Showing posts with label hasil stress proposal. Show all posts
Showing posts with label hasil stress proposal. Show all posts

Saturday, September 25, 2010

I'm Just a Poor Boy, Nobody Loves Me



Kadang-kadang kita rasa hairan. Kita tak mahu jatuh chenta lagi dengan orang lain. Tapi hati kita bukannya dvd-driver yang boleh main install/uninstall dvd 'I love Melati', 'I love Betty Benafe' pun. Dia datang dan pergi tanpa diundang. Letak antivirus pun perasaan itu datang jugak. Eh, virus kah?


Bila kita suka pada seseorang, maka wajah seseorang itu akan menjadi desktop wallpaper dalam view mata kita. Buat apa pun st least nampak wajah dia biarpun kabur- kabur. Tulis apa- apa pun mesti ingat nama dia dulu. Memang nak kena penampar dengan Ustaz ni, ingat nama orang dulu selain nama Allah, ish3~

Ini dah tahap Earth Angel punya gadis desktop wallpaper. Berangan tahap 7th Heaven

Apapun, itu semua peristiwa lama. Kali ini gua nekad mahu jatuh chenta dengan assignment, proposal, thesis, 8 subjek major kimia gua, beribadah kepada yang maha- Esa. Tapi rasanya macam gagal, kalau tidak terlalu sedikit berkesan. Gua akan teruskan lagi untuk jatuh chenta pada mereka.

Tapi nampaknya kali ini gua jatuh chenta lagi dengan manusia a.k.a gadis. Cis, lain pula yang jadinya. Dan yang menghairankan, si dia mesti tak tahu yang gua suka dia walaupun bagi gua agak obvious petunjuknya?

Atau gua saja yang fikir lain?

Whatever. I think I fall in love. Again.

"I'm just a poor boy, I need no sympathy"



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails