Handphone can deliver SMS. SMS is a genius invention. Short messaging system that simplify everything. Sepatutnya lah.
Tapi kan, kalau bila dah SMS tapi tak jawab, macam mana? Ok ini bukan soal gf/bf/tackle awek/tackle pak guard ke, tapi secara am dan umumnya.
Adalah sangat mengecewakan bila kita menghantar mesej pada seseorang tapi tanpa reply pun. Apatah lagi kalau mesej itu berbentuk soalan dan ajakan. Tidak kisahlah ajakan untuk makan mahupun bertanya apa yang diajari dalam kelas hari ni sekalipun, ia masih berbentuk soalan.
Dan sedihnya, bila tiada jawapan balas.
Jawablah. Kalau tidak mahu dan tak setuju pun, jawablah dengan huruf 'x' sekalipun. Kerana jika tidak, ianya beracun. Ia mampu membuatkan si penghantar SMS mencurigai dirinya. Adakah diri saya ini buat salah? Adakah salah timing? Adakah mereka habis kredit? Adakah karma?
Atau adakah aku ini tiada nilainya langsung?

And all for fear and all for greed,
Speak any tongue,
But for god’s sake we need,
Las palabras de amor