Showing posts with label Tekken is the best. Show all posts
Showing posts with label Tekken is the best. Show all posts

Monday, November 5, 2012

It's A Serious Business

Supposedly tadi pagi pukul 10 ada exam Instrumentasi Kimia 1. Tapi macam biasa, Prof Bo ni susah sikit nak predict. Dia bukan tipikal prof. Dengan selambanya dia masuk kuliah dan kata "Exam akan kita buat lepas cuti. Sini macam sempit sangat. Lagipun saya nak bagi sikit ulangkaji untuk kamu semua." 

Cool prof.

Habis kelas ulangkaji, terus gerak isi minyak motor. Alang2 dah kat luar...pecut motor ke Alamanda. Lama sudah tak ke sana. Tujuan cuma satu. Mahu lepas rindu pada Tekken.

Sampai dalam pukul 1 tengahari, memang tak ada orang pun. Main lah sorang2... Kemudian brader pekerja situ, Lee, challenge aku. Dia pakai 3 karekter tukar2. Aku cuma Steve saja. Niat nak polish skill Steve. Result?

Kalah. Tipis. 3. Kali. Berturut. Turut.

Then kitorang sembang2. Sembang perihal Tekken.

Banyak topik yang diutarakan. Mulanya dia tanya yang aku ni memang baru belajar pakai Steve ka? Yes memang kira baru jugak la. Dia kagum, sebab katanya Steve adalah karakter paling payah nak buat combo. Dia ada belajar sekerat jalan saja, fed up sebab susah sangat. Dia kagum aku boleh pakai Steve tahap boleh buat combo (walaupun kadang2 sangkut).

Kembang sikit hidung ni.

Then sembang2 lagi pasal watak favourite dan watak paling tak disukai masing2. Pasal speciality setiap watak. Apa kelebihan dan kelemahan masing2. Pastu sembang pasal special moves. How to do low parry, how to escape grabs, how to do launch...how to do some of Steve's combo moves. Then pasal how to do the back-dash cancel move (yang akan buatkan user tu 99% invincible kalau execute betul2). Then pasal top2 players around the world...

You see, i never thought he knew so much as that. Luckily I also have knowledge about Tekken and it's world. It started with a simple fight of 3 rounds, then we talked for about half an hour. Amazing isn't it?

He told me about the otai2 tekken in Malaysia. He said that if I want to see (if berani, challenge) the super otai2 tekken main, i should visit Mines arcade around 9-11 pm. He said that is the period where all the mahaguru-mahadewa Tekken sekitar Serdang-Bangi bertarung. 

Actually I was wondering on how the hell some people managed to master 4,5,6, sometimes all characters in Tekken. Just imagine, I played only Christie for 5 years and still got bullied at arcade machine. Lately I try to learn Steve (and of course lagi teruk kena belasah). That means I only know to use 2 characters. In 6 years, 2 characters are like a heaven task for me to master. So, how come to master all 40????



There are some people, who master all 40 characters.


Lee said that he knew one chinese ni who worked at a hair saloon. Work from 10 till 6pm. Finished, go straight back home. Have dinner, mandi then switch on his PS3. He got PSNetwork, he played online amongst the players all around the world. How many hours? From 8pm till 4-5 am. That means 8 or 9 hours per day. 8 HOURS PER DAY. Apa gila punya hardcore ni?

Oh yes, Malaysian also have a WORLD CLASS PLAYER. In world championship 2010 (not sure the full name of the tournament), one Eddy Gordo user from Malaysia went there and compete. Don't know about the result samada dia menang ke tidak, but one thing for sure that amongst the Tekken community he is regarded as the best Eddy user in the world. That one hell of a recognition bro. Korea have (as far i know) Steve and Bryan, America have Jack6, Japanese have Dragunov. Malaysia have Eddy!! 



Oh wonder how they pick someone to represent the country? I don't know whether this is done officially or just informal but it is said the best otai2 in Malaysia compete amongst them first. The champion got sent to the world tournament. So imagine, kalau brader cina biasa2 pun main 8 jam sehari, yang wakil Malaysia ni tahap mana training dia?

During the years of Tekken 4 and 5, i used to take Tekken as a simple-easygoing game just to hentam2 member/adik dalam game. But know my perception has changed. This Tekken game is a serious business. People willing to spend berpuluh2 ringgit untuk sekali main dekat arked. Tak tipu ni. For my previous visits to Times Square arcade center, there I found players ranging from schoolboys to uni students to white collar workers. Even anne standard muka anne cleaner lantai pun main pro habis. Ada sekali tu waktu kat sana, datang seorang brader cina umur dalam 30 an. Pakai baju kemeja company apa tah. Datang, duduk dan main. Kat atas board, dia letak seuncang token. Yes, seuncang. Sebijik macam dalam cerita P. Ramlee Abi Baba Bujang Lapuk. Dasyat....

Banyak lagi benda yang disembang2 dengan Lee. Tapi cukupla takat ni. Untuk skill tekken aku, i know that i will never reach the pro level unless i'm willing to dedicate my soul to 8 hours of Tekken daily. Gila. Aku pun ada kerja lain nak kena buat. But that's what i want to say. Tekken is a serious game. You are not likely to see budak2 sekolah rendah main Tekken kat pusat arked. Mostly adalah budak uni dan brader2 yang dah kerja. Why? Because the mechanism and system of the game is high-level. It needs dedication to understand and practice. It needs passion to stay in love with the game.

Seriously if there is a tournament at KLCC/ MidValley/ TimesSquare, i really want to go and see it. Want to get immersed in the world of Tekken. Tengok saja, tak join.



Tuesday, August 16, 2011

The King of Iron Fist


Kalau korang kenal aku, especially hobi aku, pasti korang tahu yang aku ni taik game. Videogame punya nerd. Even bila kat UKM kalau tanya aku kenapa suka pergi Mines maka jawapan aku ada 4 iaitu ada wayang, ada Subway, ada kedai cd games dan ada arked. Yes arked tu wajib. Juga aku ada ceritakan dulu yang aku suka main DrumMania kat arked tu di samping main Tekken. Tapi kali ni aku nak buat tribute pada Tekken.




Kalau diikutkan balik sejarah, Tekken memang ada banyak siri. In terms of the core series, sekarang dah ada 6 siri pun. Dari siri 1st sampai lah ke-6 ni, memang watak makin bertambah. Dari 10 camtu sekarang dah 20 lebih rasanya. Hahahaha, pilih jangan tak pilih.

First time aku main game Tekken ni adalah masa di rumah jiran belakang umah aku, Zaini. Main guna PSX. Tapi time tu komuniti gaming kami tak layan sangat Tekken ni. Selalu main game lain. Kemudian segalanya berubah bila aku dapat hadiah 5A UPSR. Dapat PSOne sebijik. Dengan semua cd PS aku dapat banyak free daripada ihsan Zaini (PS dia rosak) maka aku bebas meneroka dunia Tekken. Untuk PS, Tekken yang ada hanya Tekken 3. Apapun, bermulalah pencarian identiti dunia kepahlawanan The King Of Iron Fist Tournament...

------------------------------------------------------------

Dalam 10 karakter, aku suka guna amoi sorang ni, Ling Xiayou. Reason dia mudah ja, sebab dia laju dan banyak atak bawah. Attack dia tak heavy damage macam Jin atau Eddy tapi, laju. So, speed kills right? Hahaha, tambah pula time tu aku duk main ngan adik aku saja. Dia selalu pakai Jin atau Hwoarang. Both attacks are mainly high or mid range, so advantage amoi la, hehe.




Then bila rasa macam dah pro dengan Xiayou, aku mula pakai Nina William pulak. Kiranya, 2nd character la, haha..




Jadi kat rumah kami 4 beradik akan selalu fight ah. Aku guna Xiayou, adik aku guna Hwoarang, abang aku Din guna Eddy dan abang aku Awi guna Jin (tapi dia paling jarang main). Yang champion selalu antara aku dan adik aku. Lama kelamaan, PSone dah ketinggalan zaman. Tekken makin dilupakan..

------------------------------------------------------------

Sampailah ke penghujung 2006, impian aku untuk merasa Tekken 4 dan Tekken 5 yang mana hanya mampu dilihat pada review game kat Gempak saja menjadi kenyataan. Mak aku hadiahkan (setelah berkali persuaded by me) pula PS2 kepada aku setelah habis SPM. Ouh heaven. Sungguh banyak siri2 game lama yang aku boleh sambung semula di samping main game baru. Antara seriesnya, of kos Tekken. Maka aku menyambung perjuangan menjadi The King of Iron Fist lagi...

Masih dengan Xiayou, dan adik aku selaku greatest rival aku mula berkembang dengan menggunakan Jin Kazama pulak. Ah tak boleh jadi, aku kena cari 2nd character. Nina William tak best, movement dia nampak kaku. So, secara tak sengaja aku terasa nak cuba awek Latino...come forward Christie Monteiro. Sekali cuba, terus tertawan. Dari jari controller masuk ke TV resap ke mata. Aku suka awek ni.




Seriously, aku sangat suka Christie. Reason dia banyak gak. Utama sekali, dia guna Capoeira. Capoeira ni sangat cantik movement dia. Fight while dancing, dancing in fighting. Tambah pulak bila awek ni hayun2 kaki dia penendang opponent, nampak sangat cantik. Kaki halus panjang, tak macam Eddy- kaki macam batang balak bergerak, tough sangat. Hahahaha. And sebab lain mestila sebab dia lawa dan (ehem,) sexay~~

Er, kenapa semua karakter aku pilih ni pmpuan saja? Hahahaha suka hati aku, aku yang nak main! Tapi honestly i do at times feel like wanna play a male character, but it still is a distant hope la. Hahahaha.

------------------------------------------------------------

Sampai sekarang, aku masih main Tekken. Of kos, sekarang dah masuk siri 6, Tekken 6. Grafik dah cantik, movement makin banyak, karakter dah boleh buat kelas sekolah dah punya ramai kan. Aku pun makin berjinak2 dengan arked style punya game. Tak banyak beza, cuma perubahan daripada joystick standard PS2 kepada arked punya stick bulat tu. Serius mula2nya susah nak mapuh, tapi lama2 boleh la catchup.

Sejak mula ber-arked, maka aku baru sedar luas rupanya dunia Tekken ini. Ada beratus lagi yang jauh lagi hebat dari aku. Mana taknya, sekali main target opponent adalah jatuhkan ko. Sekali jatuh, boleh ah tarik nafas panjang2. One hell of a combo he'll give ya man~ setengah nyawa hilang untuk satu kombo. 2 kombo? Boleh bangun dan berambus. Yes really man, sangat taktikal kalau main dengan brader2 combo ini.

Actually, pemain2 Tekken ni boleh dibahagi kepada 3. 1st-beginner. yang tak tau apa, no brainer. 2nd- intermediate. yang tahu segala basic movement dan combo2 basic atau combo2 panjang tapi tak master lagi. 3rd- master. yang tahu semua basic movement, semua combo dan bijak cari ruang nak jatuhkan/ lambungkan/ lantunkan opponent dan matilah kamu dengan kombo aku, wahahhaa! Tak paham? Tengok video kat bawah ni nanti.





Aku? Aku berada pada 2nd level- intermediate. Atau maybe hampir 3rd level. Apa2 je lah, tapi anytime aku jumpa brader2 3rd level ni, memang stress. Oh ya bila dah kalah tu, rule dia adalah cepat2 berambus dan keluar dari arked tu. Jika tidak dikhuatiri akan menghabiskan beringgit2 lagi semata2 nafsu marah dan tak puas hati akibat kalah tadi. Ini serius, aku sendiri selalu terjadi macam ni (dulu lah). Hahahaa, ujian... Oh satu lagi, bila dah main tu, mesra lah sket ngan opponent tu. Cuba tegur2 sembang2 ke, jangan datang dan pergi macam hantu saja.Ini semua social skill ok?

------------------------------------------------------------

Akibat daripada Tekken dan Christie Monteiro lah, aku mula minat dengan Capoiera. Berlunggok video Capoeira aku donlod. Macam2, dari basic movement sampailah ke show dan Movie pun. Korang ada tengok cerita Tom- Yung- Goon tak? Yang Tony Jaa berlakon tu, cari anak gajah sampai ke Australia tu. Dalam movie tu ada scene hero lawan ngan sorang brader jahat yang guna Capoeira. Yes man, that fight was freaking awesome. SEMUA movement yang brader tu buat ada dalam Tekken 6 Christie's (and Eddy's) movements. Serius SEMUA. Berkali2 aku ulang pun still puas tengok. Lupa pulak, brader Capoeira tu nama dia Lateef Crowder. Dia memang Capoeira practitioner yang serius. Dari umur 6 sampai sekarang 33 dah, masih aktif ber-capoeira. Respek.



Minat tengok je. Nak buat memang la teringin, tapi aku sedar akan keperutan aku dan keberatan aku, wu~

Apapun, aku tetap rasa, dan percaya, yang Tekken adalah the all time great punya fighting game. Takda satu pun yang sebest Tekken. Believe me man, even Street Fighter is still nowhere near. Yes Street Fighter memang legend, pengasas kepada fighting game tetapi bagi aku ketidaksampaian hatinya or it's reluctance to change or evolve yang buatkan ia kekal di takuk lama. Street Fighter 3D ada dibuat, tapi tak menjadi, tak mencapai tahap. Kekal lah ia dengan konsep 2d movement tak lojik tu.

Yang buatkan Tekken ini maha menarik adalah kerana tahap real yang tinggi. Selain dari grafik dan rekaan watak yang cantik dan near life perfection, almost at least 90% daripada movement setiap character tu adalah logik dan mampu dilakukan oleh manusia real life. Dan ia tonjolkan banyak jenis martial arts kat muka bumi ni. Dari capoeira, wushu, kungfu, tomoi, taekwondo, karate, judo, jaet jun do sampai lah kepada army self defense. Semua ada beb. Aku tunggu ja diorang masukkan watak silat, wahahahahaha,.

So, I will continue enjoying Tekken as far as I can. I know that one day my desire for gaming will vanish by itself (sekarang dah rasa sikit2) so I'll be taking my chances now. Dan sejauh mana siri Tekken ni akan pergi, aku tak tahu. Mungkin sampai ke Tekken 10? Atau setakat 7 saja sebab 2012 supposedly is the end of the world according to the Mayan? Wahahahaha. Whatever.

Jadi, gamers lain yang tak penah cuba Tekken, bolehla try sket2. Seriously, tak rugi. Sangat menarik dan interactive.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails