Thursday, August 9, 2012

Its Iklan Time!


Raya dah nak dekat. Lagi seminggu lebih rasanya. Rata2 manusia di bumi Malaysia ini sudah berkira nak balik. Semangat nak bekerja pun dah lesu. Yang bersekolah, makin malas nak pergi sekolah. Yang nak pergi  lab, makin slow n berkala2 lab attendance dia. Yang tak buat apa2, makin tak buat apa2 sambil menunggu masa untuk naik bas/flight/kereta dan balik kampung yeay!

Tapi, nanti dulu, jangan balik lagi. Jangan lesu lagi.

Bila hampir dengan raya, benda yang paling happening antaranya adalah...iklan raya! Tak kisah lah raya aidilfitri, raya tahun baru cina mahupun deepavali pun, semua akan ada iklan raya. Yeay! Saya jamin, kamu semua PASTI! WAJIB! MESTI! pernah tengok iklan2 tu, kan?

Anyway, tadi saya baru khatam semula semua iklan2 tu (setakat yang dijumpai). Based on my observation, semua iklan2 tu ada trend yang sama- family. All revolve around family. And mostly, it's a story about love between father and son/daughter.

So, why family?

Saya tak dapat nak explain secara panjang dan ilmiah, tapi one thing for sure- everyone has his/her own family. Setiap orang ada ayah, ibu, abang, adik, kakak dan mungkin anak dan cucu. Plus, the bond between family members are much much much stronger than any external love bond. Kapel2, lover2, friendship bond semua tak boleh lawan dengan family! NO! Hanya family yang sedia menyayangi kita, doesn't matter whatever happen to us.

Browsing on...these are some of the most outstanding ads.

1st, yang ni. "Atok dah pakai lampin?" Serius makan dalam habis.




2nd, this CNY ads daripada Bernas. "You only know to eat! What time it is already? Better don't come home!" Again, sedih dan tacing bila part ayah dia dukung dia ajar dia jalan.




3rd, yang Deepavali "We gonna have Party!! .....Patti. Patti!!" Setiap kali tengok, mesti gelak guling2.




Well, those are some of the famous ads. Mostly, are made by the late Yasmin Ahmad. Iklan2 dia memang tacing dan makan dalam habis, termasuk movie2. Sayangnya, beliau sudah tiada di dunya ini. Jadi, iklan2 baru lepas ni...mungkin akan kurang menyengat...sayang sekali.

Anyway, layan dan layan jugak. Balik rumah peluk mak abah ok!


Thursday, July 26, 2012

Melaka dan Kekecewaan dan Bebelan


Bermulanya Percutian

Minggu lepas hari Sabtu bertarikh 14 July 2012 kami sekeluarga telah mengadakan family reunion sambil melancong secara kecil-kecilan di Melaka. Haha skema. Ok yang pi adalah Awi, Din, Kak Farah, Kak Mas, Pea, Luqman dan Rohani. Yes dia pun dijemput dan ikut juga because i gave her an offer she can't refuse, muahahaha.

Bertolak dari UKM dalam jam 930 macam tu, sarapan kat Fareez Maju, makanan dapat pujian dari abang2 aku, tapi malangnya spoil- last2 nak habis makan nasi lemak sepinggan, jumpa ulat sekor kecik di celah2 nasi. Super spoil. Anyway, spoil dalam 10 minit je. Mood up kembali. Teruskan perjalanan! Osu!

Sampai akhirnya di Melaka around 2 pm macamtu. Cuaca sedap2 mendung2 macam nak hujan tapi rupanya rahmat teduh kepada kami sekeluarga. Syukur~

Dipendekkan cerita, sesi tengahari tu kami berpusing2 area Red City (yang bangunan2 merah tu.) Lalu muzium2, naik bukit sampai ke church putih tu, turun ke A Famosa pulak, dan masuk Istana Melayu. Oh, kebetulan time tu kat Istana ada event macam makanan2 melayu dan masyarakat lain. Pakat rasa habis mana yang boleh rasa. Paling ingat makanan orang asli yang macam nasi pulut/ketupat dalam buluh lepas tu cicah dengan gulai rebung and gulai apa tah. Pergh sedap gila...aku selaku bukan peminat rebung pun boleh habis satu piring. Power.

Petangnya kami check-in hotel, rehat dan gerak ke kedai makan area Pantai Klebang. Dah tak pantai dah...tambak jauh gila. Habis makan, naik river cruise. Sorang 10rm, tapi serius berbaloi. Jauh dia punya cruise tu, and view dia memang cantik (especially malam). Oh yes dari pemandu bot tu, katanya nanti track cruise tu akan dipanjangkan sampai ke Melaka Sentral. Fuh boleh tidur nanti nak tunggu habis pelayaran, haha.


Hotel yang agak ad-hoc kami tempah. Nasib baik ada, fuh.


Esoknya, on the way nak balik tu abang aku Awi bersemangat waja mau cari sampai jumpa Makam Hang Jebat. Kebelakangan ni dia dirasuk semangat jiwa Melayu yang tinggi akibat membaca buku tentang Sejarah Melaka dan Kesultanan Melayu. Akhirnya...jumpa juga. Bergambar, baca dan alfatihah. Lastly terus gerak pergi makan tengahari kat Restoran Asam Pedas area Mahkota Parade tu. Fulamak weyy...ini restorang paling pack/sibuk/penuh/laku penah aku tengok. Kami nasib baik sebab ada seat kosong setelah 5 minit menunggu. Order, makan dan kenyang. Kenyang dan sedap. Kombo yang bagus.

Akhirnya kami pulang pada jam 3 petang. Tamat lah kisah percutian mini kami...

No, it didn't end there.

Enter the serious mode. I was actually skeptical when my brother said that the location for this holiday is Malacca and her historical places. Bukan tak suka, bukan 'lame', bukan no swag, tapi skeptic dengan keadaan tempat2 bersejarah itu sendiri. My main guess- it will be more compact and messy than my last time visit here. And I was proven right, damn right.

Serabut dan Tak Teratur

Firstly, paling obvious sekali adalah A Famosa. Ingat lagi waktu kecik2 dulu, zaman satu family ramai2 pergi melancong kat Melaka. Actually, almost every year abah akan bawak pi melaka, sebab ianya tempat sejarah (abah ni peminat sejarah) dan save cost. Ok dulu2, A Famosa ni sama saja. Sama. Dari kaki bukit sampai ke church putih atas tu, sama saja. Apa yang beza? Depan A Famosa. Now in front of A Famosa there are lots of damned shopping complex. Too much. Dengan Dataran Pahlawan punya underground and level ground and above ground punya shopping lot, pening! Dulu, depan A Famosa adalah padang lapang. Situlah tempat family untuk jalan2/picnic/main dengan anak2.

A Famosa yang hanya tinggap satu pintu sahaja...


Im not saying that padang dah hilang, tapi ia makin tenggelam dengan pembangunan shopping mall. Serius tenggelam. Imagine- depan A Famosa dah ada Dataran Pahlawan punya mall, tepi kiri sikit dah ada Mahkota Parade plus extended version. Apa ni? That historical monument being overshadowed (badly) by shopping malls (?)

Beralih pada gereja putih atas bukit tu pula. I still remember, during my earlier visits there, it was a peaceful place. By saying peaceful, I mean not crowded by vendors/peniaga2 hasil kraftangan. Sekarang ni, atas tu dah penuh dengan peniaga2 bebas. Yang menjual keychain/ole2, yang jual lukisan, yang jual payung, yang jual kipas, yang main muzik, dah jadi macam tapak pesta. Bising, dan semak. I know they are only taking chances to get money by working hard there, but sorry it make the church area become more like pasar. Some regulations, or limits perhaps?

Other things that i'm not fond of...beca. Beca2 hias. Ianya cantik, memang betul. Saya tengok pun tertarik nak naik. Tapi terus potong stim bila dia pasang lagu kuat2. Yes lagu. Diorang ada subwoofer/ohsem/omaigod punya speaker sistem kat belakang beca. Sekali pasang mau volume kuat punya. To make things worse, they play radio songs. Songs from the likes of Mizz Nina, Katy Parry, Bieber and so on. What the...? Adakah anda rasa tourist dari England, Portugal, Netherland, America mahupun China sekalipun mahu dengar lagu Bieber pada kadar yang pekak telinga selama 15 minit naik beca? I don't think so...

Then the Istana Melaka. Ianya cantik, ada garden kat depan (tapi takde orang masuk pun, not sure whether tak boleh masuk atau orang tak nak masuk). I was a bit disappointed dengan isi dalamnya....rasa macam kosong. Rasa macam nothing really to show in the museum. Especially bahagian dia menceritakan pertarungan agung antara Jebat dan Tuah. Just 5 simple panels summarizing the battle from the cause till the end. Plus two mannequins depicting Tuah and Jebat fighting each other while stepping on dulang2. Thats it...honestly, i was expecting more from the Istana Melaka.

I have nothing to complain about River Cruise. In fact, praises are a lot! Sangat berbaloi, naik bot yang selesa, perjalanan pun boleh tahan jauh (pergi dan balik), dan semestinya permandangan yang sangat cantik. Ada satu part yang mana kedai2 tepi sungai tu dihias dan dilukis dengan sangat cantik. Senang cerita, this is totally worthy for you to try.

Last complain...the Makam Hang Jebat dan seluruh Red City secara amnya. Kami hampir berputus asa mencari makam Jebat. Setelah round 2,3 kali, baru jumpa. Ianya....diselit di celah2 kedai lot. Sebelah kiri dan kanan adalah rumah orang. Super sempit. Dan sebenarnya area tempat makam tu adalah area chinese...bertepatan dengan apa yang Awi ceritakan, yang mayat Jebat akhirnya dibuang ke kawasan penempatan kaum Cina. Setelah seminggu barulah ada orang berani untuk uruskan dan kebumikan.


Makam Jebat tersepit di celah2 bangunan lama macam ni


What It Should Have Been


One of the city in The Witcher. See the walls surrounding it?


Apa itu Melaka? Apa itu tarikan sebenar Melaka? Bandar bersejarah kan? Apa tujuan sebenar pelancong dari serata dunia datang ke Melaka? Untuk melihat bandar bersejarah bukan? Tetapi kenapa saya nampak seperti tidak dijaga akan value of Melaka itu?

Terutamanya A Famosa. Secara jujurnya, kalau anda datang dari jalan utama yang sebelah Mahkota Parade, anda tak akan nampak pun A Famosa tu. In fact, you'll have no idea that area is actually the most celebrated part for the history reason. Semua tenggelam. Tenggelam dengan Mahkota Parade, Dataran Pahlawan, kedai makan. Oh ya Mahkota Parade dah ada extension panjang yang cross jalanraya, how bout that. Kalau tak silap saya, ada 3,4 shopping mall around there. It's like a baby being surrounded by the likes of The Rock, Thor, Rambo and Terminator. At one time you will feel like you're in KL yow!

Makam Hang Jebat dan Makan Hang Kasturi. Kami cuma sempat jumpa dua ini saja, sempat turun dan lawat yang Jebat saja. 2 makam bersejarah ini tersimpan terperosok di celah2 kedai2 dan restoran. Terperosok dan tersimpan, yeah that's right. Tiada penegasan dan keistimewaan kepada 2 tempat ini. Yang panasnya, ada kawasan cantik bukan main, besar siap ada patung warna emas sorang bodybuilder, more like a memorial statue for him. Nama Datuk tu...Datuk Gan, something like that.. Again, money matters. Dia kaya, dia memang ada kuasa. Tapi...pihak berwajib lebih berkuasa. Mereka yang bertanggungjawab jaga makam2 tu, takkan tak teqasa kot...

Saya sedih. Saya kecewa dengan Melaka. Saya kecewa kerana Melaka sekarang seperti sudah tidak dijaga historical value nya. Tourists flock to Malacca to learn about Portuguese conquest and settlement here, to learn about Sultan and Malay Kingdom, to see whatever monument that are still there, not to go shopping mall and buy some clothes and shoes. All those luxury are already available in their country, in fact in much greater quality and choices. Kenapa nak bina banyak sangat shopping mall sampai tenggelamkan habis historical sites kat Melaka? Sebab kapitalis. Sebab konsumerisme. Sebab duit. Sebab keuntungan.

A Famosa tu saya nampak sama saja dari zaman saya kecil sampai sekarang. Bezanya sekarang ada 4 replika meriam di tepi nya. Itu saja. Why not kalau dibangunkan lagi kota itu sepertimana yang dibuat di Kota Kuala Kedah? Buat tambahan dinding, meriam, pintu besar dan sebagainya, make it a proper 'kota'?  A Famosa stay the same as ever while shopping mall mencanak naik kat sekeliling. Dah la yang tinggal pun gate sahaja...sedih...


Inside of the fort Kuala Muda.



 The front gate


I don't have a problem with pembangunan, shopping mall. But I don't agree with uncontrolled development. Sudahla penekanan/improvement bahagian sejarah tak ada, lepas tu tenggelam pula dengan shopping mall sana sini. Serabut...If ever they want to build a thousand of shopping mall, please don't mix it with the historical site, don't built it too damn near the sites. Make some adjustment area. This area is for commercialism, this area is preserved for historical sites. Sebelah kiri shopping, sebelah kanan sejarah. I have never been to foreign historical site such as Colliseum or Hipodrome or Hagia Sofia, but...i believe they don't build mega shopping malls  very near to those sites. Correct me if I'm wrong.


Coliseum, Roma.


Hipodrome, and Hagia Sofia to the right.


Somewhere at Roma.


Bagi saya, apa kata kalau pihak berwajib jadikan Red City tu sebagai satu Zon Tanpa Kenderaan? If the whole Red City is too big, just include the streets area Jonker Street. Make it a fortress, or an ancient city with walls/barriers surrounding it (rujuk gambar peta kuno di atas). Then build only 3 or 4 entrances/ gates. Tiada kereta yang dibenarkan masuk. Motor, bas, lori, anything- no admittance. Untuk kemudahan, hanya mini coaster/bus mini yang boleh rotate/pusing2 dalam area tu, like universitu mini coasters yang stop pada checkpoint2 tertentu. Pada gate2 itu, buatkan 2 parking building 5 tingkat untuk pelawat2 yang datang dengan kereta  park kereta mereka.  Tambahan- cuma beca2 hias untuk tourist naik. Bayangkan, satu kota lama eropah zaman medieval yang mana penduduk dalam tu semuanya berjalan kaki dari satu tempat ke satu tempat...for me it's very attractive.  I think tourist won't mind walking for an hour or so. It will be a great experience. Saya rasa kalau dibuat begini, peniaga2-tokey2 kedai dalam tu pasti! pasti! pasti! untung besar ma....

Sebab selalunya, bila dalam kereta, kita akan nampak banyak kedai2 old-school yang menarik. Kedai baju, kopitiam, kedai kasut, kedai cenderamata, kedai seni halus, kedai arak-restoran cina (ni untuk non muslim)...banyak! Tapi tak sempat/tak mampu nak lawat sebab no parking. Parking tepi2 jalan 24 jam penuh. Celah mana mau parking... So, everyone walks, everyone has chances to singgah mana2 kedai yang nampak menarik. More customer, tokey2 pun more senyum.


99% here is jam. No parking. Can't stop to visit shops. 


I know that all this wishful thinking are just, wishful thinking. Siapalah saya untuk merubah kota melaka itu. Tetapi, ingatlah jangan sampai nilai sejarah itu hilang. Apa yang saya cadangkan mungkin indah dari kata2, tapi susah nak realisasikan. Mungkin pihak bertanggungjawab sudah buat yang terbaik. Apapun, jangan kejar wang sampai hilang jati diri. Jangan agungkan kapitalisme sampai yang wajib dijaga diabaikan begitu saja. Jangan sampai Melayu hilang di Melaka, hahaha.









Thursday, July 5, 2012

Games to Movies

Baru- baru ini aku terasa bersemangat untuk menonton kembali beberapa movie-movie legend yang ada dalam pc aku. So, ulanglah Batman The Dark Knight, Batman Begins (baru tengok actually), Inception dan Puss In Boots. Yes, Puss In Boot. That movie is special in my heart!! Jangan gelak!

Well anyway, dalam dah habis movie2 tu, aku terasa nak ulang balik movie Prince of Persia- The Sands of Time. Just terkenangkan game dia, buatkan aku rasa nak play again the movie. With that I watched it again...

Setelah habis movie Prince tu, bersemangat pulak nak baca review2 dari internet. Apa yang aku dapat...sedih. POP dapat mostly average score, mostly around 4-6 out of 10. Most of them tak puas hati, tak suka, kecewa, dan macam2 lagi. Satu point paling kuat yang ada pada semua review- it's a video game based movie. MOVIE ASAL DARI VIDEO GAME.

Fuh, sumpahan sebenarnya ayat tu.

Aku dah banyak tengok movie2 yang adapt dari game ni. Hm...banyak la rasanya. Let me list down and put some review to it. We start with...

1. Prince Of Persia- The Sands of Time.


The Prince, The Princess and the King's Brother


This is a movie about a prince and a dagger that can rewind time thus change the course of history. Secara pendeknya, Dastan adalah anak angkat kepada Raja Parsi. Dastan dan dua abang dia (Tus dan Garsiv) serang satu mystical kingdom named Alamut. Serang atas alasan Alamut is a source of threat to Persia. Then the prince jumpa satu dagger yang boleh rewind time, and that dagger is the sacred thing the princess of Alamut wajib pertahankan. As the movie goes, some rampasan kuasa (the king is assassinated) dan penderhakaan oleh family King of Persia berlaku, buatkan Prince perlu confront his brothers and tell the truth since he was badly blamed for the death of the King. Jadi, dengan awek di sebelah (princess of Alamut) dan semangat yang waja, putera kita berusaha membetulkan apa yang salah. Muahahaha!

Anyway, this movie is very satisfying for me. Why? Because it has lots of same elements with the game. Paling obvious- costume (armour) untuk Prince adalah sebijik macam dalam game. Rekaan dagger juga 100% sama. The city itself is quite the same and artistic with the game. Istana, halls, temples, same. Then the actions- lots of jumping here and there, running and jumping on rooftops. Sebijik macam dalam game. Konsep storyline juga ada yang sama dengan game such as sandglass, limited chances to use the dagger (unless you refuel it with the sands of times), the task of the princess to safeguard the dagger and the sandglass (eventhough lain sikit dari game), and semestinya aku super suka efek dia bila guna power time rewind tu. Serious efek tu sama dengan game.


The Warrior Within- My favourite out of the games trilogy


Kalau dari segi plot, logic dan lain2 seni movie, aku rasa ada flaws dia. Dia tak tinggalkan kesan mendalam macam inception ke, character tak cukup chemistry ke, language salah ke...I don't really care at all. Because as a big-big fan of POP series in video games, this movie had given me more than what I expected. For some disappointment...I think they should have make more fight scenes/fall scenes that need the prince to use
the sands of time. Like in video games...bila salah lompat dan jatuh je...."argghhh rewind cepat2!" Bila lawan sampai mati-kena pukul sampai habis lifeline "damn...rewind dan g minum air dulu!" Haha baru best~

I hope, I really-really hope that they will make sequels from this movie. Seriously, for those who don't play the video game versions, you have no idea how wonderful the storyline is. How artistic the design and the imaginary construction of Persia is. Oh actually they target to do sequels for this movie, most probably to follow the games most famous trilogy (Sands of Time- Warrior Within- The Two Thrones) but you know if the receptions for the first is bad (which I believe is bad) and the money return was unimpressive...then maybe it will only be a dream.

Just for some idea of the video game version, check this out. Oh it's an old game (2003) so the graphic is a bit outdated but nevermind, don't hurt you to watch it.





Nampaknya dah terlalu panjang, takpe yang movie2 lain nanti akan disambung semula. Ada lagi...Silent Hill, Resident Evil, Dragon Ball, Tekken, Hitman. Banyak lagi. Stay tuned.



Thursday, June 14, 2012

Boxing

Rasanya semua sudah sedia maklum yang aku ni peminat tegar permainan visual elektronik bernama Tekken, terutamanya Tekken 6. As i said before, Tekken is one hell of a fighting game that i will keep on playing and playing and playing till i die maybe? Haha, anyway lately one interest had emerged from playing Tekken. Which is...boxing!

Apa itu Boxing?




Well, boxing tu satu jenis sukan yang bagi aku agak dahsyat dan kasar. Ia melibatkan dua peserta masuk dalam gelanggang (ring) dan bertumbuklah (tumbuk saja, siku-lutut-tendang tak boleh) sampai salah seorang K.O. Kalau tak K.O, kira ikut point pula untuk decide siapa menang. So, itu basic concept for boxing lah.

In detail, setiap boxer tu akan ada pengkelasan berat tersendiri. Dari serendah-rendah mini flyweight (limit 47.6kg) sampai lah ke heavyweight (90.8kg to infinity), ada 17 kelas semuanya. Jadi, katakan seorang boxer tu beratnya adalah 56 kg, maka dia akan bertanding dalam kategori kelas featherweight saja. Tak boleh fight boxer lain yang kelas berat lain, melainkan dia comply berat tu (buff up or thin down). Setiap weight class ni ada championship sendiri. Featherweight champion, Junior Welterweight champion dan seterusnya lah.

Ok, bila fight, ada bilangan round tersendiri. Paling banyak sampai 12 round, dan paling sikit hanya ada 4 round. Setiap round adalah 3 minit, dan interval untuk setiap round adalah 1 minit untuk rehat, cuci luka, bagi strategi dan mungkin gelak puas (untuk yang sedang menang, haha). Setiap boxer akan ada corner sendiri (whether blue or red), dan kat corner ni lah diorang akan rehat. Bila berlawan, setiap boxer wajib pakai boxing glove, mouthpiece, boxer trunk and boxing boot. Mouthpiece tu sangat penting...untuk mengelakkan patah gigi dan worst, tergigit lidah. Boleh mati wo.

System point dia..agak pening sikit. Basically, seorang boxer tu akan diberi 10 points pada setiap round. 10 point untuk pemenang, dan 9 point untuk loser. Kalau judge rasa dua2 sama hebat, maka dapatlah 10-10. Kalau satu round tu, blue boxer losing the round, plus kena 1 knockdown lagi, maka point adalah 10-8. Ha macam tu la. Tapi ini semua hanya point based punya game, untuk turn the table around, just K.O that guy. Tak kisahlah 5 round sebelum ni kena pukul teruk, tapi kalau pada round ke-6 boleh K.O the opponent, then you win!

Ok, cukuplah kajian perpustakaan tentang boxing, next. Why I like boxing?

Steve Fox!


Ini garang sangat, tapi bolehlah


It all thanks to Steve Fox. This super-uber-cool Boxer from Britain really punch his way through my heart! Jika diikutkan sejarah, aku bukanlah pengguna Steve pun dalam Tekken tu. Tapi one day setelah bosan dengan Christie (terlalu banyak menang), maka aku mencari2 character baru untuk guna. Dalam pencarian tu, aku meletakkan ciri2 seperti berikut sebagai guideline- lelaki (christie tu perempuan, tukar selera pulak) , banyak guna tangan (christie 90% guna kaki), pantas, kejam dan heavily damaging attacks. Sedang mencari2 tu, tiba2 teringat kat abang aku yang selalu guna Steve. Lets give it a try...

Maka bermulalah aku meneroka Steve, from basic Jabs sampailah ke juggling combos. Memang seronok bila belajar character baru ni, apatah lagi character tu memang kita suka. It's like one journey. Today learn 5 moves, and master it. Tomorrow move to another 5. Lusa dan tulat tak main langsung. The next day sambung lagi. Haha, best, memang best.

Dan ternyata, pilihan aku untuk mempelajari Steve adalah pilihan yang tepat. Kenapa? Sebab dia super uber cool weh! Firstly, dia punya physical appearance dah cukup power. Strong, confidence face, gangster-like hair, well built body, long legs and of course muscular hands. Secondly...his moves and attacks are just pure power-precision-ruthless. Senang cerita, sila layan video di bawah.


Sekarang ni bilamana aku g arked, mesti akan main Tekken guna Steve dulu. Only when the opponent is too strong (transition dari button controller biasa pada arked stick mampu mengurangkan 50% efficiency anda jika tak biasa) i'll use Christie, hehe.

Hajima No Ippo!!

This one manga is equivalent to Slam Dunk and Eyeshield 21. Or perhaps, just SlamDunk since ES21 is a bit exaggerated and too flashy. Doesn't matter, this one A MUST READ for all manga readers. WAJIB.

Komik ni mengisahkan tentang Makunouchi Ippo seorang budak sekolah menengah yang baik sangat dan selalu kena buli. One day waktu kena buli, ada seorang boxer sedang lalu di sebelah, halau pembuli2 tu. Start dari situ, Ippo mula kenal akan boxing. Since then, he commit himself full course to boxing. Everyday he's doing boxing. So...from total beginner he rise to the top. Sepanjang perjalanan tu, macam2 yang dia lalui- friendship, rivalry, goals, dreams, obstacles, limits, dirty jokes and of course, some love and a girl. 

Apa yang buatkan komik ni super menarik adalah- it is totally boxing. Kalau anda baca komik ni, memang anda akan tahu banyak pasal boxing. You can learn boxing through this comic, just like learning basketball through SlamDunk. Selain itu, ia akan membuka mata bahawa boxing ini sangatlah seksa. Untuk average training, dia ada macam 2 part. Roadwork dan gym session. Roadwork adalah lari dan shadow boxing dan any body exercises kat luar, gym session adalah precise and detailed training untuk asah boxing skills. Secara mudahnya, saya sangat kagum dengan boxer2 yang berbulan2 training like hell semata2 untuk bertahan selama 15 minit dalam gelanggang. 

Dengan baca komik ni, insyaallah anda akan bersemangat untuk workout or do the roadwork. Seriously, this manga really is a great motivator for those lazy asses. Semangat wo bila tengok Ippo, Kimura, Takamura and the gang lari non stop, sit up, crunches, basah2 peluh and hasilnya...superbly ripped body. Haha~~satu motivasi tu!

And of course, the boxing part. Sangat dramatik. Kalau tengok pada live boxing dalam tv, kita takkan dapat detect jenis punches yang diorang bagi, teknik apa diorang defend. Dengan baca komik ni, kita tahu macam2. Dari sebasic Jab sampailah ke Dempsey Roll. Action dan drama dalam komik ni memang tiptop. Dalam sedang jatuh kena heavy punch, boleh lagi dialog satu perenggan dan flashback ke masa buat roadwork sorang2, terus tahan kaki, tak jatuh malah bagi satu lagi heavy punch pulak pada opponent tu. Only in manga.

Characters dalam manga ni juga best. Dari typical humble hero Ippo (read-Sena in ES21) , cold brother- like rivalry Miyata (read-Rokawa in SD), respected but crazy senpai Takamura (read-Hiruma in ES21), powerful rival Sandou (read- Sendoh in SD) and powerful antagonist Sawamura (read- Minori Kishimoto in SD) semuanya ada strong reasons dan drive untuk succeed dalam boxing. To follow these characters development is somewhat..touching. Just like in ES21 and SD. 

Real Life Boxing

So far I've never watched a full real life boxing in tv. Just some highlights clips in Youtube. Still that's enough for me to have a glimpse of what boxing look like in real life. The answer? A bit disappointed...=_=' Because as i said before, in real life all those slow-mo dialogs between punches are non-existent. Plus, the technical side of boxing like offense and defense  are hardly distinguishable. Payah nak detect...nampak macam main hayun ja tangan tu, haha~

Anyway, aku ada la sikit tengok video2 Muhammad Ali, Mike Tyson dan Manny Pacquiaou. Legendary fighters who won countless titles.

Muhammad Ali, The Greatest.
Oh, one last reason why i like boxing- because it's pure strength and pain. Hayun, tumbuk,berdarah mulut. Berdarah dahi, Broken jaw, broken fist. Cuts everywhere. Memang kejam, but interesting. Maybe zaman dulu ada gladiator, sekarang dah di-civilizedkan sehingga ke tahap boxing. Mungkin in the next 20 years, boxers akan digantikan dengan robot2 boxing meka sepertimana dalam Real Steel? Who knows, haha~

For the time being, i want to enjoy Hajime no Ippo, Steve Fox and keep on watching boxing videos in Youtube. Nanti balik rumah boleh tengok boxing kat astro, yeah!

Saturday, June 2, 2012

Dilema Melayu, K-Pop dan Bandwagon

Sabtu lepas aku dan 2 lagi kawan aku telah secara trio brothers pergi ke Hari Belia Negara kat Putrajaya. Motivasinya simple saja, my mum keep telling me to go, so I go lah. Seriously, at first I thought this HBN is just another carnival. But it's not. Damn mega punya karnival. The mother of all karnival in Malaysia. Entah berapa ratus khemah diorang pacak, berapa puluh stage diorang sediakan.

Sepanjang jalan2 tu, kami cuba untuk cover sebanyak mungkin gerai2 yang ada. Tujuan utama, cari gerai buku FIXI. Akhirnya, jumpa! Tapi tersembunyi kat celah2 laluan bangunan Kementerian Belia dan Sukan. Fuh puas, again duit habis untuk buku. "That's okay, books are good," is what i keep on telling myself, haha.

Anyway, pada main stage, persiapan sedang sibuk dijalankan. Time tu dalam pukul 7. Dah ada dekat seratus orang duk tunggu kat depan sekali. Hairan, minat sungguh menunggu. Bila tanya brother gerai kat sebelah, dia kata malam tu K-Pop punya show. Owh patutla...

Esoknya,

Dalam FB bising dan kecoh. " K-Pop didahulukan dari ceramah agama Ustaz Azhar Idrus kat PICC (putrajaya international convention center)!!"

Dari situ, meleret pula pada "kerajaan menyajikan maksiat kepada rakyat! maksiat!maksiat!maksiat!" Lagi, "Remaja kita rosak akhlak dan iman angkara K-pop!!" Tak lupa, "Gadis2 melayu obses dengan K-pop! Mereka lupa diri!"

And macam2 lagi. Kesannya? K-Pop sekarang ni dianggap sebagai syaitan besar dan punca utama anak2 gadis melayu (islam) hilang akal dan rendah iman.

Hm..lets review apa itu K-Pop. Baiklah, ini fresh 100% dari pengetahuan aku tanpa rujuk mana2 sumber. K-Pop ni, satu brand pop yang dibawak dari Korean punya entertainment industry untuk melebarkan pengaruh di samping money milking.Dari tahun bila mula, aku tak tahu. Tapi rasanya dalam kebelakang ni dalam tahun 2008 camtu dah mula naik sikit2. Korean entertainment ni ada banyak cabang, macam lah entertainment dari negara2 lain. Ada nyanyian, drama, tv show, movie. Dan k-pop ni sangat sinonim dengan bidang nyanyian. Meaning, artis2 nyanyian sama ada solo mahupun kumpulan.

Paling busuk, korang mesti pernah dengan group SNSD kan? Super Juniors, Big Bang, Wondergirls. Ha itu contoh K-pop icon yang famous. Anyway, diorang ni sangat berjaya secara international. Brand K-pop ni diorang bawak sampai ke serata dunia. Dari Korea merebak ke Eropah, Amerika, Asia dan semestinya Malaysia.

Ciri2 K-pop ni sangat typical bagi aku. Muka mesti hensem/cute/comel tahap bidadari-bidadara syurga. Body wajib solid. Lagu diorang mostly adalah autotune dan banyak computerized punya fixed. Bila perform live, tarian diorang adalah penarik utama. Kalau lelaki, memang kacak dan maskulin habis. Kalau perempuan, memang comel habis, dan kadang2 sexy.

Personally, aku tak suka K-pop. Sebab ia sangat plastik dan indifferent antara satu sama lain. Muka operate, mekap tebal, lagu autotune...ha tu antara punca2 aku tak berkenan dengan K-pop. Sesungguhnya J-Rock is much much much much awesome dan kick ass dari k-pop. Well, thats my opinion.

Berbalik pada isu asal,

Entah celah mana teruknya, k-pop dah dilabel sebagai perosak akhlak dan iman anak2 muda. I was like...again?

If you remember vividly, dulu2 pernah ada isu Black Metal pada area tahun 2000 sampai 2004 camtu. Satu Malaysia lancar perang dengan Black Metal. Mastika, Utusan, TV3, Al Islam, ceramah agama, pakcik2 kedai kopi, brader teksi, semua blame Black Metal sebagai punca masalah sosial dan akhlak remaja. Efeknya? Sampai ke genre2 muzik lain yang takdak kena mengena pun kena tempias. Asal ada gig je, mesti kena rush. Main gitar je, "ah tu black metal la!" Pakai baju t-shirt hitam, seluar jeans hitam je, "ni sah black metal punya budak."

But it didn't stop there.

Bila Black Metal dah sejuk, benda lain pulak dijadikan isu. Artis barat lain diharamkan masuk Malaysia sebab terlalu seksi dan ia menjadi punca akhlak remaja islam jatuh dan rosak. Antara yang kena- Beyonce dan Gwen Stefani. Yang Beyonce rasanya dia cancel concert tu, yang Gwen Stefani rasanya dia comply dengan rule, dan dia memang pakai baju yang menutup aurat kecuali kepala.

Sekarang ni, K-pop is the victim.

Now, i realize there was one trending between those cases. Bila ada artis luar nak buat show, bisinglah mereka dengan kata inilah punca orang melayu dan islam lemah iman dan rosak akhlak. Datang black metal, kena tuduh. Datang Beyonce/ Avril/ Gwen Steffani, kena tuduh. Datang K-Pop, kena tuduh. Persoalannya, kenapa tuding jari dan salahkan pihak luar bila mana kita sendiri tak tahu jaga diri? Its like...you blame the exam and the lecturer bila fail satu2 paper. Tak nak ngaku yang sendiri itu tak cukup persediaan, atau memang tak cukup pandai untuk satu2 paper tu.

Oh forget to say, antara semua punca2 kat atas tu, K-pop punya show adalah paling minimal sexiness dan bahaya content nya. Still, punca rosak akhlak dan budaya?

Bagi aku, tak salah untuk minat apa2 pun. Minat Black Metal ke, Punk ke, Rock, Dangdut, Pop, Hindustan, K-pop ke, its okay as long as you don't over commit yourself dan lupa akan tanggungjawab dan diri itu sendiri. Aku ada ramai saja kenalan yang minat black metal, minat punk dan kaki gig dulu2. Sekarang dah kawin dan ada anak lagi. Oh masa muda2 dulu, diorang semua okay dan tak pernah perlekeh islam. Kalau jalan2 dengan diorang, mesti berhenti untuk sembahyang 5 waktu. How cool was that? Sembahyang tak tinggal, alquran baca weekly, telefon mak ayah seminggu sekali, that's basically okay and enough. Kalau anda buat lebih, tambah ceramah agama sikit dan majlis usrah sikit, lagi bagus. So, what's the deal if you know you done what needed to be done?

On the side story, about K-pop. I found this statement from Facebook. Mula2 baca "oh k-pop, okay i know...." then lama sket, "what? kenapa dia jawab camtu?"

Here's the thing,




Okay, i really facepalm dengan jawapan 1st dan 2nd dia. I understand niat sebenar dia cumalah ini- jangan berlebih2 sangat dan berfanatik sangat. Tapi, how could you label  "ee...hensemnya pelakon korea dan penyanyi k-pop tu...minat sangat2. comel!!..lepas ni boleh la belajar bahasa korealah. nanti pergi konsert kpop.boleh cakap korea.saranghyeo oppa!!" as berlebih?

And jawapan yang diberi, sangat mendukacitakan (bagi aku). Apa salahnya belajar bahasa asing selain bahasa arab? I know that in syurga the language is arab, but does that means you cannot learn other languages just because those other languages bukannya bahasa arab? It's like one dilemma orang Islam. Bila ada usaha belajar bahasa asing bukan arab, nanti dengarla suara2 halus sumbang syahdu gemersik "baik ko belajar bahasa arab, bahasa syurga tu."

What? There's no freedom of choice anymore? 

Oh one more thing. Apa itu definisi mutlak bagi 'jangan berlebih2/fanatik'? It's a relative perspective up to each and everyone's opinion. Say that...you are a fan of manga. Ko beli semua manga yang ko minat, beli semuanya. Jumlah perbelanjaan semua komik tu (setelah 5 tahun punya koleksi), RM3000. Is it berlebihan? Bagi bukan peminat komik- yes, bazirnya. Baik ko derma surau (again, this cliche baik ko 'holy deeds' dengan duit tu') ke, atau ko simpan dalam bank ke. Tapi untuk komik fans, it was a treasure for them. Setiap bulan keluarkan sampai RM50, sanggup makan maggi saja untuk seminggu, takda hal. Kepuasan dan minat tu ada. Jadi, mana yang berlebihan nya?

K-pop fans fanatik dan over minat? How you define over minat tu? Bayar RM200 untuk tiket konsert diorang? It's RM200 for a year at much. Kadang2, tak ada peluang langsung. What's the problem? Kecuali dia beli tiket, lepas tu takda duit nak makan asyik pulak pinjam duit kawan, itu patut diceramah. Back to the define tu, over kalau terlompat2 terjerit2? Semua konsert akan terlompat2 terjerit2. Aku pergi gig dulu, semua band favourite aku bila perform semuanya aku terlompat2 dan terjerit2. Is it wrong? Normal lah, spontaneous reactions bila your favourite artist are real in front of your eyes and playing your favourite songs. Namanya konsert dan gig, bukannya ceramah agama. Kalau pergi ceramah Ustaz AI pastu ada 5,6 orang terlompat2 terjerit2 ha yang tu lojik untuk diceramahkan juga.

In all, bagi aku it's up to that person to manage dia punya tahap minat. Nak minat, minatlah. Nak jerit, jeritlah. Nak lompat, lompatlah. Nak beli tiket konsert, beli lah. Nak nyanyi lagu Korea, nyanyilah. Nak belajar bahasa Korea, belajarlah. Itu hak dia, pilihan dia. Asalkan jangan over commit dan lupa tanggungjawab diri tu. As long as you don't cross the line in which that line you should define it through your own conditions and understanding regarding yourself, your image and your religion.

Masing- masing orang, masing-masing pendapat. Ini hanya pendapat aku sahaja. Mungkin kamu akan nampak aku ni seakan benar2 pertahankan fan Kpop ni. Bukan, aku juga geli teruk bila tengok ada group Malaysian K-pop. Tapi, apa salah mereka yang minat Kpop sampai kena hentam teruk2 di internet dan paper? You just can't bash someone's hobby and interest just for the cause of joining the internet bandwagon. Be sensible, and we shall spread respect amongst each other. 

Peace. Assalamualaikum.



-End of story-






Tuesday, May 22, 2012

Berdiri di Situ

Amran berdiri di luar pintu itu. Sejuk, angin malam terasa mencengkam isi sampai ke tulang. Dipeluk tubuhnya untuk memberi sebanyak mungkin haba kepada badan yang kesejukan.

Bila-bila masa saja dia boleh masuk, bila2 masa saja dia tak boleh masuk. Amran tak kisah. Dia berkeras untuk berdiri di luar pintu itu.

Tatkala itu,

Mindanya merewang. Jauh berfikir, berangan dan tak tentu arah. Pelbagai perkara yang melintas di mindanya dan juga semestinya, di hatinya.

Di sebalik pintu itu...

Wujud harta bernilai kepada amran. Harta yang sangat bernilai. Jauh lagi bernilai dari nilai mata wang. Malah, tiada gantinya dengan emas permata.

Inside the room, is something that can't be find in any other places. Irreplaceable kind of thing.

And to be frank, Amran really care of that thing. He is willing to do anything to that thing, anything on behalf of that thing, anything for the best of that thing. Even to the extent, he was hurt for loving it too much. Still,

Amran masih berdiri di sebalik pintu itu.

Teguh. Tidak berganjak.

Sunday, May 6, 2012

Lets Talk Football- Liverpool

End of season is coming near. Banyak liga2 utama eropah dah makin jelas siapa champion, siapa top four, siapa relegated dan sebagainya. Tapi bagi aku selaku fan Liverpool, tak terasa excited apa pun. Sebab? Mudah saja, Liverpool sekarang sudah teruk. Simple as that.

Let's talk about Liverpool.

It was (almost) all rosy under Rafa, sampailah satu season tu (2009-2010) tiba2 Liverpool macam kena virus. Draw, lose, draw memanjang, finally dapat nr. 7. Rafa kena pecat, ganti dengan Roy Hodgson. Ini bala. Super bala. halfway the season, Roy pula dipecat dan diganti dengan Dalglish. 'The King' as they call him. Jadi, dari pertengahan 2010-2011 hingga la sekarang, manager adalah Dalglish.

Honestly, i don't live zaman Dalglish adalah greatest player of Liverpool, so saya tak tau sangat apa specialnya dia ni. Just tahu, dia memang sangat tinggi kedudukannya dalam hati2 fan Liverpool. Apapun, back to business. 

Sepanjang Dalglish jadi manager ni, ada satu benda yang saya risau. It is..British Favourtism. Why? Sebab almost all players yang dia beli waktu summer dulu, adalah Brits. Almost all. Tak lupa juga, rumours yang nak dibeli juga adalah player British. Ini sangat merisaukan aku. Sebabnya mudah. English/ British players are mostly deadwood. Diorang tak kreatif, tak skillful, tak lincah. Tak ada yang seperti Xavi, Iniesta, Aimar, Messi, Torres, Robben, Modric,  Kaka, Suarez.  Dalam team England sekarang ni, yang betul2 boleh kasi gerun player opponent, hanya Rooney- Gerrard(ini pun dah makin karat)-...ha tu saja. And look at England and how they play. Boring, play super safe, not creative, and long ball. 

Sampaikan ada rumours, Liverpool targer Cattermole from Wigan. And entah berapa ramai lagi British yang melekat nama. Celaka apa?


All smiles in the beginning. All smiles.


Now, yang betul2 masuk Liverpool- Downing, Henderson, Adam, Carrol. Dari 4 orang ni, hanya Carrol yang bagi aku betul2 ada impak. Downing tu crap. Nak beat first defender pun tak lepas. Dribble tak boleh. Shoot pun off. Apa yang dia boleh buat? Pecut dan pecut dan pecut dan cross...

Henderson. See the potential, but too young to be the first eleven. Still only 21, and he's the England Under 21 captain. So, its a future purchase. TETAPI, clearly not a regular starter. Apa yang dia buat dalam most games? Sideways, backpass. Tu je.

Adam. Ini enigma. First 10-12 games, dia sangat bagus. Macam Xabi Alonso dulu2. Tapi lepas tu, total crap. Selalu foul2 bodoh, selalu mis pass, selalu robbed off the ball, tak creatif. Apa yang jadi kat dia, i don't know.

Carrol. Satu lagi enigma. Tapi, graf performance dia makin naik. I don't use the statistically method of evaluating performance, but from my own observations, he is getting better and better. From total deadwood kepada the Carrol that was in Newcastle. Keep it up man.

About this season. 

Abysmal. Should be better. Because finishing 8th or 9th is not acceptable. Plus, spending nearly 100milion should give you a better league position than this. At least, much better purchases than Downing-Henderson-Adam. You know, Liverpool main sangat bagus pada awal 10-12 games camtu. Tapi semua mula betul2 rosak bila Lucas injured. Start dari situ, Adam main macam bangang. Creativity in attacking mula hilang. Defend mula senang bolos. Pelik sungguh. Is there no backup plan for loss of Lucas? I don't know.

Striker pula rasanya tak cukup. Cuma ada dua striker yang betul2 striker dalam team ini. Suarez and Carrol. Dan saya rasa Suarez tu bukan striker. Dia lebih pada supporting striker. Dengan kata lain, orang belakang striker yang selalu bukak space-create clear chances- assist pada main striker.

Midfield talent. Sangat sedikit. Downing is not a good winger. Henderson, macam saya kata tadi- too early and raw. Spearing? Overrated. Cuma ada Maxi sebagai backup. Itupun jarang diberi peluang untuk main. Bellamy? Hanya efektif bila sebagai super sub pad later part of the game. Gerrard? He's past his best. Got to admit that.

Defence department, for me is okay. Skrtel and Agger start to form a very good partnership at the back. Enrique is what a left back should be, cuma kadang2 dia off form bahagian defend. Johnson, sama cerita dengan Enrique. So, no problem at defence.

Jadi, apa yang perlu Liverpool buat pada season depan? 

Get one out-and-out striker. Like Torres, like Villa...or Aguero, or Nistelroy. The one who knows how to bang in goals endlessly. Get one creative midfielder like Iniesta, or Modric, or Silva, or Aimar. Yang mana tahu nak dictate gameplay, tahu operate tengah space yang kecik.  Dan kalau possible, one really quality defensive midfielder yang boleh ganti Lucas bila dia injured. No more Spearing please.







 Admittedly, Liverpool missed Torres's clinical finishing.


And about Dalglish... saya sudah hilang kepercayaan dan kesabaran padanya. He is rebuilding the squad, the team. But with the purchases of the likes of Henderson, Adam, Downing? Cuba fikir, ada Arsenal, ManU, Chelsea atau City nak guna tak player2 ni kalau diberi peluang? Saya tahu, ada peraturan Homegrown and Nationality nanti dalam beberapa tahun akan datang, tapi...ini sudah sangat teruk. Tambah pula, keyakinan melampau pada Spearing dan Shelvey. Aih...both of them just average, sometimes below average.


My hope- Dalglish got sacked/ he resign. Then ganti oleh Rafa, atau Pep. Seriously, saya rasa Rafa sangat berkebolehan dalam bawa Liverpool ke depan. He never get the chance of 50-100 million money to spend on players. It had always been sell before buy. So, why not give him a genuine chance?

Tapi, kalau Dalglish masih kekal, pun ok juga. Cuma, please make sure season depan main betul2. Sedih rasanya bila tengok Liverpool hanya gah pada nama. Realitinya cumalah sebuah kelab pertengahan.




YNWA.






-End of story-


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails