Friday, September 23, 2011

Spice Girls (and why I like them)

Sekarang ni trend music sudah beralih kepada Korea. Korean pop. K-Pop. Rata2 kalau ditanya pada remaja2 malah student uni sekalipun tentang music kegemaran, rasanya selamat untuk assume yang majoritinya minat dengan K-Pop. Yang gadisnya akan gilakan K-Pop boys macam SuJu while the boys are surely angau dengan Girls Generations and Wondergirls and yang seumpama dengannya.

Ringkasnya, kalau ditanya kepada gadis2- apa yang menariknya Korea ni. Automatically jawapan yang keluar adalah

“ Diorang semua hensem2~~ ”

“ Lagu diorang catchy~~! “

“ Diorang menari best lah! ”

Untuk jawapan dari fanboys pulak, tukar saja hensem tu jadi cute/comel/ cantik/ macam patung.

Bagi aku pula, honestly aku tak minat dengan K-Pop. Sikit pun tak. Baik group pmpuan mahupun lelaki, no. Ok, memandangkan aku ni lelaki so it’s better kalau aku bercerita pasal group pmpuan yang aku minat. Tak lain dan tak bukan- Spice Girls.



Ok memang diorang dah tua.

Spice Girls, sejauh dan seawal ingatan aku, aku mula kenal dan tahu kewujudan diorang masa aku darjah..2 kot, tahun 1998 camtu. Waktu tu famous dengan lagu Wannabe dengan Viva Forever. Ouh ingat lagi time tu, TV2 bukannya TV lame macam sekarang. Ada banyak kali video klip Viva Forever ditayangkan. Dan untuk seorang budak kecik darjah 2 naif innocent tak tahu apa, video tu adalah sedih but at the same time a bit scary jugak. Why sedih? Sebab lagu dia, melodinya bunyi sedih sangat. Why scary? Mesti la sebab ada 2 orang kawan jalan2 kat hutan/taman and suddenly ada 5 pari2 datang and mesmerized them with some flashy magics and boom! Sorang dari kawan tu dah masuk dalam telur easter egg.

Alrite let’s be serious.

Truthfully, aku minat Spice Girls sebab mereka ada true quality lah senang kata. First sekali, lagu2 diorang adalah hasilan kerahan otak fikiran mereka sendiri. They wrote their own materials. Sesungguhnya adalah amat rare untuk gilrband tulis lagu sendiri. When the artist write and produce their own materials Insyaallah group itu akan bertahan lama. See Queen, Metallica, Melly Goeslow, Yuna and so own.

Then, aku tertarik dengan imej/ pembawakan diri yang ditonjolkan mereka. Ini satu marketing strategy yang bijak oleh manager/ producer diorang. In Spice Girls, there are 5 girls (now mums) with distinguishable personalities from each other. OK penerangan ringkas lah. Ada 5 orang. (Menurut gambar bawah, dari kiri ke kanan) Mel B, Emma, Mel C, Victoria dan Gerri.



Setiap dari mereka adalah very different personalitinya. From what I had seen , Mel B ni jenis outgoing, typical black woman. Emma pulak jenis ayu2 lembut macam baby camtu. Mel C jenis sporty and lasak. Victoria ni jenis control penampilan and trendy. Gerri pulak macam paling tua antara diorang, boleh kata ketua lah rasanya.Semua perwatakan ni jelas kalau korang tengok video klip diorang, kalau korang tengok interviews yang diorang jalani. Dan surely super obvious bila tengok video concert diorang. This aspect is quite..absent when I watch K-Pop videos.

Lagu2 diorang selain daripada catchy dan soft (mostly, sebab ada gak yang high beat), vokal harmony diorang adalah sangat best dan sedap didengar. This is a vocal group that at 1 beat in a song there are up to 3 or 4 different harmonies. Tambah menyedapkan lagi, bila dipadankan dengan suara masing2 yang unik. Seriously, Mel C, Mel B dan Emma punya suara adalah very distinguishable. Tak percaya? Dengar lagu ni.



Satu lagi, diorang semua nyanyi. SEMUA. Tak seperti Pussycat Dolls, hanya Nicole saja vocal diorang, yang lain cuma background vocals saja. Bila diorang perform live, performance yang diorang bagi memang 4 flat. Superb. Vocal ranges sampai, harmony pun ok. Dance step pun synchronized. Dancing while singing. Itu sangat meletihkan. Tak semua mampu buat camtu.

Ouh kalau korang kata sebab diorang jual feminisme diorang yang buatkan diorang jadi famous, yes aku stuju hal tu. Dalam dunia skarang ni hampir semua benda kena ada sex appeal sampaikan jual penapis air Bio-Aura pun hire Ustazah NorBahiyyah untuk jadi duta, apatah lagi Spice Girl ni. Yes diorang pakai agak sexy, muka diorang comel juga (masa muda dulu) tetapi ianya tak se-perfect yang dioffer oleh Korean entertainment sekarang. Dari 5 orang tu, ada saja yang hidung kecik, dahi lebar, kulit gelap, muka kecik, hidung besar. Tak macam K-Pop, muka inch perfect. Takda cacat cela langsung. Breasts and body? Well tak kelima2 orang tu own yang superb. Ada sorang tu plain ja. Tak macam Pussycat Dolls, semuanya body busty2 belaka tapi sorang je nyanyi semua lagu. Yang lain tu penari ja lebih.



Angels from Asia



Strippers from America


So as a fan, aku sangat excited bila tahun 2007 dulu they performed a world tour reunion. Harapan di hati mahu membeli DVD konsert itu, atau paling cikai pun tengok kat Youtube tapi hampeh. They didn't plan on releasing any of the concerts recording. Sampai hati depa.

Aku tidaklah mewajibkan kamu untuk minat Spice Girl. Ikut terpulang kepada korang untuk minat yang mana satu pun atas dasar apa sekali pun. Masing2 ada citarasa dan nafsu tersendiri. Apapun, nama Spice Girl tetap ada dalam hatiku sebagai girlband terbaik dalam dunia.

Ok lah, nak layan Spice Up Your Life. Bye!

Tuesday, September 6, 2011

Dawn?

Lately,

Buying and reading books is much much more interesting than buying and playing games.

A Doctor in The House, Chariots of The Gods, Kougar, Pecah, Kasino, World's Most Evil Man , Shamsiah Fakeh are more intriguing rather than Brink, Red Faction Guerilla, Dungeon Siege 3, Sim Societies, Command and Conquer 4 and Fear 3.

Based on this, is it saying that I am changing? A new dawn or false dawn?

We'll see.




-End of Story-

Sunday, September 4, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2011





Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.

Minggu lepas adalah minggu raya. Tahun ni pulak, raya kat umah adalah sangat meriah dengan kehadiran kak ipar dua orang dan of kos babies~~ 2 babies, sorang gadis sorang machoman. Gadis adalah Qaisarra Sofea binti Mohamad Pahlavi dan machoman adalah Luqman Hakim bin Nasruddin.

Cerita pasal 2 baby itu kejap eh.

Yang gadis itu sudah berpangkat kakak kerana umurnya yang tua lebih 4 bulan dari Luqman yang baru 2 bulan. Kami semua panggila dia Pea (Pi-ya) atau kalau rajin sket, Sofea. Kalau yang machoman tu, kami panggil dia Luqman, atau versi machonya Luq (Luke Skywalker gitu). Jujurnya, both are very cute. Pea ni jenis baik dan sangat tak kacau orang. Tak akan nangis pun biarla sapa2 pun yang dukung dia. Kalau waktu nak buka puasa dulu, cuma tinggal dia kat karpet ruang tamu, then dia akan merangkak sorang2 sambil main remote astro. Entah kenapa dia suka sungguh dengan remote Astro.


Sofea in Liverpool kit. YENUWA!


Luqman pula, memandangkan dia baru 2 bulan so biasalah, dia akan kuat menangis sket. Tapi ada satu karakteristik unik pada dia- rambut lebat sungguh dan dia sangat serius.....Selalu kerutkan dahi. Tambah2 kalau tengok orang lain selain papa mama dia. So rutin dia kalau ada apa2: Muka normal- kerut dahi- kerut dahi dan geleng2 kepala- kerut dahi dan geleng2 kepala sambil kayuh2 kaki tangan bergerak2 macam tepis benda- nangis dan semua benda sebelum ni kecuali muka normal. Itulah apa yang jadi bila dia nak susu, atau nak tukar pampers, atau tak selesa dengan orang lain. Sangat comel bila tengok, hahahaha.


Luqman yang serius sentiasa.


Ok cukup cerita pasal anak sedara pak cik. Masuk pada topik sebenar.

Actually, aku rasa macam nak share cara raya family aku. Bukan nak membangga diri mahupun family, tapi sekadar berkongsi setelah lihat ada pelbagai benda yang create questionssss sepanjang raya ni. Hahahaha.

Rutin family aku pada pagi raya- normal dan biasa2 saja. Bangun dalam pukul 6 camtu, then minum dan makan dulu sambil tengok tv dan sembang2 sebelum pergi mandi. Sarapan pagi yang ni best, sebab first sarapan selepas sebulan, dan mak serta kak farah dan kak mas akan hidang cantik2 dalam set teko. Ketupat lemang rendang pun sama. Terasa decent sekali sarapan itu.

Habis sarapan kami akan mandi dan pakai baju raya, terus ke masjid. Memandangkan ada 2 baby kecik dalam rumah, maka Kak Mas dan Kak Farah tak ikut. Anyway, ini first curiosity aku. Turun temurun sejak dulu kala lagi. Bila pergi sembahyang raya pagi tu, WAJIB pakai baju raya set lengkap bersampin berbutang lima. Sampin jenis yang baju masuk dalam, bukan style Johor punya. Butang kena pakai penuh. Songkok tak payah cerita. Dalam masjid, aku rasa yang sebegini dressing codenya...tak sampai 10%, hahaha. Ini adalah ajaran abah aku, katanya pagi raya kena pakai smart2, baru la cantik. Oh tapi bukan kasut raya, hanya pakai selipar biasa ja untuk ke masjid. Pakai kasut raya mahal2 untuk ke masjid adalah kerja bangang.

Bila balik dari sembahyang, again rilex2 dulu. Bukak sampin ke, duduk makan sket2 ke, atau nak ke toilet ke ha semua tu adalah sesuai waktu ni. Bila dah setel, maka sekali lagi akan pakai balik baju raya full set tadi dan akan bersalam raya minta ampun satu family. Ia akan mula dengan mak minta ampun kat abah, then sambung ngan abang Awi kepada abah dan mak dan begitulah seterusnya sampailah ke adik aku. Abah aku sorang yang nostalgik, dia suka sangat simpan gambar. So, akulah selalunya yang jadi camera man time salam mintak ampun ni. Habis sesi bersalam, kami satu family akan duduk ramai2 dan tangkap gambar family guna kamera yang set timer. Selalunya, abah aku akan set kamera, dan bila dah "klik poq klik poq", dia akan lari dan amik position. Smile~~ ok siap.


Besarnya aku, hahahaha. Tapi maintain kacak.


Habis sesi bergambar, ok mulalah program beraya. Prinsip ayah aku juga- hari raya 1st dan 2nd adalah hanya untuk adik beradik family sanak saudara saja. Kawan2 dan lain2 adalah pada hari2 lain. Jadi, abah selalunya dah susun rumah2 yang akan dilawati. Kesemua rumah tu adalah orang yang lagi tua dari abah dan mak dan of kos- adik beradik. TokKampung, TokCik, TokLang, TokNgah, Cikgu Bashir (pangkit TokChik), TokTam adalah regular rumah yang kami akan pergi. Mereka semua adalah pangkat lagi tinggi bagi abah aku dan jasa mereka waktu dulu2 adalah reason kenapa tiap2 tahun abah akan bawak kami sekeluarga pergi melawat.

Dalam hal melawat ni, abah wajibkan semua anak2 dia ikut. No compromise. Even abang2 aku yang dah kawin pun ikut juga. Jadi memang sekali masuk rumah ada 10 orang sampai..haha. Abang2 aku dan kak2 ipar aku pun ok saja, tak melawan pun. Malah diorang setuju lagi. Respect.

Bila dah habis rumah adik beradik pada raya 1st dan 2nd, baru lah masing2 bebas nak ke rumah sapa2 pun. Selalunya rumah kawan, rumah cikgu lah. Tapi, kadang2 aku duduk rumah saja, sebab hari2 berikutnya ada ramai adik beradik akan datang melawat rumah . Selalunya adalah adik beradik generasi mak abah aku pula macam PakCik, PakNgah, PakNdak, PakSu dan macam2 lagi. Yang pangkatnya adik, sepupu dan abang kepada abah dan mak aku. Diorang akan datang satu family.

Bila ada tetamu datang, mak dan abah akan sambut mereka dengan mesra. Abah akan layan dulu tetamu di ruang tamu dan mak akan sediakan juadah di dapur dengan dibantu kak2 ipar. Selalunya tetamu yang nak datang akan telefon dulu so bolehlah prepare awal juadah2 tu.

Daripada aktiviti raya ni, aku mula sedar beberapa benda.

First sekali akan adat melawat rumah orang dan adab bila menyambut tetamu dan adab bila menjadi tetamu. Aku honestly rasa besar hati dengan tuan rumah yang menyambut kami. Cara mereka sambut, cara mereka bercakap, senyum selalu, bahasa pun lembut dan baik2..membuatkan aku rasa dihormati dan dihargai. Walaupun kami bukanlah keluarga orang berada kereta besar2, tapi tuan rumah tetap layan kami dengan baik biarpun mereka adalah golongan datuk dan kerjaya hebat seperti doktor, engineer dan lawyer.

Sama juga dengan adab menjadi tetamu. Kena lah jaga perlakuan dan tutur kata. Senyum tu mesti. Bahasa juga kena lembut dan tertib. Tak kiralah pangkat kamu doktor atau lawyer atau lebih tua atau harta pusaka berelung2 sekalipun tapi apabila masuk ke rumah orang kenalah kamu beradab dan menghormati tuan rumah. Ada sekali sepasang doktor dan keluarganya melawat kami di rumah. Seriously aku sangat respect kepada mereka. Walaupun mereka doktor, pangkatnya lagi tinggi dari mak dan abah aku tetapi mereka sangat beradab dan menghormati tuan rumah. Nada percakapan yang tidak tinggi, senyum selalu, tidak cakap jenis perlekeh secara diam2 malah peramah. Anak2nya juga sama, walaupun tak banyak bercakap tetapi duduk diam2 dengan senyuman. Now that's what we call respect earned.

One more, bila jalan2 nak g beraya time raya 1st tu selalunya aku akan nampak jiran punya anak2 (umur takat aku dan muda sket kot) akan keluar dengan kawan2 diorang naik motor dan lepak2 bawah pokok. Baju memang macam nak g sembahyang jumaat je pun. Pelik aku memikirkannya.

Anyway by conclusion, raya tahun ni memang lagi bermakna dan meriah banding dulu2. Mungkin sebab ada ramai dalam rumah dengan baby comels dua orang. Mungkin juga sebab aku makin mengerti dan faham akan kepentingan ziarah menziarahi ini. Mungkin kerana aku sudah meningkat matang? Hahahahha, good for me.

Sekali lagi, Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin. Jemputlah datang ke rumah.




-End of story-




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails