hidup, dia pasti berharap untuk pulang ke kampung halaman tanah tumpahnya darahnya. Jika sudah meninggal... harapan itu pastinya diletakkan pada bahu anak2 dan cucu2 nya...
Sejarah Awal
Pada asalnya, tanah Israel-Palestine tu adalah kepunyaan (majority) Yahudi. Di situ terdirinya dua kingdom yahudi yang agung satu masa dulu. And not to forget, Solomon Temple was erected there right at Jerusalem. But then the Jews became minority after the Roman empire invasion. By the 3rd century, the Christians were the majority. By the 7th century the Muslims were the majority...and now the Jews are back to their homeland. They formed the Israel state in 1948 which was blessed and agreed by the Western nations. From then on, they expand and expand and expand by the expanse of the Palestinian...
Jerusalem (satu dari daerah dalam palestine) is actually a holy land. A super holy land. Why? Because it is coveted by the three big religions- Islam, Christians, Jews. Bagi Islam, masjid Al-aqsa adalah kiblat pertama umat islam. Selain itu, di situlah juga terjadinya peristiwa Isra' Mi'raj. For the Christians, there is the Church of Sepulchre where Jesus was crucified. For the Jews, there is Wailing Wall and the Old City. So...throughout the passage of time these 3 religions live next to each other...tapi tidak secara aman.
Jadi starting from 1948, orang2 yahudi serata dunia mula berhijrah masuk ke Israel. Mereka yang pada ketika itu adalah berkerakyatan negara masing2 (e.g England, Poland, Germany, USA, Spain, anywhere) diberikan kerakyatan Israel juga. National duality. Makin lama Israel semakin besar wilayahnya, dan Palestin pula semakin mengecil dan mengecil dan mengecil.... just like in the picture below which I'm sure a common picture you have seen in FB
Dihimpit dan Dihalau
Jadi kalau kita lihat pada peta masa di atas, obviously the Jews are expanding by the expanse of the Palestinian. Thus comes the question,
"Uih awat tequk sangat ni... pasaipa depa boleh membesaq sampai taqa tu? Palestine tak buat apa ka? Jiran2 depa keliling tu tak tolong? Bukan ke Islam tu bersaudara...?"
Surely the Palestine delegations/ambassador dah beberapa kali dalam meeting internationals hempuk meja sambil kata "Ini tanah kami! Apa hak kamu semua untuk sesuka hati buat negara lain dalam tanah kami? Ini satu kesalahan besar! Blasphemy!"...tapi it didn't stop the jews, or at least change anything. About the jiran2 Palestine..yes they did took part in the struggle. Oh firstly tanah Palestine ni dikelilingi oleh jiran2 arab dan mereka adalah Egypt, Syrian, Jordan, Lebanon dan Saudi Arabia. In history the arabs had some wars with Israel. For example, The Six- Days War. Allright lets talk about that war.
Ok perang ini dinamakan sebagai perang 6 hari sebab...ianya hanya selama 6 hari, haha. Yang berperang adalah Israel vs Jordan-Syria-Egypt. 1 lawan 3. Oh lupa, 3 sekawan itu juga dapat bantuan kecil2an dari lagi 9 arabic nations. Literally that brings up to 1 against 12. Kekuatan army yang dihidangkan oleh kedua2 pihak adalah menggerunkan. For Israel, 100000 troops deployed. Untuk Arab alliance ada 240000 deployed. That means the ratio is about 1:2.5. At the end, the casualties for the Arab alliance was 23500 killed while the Israel lost about 1000 of it's army. Though the ratio is quite balance for each side but the winner of the war was Israel. Yang mana akan buatkan kita hairan, celah mana depa boleh menang?
The answer is: preparations, deceptions, intelligence and strategizing.
1. Sebelum perang lagi Israel's pilots and ground crews had trained extensively to increase their sorties number from 1 up to 4 times a day. So dengan ni Israel Air Force can do several attack waves to Egyptian Air Force. Not even only that, they even had rehearsed their operations for multiple times on dummy runways . All for perfection.
2. Tentera Egypt dah siapkan kubu pertahanan kuat pada Sinai. Egypt jangkakan Israel akan datang melalui jalan yang utama dan mudah. Tapi akhirnya Israel datang dari arah yang berlawanan (biarpun bentuk mukabumi agak sukar) untuk elak dari jumpa head to head. So...surprised attack. Panic to the Egypt defence there.
3. Perang pada Sinai desert adalah sangat meletihkan (panas, pasir). Jadi Israel arahkan untuk tambah supply air dari 1 liter sehari kepada 1 liter air setiap jam untuk setiap orang. So...energy tak berkurang, Egypt pula makin letih (kekal dengan 1 liter sehari).
4. Untuk perang dengan Syria pula, Mossad (israel secret team) hantar ejen2 rahsia menyelinap masuk menyamar jadi pegawai2 Syria. Dengan tipu buat2 kesian dan simpati, mereka (ejen2 tu) arahkan pokok ditanam pada tempat kubu2 tersembunyi untuk kurangkan panas bahang matahari army syria. And so, wujudlah landmark mudah untuk Israel bombers. Selain tu, ejen2 ni juga dapat maklumat2 rahsia macam laluan2 yang Syrian army tak prepare defense pun, so that Israel guna laluan2 tu.
5. Mossad juga ada spy2 yang berjaya kutip some embarassing personal information about some Egypt army men. Jadi, diorang blackmail insan2 malang ni untuk dapatkan lebih maklumat. Tak kurang juga dengan double agent. Egypt ada hantar sorang spy. Ditangkap israel, dan dihantar untuk jadi spy israel pula dengan mengutip maklumat dari pihak Egypt dan memberi maklumat palsu berkaitan Israel intelligence.
Casualties of War
See guys, when you enter a war, you should be cunning and smart. There's no guarantee a bigger army can win the war just because they got more men in their side. Like in Running Man, yang selalu menang adalah Ji Hyo right? Bukan Jong Kook walaupun dia badan besar dan kuat. Why? Sebab Ji Hyo ni licik. Buat fake alliance, berlakon depan orang, simpan key things baik2, berlakon lemah dengan buat muka comel, ambik kesempatan waktu semua orang perang cabut name tag. Haha...tiba2 masuk Running Man.
Banyak lagi kes2 penindasan dan pembunuhan besar2an yang dijalankan oleh Israel terhadap rakyat Palestine. Antara yang paling famous adalah Sabra and Shatilla Massacre. Kes ini adalah kes berat. I don't really remember the date but it's around 1980's camtu. Sabra and Shatilla ni adalah kem pelarian bagi rakyat2 Palestin. Dalamnya hanya penuh dengan rakyat2 biasa- men, women, boys, girls, elders. Hanya orang biasa. Tapi entah mengapa Israel menggila lagi. At one night tentera2 israel serbu masuk kem Sabra Shatilla. Merek bunuh Palestinian di situ. Tak guna pistol. Guna kapak, pisau, parang. Tak nak kejutkan team NGO atau penduduk di kawasan sekitarnya. Kejam. Saya ada baca dalam buku tulisan Dr Ang Swee Chai bertajuk
Dari Beirut ke Jerusalem ( From Beirut to Jerusalem). Dia adalah antara witness kepada kekejaman tentera Israel terhadap rakyat Palestine. Dia ada melawat Sabra Shatilla sebelum dan selepas penyembelihan beramai2. Even team medical dia juga dibunuh sesuka hati oleh tentera Israel. Cari lah buku tu, bagus untuk up-close experience.
Retaliation Time
Apakah rakyat Palestine hanya berdiam diri saja melihat rumah mereka dirobohkon? Berdiam diri melihat bapa dan abang mereka ditembak mati di kepala? No. They fight back. They fight back with what they have.
From the civilians aspect, the most famous resistance they had ever upstaged was Intifada. Intifada ini adalah penentangan habis-habisan terhadap Israel. If I'm not wrong there were 2 Intifadas. First was upstaged from the year 1987 to 1993. 6 tahun tu, lama. Apa yang Palestinian buat waktu intifada? They boycott Israel products at the market, they didn't go to work, they make graffiti on the walls, they set up barricades...fight with whatever/however they can. Anda pasti familiar dengan gambaran rakyat palestin lempar batu kepada tentera Israel bukan? Ya itu mula famous masa Intifada.
It's about sending a message.
Intifada ini telah mengorbankan 160 orang Israel manakala Palestinian pula kematian 2160 orang. However, about half of the 2160 tu adalah hasil dibunuh oleh Palestinian sendiri. Mereka dibunuh atas tuduhan 'spy' Israel. 1000 orang....banyak tu.
Dari segi ketenteraan, Palestine ada PLO-Hamas-Fatah. Merekalah pejuang2 negara, pejuang2 Islam yang dicop sebagai pengganas oleh pihak Israel. Tetapi Fatah dan Hamas tetap ada civil war mereka. Pada tahun 2006 Hamas dan Fatah berperang. Masing2 mengaku adalah the true representative of Palestinian. Akibatnya, tebing Gaza diserahkan pada Hamas manakal Fatah menerajui PNA (Palestine National Authority). Ini adalah satu yang memalukan. Really wasting time-energy-weapon-ammunition-lives. Israel sah2 tepuk2 meja gelak tengok drama ni.
Jews Are Ugly and Sadist People?
Rakyat Palestine terus dihalau dan ditindas oleh Israel. Sejak dari 50an sehingga sekarang, almost weekly akan keluar berita dalam paper yang 'X rakyat palestine mati dibunuh di pasar-hospital-sempadan-etc'. Kalau ikut pada facebook posts yang dishare, boleh kata hampir semua memaki hamun orang Yahudi. Post2 yang disertakan ayat Al-Quran yang menceritakan tentang orang yahudi bersembunyi di sebalik sejenis pokok~ ayat yang mengatakan bunuhla orang yahudi bila menjumpai mereka~
Full of raaaaaagggeee and hatred.
But let's stop for a moment. Apakah persepsi kita selama ini benar yang mana kita percaya semua Yahudi adalah pembunuh kejam? Semua yahudi pandang bangsa lain sebagai goyim? Well... not everyone of them are like that. I believe that the Zionists are to be blame. The leaders in Israel government and army. They are the ones who planned things to do. They are the ones who created this mess first. If we look through their own rakyat jelata yahudi, we can't blame them too if they really really really hated Muslim.
Kita amik contoh seorang budak lelaki yahudi baru lahir kat Tel Aviv. Dari kecik dia dibesarkan dalam negara yang tertutup, penuh dengan dinding tembok besi. Occasionally akan ada roket2 yang sampai ke pekan dia. Bunyi alarm saja terus kena sembunyi meringkuk dalam safety bunker. Di sekolah atau di mana2 mungkin sekali dia diasuh bahawa Muslim itu pengganas. Apabila online maka lagi bertambah hatred towards the jews yang akan dia jumpa from the muslims around the world. Tambah2 lagi bila dia terbaca keratan ayat al-quran yang (lebih kurang macam ni) mengatakan bunuhlah yahudi di mana saja kamu jumpa. Can we really blame them if they all hate Muslims to the fullest extend?
There are Jews who has 'common sense' too. I've read stories about some of their army men who refused to serve in Palestine area, who refused the order to kill civilians, who got fed up with the senseless discriminations and killings and thus retire from the army. Not to forget, we can clearly see groups of Jews that do peaceful demonstrations around the world in which they oppose the oppressions and killings of innocent Palestinians and formation of Israel.
Ada yang jernih. But few in between.
Whatever it is, Israel had killed, massacred thousands of Palestinian. Be it militants or civilians. That's a fact that they can't hide.
Boikot!
Last week, or last 3 weeks world got shook by the new attack on Gaza. Serang lagi. Kali ke berapa serang ni saya tak tau. Seperti biasa, seruan islam berkumandang baik di surau, masjid, suratkhabar, facebook mahupun pasar malam. Bantuan diberikan setakat yang mampu. Orang kata, kalau tak mampu pergi berperang, tolonglah setakat mana yang mampu. Maka keluarlah edisi boikot barangan israel...
Isu boikot ni sebenarnya adalah trending. Palestine kena bom? Boikot! Dah aman? Senyap je semua.... ok jangan marah ya tuan2 puan2, itulah kenyataan. Saya tak menghalang anda memboikot. Itu hak masing2 untuk memboikot atau tidak. Mungkin akan ada suara2 sumbang yang berbunyi,
"Hek eleh nak boikot konon...kalau nak boikot tu boikot la betul2~! kasi boikot semua la, boleh?"
Kemudian untuk defensif mode, jawapan yang diberikan
" kita boikot saja setakat yang mampu. sedangkan burung2 kecik pun bawa air guna paruh untuk padamkan api yang membakar nabi ibrahim..."
Haha...anyway yang saya hairan, kenapa mesti McD yang menjadi mangsa utama? Sedangkan kalau kita lihat dalam gambar di bawah ada berpuluh2 produk lain yang boleh tahan dominan nya?
Pick your favourites
Nevermind bout that.
Still, this boycott effort is, for me, useless. Why? Because almost half of what we have/use/eat are their products. It's not like their only international product is McD, if that's the case then surely they'll suffer from our boycott. But...they have hundreds of products. Not to say their import/export lagi... Ok 1 simple example.
McD. Saya tak tau pasal business, saya juga takda fakta apa sangat. Just andaian saja. Let say they have 200 sources of income through product selling/franchising. McD is 1 of it. Dan dalam 1 McD tu, Malaysia adalah 1 dari 100 negara yang ada network McD. So, kalau all Malaysians (termasuk Cina India sehati sejiwa) boikot McD, that means they lose....0.00005% of their income. Mungkin rasa macam semut ketik saja bagi mereka. Yang rasa tamparan hebat? Abang2, adik2, akak2, makcik2 yang kerja kat McD. Pengusaha2 tempatan yang pegang outlet McD. Orang Melayu, Cina, India kita. Mereka yang akan rasa sakit teruk, bukan the state of Israel...
Anyway, saya rasa kempen boikot tu fail teruk. Penuh saja orang pergi McD sepanjang Gaza dibom. Melayu Cina India semua ada. Hahahaha.
Dulu, Kini, Selamanya...
Bumi Palestine tetap bermandi darah. Israel tetap megah beraksi di dunia. England football team pun ada pergi Tel Aviv untuk lawan bola dengan team Israel. Referee yahudi pun dah ada dalam Uefa Champions League. Facebook yang kita guna hari2 ni pun tak menunjukkan ciri2 lapuk. McD pun sentiasa penuh. Arsenal football club pun masih disayangi ramai. Coklat dan susu jenama Nestle tetap menjadi pilihan rakyat.
Kenapa mereka begitu besar? Kenapa mereka begitu berjaya? Bagi saya jawapannya cuma dua. Ilmu dan ekonomi. Dengan adanya ilmu, anda boleh generate economy. Dengan adanya economy, anda boleh kawal segalanya (well, not everything). Kita lihat bahawa orang Yahudi ini kebanyakannya adalah 'orang besar'. Bank2 dunia adalah milik Yahudi. Saintis pada zaman WWII juga ada banyak Yahudi di kalangannya. Even Albert Einstein itu Yahudi. Mereka rajin, mereka berusaha untuk mencapai matlamata. Pada masa silam mereka pernah dihalau dari kampung halaman sendiri, dijual menjadi hamba, dibunuh, dihina. Tetapi sekarang sudah terbalik. Mereka lah yang menguasai dunia.
Oleh itu umat Islam juga wajar untuk ambil iktibar dari cerita orang Yahudi ini. Majukanlah ilmu di dada, tingkatkanlah ekonomi keluarga dan negara. Jangan pula kata kita hanya perlu balik ke ajaran asal Islam tetapi segala ilmu dan tanggungjawab duniawi terus dilupakan, mahu mencapai tahap zuhud tertinggi katanya. Umat Islam pada satu ketika dulu adalah maju ilmunya, maju peradabannya. Ketika itu Eropah yang berada dalam zaman gelap. Selepas itu Islam tenggelam dalam kegelapan. Kenapa? Kerana ulamak2 dan pemerintah2 pada ketika itu menekankan kepada hal akhirat semata2 dan melabelkan ilmu duniawi sebagai pembaziran masa dan pointless.
Baghdad House of Knowledge. During Islam's prime time.
Kita mungkin tidak mampu melawan Israel secara fizikal buat masa sekarang tetapi apa yang kita pasti mampu lakukan adalah menguatkan diri kita dengan keimanan dan juga ekonomi serta ilmu. Ingat, Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu umat kecuali mereka berusaha mengubahnya.
Amin.
p/s: mungkin terdapat kesalahan fakta pada mana2 info, harap maaf dan saya alu2kan pembetulan. Kebanyakannya ditulis tanpa rujukan. Just write straight from my mind. Bottom line, nobody wants war. The whole world will perish if war keeps on repeating.
"Why must we kill our own kind?"