Friday, October 14, 2011

Review!! -Jerat

Lately (well, quite a few months actually) I am turning from a gamer to reader. Suka sangat baca buku- buku sekarang ni. Masalahnya, buku- buku Kimia susah sikit nak suka, hehe (perlu dibaiki, I know). Apapun, ini adalah review saya tentang novel Jerat karya Dayang Noor terbitan FIXI.


covernya bagi saya..style!


Sinopsisnya? Novel ini secara amnya menceritakan tentang seorang system integration manager bernama Shereen yang hilang ingatan setelah kemalangan (atau cubaan bunuh). Cubaan bunuh punya teori wujud sebab hari dia kena hentam kereta tu, dia sepatutnya masuk meeting untuk negotiate tender IT bernilai RM400juta. Dan malam sebelumnya, ada 2 insan yang berkait rapat
dengan tender itu juga dibunuh.

So, apabila hilang ingatan, habis segala benda yang lama dia lupa. Kepakaran ilmu IT sudah lupa, kawan sekerja pun dah tak kenal, musuh apatah lagi. Sepanjang di hospital, Shereen cuma kenal Tash, gadis rempit yang patah kaki dan ibunya serta ibu Shereen sendiri. Masa berlalu, Shereen kembali bekerja di syarikatnya. Tetapi, dia mula rasa sangsi. Wujud watak2 rakan sekerja (Adele, Rizwan, Yazid, Datuk Hassan) dan rakan nightlife (Melia) yang mana dia tak ingat sebarang memori antara dia dan mereka. Dalam kesangsian itu, dia juga sibuk membongkar kes seludup data sulit syarikat yang mana private and confidential. Makin lama, ingatan Shereen makin kembali. Bahaya mangkin menghampiri. Nyawa dia dan mereka yang rapat dengannya makin terancam. Dia perlu bertindak segera dengan memori yang tidak lengkap itu.

Fuh, panjang la pulak.

Ok, ini review peribadi saya pulak. One word- thriller. Serius thriller gila novel ni. Sebab Shereen tu tak kenal langsung semua watak lain yang ada kecuali mak dan kawan dia (Tash). So dengan tak berapa sihat, ancaman bunuh masih ada lagi dia kena pergi bekerja. Ada jugak kawan nightlife dia (Melia) yang nampak mencurigakan (dengan gaya hidup bebas serta seks bebas) yang mana ada terlibat juga dengan tender 400juta tu. Rakan sekerjanya Rizwan (juga bekas kekasih dulu) juga nampak misterius. Melia nasihat jangan percaya Rizwan. Rizwan nasihat jangan percaya Melia. Mana satu yang perlu percaya?

Selain tu, sejarah hidup Shereen tu sendiri juga penuh misteri. Kenapa Rizwan jadi 'ex-bf'? Apa kaitan Shereen dengan Melia? Apa kaitan Shereen dengan Adele? Apa kaitan Shereen dengan Datuk Hassan, Datuk Hasnor dan Pak Ya? Dan paling tak diduga, apa kaitan Tash dengan semua ni?

Oh lupa pula. Memandangkan penulis ini juga bekerja dalam bidang IT, maka novel ini basic mediumnya adalah IT. Penuh terma- terma IT yang saya tak paham. Kalau dalam English pun dah struggle, apatah lagi bila di- melayukan terma-terma IT ni. Kepada yang ada background komputer yang kuat mungkin dapat menghayati novel ini dengan lebih mendalam

One final advice, jangan expect ini cerita yang fairytale happy ending okay. Anda akan sedih dan terkejut dengan endingnya. Apapun, dari 5 bintang, buku ini saya beri 4 bintang!! Hahaha, serius best my friends. You should read this.


Monday, October 10, 2011

A Quick Thought

Honestly, I am a man with a very high ego. Seriously.

Previous incidents had proved it. Convocation, friendship, relationship, love story, eating, exercise. Each and every one of it had confirmed me as a person with a high ego.

But,

Do I have the, the will to at least reluctantly apologize for something that I think was not a fault at all?

Not only that, that one apologize may just clean their name a bit. Yeah, maybe. Worthy, right?

So, now it come to this final battle.

My pride vs Possibility of acceptance.

Which one?



Friday, October 7, 2011

Serigala Besar Jahat

Tak payah intro panjang- panjang. Straight and direct is the best. Ok. Semalam hari Jumaat bertarikh 9 Oktober 2011 aku bersama Ismeth Azril Shamsudin dan Arif Farhan bin Abd. Rani telah secara berjemaah pergi menghadirkan diri ke Big Bad Wolf (BBW) Book Festival yang mana bertempat di dewan A perkarangan kompleks MARDI dalam UPM. Ok alamat tu buat sendiri saja tapi betul, memang dalam UPM ada MARDI center dan ada 4 dewan lagi besar dari DECTAR UKM.

Cool logo


Asalnya, kami terlebih dahulu pergi ke Mines untuk...well, main Tekken, tukar CD game dan beli henpon baru (Arif). Malang bagi Arif, henpon di Mines terlalu outdated untuk memenuhi nafsunya manakala syukur bagi Iskandar kerana kombo Christie yang dilatihnya saban minggu lepas menggunakan PSP hakmilik Izan Muslimin telah berjaya dizahirkan dalam bentuk arked pula. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Maka selesai saja urusan di Mines, tanpa melengahkan masa kami direct gerak ke dalam UPM. Tapi aneh, apa satu banner-kain rentang- signboard pasal BBW pun tak ada dalam UPM. Kegusaran di hati mula melanda. Apakah aku ini yang memandai- mandai assume "oh mesti dalam ni punya, aku pi yang MAHA dulu memang situ saja ada dewan besaq mampu muat 1.5 juta buku. Kompem!" Apapun, kami cuba juga masuk ke pusat MARDI itu.

Ternyata telahan aku berasas.

Tapi direction masih lagi bangang. Ada 4 dewan besar jarak boleh tahan jauh jugak kena jalan kaki. Parkingnya pun banyak, tapi tak tahu mana satu yang paling dekat dengan dewan-yang-mana-satu. Gamble. Park saja sebelah dewan D sebab nampak ada 2 budak cina jalan dengan setiap seorangnya pegang 2 plastik besar penuh berisi. Kami terkesima. Senggama minda sungguh. Beli buku ke beli sayur ni??? Apapun, tekaan kami salah kali ini. Rupanya dewan A tempat BBW berlangsung. Cis, letih sungguh naik turun tangga naik turun bukit apa semua tu.

Ketika hati memaki- maki penganjur, kami sudah hampir dengan pintu masuk. Mengintai dari jauh, nampak buku-buku dan meja- meja tersusun. Hati mula memuji- muji. Sebaik saja melangkah masuk...

YA ALLAH GRAND GILA!

Kamu mesti tak dapat bayangkan ni... Just imagine, 1.5 million books are allocated throughout this event. Dewan dia punyalah panjang, kalau KTAMS punya kepanjangan, paling kurang 2 kali ganda juga. Paling kurang tu. And books are everywhere. Ada banyak sungguh kategori. Let me list them down

1. Children
2. Young adult
3. Romance
4. Biograh/ Memoir
5. History
6. Fiction
7. Non- Fiction
8. Science
9. Cooking
10. Pets/ Leisure
11. Coffee table books
12. Complete idiot guides (XYXYXX for dummies)
13. Star/movies
14. Sports
15. Computers

And so much more that i might had forgotten.


Yeah like this. Absolutely.


Feeling aku? Forking heaven mate. Sepanjang first 15 minutes I just can't stop smiling. And so do the others. Semua orang yang baru masuk sama saja, akan bermuka excited macam baru jumpa goldmine. Tetapi kebahagiaan tidak terhenti di situ saja. Bila belek buku yang ada, harga cuma RM8. Apa senggamanya bila buku hardcover setebal Yellow pages tu harga RM8 saja??? Kalau kat Popular, atau MPH, atau Borders, mau RM60 paling cikai. Fork fork fork. Damn excited.

Dari senyum bahagia jadi pening kepala pula. Terlalu banyak buku yang interesting sampai tak tau nak beli yang mana satu. Contohnya macam ni. I had finished Raymond Khoury's The Last Templar about 2 years ago. Then I went searching for his other books but to find nothing. Tapi kat BBW ni, ada lagi 2 yang Raymond punya buku- The Sign dan juga The Sanctuary. Pergh kalau kat Pacific paling bodo pun harga RM33 untuk satu. Sini? RM8. Shit.

Ke-murahan harga buku- buku di sini membuatkan Arif pergi kepada urusetia dan menunjukkan buku tebal hard-cover sambil bertanya, "Miss, buku ni betul ke RM8?" Miss tu jawab, " Ya betul betul..8 saja.." Uarrghhhh~~!!! Beliau terus menelefon aweknya dan 2 jam kemudian habis satu siri novel bahagian young adult yang berjumlah 7 buku dia angkut. Semuanya aweknya punya katanya. Hahahaha.

Ismeth pula berlegar-legar di kawasan young adult, lagi perinci-bahagian novel fiksyen serius. 2 jam kemudian, beliau memegang 3 buah buku tetapi gusar jelas di wajahnya. Sebabnya, "Aku tak sure aku mampu ke tak habiskan buku-buku ni"

Aku? Yeah aku buat satu pusingan scanning area dulu. Then baru pergi bahagian yang menarik nafsu dan minat aku.

First jalan- jalan bahagian History. Ya Allah banyak sungguh buku yang best!

Kemudian ke bahagian buku- buku perang. Masyaallah sungguh banyak buku yang menarik!

Kemudian ke bahagian biography. Astaghfirullahalazim banyak sungguh buku yang best!

Kemudian ke bahagian buku-buku true story. Subhanallah banyak sungguh buku yang superb!

Kemudian ke bahagian buku fiction. Lailahaillallah banyak sungguh novel yang awesome!!

Masyallah!! Masyallah!!

Teringatkan kepada abah aku yang memang suka buku- buku perang, aku terus call beliau. Hasilnya, 4 buku aku angkut untuk beliau. Abang sulung aku, Awi pulak macam biasa saja response. Cuma bagi nasihat suruh pilih betul- betul, jangan terbeli buku yang bosan pulak. Baik boss.

Akhirnya, aku angkut 10 buku kesemuanya. Nasib baik ada Arif. Dia ada duit lebih. Pembelian lari bajet.


This is crazy



This is madness


Cakap pasal duit. Actually, event hari itu macam sudah disusun takdirnya. I had no idea whatsoever about this serigala jahat ni. Luckily that Friday morning I felt like going to the library (which is rare for me going to library on Friday morning). Luckily,I felt like flipping through the Life & Style pages in NST at the newspapers section. or else to hell I'm going to know this BBW event. Luckily, I asked Arif whether he's interested to follow or else I'll be riding my bike and have some struggling riding back to UKM session with loads of books. Luckily, Arif didn't find the suitable handphone at Mines or else without his handphone money i had to reduce the books from 10 to 9, 8 maybe? Seriously, it was a series of unthinkable events and effects that happen one after another that made me went back to UKM with 10 books and a very broad smile on my face. Thank you Allah=)

So kepada bookworm nerds yang ada terbaca entry ni, apa lagi tunggu- tunggu. Plan siap-siap dulu. Sediakan bajet berapa yang mahu. Jujurnya, kalau mampu dan nafsu membaca tu tahap kronik punya addicted, sediakan paling kurang RM100. Then listkan buku apa yang mahu dicari. Pakai baju yang selesa, kasut yang selesa kerana anda akan berdiri lama nanti. Pergi toilet awal- awal. Then kalau hensem lagi, bawak troli mini tu. Kalau tak ada, stroller baby pun boleh! Bawak beg galas macam budak sekolah tu sekali, senang nak simpan buku bila dah beli.

Pergilah. Event ni sampai 16 Oktober katanya. Setakat semalam hari pertama pun buku Elvis dah habis. Come on, where else can you find a supposedly RM60 books are sold at RM8?








Monday, September 26, 2011

Pesta Konvo ke-39 dan Apa Yang Menyelamatkannya


Today is a new day, i feel extremely great. Refreshed from yesterday's doom and gloom. A new day begun. A new beginning of a journey.


---------------------------------------------------------------------------


Hari ini adalah hari last bagi Pesta Konvo UKM ke-39. Malam ini entah siapalah artis yang akan datang perform majlis penutupan. Since this time it's an Islamic kingdom in power here, so I tak expect something normal like performances from Yuna- Grey Sky Morning- Sixth Sense mahupun Aisyah but most probably there will be nasyid and solo artists like Heliza and Maher Zain wannabe maybe? Whatever. Don't care don't mind.

Honestly, pesta konvo kali ini adalah super boring dan mengecewakan banding yang lepas- lepas. Kenapa boring dan mengecewakan? Terlalu panjang untuk bercerita tapi the indicator was here and there. Parking kereta. Tahun ini parking kereta amatlah banyak kosong. Dulu, kalau ada parking yang jaraknya 100 meter dari tapak pesta pun dah kira syukur Alhamdulillah nikmat! Hahahahaha!

Apapun, ada satu gerai yang membuatkan pesta konvo kali ini lekat dekat di hati aku. Tak lain dan tak bukan, ada sebuah gerai buku yang namanya Distro Bookstore (kot).

Oh actually ada lagi 2 rasanya gerai buku tetapi gerai- gerai itu kedua duanya jual buku-buku yang boleh didapati di kedai Popular, MPH, Borders mahupun Hassani. Jual buku-buku agama. Bukan tak bagus, tapi memandangkan ianya boleh didapati di Popular dan selaku pemegang Popular membership card so I think it's better for me to hold on first.

Ok back to Distro Bookstore.

Ianya takdalah bookstore pun, cuma letak satu dua meja and they put some books on them. Seriously, awesome books I have to say. Buku- buku yang dijual itu adalah ranging from politics, dark side of politics, left sided movements in pre-independent day, memoirs of some of those left sided heroes and heroins, world environment issues, world issues, world politics, novels, malay issues, modern and contemporary novels, malay novels, indie novels, blogs materials that are published in books medium (short stories, poets, poems, syair, pantun,) and so much more. Mungkin buku-buku ini ada di kedai- kedai besar macam Kinokuniya tapi hell man, nak gerak pergi KL pulak. Hmph.

What I extra like about this Distro is, the customer service. That brader jaga gerai tu and his gang does know the meaning of appreciating customers. Bila masa aku datang nak usya-usya buku, dia akan datang dan sembang-sembang sikit. Tak banyak, cuma tanya buku apa yang abang bekenan, then a bit of books suggested by him, then sharing some stories from the novels displayed on the tables. Dan of course, he never failed to say 'thank you' to me, regardless of me buying the books or not. Sometimes I had no mood of talking but still I appreciate his effort in making the customers/ visitors feel comfortable.

It's a lot different to the 2 gerai buku agama tu. I went to both booth , but not even a salam was said to me. Apa da.

Ouh lupa nak cakap. Gerai Distro tu, susun aturnya ada sikit-sikit unik-comel-kool(?).Ada sedikit bookshelves, ada blackboard mini yang berconteng lukisan-lukisan kindergarten. Entahlah, maybe ini apa yang dikatakan generasi baru golongan pembaca. Indie and modern style. Apa kamu ingat indie itu hanya pada music?

Since I am one new taik buku sekarang ni, so I can't resist the urge and desire to buy some. At first, I bought one. Then on the next day they I magically found another one that was also interesting. So, here's my list of books that had become mine!! Hahahahaha!

1. Ngeri by Gina Yap Lai Yoong (Fixi)




2. Jerat by Dayang Noor (Fixi)





3. Memoir of Ahmad Boestamam by himself (Penerbit UKM)

*actually yang ini agak pelik. aku masuk galeri Penerbit UKM, tak nampak pun buku ni. Mungkin mereka letak hujung-hujung punya bookshelf? Haha*





4. Hizbullah : Party of God. An Islamic Movement Perspective (The Other Press)




Jika diikutkan hati, memang ada banyak lagi yang aku mahu beli. World environment issues, indie materials from blogs tu dan novel rare lain. Ouh yes one thing that made me tergarap, at one night there's one girl beli sekali borong 3 buku tulisan Syed Husain Alatas yang tentang Myth about Malay, Intelektual dan satu lagi alamak dah lupa tajuk. First time I scan through the books, it was a very technical and heavy topics materials. Well, there's never going to be the second chance. Wu~

I think most of you must be wondering, how in the hell can I finish these books right? Hahaha, one thing special about book is, it will never be outdated and lost it's charm. Unlike games, as time passes by the graphic of the game will become outdated and not fancy enough to the players. Get my message right?

So, I'll be reading all these books patiently one by one. Ouh lupa nak cakap, beli buku mahal- mahal bukannya satu kerugian. Habis dibaca, kamu dapat ilmu dan pengetahuan serta entertainment. Habis baca, kamu boleh beri pada rakan, adik, abang, ayah, ibu, girlfriend, boyfriend, best friend, scandal, secret admirer, makcik jual goreng pisang, pak guard UKM dan anne Fariz Maju untuk mereka baca. Itu satu dakwah dan pahala dah kiranya. Spread the good words man.

Seriously, aku rasa hobi baru aku ini amatlah berbaloi. Maybe kamu juga boleh cuba, why not?





*oh yea gerai Distro (khemah B12 kot) tu malam ni last ok, so cuba-cuba lah rajinkan diri melawat gerai itu selain gerai burger, gerai tudung/shawls, gerai teddy bear, gerai jamu wanita, gerai cenderahati 3 RM10 dan gerai- gerai lain lah*






The Story Behind (part 4)

Kali ini pulak lagu Pig oleh group nerd paling kool di alam semesta- Weezer. Seriously, the first time I heard this song I was totally tricked by them. Hahaha.

Kamon, enjoy people.





when I was a baby i was so happy,
i played with my friends in the mud,
wilbur and jack and notice and beaty,
we were a gang and you gotta believe me.
Momma would scold us if we got too rough.
she didnt care she was proud of us.
i ran around and talked to the animals,
tellin them stories of savage cannibals,
then i got older and noticed a girl ,
first i was sure i didnt exist to her,
i sulked around but i didnt know why,
then she put her cheek on my shoulder and i,
was lookin at her and she was lookin at me,
we started to smile it was our destiny,
tina was her name she was my cutie pie,
forgot about the things that i used to like,
i spent all my time followin her around,
my friends all made the whiplash sound,
they understood they was happy for me and,
everyone clapped when i asked her to marry me,

and she said yes and we felt so fine,
we lost track of the passin of time,
before i knew it we had our own babies,
gina and shade and kiwi and ged,

but now, i've got to die,
i've lived a good life i've got no complaints,
i'd like to thank farmer keep,
for bringin me scraps so for that i could eat,
he always had a smile on his face,
he didn't want to think of this day
it's finally here...
it's finally here...
oh oh oh~

they called me pig~
they called me pig~

when i was a baby i was so happy,
i played with my friends in the mud...

Sunday, September 25, 2011

Untitled Day





Hari ini adalah hari bersejarah bagi kesemua ahli kelas Sains Kimia sesi 2008/2009. Hari ini adalah hari secara rasminya mereka bergelar pemegang ijazah sarjanamuda sains kimia setelah 3 tahun berhempas pulas di UKM. Tiada siapa yang berhak untuk menidakkannya. You all deserved it. Yes, all of you, but not me.

I don't deserve it now.

Hari ini adalah hari paling gundah gulana bagi aku. Hari ini adalah hari hati aku serba tak kena. Segala macam perasaan datang serentak. Habis semua flashback main semula dalam minda aku. Persoalan2 celaka persoalan2 buntu datang ke fikiran bertubi2.

I don't deserve to be with them now. Not even a bit.

Because I'm an extend student. Budak extend.

In the next hours, my friends will surely change their profile picture. Berjubah konvo, bertopi mortar, tangan memegang skroll case dan semestinya senyum lebar.

Even now, they should be done with the things in the hall. They must be smiling, laughing, teasing and crying perhaps . Pictures taken, friends hugging friends, smiling parents and families, enjoyment. Kebahagiaan dan kelegaan tahap infiniti.

Aku pula terperuk dalam ruang aku.

Ya ramai kawan2 aku mengajak aku untuk datang dan sambut mereka yang konvo pagi ni. Ramai yang beri nasihat, katanya tak apa abaikan saja feeling2 tu, datang lah celebrate kami. Tapi, proverb english yang satu ini ada maknanya,

"Put yourself in someone else's shoes"

You never know it until you had gone through it. You can imagine, but you can never feel it.

Aku mengaku yang aku ni tinggi ego yakin diri. And my ego is the thing that hinder me from attending their convocation event. Aku tidak sanggup untuk pergi ke sana dan melihat kesemua rakanku berjubah dan bertopi dan berskroll. Aku tak sanggup melihat mereka ketawa gembira bersama- sama sedangkan aku berseluar jean ber -tshirt biasa berdiri di tepi dengan tangan di dalam saku seluar, muka tersenyum tawar. Kemudian kawan2ku akan memberi kata semangat yang positif bunyinya.

"Takpe Is, tahun depan kau pulak. Good Luck Is!!"

"Is, thanks jadi kawan yang best selama aku blajar kat sini. Takpe rezeki masing2, Tuhan saja yang tahu,."

"Takpe Is, semua yang terjadi ni ada hikmahnya"

...aku tak sanggup,

because at that moment, I can guarantee you that I might drop some tears. Tears of regrets and sadness.

At that time, my mind will be floating through the passages of time. Turning back to the first year, back to the first day I arrived here in UKM. Back to the day when my father drove me to Kolej Dato' Onn for registration. Back to the day when he said to me,

"Belajar sungguh2 ok, nanti 3 tahun lagi abah mai ngan smua untuk konvo ok"

In that part, I felt like a failure.

Looking back, I admit so many things I had turned myself in. Some were good, some were not worthy.

In the past year, aku selalu bermonolog keseorangan apabila sebelum tidur. Apa yang aku buat ini betulkah? Patutkah aku teruskan dengan kelab itu? Patutkah aku tinggalkan saja komputer ini di rumah? Patutkah itu? Patutkah ini?

Itu sepanjang tahun lepas. Hari ini apatah lagi.

Membuatkan aku lagi tertanya keseorangan. Apa yang aku buat sebenarnya di UKM ini? Aku terlalu banyak main kah? Atau aku memang tersalah memilih kos?

Apa yang aku dah buat selama 3 tahun ini sampai membuatkan aku tak layak bersama mereka untuk berjubah bergembira pada hari ini?

Sekarang aku bergelar pelajar extend. Pelajar tak cerdik lah bahasa kasarnya. I know that most of us see it that way, yes people, don't deny it. Memang aku tak cemerlang pun. Aku mengaku yang aku sudah tak secemerlang dahulu.

Dan bilamana jadi pelajar extend, ianya tak sama langsung dengan pelajar biasa. Jujur.

There was a time when I was still in 2nd year that I accidentally read one of my senior's blog. His entry was about extend. Dia kena extend juga, 2 sem kalau tak salah. Dia kata,

"Nanti aku akan jalan kaki sorang2 pergi kelas. Duduk dalam kelas sorang2, belajar sorang2. Buat assignment sorang2. Balik kelas sorang2. Semua kawan aku akan grad tak lama lagi."

"Menyesal aku banyak main dulu."

At that time I don't really feel his words. Now I feel it more than ever.

Being an extend student need you to be strong mentally. Bila ke kelas, kamu tak akan jumpa muka rakan satu batch yang kamu familiar setelah bertahun2 kelas bersama. Junior2 kamu akan melihat kamu dengan muka hairan. Tak kurang dengan smirk faces. Apabila di dalam kelas, kamu akan lihat bayangan kawan2 satu batch kamu dahulu. Duduk semestinya seorang, kalau nasib baik maka ada rakan se-extend yang satu kelas. Kalau kamu friendly enough, maka mungkin sedikit junior2 akan tegur kamu. And sometimes dalam kelas bila lecturer sedang mengajar kamu akan bermonolog sendirian. Apa aku sedang buat ni? Aku sepatutnya memikirkan hal resume dan kerja. Aku sepatutnya bergembira untuk konvo 2 minggu lagi. What the fuck am I doing here?

And for me, I am very lucky because I have my DOTters as my backbone for me in my extra 2 semesters. Mereka lah kawan aku yang benar2 aku rapat. Merekalah yang sanggup tolong aku dan lepak2 dengan aku. Sanggup dengar masalah2 picisan aku ni. Tanpa mereka, aku tak rasa aku sanggup untuk tambah 2 sem ini.

Last year ada seorang senior yang extend 2 sem, kebanyakan kelas kami dia ada daftar sekali. Semua yang jadi pada dia dalam kelas, aku alami sendiri sekarang. Dan aku fahami sekarang.

Final day of last semester when I was wandering around PPSKTM office, Kak Yati had a little chat with me.

"Nanti sem depan jangan malas jumpa lecturer tau. Lagi satu, sem depan kamu akan amik 2,3 kelas kan? Kak Yati nak pesan, kamu kena hadir semua kelas tu tau. Jangan ponteng2, jangan suka2 tak datang kelas. Sebab Kak Yati punya pengalaman dengan senior2 kamu yang extend tu, diorang susah sangat nak datang kelas. Sebab kawan2 diorang dah takda. Jadi, takda geng, takda kawan. Junior2 pulak tak tegur diorang, lagilah. So, sem depan buktikan yang awak tak sama dengan senior2 tu k?"

Yes Kak Yati I promise. I am different from them. I will not skip classes for stupid reasons. I will pay regular visit to my SV. So far all is according to plan. Thanks Kak Yati.

Honestly, If there's a reset button, I had pushed one. I want to start everything in UKM all over again. I want to forbid things that need not to be done and improve on some aspects.

However, there is no such thing in this world.

But, Tuhan itu Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Dia berikan aku sedikit masa untuk redemption. Biarpun sedikit, tetapi aku akan cuba menggunakannya ia semaksima mungkin.

I know that some of you might say that I exaggerated things too much. Sandiwara lebih. I know that this entry may reflect me as a weak person.

But, a strong man do has his soft spot. In thousands of bullets fired, one or two will surely hit and hurt the target. In the next days I will surely came out stronger, but now is just one of those days. Days of lows and hurts.

Finally, to all my friends in Sains Kimia 2008/2009 and my other friends who graduated this year, congratulations and Happy Graduation Day=)

Saturday, September 24, 2011

What?

Apa ni?

Jumaat 23rd September, 945 malam.

Berjalan2 sekitar gerai pesta konvo bersama kawan2 teater. Melihat lihat gerai apa yang ada, memerhati perjalanan pesta konvo yang 'rare' untuk student UKM kerana pihak pembangkang yang pegang program ni katanya. Aku tak kisah pun, janji ada program menarik dan gerai2 menarik.

Tiba2 program menarik datang. Seorang gadis muslimah tudung labuh dengan malu2 hulur fliers kecik. Terasa rare sungguh pengalaman ini. Apapun, menurut fliers tu,

COUNTER STRIKE & PES TOURNAMENT
Tarikh: 24&25 Sept 2011
Masa: 10 am- 10pm
Tempat: Dewan Gemilang
Yuran: Rm5 Seorang (RM20 satu group 4 orang)


Sabtu 24th September, 930 am.

Setelah habiskan nasi lemak, terus call nr yang tertera kat fliers.

Aku: Hello,
Dia: Hm~~?
Aku: Saya nak tanya PES tournament tu start hari ni kan kul 10?
Dia: Hm,...aha, ha PES tournament
Aku: Pendaftaran sekarang bukak lagi ke?
Dia: Oh tak tak, PES mula esok. Esok pagi.
Aku: Oh esok pagi eh? Kul 10 jugak kan. Dewan Gemilang kan?
Dia: Hm ya.
Aku: Ok thank you.

Sah dah brader ni tengah tido. Sorry bro kacau ko tidur.



Ahad 25th September,920 pagi


Semalam tidur lambat gila. Pukul 415 baru tidur lepas layan 2 episod Unubore Deka dengan H. Sorry bro tak sempat nak mengePES sepam dua. Ngantuk sangat. Tapi pagi ni ada misi baru. Sertai PES tournament Pesta Konvo. Pesta Konvo punya bai, mesti lagi ramai dari MEFEK atau FESSAT atau KDO Production punya anjuran. Gagahkan diri menahan ngantuk, siapkan diri, joystick dimasukkan ke dalam beg kecil. Terus memecut ke Pesta Konvo.

Aku masuk ke dalam Dewan Gemilang (DG). Cliche. Pondok2 ilmiah bercambah. Wakil dari setiap fakulti menayangkan speciality fakulti mereka. Ada ceramah tentang self confidence di depan sekali oleh seorang wanita moden tampak berpengalaman dan punya karier berjaya. Aku senyum kehairanan.

Pusing pula kelilingi tapak pesta. Cliche. Gerai2 jual baju, busana, pakaian tentera, makanan ringan dan minuman, hadiah kecil- kecilan, buku. Tidak kelihatan rupa seperti tapak gerai PES. Aku mula hairan.

Kemudian aku ringankan mulut bertanya seorang petugas ber-tag leher sebagai petugas Pesta Konvo. Aku bertanya, abang PES tournament ada kat mana eh? Dia hilang punca. "PES? Apa tu?" Aku senyum dalam hati. " Ala yang main game bola kat laptop tu. Semalam dua saya ada dapat fliers kata ada PES tournament pagi ni." " Oh ha ya ya, ada2. Sini2"

Dia bawa aku ke tapak paintball itu, yang di padang kecil sebelah jalan curam ke tapak Pesta itu. " Alamak diorang tak bukak lagi ni..tapi sinilah." "OH YEKE..ok ah, thanks bro."

Aku lihat jam, sudah 1020 pagi.

Apa ni?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails