Lahad Datu sekarang sudah famous. Tak lama lagi akan masuk dalam lembaran sejarah malaysia.
Lahad Datu sebuah pekan kecil di Sabah. Tak ada apa2 yang istimewa. Tetapi jadi terkenal kerana Pakcik Kiram dan koncon2nya yang taksub nak claim Sabah itu mereka punya.
Siapa Geng Kiram?
That man is Sultan Jamallul Kiram III. Kononnya dialah penyambung kepada Kesultanan Sulu yang dah lama lupus tu. Dengan tongkat bantu berjalan, umur tua nak mampus, mata buta sebelah, buah pinggang rosak-mingguan kena p dialysis, dia still nak jadi sultan.
Korang semua boleh baca info secara lebih di internet. Aku malas nak tulis semula. In simplified form, boleh kata Pakcik Kiram ni adalah (self-appointed) Sultan Sulu. Dulunya Kesultanan Sulu ni dah tamat, Sabah yang formerly theirs dah diserahkan pada Malaysia. Bla3~ sekarang dia claim kata itu dia punya tanah.
Ada some berbelit2 historical chronology lagi but kita boleh kata macam ni lah kot. Singapore yang dulunya Malaysia punya, dah dikeluarkan dari Malaysia dan jadi independent. Tiba2 sekarang Malaysian (malay) hantar army nak amik balik Singapura. Lebih kurang macam tu lah.
Kenapa mereka datang?
Banyak sebabnya. Antaranya, obviously nak claim sejarah kegemilangan lama dia dulu. Then, dari bacaan personal, aku dapati ada sebab2 lain. Antaranya, the stability and good economy of Sabah. Ada satu blog ni dia ada buat simple research pasal tempat asal Geng Kiram. Google Mindanao, keluar top 10 results all about BOMBINGS, KILLINGS, SHOTS, WOUNDED, DEATHS. No stability there, no economy there, fighting almost daily.
Satu lagi reason, adalah support dari...hahaha, ini yang orang2 kuat Pakatan marah sangat. Sebab ada support dari opposition politician that is closely allied to Anwar Ibrahim. Yeah...Anwar Ibrahim lagi. Penyokong dia akan bebai lagi. Bukti? Bukti ultra konkrit tu belum ada. Tapi the signs are there. Manakan tidak, 3 MEDIA ANTARABANGSA yang laporkan benda ni terlebih dahulu berbanding Utusan Meloya, Berita Hairan, Star, New Straits Times dan Buletin Utipu. Reuters, Philipine media dan ABN apanama tah yang report dulu. So...apa lagi nak bebai? Dengar cerita Anwar nak saman TV3 dan Utusan. Saman lah, tak rugi apa pun kat dua badan tu. Tapi Anwar, tak nak saman Reuters ke? Philipine media? Tu tak nak saman?
Counter argument mereka, mereka salahkan Mahathir dalam Projek IC dulu. Ya, aku pun tak berapa setuju dengan Projek IC tu. Mungkin benar sekali yang memang pemberian IC tu adalah terlalu open dan mudah, tak ikut regulations. Tapi brader, itu untuk orang2 yang dah lama (at least 5 years) masuk Sabah. Bukannya diberi IC dalam 2 minggu lepas. Punca utama, seutama-tama nya adalah Geng Kiram yang masuk around the past 3 weeks. It's like I sediakan satu stor mercun untuk berniaga mercun. Then you tiba2 bagi budak2 main api dalam stor mercun tu. Then stor tu meletup. Now, the primary fault jatuh pada sapa?
Ada juga teori konspirasi yang mengatakan that this Geng Kiram is just the smokescreen. Pawns saja. The big player is America. Well...korang kena baca sini dan sini untuk paham lebih. Aku dah baca. Dan jujurnya, aku tak tolak kemungkinan conspiracy ini adalah benar. Kenapa? USA tu addicted dengan minyak dan jealous dengan rising power. The whole world knows that the next World Power will be Asia and her countries. See?
As to the oppositions...well, kita amik contoh mudah. Kalau dalam kalangan adik beradik dan ibu bapa sendiri pun seseorang tu sanggup tipu-halau-bergaduh-bankrapkan-tendang sana sini semata2 untuk beberapa geran tanah pusaka, apatah lagi la nyawa orang lain yang tiada pertalian darah dan tanah jauh nun di sana yang bukan kepunyaan sendiri. Losing 1 over 14 land...and you may win the big battle and get in power. Not bad.
Insensitive People
For every minute, a fool is born. The greatest example- Tian Chua. Pada hari pertama serangan oleh Geng Kiram yang buatkan dua komando Polis kita mati, dia boleh pulak kata "ini semua sandiwara UMNO." Well untuk Tian Chua....maybe your family members takdak sorang pun army kot, maybe family members ko semua jenis kerja kutip duit banyak2 kot. Tu yang takdak feeling apa pun. Bodoh. You are a public figure, be careful lah with your words. Bangang.
Tengok gambar kat bawah ni. Pergi cakap kat akak bawah ni yang suami dia mati sia-sia hanya sebab mainan politik UMNO saja. Ada berani Tian Chua?
Ada juga yang tak habis2 jadi expert military strategy. Marah government sebab lambat tembak la, lembik la, lembab la, tak bagitau update pada umum la. Haih...tiba2 semua jadi expert. Kalau semua benda nak cepat, nak bagitau kat orang ramai maka tak ada guna la strategi perang. Lagipun, kita semua ni orang biasa. Biarkan hal military strategy ni pada mereka yang dilatih memang untuk situasi yang macam ni.
Malaysia Mengganas
Dah 3 minggu bagi masa berunding, dah berkali2 pujuk untuk balik tapi tak mau jugak. Last2 Geng Kiram main kotor. Tembak mati 8 orang polis kita secara serang hendap. This is too much. Maka hari ni mula jam 7 pagi ATM (Angkatan Tentera Malaysia) mulakan Operasi Sulu. Start dengan bombing by the air force then mopping out by the infantry. So far tak ada casualties dari side Malaysia. Dari side Kiram, katanya tak kena apa pun. Tapi aku tak percaya. Itu psychology warfare saja. Non stop bombings, mesti kena punya.
Apapun, yang merisaukan adalah mereka ni Geng2 Kiram ni, adalah battle-hardened people. They have experience. They are used to war. Hit and run is their specialty. Jikalau USA yang super high-tech pun ada ramai yang mati kena hit-and-run kat Iraq/Afgahanistan, apatah lagi Malaysia. Moga Malaysian Army kental dan selamat dari sebarang kejadian buruk.
The Fallen Heroes
So far ada 8 anggota polis kita yang terkorban. 2 ditembak ketika sedang mara ke depan apabila pihak Kiram wave the white flag. Lagi 6 kena ambush waktu geledah rumah dipercayai jadi sarang Geng Kiram.
The first 2 deaths really sent a shockwave to me. Aku sangat sangat sangat sedih bila tahu yang mereka mati di sana. Pada awalnya dikatakan mati terkena mortar bomb tetapi sebenarnya di tembak di kepala. Marah, sedih, geram, sayu semua ada. Bertambah sebak bila tengok gambar di bawah,
Betul2 buatkan aku teringat pada family aku pada waktu dulu. Dulunya abah aku ada dua kerja- cikgu dan tentera. Cikgu di weekdays, tentera pada waktu weekend mostly. Jadi selalu jugak abah aku akan pack barang semua dalam beg army dia pada waktu malam, dan esok pagi bangun2 je dah tak ada. Bila tanya mak kata abah dah pi kem. Kalau nasib baik, abah akan bertolak lambat sikit. Sambil abah duk ikat tali boot tu (berpakaian army lengkap dah), abah akan pesan macam2. Jaga rumah, kemas rumah, baca buku rajin2, jangan main game kerap sangat, tolong mak. Then abah akan menghilang untuk seminggu...kadang2 dua minggu. Bila balik muka dah gelap, suara pun tak berapa nak ada. Tido saja sehari dua selepas balik. Ya abah hanya pergi latihan tentera sahaja, bukannya berperang pun. Tapi somehow aku dapat relate feeling tu.
Aku betul2 rasa sedih pada anak kecil arwah di atas. Dia pasti lalui moment itu. Moment abah dia ikat tali boot sambil berpesan macam2 pada dia. Sekarang dia tak mengerti. Nanti lama kelamaan dia akan sedar. Dan kesunyian.
And yet Tian Chua kata ni semua sandiwara.
Hope
I really hope, I really really hope that everything will be fine. Segalanya tamat dan keadaan pulih kembali seperti biasa. After that, find the traitor yang berkomplot dengan Geng Kiram ini. Siasat. Selidik sampai dapat. Treason acts should be punished.
Berdoalah kita kepada Allah, selamatkanlah tentera dan polis kita yang sedang mempertaruhkan nyawa di Lahad Datu jauh nun di sana Selamatkanlah Malaysia dari anasir2 jahat dalam dan luar. Amin.
1 comment:
ada yg kata,
tentera Kiram tu mai sket2. kalau mai sekaligus dgn weapon sekali, ada chance nak kena sekat dgn tentera msia. depa pun dpt support dari locals. sebab ramai locals yg bermastautin di sabah adalah org depa.
kalau betul yg ni, nmpak la sket kepincangan dlm kawalan sempadan laut malaysia. hmmm
orang kata..
Post a Comment