Kalau korang kenal aku, especially hobi aku, pasti korang tahu yang aku ni taik game. Videogame punya nerd. Even bila kat UKM kalau tanya aku kenapa suka pergi Mines maka jawapan aku ada 4 iaitu ada wayang, ada Subway, ada kedai cd games dan ada arked. Yes arked tu wajib. Juga aku ada ceritakan dulu yang aku suka main DrumMania kat arked tu di samping main Tekken. Tapi kali ni aku nak buat tribute pada Tekken.
Kalau diikutkan balik sejarah, Tekken memang ada banyak siri. In terms of the core series, sekarang dah ada 6 siri pun. Dari siri 1st sampai lah ke-6 ni, memang watak makin bertambah. Dari 10 camtu sekarang dah 20 lebih rasanya. Hahahaha, pilih jangan tak pilih.
First time aku main game Tekken ni adalah masa di rumah jiran belakang umah aku, Zaini. Main guna PSX. Tapi time tu komuniti gaming kami tak layan sangat Tekken ni. Selalu main game lain. Kemudian segalanya berubah bila aku dapat hadiah 5A UPSR. Dapat PSOne sebijik. Dengan semua cd PS aku dapat banyak free daripada ihsan Zaini (PS dia rosak) maka aku bebas meneroka dunia Tekken. Untuk PS, Tekken yang ada hanya Tekken 3. Apapun, bermulalah pencarian identiti dunia kepahlawanan The King Of Iron Fist Tournament...
------------------------------------------------------------
Dalam 10 karakter, aku suka guna amoi sorang ni, Ling Xiayou. Reason dia mudah ja, sebab dia laju dan banyak atak bawah. Attack dia tak heavy damage macam Jin atau Eddy tapi, laju. So, speed kills right? Hahaha, tambah pula time tu aku duk main ngan adik aku saja. Dia selalu pakai Jin atau Hwoarang. Both attacks are mainly high or mid range, so advantage amoi la, hehe.
Then bila rasa macam dah pro dengan Xiayou, aku mula pakai Nina William pulak. Kiranya, 2nd character la, haha..
Jadi kat rumah kami 4 beradik akan selalu fight ah. Aku guna Xiayou, adik aku guna Hwoarang, abang aku Din guna Eddy dan abang aku Awi guna Jin (tapi dia paling jarang main). Yang champion selalu antara aku dan adik aku. Lama kelamaan, PSone dah ketinggalan zaman. Tekken makin dilupakan..
------------------------------------------------------------
Sampailah ke penghujung 2006, impian aku untuk merasa Tekken 4 dan Tekken 5 yang mana hanya mampu dilihat pada review game kat Gempak saja menjadi kenyataan. Mak aku hadiahkan (setelah berkali persuaded by me) pula PS2 kepada aku setelah habis SPM. Ouh heaven. Sungguh banyak siri2 game lama yang aku boleh sambung semula di samping main game baru. Antara seriesnya, of kos Tekken. Maka aku menyambung perjuangan menjadi The King of Iron Fist lagi...
Masih dengan Xiayou, dan adik aku selaku greatest rival aku mula berkembang dengan menggunakan Jin Kazama pulak. Ah tak boleh jadi, aku kena cari 2nd character. Nina William tak best, movement dia nampak kaku. So, secara tak sengaja aku terasa nak cuba awek Latino...come forward Christie Monteiro. Sekali cuba, terus tertawan. Dari jari controller masuk ke TV resap ke mata. Aku suka awek ni.
Seriously, aku sangat suka Christie. Reason dia banyak gak. Utama sekali, dia guna Capoeira. Capoeira ni sangat cantik movement dia. Fight while dancing, dancing in fighting. Tambah pulak bila awek ni hayun2 kaki dia penendang opponent, nampak sangat cantik. Kaki halus panjang, tak macam Eddy- kaki macam batang balak bergerak, tough sangat. Hahahaha. And sebab lain mestila sebab dia lawa dan (ehem,) sexay~~
Er, kenapa semua karakter aku pilih ni pmpuan saja? Hahahaha suka hati aku, aku yang nak main! Tapi honestly i do at times feel like wanna play a male character, but it still is a distant hope la. Hahahaha.
------------------------------------------------------------
Sampai sekarang, aku masih main Tekken. Of kos, sekarang dah masuk siri 6, Tekken 6. Grafik dah cantik, movement makin banyak, karakter dah boleh buat kelas sekolah dah punya ramai kan. Aku pun makin berjinak2 dengan arked style punya game. Tak banyak beza, cuma perubahan daripada joystick standard PS2 kepada arked punya stick bulat tu. Serius mula2nya susah nak mapuh, tapi lama2 boleh la catchup.
Sejak mula ber-arked, maka aku baru sedar luas rupanya dunia Tekken ini. Ada beratus lagi yang jauh lagi hebat dari aku. Mana taknya, sekali main target opponent adalah jatuhkan ko. Sekali jatuh, boleh ah tarik nafas panjang2. One hell of a combo he'll give ya man~ setengah nyawa hilang untuk satu kombo. 2 kombo? Boleh bangun dan berambus. Yes really man, sangat taktikal kalau main dengan brader2 combo ini.
Actually, pemain2 Tekken ni boleh dibahagi kepada 3. 1st-beginner. yang tak tau apa, no brainer. 2nd- intermediate. yang tahu segala basic movement dan combo2 basic atau combo2 panjang tapi tak master lagi. 3rd- master. yang tahu semua basic movement, semua combo dan bijak cari ruang nak jatuhkan/ lambungkan/ lantunkan opponent dan matilah kamu dengan kombo aku, wahahhaa! Tak paham? Tengok video kat bawah ni nanti.
Aku? Aku berada pada 2nd level- intermediate. Atau maybe hampir 3rd level. Apa2 je lah, tapi anytime aku jumpa brader2 3rd level ni, memang stress. Oh ya bila dah kalah tu, rule dia adalah cepat2 berambus dan keluar dari arked tu. Jika tidak dikhuatiri akan menghabiskan beringgit2 lagi semata2 nafsu marah dan tak puas hati akibat kalah tadi. Ini serius, aku sendiri selalu terjadi macam ni (dulu lah). Hahahaa, ujian... Oh satu lagi, bila dah main tu, mesra lah sket ngan opponent tu. Cuba tegur2 sembang2 ke, jangan datang dan pergi macam hantu saja.Ini semua social skill ok?
------------------------------------------------------------
Akibat daripada Tekken dan Christie Monteiro lah, aku mula minat dengan Capoiera. Berlunggok video Capoeira aku donlod. Macam2, dari basic movement sampailah ke show dan Movie pun. Korang ada tengok cerita Tom- Yung- Goon tak? Yang Tony Jaa berlakon tu, cari anak gajah sampai ke Australia tu. Dalam movie tu ada scene hero lawan ngan sorang brader jahat yang guna Capoeira. Yes man, that fight was freaking awesome. SEMUA movement yang brader tu buat ada dalam Tekken 6 Christie's (and Eddy's) movements. Serius SEMUA. Berkali2 aku ulang pun still puas tengok. Lupa pulak, brader Capoeira tu nama dia Lateef Crowder. Dia memang Capoeira practitioner yang serius. Dari umur 6 sampai sekarang 33 dah, masih aktif ber-capoeira. Respek.
Minat tengok je. Nak buat memang la teringin, tapi aku sedar akan keperutan aku dan keberatan aku, wu~
Apapun, aku tetap rasa, dan percaya, yang Tekken adalah the all time great punya fighting game. Takda satu pun yang sebest Tekken. Believe me man, even Street Fighter is still nowhere near. Yes Street Fighter memang legend, pengasas kepada fighting game tetapi bagi aku ketidaksampaian hatinya or it's reluctance to change or evolve yang buatkan ia kekal di takuk lama. Street Fighter 3D ada dibuat, tapi tak menjadi, tak mencapai tahap. Kekal lah ia dengan konsep 2d movement tak lojik tu.
Yang buatkan Tekken ini maha menarik adalah kerana tahap real yang tinggi. Selain dari grafik dan rekaan watak yang cantik dan near life perfection, almost at least 90% daripada movement setiap character tu adalah logik dan mampu dilakukan oleh manusia real life. Dan ia tonjolkan banyak jenis martial arts kat muka bumi ni. Dari capoeira, wushu, kungfu, tomoi, taekwondo, karate, judo, jaet jun do sampai lah kepada army self defense. Semua ada beb. Aku tunggu ja diorang masukkan watak silat, wahahahahaha,.
So, I will continue enjoying Tekken as far as I can. I know that one day my desire for gaming will vanish by itself (sekarang dah rasa sikit2) so I'll be taking my chances now. Dan sejauh mana siri Tekken ni akan pergi, aku tak tahu. Mungkin sampai ke Tekken 10? Atau setakat 7 saja sebab 2012 supposedly is the end of the world according to the Mayan? Wahahahaha. Whatever.
Jadi, gamers lain yang tak penah cuba Tekken, bolehla try sket2. Seriously, tak rugi. Sangat menarik dan interactive.