Showing posts with label nasihat untuk semua.. Show all posts
Showing posts with label nasihat untuk semua.. Show all posts

Thursday, December 20, 2012

Mistake.

We tend to have groups of friends. We take one simple example- a student in a university. Normally he will have groups of friends. Group A is football group. Group B is gamelan group. Group C is asrama group. Group D is coursemates group. Understandably he will have 'group preference'. What does it means? It means that he will more likely spend more time with one (or two) of those groups. The reasons are personal- those groups may be more funnier, or more hang-outs activity, or more serious and future-benefits, or whatsoever.

But in times of happiness and enjoyment, one tends to do mistakes. No matter how boring, how unproductive, how rubbish the group is he should never leaves the group. Be it intentionally or unintentional. Unintentional? How it could happen?

Well...he get immersed in one group for too much time and he started to turn down other groups activities invitations. Let me give you one simple example. 

Abu suka/rapat dengan group main bola dia. Almost hari2 Abu akan lepak dengan group main bola dia. Pergi makan, pergi karok, pergi tengok wayang, selalunya dengan group bola dia. Then occasionally seminggu dua tiga kali group gamelan dia akan ajak keluar makan, ajak lepak tengok bola. Tapi memandangkan at the same time group bola dia memang ada plan nak keluar, maka Abu tolak ajakan group gamelan tu. 

Group gamelan tu akan ajak untuk sekali. Then minggu depan ajak lagi. Then 2 minggu kedepan ajak lagi. Then bulan depan ajak lagi. Then tak ajak dah. Forever.

Can't blame group gamelan for not ajak-ing Abu again. Why waste energy (and money) to ajak him again if past record showing he 99% doesn't care about them?

And thus Abu had lost one of his 4 groups that he used to have.

Jadi pengajaran di sini, hendaklah kita menjaga silaturrahim antara kita dan rakan2 kita. Jangan dibiarkan lama tak contact. Yang penting sekali, jangan terlalu kerap menolak pelawaan kawan2 kita yang ikhlas nak bersama/bersosial/berukhwah dengan kita, biar sesibuk mana pun. Kerana sekali mereka makan hati, sekali mereka fed-up dengan kita, susah sudah untuk kita kembali.

And losing friends is not a good thing. You may suffer, when the time comes.

You may ask, why I take the pain to write this? 

Because I myself had done this mistake and I have no desire to enjoy seeing my friends doing this mistake.






Wednesday, November 10, 2010

Menembak Dalam Gelap

Saya percaya kamu semua mesti ada akaun Facebook kan? Ececeh..jangan nak tipu kata tak ada..kalau betul tak ada kamu memang unik a.k.a rare!! Tambah lagi kalau kamu ini golongan belia dan remaja, apatah lagi pelajar IPT sekalian. Facebook tu sudah macam satu jenis makanan harian. Boleh ditinggalkan, tapi duduk tak senang. Mengigau jadinya.

Dalam Facebook ini, macam- macam boleh dilakukan. Komen gambar dan status kawan, add kawan, main kuiz mengarut, memikat gadis, menjadi stalker berjaya, bergossip, naik turun gambar dan meluahkan perasaan melalui status.

Ya, meluahkan perasaaan melalui status.

Bila buka saja Facebook, ada ruang kosong untuk post status. "what's on your mind?" Betul, apa ada dalam minda kamu? Maka dengan itu jadilah pelbagai jenis status yang bermacam-macam.

"Lapar la..sape nak g makan? Jom!!"

"Arrrggghh!!! Esok paper, satu pun x paham!!!"

"Woohoo~~~exam dah habis..nak enjoy gila ah!!!"

" Aku sayangkan kau...tapi kau tak pernah perasan..adakah kau sedar, atau kau menunggu aku?"

"Kau memang TAKDE OTAK!! Bodoh nak mampos!!! KO INGAT KO GLAMER KO HOT LA?? Eyyy, setakat perangai macam kau tu, gi mampos ar!! Sombong!!!"

Itu dia!!!

Itu dia status bahaya!! Status yang akhir sekali.

Kenapa bahaya?

Baik, sedarkah si penulis status itu bahawa statusnya itu umpama menembak musuh dalam keadaan gelap? Yakni mampu mengenai rakan sepasukan, orang awam mahupun makcik cleaner yang tak bersalah?

Beginilah. Katakan Abu memang bengang dengan Zaid. Abu stress, Abu marah, Abu tertekan!!!! Maka Abu pun keluarkanlah status seperti yang terakhir di atas. Niat Abu hanyalah mahu Zaid terasa a.k.a menembak Zaid. Tetapi!

Dalam status itu tak disertakan nama Zaid, atau pencirian khusus Zaid. Hanya umum. Katakanlah Abu pernah mengalami masalah yang sama dengan 10 orang sebelum ini, dan bila 10 orang itu baca status baru ni..inilah kemungkinan reaksi mereka

"Bab* dia tak puas hati apa lagi ngan aku..?"

"Nok hor*m Abu ko memang cari pasal ngan aku arrr..jage ko..."

" Abu...ko marah aku ke? sampai ati ko buat camtu...wuuu~~~uhuk2~~! (versi perempuan)"

Hatta, Abu secara tak langsung telah men-declare war- dengan 10 orang innocent itu. Lagi buruk, kalau Zaid tak rasa apa-apa pun. Akhirnya, masalah demi masalah menimpa Abu. Mulalah 10 orang tu bermuka masam bila selisih dengan Abu. Mulalah Abu dipulaukan kawan- kawannya. Mulalah Abu menerima ancaman dan ugutan dalam bentuk YM, FB chat mahupun status dari 10 orang tadi.

Hahahahaha, kerana nak puaskan rasa amarah yang hanya sementara itu, datang pula masalah besar. Hati- hati lah bila ber-Facebook. Jangan terlalu ikutkan hati mahu membuat status, mahu komen dan sebagainya. Fikir dulu komplikasi dan kesannya. Kalau ia berkaitan diri sendiri saja, tak ada masalah. Tapi kalau berkait dengan insan lain, berhati- hati.

Kalau dulu, ada peribahasa 'Kerana mulut badan binasa'. Sekarang sudah moden, tukarlah 'Kerana Facebook, masalah menimpa'.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails