Thursday, January 27, 2011

PES 2011 Is My Passion

Siapa minat main PES 2011 sila angkat tangan sekarang jugak!!!

Hm...bagus! Nampaknya, ramai yang minat game teragung zaman ini. Ok yang gadis2 mungkin sekali game paling mencabar minda dan fizikal mereka yang pernah mereka main adalah Plants vs Zombies, Zuma atau Farmville?


Game paling horror, adventurous, psycho, mean dan entertaining bagi gadis-gadis

Apapun, sekurang- kurangnya mereka main jugak game. Tepukan gemuruh untuk awek2 sekalian.

.........................................................

PES adalah nama singkatan bagi Pro Evolution Soccer. Sebenarnya PES ni adalah berasal dari game WE iaitu Winning Eleven. Winning Eleven adalah game football yang paling famous di Jepun. Untuk dikomersialkan peringkat dunia, maka developer mereka iaitu Konami menukar nama game tersebut menjadi Pro Evolution Soccer.

Entah betul ke tidak cerita di atas, entahlah. Aku malas nak Wiki. Buat andaian sendiri pun sudahlah.

Dengan itu, mereka pun mulalah meletakkan muka2 besar dunia bolasepak seperti Ronaldo, Messi, Torres, Owen, Drogba dan mungkin sekali Safee Sali untuk PES 2012 nanti. Kalau team Malaysia pun dah ada dalam PES 2011, yang ini pula siapa tahu bukan? Impossible is nothing.


Muka depan PES 2012. Mungkin.

.........................................................

Baru2 ini, bersamaan tarikh 22 dan 23 Januari aku telah menyertai tournament PES 2011 sempena MEFEK tahun ini. Memang kacak aku dala tournament tu. Kenapa kacak? Sebab aku menjadi klasemen. Champion.

Yeah baby you're right. Champion. Again.

3 titles in 4 tournament. It sounds good, it looks good, it feels good, it is good! *sounds familiar pes fanatics?*

Aku menjadi champion yang berjaya dan bergaya. Tak kalah satu match pun. Menang semua. Even Spain dalam WC 2010 pun kalah sekali kan, haha. Dan yang buatkan aku bangga lebih adalah kerana aku menggunakan Liverpool untuk semua matches kecuali satu match group. Itu guna Spain.

Namun begitu, aku hairan sungguh dengan peserta2 yang join tournament ni. Ada 20 orang yang join, tapi team yang diguna adalah around 4 SAHAJA. Team-team tersebut adalah Barcelona, Real Madrid, Inter Milan, Malaysia. Itu sahaja.

Ok aku nak gelak kuat2. Mana perginya fan ManU, Chelsea, Arsenal? Tottenham? City? Malaysia dikecualikan sebab memang kuat pun dalam game tu (hasil edit malaysian boys sendiri..) tapi WHERE ARE YOU THE SO CALLED LOYAL FANS?

Hahahahhahahahaha!!! Korang semua poser je lebih!! Hari- hari gigih pakai baju X tapi match X tak tengok pun. Menang je sembang kencang kat FB. Main PES je tup-tup Barca jugak dia pilih...Takde maruah ah lu...MARUAH SEBAGAI FAN SEJATI.

Eat this, you posers


.........................................................


Ehem. Sorry ter-ribut taufan tadi.

Berbalik kepada cerita aku champion tadi. Peringkat grouping agak mudah lagi. Masuk kalah mati dah mula terasa saingan sikit. Quarter final masih ok. Semifinal mencabar. Oh lupa, opponent aku kat quarter dan semifinal both use Barca. Aku maintain dengan Liverpool.

YNWA

Masa semifinal ada dua leg. So, 1st leg aku away. Betapa ruginya aku kerana dari leading 4-2 aku boleh biarkan mamat tu kejar sampai 4-4. Lalai di situ. Masuk 2nd leg, skrip yang sama berulang. Dari leading 4-1 aku biarkan dia kejar sampai 4-3. Loser gila defence aku. Macam Liverpool betul pula.

Masuk final. This is the most legendary final ever. Ketinggalan 2-0 selama 86 minit tidak melembikkan Torres dari skor 2 gol pada minit 87 dan 92. Gila. Masuk extra time, lagi gila. Aku menambah gol menjadi 4-2.

Tapi sekali lagi Liverpool menjadi Liverpool. Reina's howler pada minit 116 membuatkan aku panik. Akibatnya, 2 player aku kena kad merah dek khusyuk men-tackle sesiapa saja yang menggelecek di bahagian wing aku.

Rasanya, God was with me at that time. Aku bertahan dan muncul juara. Lagi. Setelah tahun lepas.

Nak gambar skor tap-in, tapi header pun boleh

Aku seriously puas dan bangga. Hadiah yang diberi pun boley tahan baloi jugak banding dengan yuran penyertaan yang rm5 sahaja. RM50 plus hamper. Cool!!

Jadi, aku mengalu-alukan sesiapa sahaja yang mahu duel mahupun berguru dengan aku dalam bidang PES 2011 ini.

Kalau kalah tu rileks lah kawan, aku pun kalah berkali- kali jugak dengan sorang mamat Melayu ni kat Mines bila lawan Tekken 6. Siap boley sembang-sembang, gelak-gelak lagi dengan dia. Bila dah habis main, aku siap kata "thanks bro! syok ah lawan ngan ko, hebat. susah nak menang"

Bila dah kalah, aku ada satu driving force untuk lawan lagi dan kalahkan dia. Takkan korang takde?

See? The main important thing is respect.

Siapa kata game tak mengajar erti respect?



*http://darkbatman.com/safee-sali-l-penjaring-gol-terbanyak-piala-aff-suzuki-2010/
*http://themachoresponse.blogspot.com/2010/07/chuckles-clown-admits-hes-in-on-joke.html

Tuesday, January 25, 2011

Kerana Sayang

Pernah anda hairan kenapa kadang2 tu pergaduhan terjadi?

Bukan pergaduhan biasa antara 2 musuh, tapi pergaduhan antara individu dalam satu kumpulan.

Pergaduhan antara 2 rakan baik.

...........................................

Semalam, aku telah melakukan perkara di atas. No, technically ia bukan pergaduhan, asalnya hanyalah pendapat dari a fellow good member. Tetapi aku kurang bersetuju dengan pendapat itu, maka aku memberi pendapat lain pula.

Pendapat dia berbunyi A. Pendapat aku berbunyi B.

A lawan B.

Orang kata, perbincangan/ perdebatan akan membawa satu produk yang lebih baik. Tapi malangnya,

A lawan B seems to be an abolishment.

Makin berkomen, makin tegang jadinya.

A berkeras, B juga berkeras.

...........................................

Akhirnya, suasana yang sepatutnya membina telah menjadi memusnah. Keadaan hepi dan rapat telah menjadi tegang setegang2nya.

Berkemungkinan juga sekarang ini kumpulan itu telah terbahagi 2 kepada penyokong pendapat A atau B.

A division might have been created. Who knows, right?

...........................................

Tak apa, mereka yang membaca mampu menilai sendiri. Aku tidak meminta kamu semua menyokong pendapat aku. Aku juga tidak mahu seorang pun mula menanam perasaan kurang baik terhadap mana2 pihak.

Ya, aku mungkin paranoid. Aku mungkin negative thinking. Tapi consequence di atas mungkin terjadi, sebab ia pernah terjadi sepanjang hidup aku dahulu.

...........................................

Aku sedar dan akui bahawa aku mungkin kurang matang, aku mungkin short-term thinking, aku mungkin tidak mampu melihat the big picture.

Tapi, aku bersuara demi mereka juga. Aku rasa terpanggil untuk bersuara. Salah atau benar, biar orang tengah yang nilaikan.

Biar sejarah yang menjadi bukti nanti.

Ah..biarlah. Yang penting, aku mahu melihat kamu ada dan maju.

Itu saja.

Wednesday, January 19, 2011

Obsession


This time it's obsession baby!!

Obsession what?

Obsession of slim body. Obsession of ideal weight. Obsession of thinner body. Overall, it's an

Obsession of self-depicted beauty.


I have many friends in UKM, and most of them are surely girls. All these girls are unique and special in terms of physical, intelligence and not to forget spiritual. But one thing they share in common- self awareness of looks.

Yeah I know what you're gonna say..that they are girls/women, they naturally feel and want to be pretty, beautiful, charming, attractive, sexy(yang ni x banyak, sikit sangat), adorable,bla3... but there's one trend that I recognized

They all hate to be fat. They are not so affectionate with the word chubby. So understandably, they are paranoid with their weight.

"Is, aku dah makin gemuk kan?"

"say-o..aku gemuk ar"

perhaps, this is the most cliche of all.

cik x: berat aku naik weih,
aku :berapa?
cik x :3 kilo
aku :dari berapa kilo?
cik x :50 kilo.

............................

aiya................it doesn't really matter ma... what's the difference between 50 and 53? 3 kilos of fat won't turn you from a beauty queen to a fatty queen . One more thing, guys MOSTLY love fleshy/chubby/ just nice girls. No offence baby.

What's important is how you look. Or maybe (but a bit exaggerated) how people look and feel about you (and your body of course).

Come on, I had plenty of girl-friends who look perfect with their current body but ruined it with extra diet and eating disorder just because of some extra 3-4 kilos they accumulated unconsciously. So, from a perfect it degraded to near perfect. And sometimes it went to as far as sympathy level you know. What a waste.

Talk about diet,hahaha,

There's one more thing I don't get it. Girls really love this type of unique diet-lessen the food quantity (and sometimes cut the meal to once a day!) but with NO EXERCISE. My God...exercise is the most vital part in any diet.

Tanya la mana2 doktor pasal diet, dia mesti akan cakap "you ni kena exercise sket.."

You may lessen the food consumption but you don't hastily speed up the burning of fat in your body. Yet you let it burn slowly by your small-energy-consuming daily activities which mostly consist of lying on the bed, sitting on the chair and sleeping which all are caused by NO ENERGY that result from less food diet.

See, it all form a very unpractical method of dieting. Instead of look healthy and better, you become tired and look more exhausted.

Itu tak kira side effect bagi yang amik pil2 diet.

So, the bottom line is don't feel insecure just beacause you had gain extra 3-4 kilos. They are just numbers. And diet properly (if you want to). That include exercise my dear.

Well, i'm really annoyed because I am not having the privilege to go out and exercise because of my running nose damn it!!

Ai..bila la nak lega..





Monday, January 17, 2011

Obsesi

*post kali ini mungkin sedikit 18sx dan religious view. amaran diberi, jangan kata tak perasan pulak. Dan semua ini hanya pendapat aku. Tak leh diterima sebagai fakta mahupun rujukan sebagai lecture note*

..........................................................................................................

Hobi aku sekarang waktu petang2 adalah jogging. Berjogging sekitar kawasan padang UKM terus ke jalan sebelah astaka padang dan melalui DG seraya masuk ke stadium UKM untuk terus melangkah penuh bergaya dan machonya jogging pusing litar pula.


Ini bukan aku. Tapi feel dekat sama

Bila dah jogging, mata mesti tengok depan kan. Tapi aku bukan robot, maka mata aku juga melilau ke kanan-kiri-atas-bawah untuk menghilangkan bosan di samping mempunyai mp3 yang menjadi catalyst aku untuk terus melangkahkan kaki.

Agak2 apa yang aku nampak?

Yes, other joggers.

Siapa other joggers tu? Mostly diorang student UKM. Girls and boys. Walaupun secara nalurinya dan fitrahnya memang girls jauh lagi ramai dari boys kat UKM ni, tapi secara lojiknya boys sama banyak dengan girls yang joging kat stadium. Or at least, slightly higher in number.

Perempuan jogging kat stadium yang ada ramai lelaki.

Bagi korang, jujur cakap. Apa pandangan korang? What are the first things that came to your mind?

Majoriti boys akan kata camni la kot

"weh awek syial...ramai pulak tu!"

"mantap2 seh body diorang ni~!!! semangat!!"

"Diorang ni..tak segan ke?"

..........................................................................................................


Ok, aku secara jujur jugak berjogging atas sebab dan niat utama aku- it's like a small journey of observing people in motion. Bila jogging, kita bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Pastu boleh tengok ragam orang bila kita melintas. Jadi, ianya bukan statik. Lagi syiok kalau ada mp3 pulak, layan je macam bawak kereta pulak.

Dan motivasi lain- sebab aku nak fit. Itu secondary motive. Then ia tak stress. Ko tak yah nak lumba2, xda menang kalah. Just you and your distance. Ambik lah masa selama mana pun, dan amik lah langkah se-slow mana pun hatta hanya menggoyangkan tangan sepertimana auntie2 Cina tua yang selalu jog kat taman rekreasi at my hometown.

Dan jujur juga, kewujudan girls membuatkan aku terasa '"excited" untuk joging. Jujur ni.

Kenapa?

Sebab boleh usya body girls? not really. Sebab boleh ngorat? jauh sekali.

Pemangkin luaran. Guys don't deny it, I know it guys

Entahla, tapi memang ada rasa catalyst exist bila ada girls jog around. Memang boys macamtu kot. Mungkin student FSSK dan psychology boley buat kajian tesis pasal tajuk ni kot.

..........................................................................................................

Back to the topic- girls jogging. Memang ramai, dan secara kasarnya majoriti (70% kot) posses alright/nice/great/tip top! body. Lagi 3o% tu slightly overweight and, overweight. Tapi aku sumpah respek gila kepada golongan 30% ini. Mereka berani dan tak segan silu untuk exercise di kawasan khalayak umum. Biarlah gemuk ke, berisi ke, tak secantik Fazura ke, bouncing ke, sweaty ke, masam ke, diorang pedulikan semua itu.

"Yang penting gua exercise untuk gua, bukan untuk lu tengok" . mungkin itulah pegangan mereka . Ada apa hal?

Ya, yang penting adalah diri mereka sendiri. Namun demikian, aku banyak kali terdengar kawan2 girls berkata yang berbunyi begini

"ala ramai laki ah kat stadium..segan.."

Hm, menarik. Segan? Segan kenapanya? Takut lelaki usya dia, atau lebih tepat body dia? G je lah ramai2, pakai baju besar2 sket.

Tak kurang juga, yang memberi alasan berbentuk agama.

"tak boleh, sebab bila jogging nanti, baju melekit2 kat badan, pastu satu badan mengalami vibration ke excited state bila joging. Berdosa tau"

Maksudnya, dengan tak sengaja ia membuatkan mereka berdosa kerana menayangkan tubuh badan kepada lelaki lain?

So maknanya memang girls tak leh jogging hatta exercise sekalipun di tempat awam macam stadium? Kena exercise menyorok2 dalam bilik, kena lumba lari dari bilik ke toilet hujung koridor seriap petang? Kena kerap dan mahir basuh baju dengan both hands untuk menggantikan pumping dan exercise tangan lain?

Tipu, penipu. Liars. Kalau tempat yang memang open, environment dan mood exercise tinggi macam stadium pun diorang dah berdalih, jangan sembang la nak exercise kat tempat lain. Nak cari laluan jogging lain. Nak exercise dalam bilik. Auta semua tu.

..........................................................................................................

Ia nampak semacam.. menggunakan agama untuk lari dari beriadah dan menyihatkan badan. Apa nak deny jugak? Ok then, kenapa ada boleh tahan 20% yang jogging kat stadium tu bertudung labuh, berbaju besar? Diorang tu rilex je. Boley je exercise.


ini amerika bai

Mentaliti, dan alasan semua tu. Ok honestly bila jogging boys akan usya2 jugak pmpuan.Cun ke biasa kan. Tapi takda la usya sampai 3 minit mata tak lekang. Takda keje ke? Tak pernah pun aku nampak lagi boy macam tu. Even pmpuan pun mesti usya jugak. Kecuali sexually skewed to homo la,haha. Sama saja.

Disebabkan alasan2 dan mentaliti2 yang sebegitu, membuatkan aku super duper respek pada girls yang g exercise kat stadium hatta di kawasan mana pun pada waktu petang. Takyah nak lari2 sampai muntah, just keluar jog sket pastu jalan setengah jam pun aku dah tabik gila.

Sebab susah nak jumpa, mereka adalah golongan minoriti. Tetapi mereka berani, dan sporting, dan ambil kisah tentang kesihatan mereka.

Mereka ni baru la wonderwomen.





-The End-


*entah kenapa makin taip makin emo. harap maaf jika tersinggung*

*gambar2 dari sini sikit.
http://slayer17.blogspot.com/2009/05/candid-photographypart-1.html
http://arsaas-viperism.blogspot.com/2010/11/my-workoutdietnak-kuruskn-badan.html
http://peydi.blogspot.com/2010/11/advantages-of-jogging.html




Wednesday, January 12, 2011

Jam Terhenti, Masa Berjalan.

Aku bukannya seperti dulu lagi.

Lebih teruk, dan mungkin lebih menyedihkan.

Entahlah, ada saja alasan. Tapi semua itu hanya alasan. Alasan yang wujud disebabkan keadaan diri.

Keadaan diri yang terjadi kerana..?

Sudahlah. Tiada gunanya lagi. Tudinglah jari ke mana sekalipun, jauh dalam hati,

Sedar, dan tahu,

Aku punca kepada semua ini.

Monday, January 10, 2011

Mungkin Selama Ini

*khas pada DOTters*

It might be, for all those problems, hardships, obstacles, insecurity...caused by ME?

Friday, January 7, 2011

Kenapa Aku Sukakan (Cintakan) Video Games?

*Amaran-mempunyai unsur2 game yang sangat tinggi dan tiada unsur religious mahupun food dan drama suspens*

------------------------------------------------------------------------------------

Selalu sangat akan ada kawan2 aku yang jujur ikhlas ingin tahu satu hobi aku yang agak rare ni

"Is, apa yang bestnya ngan game?"

"Hang crita sket apa yang syok sangat dengan game"

Ahaha, tu antara ayat yang selalu ditujukan pada aku. Mereka bertanya atas sebab curious. Atas sebab ingin tahu. Atas sebab mereka tak ada minat itu. Jadi aku pun menjawab.

"Game tu best sebab dia cantik. Pastu dia interaktif. Dia ada imagination."

" Game boleh buat hang hilang stress. Ada game pukul2, ada game tembak2, ada game magik2. Ada jugak game porn, jangan cakap takda"

Ok, kadang2 kawan pmpuan kurang faham lagi. Maka ini jawapan analogi yang paling mudah la rasanya.

"Ok, ko pernah tengok kan The Lord Of The Rings. Matrix? James Bond? Ok lah Twilight. Pernah kan? Then bayangkan watak Frodo/Aragon atau Neo atau Bond atau Edward tu adalah ko. Ko dalam movie tu dan jadi watak tu. Dan penting sekali, ko berhak dan mampu membuat segala aksi dan pilih plot storyline sendiri."

Tak pernah tengok lagipun crita Twilight ni.

Game tu hidup. Interaktif. Ada storyline sendiri.

Kalau tengok balik game zaman kita kecik2 dulu,memang videogame yang ada simple2 nak mapuh. Standard game ular, tetris, Mario, Battle Tank, Popeye, Olympics Game. Tapi itulah yang terbaik diorang boleh buat zaman tu.

Kemudian bila teknologi makin naik, maka video game makin maju. Imaginasi dan idea kreatif para developer makin menjadi possible untuk diketengahkan. Dengan itu wujudlah game2 yang lebih matang dan serius (kadang2 jadi mengarut) isinya.

Sebagai contoh, korang pernah main game Contra? Sumpah aku cakap, ini game first yang bagi aku idea macamana rupa alien, monster mahupun futuristic military technologies. Memang sangat brand new world bagi aku masa kecik2 dulu.


Memang terrifying jugak zaman kecik2 dulu

Dan ada banyak lagi game2 yang bagi aku legendary. Dari zaman game tape hinggalah ke PSone, PS2. Antaranya Street Fighter, Medal of Honor, Silent Hill series, Resident Evil series, Devil May Cry, Tekken.. banyak lah. Nak cerita semua memang tak sempat.

Then, masuk zaman PC games. Masuk zaman next-gen gaming. Masuk zaman di mana kita nak beza video CGI ngan real life pun susah. Memang grafik dia cantik dan super- meletop. Kalau ada watak hero macho tough solid kat screen, terasa jeles gila. Kalau nampak watak heoine sexy-hot-busty dalam game, memang terasa nak terjun masuk dalam monitor tu. Well, these are games right?


Ada gambar yang awek tu lagi super sexy, tapi takpelah.

Tapi yang cantik tak selalunya menarik. Kadang2, grafik dah top, tapi storyline kurang. Gameplay dia annoying. Control mechanism tak furnished sampai habis. Membuatkan pengguna rasa kecewa. That's why sebelum beli/ donlod sesuatu game, selalunya gamer akan cari dulu review video/artikel pasal game tu. Bukan apa, untuk mengelakkan berlakunya kerugian RM10 (Rm20 jugak) dan masa setelah terbeli game hampeh.

Bagaimanapun, game yang berkualiti masih menjadi majoriti. Antaranya:

1) Call of Duty- Modern Warfare 1,2 / Call of Duty- World at War/ Call of Duty- Black Ops

Ini punya game banyak membuka mata aku bagaimana sesuatu skuad khas ditugaskan menjalankan misi. Bagaimana diorang cuba setelkan misi sekemas dan seperfect mungkin. Casualties?yes. Abortive? absolutely no. Korang yang tengok movie2 perang kan, sebenarnya dalam movie tu tak cukup detail. Very general.

Then dia banyak mengajar war history, di samping meletak kita drectly in action. Attack on Berlin by the Russian Army in COD World at War. Itu moment game perang paling best bagi aku. Adrenaline 100% time tu. Dan aku juga mula skeptik kalau bila baca berita tiba2 ada loji nuklear ditutup selepas kerosakan teknikal, kapal kargo tenggelam, tokoh kenamaan mati kena assasin mahupun lawatan certain president dibatalkan. Mesti ada something behind the scene yang berlaku. Terima kasih pada Black Ops.


Feeling masa main mission ni: Priceless

2) Mass Effect 1 and 2

Yes this is one hell of a mind-blowing game. Out of the world punya concept dia. Korang rasa PBB dah cukup banyak main politik tak adil? Figure this. Dalam dunia galaxy kita, bukan hanya human yang hidup dan menjadi intelligent creature, tapi ada at least 5?6? lagi spesies alien lain yang sama educated, wise, reasonable and oftenly much2 more advanced in technology. Dan of course, ada satu macam galaxy government council yang menjaga keamanan sejagat se-galaxy. Council2 tu terdiri dari Asari, Turian dan Salarian. No human. So, korang boleh figure out lah camana nasib human dalam game tu. Much2 like Palestinian people.

Aspek humanity, politics, friendship, leadership, sexual relations semua lengkap ada dalam game ni. Super-duper complete story line dia. Gameplay dia pun best, ada special power (kinetic, biotic, dan ada certain biological knowledge yang aku pun x paham sangat), smooth battle, travelling between planets, galaxies and cities..Perfect. Actually ada satu lagi game yang better sket (Dragon Age Origins) tapi aku pilih yang ni sebab dia punya teori macam kena dengan teori Ancient Astronauts dan Ancient Technologies. Tak paham? Takpe nanti kita sembang kalau jumpa.


An Asarian with Biotic power.

------------------------------------------------------------------------

Banyak sudah yang aku ceritakan. To make it short, video games do entertain, educate and make me imagine the unthinkable. Dan juga jujurnya mengaku, kadang2 terleka bermain game juga menjadi masalah. Tapi itu takpe, i'm coping with that.

So, lepas ni kalau ada orang tanya lagi nape aku suka video game, ni lah jawapan aku.

"Video games entertain, educate and make me imagine the unthinkable."






Tuesday, January 4, 2011

Marah

Iskandar Zulkarnain bin Zakaria.

What the hell are you doing?!

What the heck are you waiting? What in the world are you running away from?

You lousy bastard! Coward!


Ah.......leave me alone. Just go.

Monday, January 3, 2011

Friends

Satu hari tu aku tetido lepas asar sampai ke maghrib baru bangun. Dengan muka mayau-tak gosok gigi-nak terkencing- masih ngantuk lagi aku terus bukak PC. Dah memang jadi habit, nak buat camana. Masuk password, on winamp, terus bukak FB. Juga dah jadi habit. Juga nak buat camana.

Tengah duk scroll down homepage tu, tiba2 nampak satu status seorang junior ni yang berbunyi camni.

::Inbox me any number between 1 and 5000 and I'll make my status your number and what I think about you. Fun thing is, only you and me know what your number is. I dare you to post this as your status ^^,::


Nampak macam best.

Pasti aku pun letak la number. Entah aku pun tak ingat. Saja nak main kejap game style pmpuan punya ni. Ehhehehe. Then keluar kat homepage status ni oleh junior tu,

ooo1..hehe..bnyk la ni....senior yg br knl time g lawatan ..muke agk garang..takut la nk tgk..hihiih.=Ppeace..suke komen2 kt fb je....huhu...

Woh, terdiam sebentar aku di depan pc. Hmm..interesting. Dengan pantas aku mengcopy status tu, dan ready for game baby!!

Hasilnya? Aku terpaksa menahan kencing dari pukul 9 sampailah pukul 1020 malam. Terlalu sibuk dan seronok melayan permainan ini. Serius wo!

Banyak gila number2 yang masuk dalam inbox. Aku jawab semuanya dengan hati terbuka dan jujur ikhlas. Macam2 jenis number dan orang yang perlu aku describe. Tak menang tangan malam tu.

Jadi, macam2 jenis ah description yang kuar. Antaranya,

0008. seperti biasa juga tak kenai masa 1st year, naik 2nd year baru mula kenal. ko ni cantik tapi pendiam, pastu sopan sungguh! aku nak melawak pun macam risau tak kena je,haha. apapun, ko baik ngan aku. and u are quite attractive. hm, yes?no.yes.no? hahhaha, layan je lah~! serius aku segan nak sembang2 ngan ko. takut.


Wohohow, dan macam ni jugak,

37. satu2nya fan MANU yang aku respek tahap tertinggi. bukannya gloryhunter punya fan, tak biased, dan respek team lain, apatah lagi liverpool. tahu banyak pasal manu, dan tahu banyak gak pasal team lain. gua memang respek sama lu bro.


Contoh lain, macam ni,

1304 ,a very honest and hardworking person. aku tak penah nampak junior yang ada personalities macam ko. sangat baik dan rajin. walaupun kadang2 dari segi dressing macam kurang kena sikit, tapi apa ada hal kan? hehehe. satu lagi, ko kadang2 nampak biasa, kadang2 dan selalu nampak cantik. aneh!!!


Ok, last contoh,


6243.kawan laki first aku kenai kat ukm. memang kacak bagi aku, tapi kalo hang badan tegap sket lagi memang perfect ah! hahaha, selalu tengok bola skali tengah2 malam, sokong team sama, selalu tolong aku nak g mana2 yang jauh, tolong aku beli pc kat lowyatt, berkali2 ke lowyatt, selalu main pes sekali even aku menang m...ajoriti, lepak mapley sama2, main futsal.Ko memang priceless. Walaupun lawak ko kasar gak kadang2, tapi standard ah laki, ko pun memang camtu. tadahal lah. apapun, ko memang special. Thanks bro.


..................................................................................................................................


Setelah hampir 2 hari mulakan permainan ni, masih ada request yang masuk jugak. Pastu ada junior tu kata kebanyakannya yang aku komen tu pmpuan nye description dan menuduh aku ni hot. Ok kembang sebentar di situ.

Tak kurang juga, ada kawan pmpuan aku kata, yang aku ni sweet talker. Suka puji orang. Hm..aku cakap apa yang aku nampak dan rasa. Takda metafora langsung.

Dan semestinya yang tak tahu apa2, terus bertanya apasal ada banyak sangat post dari aku. Aku ni nak mengayat awek ke? Hahahahha...sila lihat status post aku yang awal2.

Tapi, bila makin banyak aku buat benda ni, aku dapat belajar satu benda. Menghargai kawan2.

Betul, sebelum ni aku terasa macam aku ni takda kawan sangat. Atau aku ni menyendiri sorang2. Bila suruh describe kawan2 kita, ia meminta kita untuk fikir pasal seseorang itu dan secara automatik men-list kebaikan dia.

Yes itu point penting. Bila kita list kebaikan seseorang, kita akan rasa bertuah/bersyukur sebab ada dia sebagai kawan kita. Membuatkan kita appreciate dia sebagai kawan, even more. Dan semestinya, membuatkan kita rasa "You'll Never Walk Alone".

Ahahaha, serious best game ni. Cubalah main, dan sila sediakan masa yang ample. Tapi bagi aku berbaloi, sebab bukan selalu. Tak salah kita ambik sikit masa untuk appreciate kawan kita.




-Cheers-


Saturday, January 1, 2011

Secara Tiba- Tiba



Terasa seperti, mahukan seorang girlfriend.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails