Tuesday, August 2, 2011

Membaca

Hari tu aku ada buat entry pasal Mastika. Aku ceritakan pasal persepsi orang ramai terhadap mastika, isi sebenar mastika, kecerdikan/kebodohan mastika, teknik tulisan, semualah. Bacalah kat sini. Then sehari dua lepas tu dalam FB tengah comment2, ada sorang kawan aku kata yang aku ni fan tegar Mastika, baca benda2 ngarut tu saja. Haishhh..nampaknya artikel yang lepas tu tak sampai tujuan nih. Hahahaha.

Apapun, untuk pengetahuan semua, memang dari kecik lagi antara minat aku yang original dan maintain sampai sekarang adalah membaca dan main video games. Yes membaca tu ada. Sejak aku kecil lagi. Ini serius, bukan saja2 letak kat resume dengan niat nak nampak educated. Tak baik. Nanti kena panah petir.

Sebenarnya pengaruh membaca ni datang dari abah aku. Dia memang rajin membaca. Terutamanya berkaitan perang, sejarah dunia, sejarah perang, politik, american things and western lah secara amnya. Teringat lagi ada sekali tu dia bawak aku pi gunting rambut. Sementara tunggu uncle tu potong rambut aku, abah aku baca buku perang yang pocketsize. Buku tu pasal US punya air battle dengan Nazi dan Jepun. Bila kenang balik sekarang, mana ada bapa lain buat camtu dah.

Waktu aku kecik2 dulu, buku yang aku ingat menjadi inspirasi dan sumber fantasi aku adalah (antaranya) buku siri Gnomes. Ha....penah dengaq tak? Tu buku yang khas untuk budak2 tahap sekolah rendah. Mainly pasal Gnomes people- rumah diorang, apa diorang buat, apa makanan, travelling diorang. Sangat imaginatif dan wonderful. Seriusly, kecik2 dulu bila aku tengok lukisan rumah Gnomes maka aku akan berangan dan berimpian untuk pergi ke sana, masuk dan duduk minum2 dengan Gnomes. Cerita diorang ada banyak selit fantasi. Seriously, they are my Wonderland zaman kecik2.


Ini adalah My Wonderland

Ah, nak pi baca baliklah buku Gnomes ni.

Then ada lagi banyak buku2 for children learning yang pasal travel around the world, culture around the world, macam2. Oh ya semua tu dalam English. Dan illustrasi nya adalah sangat sangat sangat sangat menarik. Tak bosan2 aku ulang sampai lekang pages dari buku tu. Kalau nak banding dengan buku cerita kanak2 Malaysia- memang lame dan boring to sleep.

Bila besar sket lagi, aku mula masuk sekolah rendah. Minat membaca aku kembali menjadi gila waktu aku darjah 4. Semua punca dari abang aku yang sulung. Dia beli buku Give Yourself Goosebumps bertajuk Deep In The Jungle of Doom. Pergh buku ni memang senggama minda sungguh. RL Stine is one hell of a good thriller writer. Siri Give Yourself Goosebumps ni jenis thriller action punya buku. You bukak 1st page, then pada hujung page you kena decide samada nak buat action A atau B. Setiap action tu akan bawa ke storyline berbeza. Contoh, pada 1st page cerita dia camni. You are alone in one muzium. Then suddenly you see silhoutte moving towards you. So,

1) you stood there and embrace yourself- turn to page 43
2) WTFBBQ you are waiting for? Get your ass out of there-turn to page 22.

Memang best. Aku kumpul sampai berbelas2 jugak la siri dia. Semua best. Seriously.


Buku goosebump first aku baca. Sampai tekoyak2 page dia.


And then I grew up, my love of reading really was like sea waves. Kadang2 ada, kadang2 takda. Antara buku2 yang aku baca time sekolah menengah dan matriks adalah novel2 english lah kebanyakannya. Chill Factor, SHE, God, Remember Me, Road to Nowhere, Hello Darkness, Nobody True, Dracula, Frankestein.

Best ever novel (fiction) adalah Nobody True. Super duper best. Cerita pasal seorang lelaki berjaya- ada bini hot, anak pmpuan comey, rumah besar dan kereta pun style, senang kata living an American dream lah. Tapi dia ada satu speciality- dia mampu pisahkan badan daripada roh time dia rehat/tidur. Dan dia dalam bentuk roh tu boleh terapung ke mana saja, then bila dah puas dia boleh unite balik dengan badan dia. Tapi, satu malam sedang dia duk terapung keluar, bila dia balik, disaster struck- badan dia dah kena cincang teruk. So, dia tak boleh unite semula. Jadilah roh terapung. Tapi masalah bukan takat tu saja. Family dia dalam ancaman, masalah rumah tangga pun makin timbul. Senang cerita korang kena baca sendiri. Sangat high value. Dari family, moral, self esteem dan perceptions towards the world.


Family, friendship, betrayal, death, anger, jealousy, sex. All in one.


Sekarang ni, aku sedang berminat dengan hal sejarah negara, tokoh negara, politik, sejarah islam dan sejarah luar secara amnya. Baru2 ni aku baru habis baca Shamsiah Fakeh- Pemimpin, Pejuang dan Perempuan. Sangat membuka mata buku tu. Juga dah habis baca Chariots of The Gods? Ini sangat merbahaya. Idea gila tapi macam masuk akal.Juga buku Nasib Melayu di Bumi Melayu. Ini pula bagi aku adalah kebenaran tapi ada yang nak labelkan sebagai rasis. Terpulanglah. Buku Mysteries of The World. Sangat senggama minda dengan persoalan yang ditujukan. Dan sekarang ni sedang menyambung baca A Doctor In The House- Memoirs of Tun Mahathir Mohamad. Ini wajib dibaca semua rakyat Malaysia. You hate or love him- you have to.


Dibenci dan disayangi ramai, tapi bacalah.

___________________________________________________________

Panjang sungguh pasal kronologi sejarah membaca aku ni. Ok lah, aku nak tanya korang. Korang suka membaca tak? Kalau ya, apa yang selalu korang baca? Kekerapan membaca?

Bagi aku, minat membaca ni memang kena dipupuk dari kecik. Dari rumah lagi surrounding kena membantu- ada rak2 berisi buku, contoh dari parents yang duk membaca. Even bila baby ada dalam perut, si ibu akan beria2 membaca buku dengan harapan untuk anak juga akan terikut. Tapi bila baby dah keluar melihat dunia, si ibu sudah tak membaca...ini perlu diubah.

Aku beruntung kerana persekitaran aku membantu dalam membina semangat membaca. Abah aku seorang pembaca yang tegar, abang aku yang sulung pun sama. Abah aku juga seorang yang pro Western- lagu semua english. Movie pun english. Itu sikit sebanyak mempengaruhi aku. Abah aku juga tak kedekut dalam membeli buku untuk anak2nya. Kalau dikira balik, memang banyak buku educational yang dia beli untuk kami. Dan most are in English, haha.

Advantage membaca ni sangatla banyak. First sekali, grammar kita akan improve. Then, perbendaharaan kata juga makin banyak. Tapi yang paling best skali adalah gain new knowledge lah. You'll never know anything unless you experienced it, or watched it, or read it. See?

Banyak event2 terdekat yang bako smangat aku untuk membaca. First skali Nami dalam TehTarikGelasBesar. Dia memang sekular, memang dibenci geng agama. Tapi dia betul dalam satu benda. Dia banyak membaca dan dia banyak kali mengkritik Melayu yang puratanya hanya baca 2 buku saja setahun. Itu satu.

Then, abang sulung aku Mohamad Pahlavi. Di rumah dia, penuh rak berisi buku dari topik agama, new age, sejarah dunia, sejarah islam, biografi, novel....macam2 lah. Dia juga cadangkan pada aku untuk membaca lebih banyak, sebab dia kata adalah sangat bagus hobi membaca ni. Bukti? Dia sendiri boleh berdebat dengan pendakwah Kristian yang datang ketuk pintu rumah dia hari tu. Sampai pendakwah tu tak leh jawab soalan dia dan terpaksa balik awal. Sumpah aku kagum.

And lastly, satu waktu tu aku kena jaga booth Jabatan Alam Sekitar time satu kem dulu. VVIP adalah Tengku Intan Shafinaz. Bila nak hampir turn aku, Pak Su orang kuat kem tu kata kat aku

" nanti you teranglah sket2 apa yang you all buat. Jaga2 sket, dia banyak membaca. Pengetahuan dia luas."

Terus aku rasa kagum di samping tercabar.

Aku juga nak jadi macam tu. Aku juga nak jadi banyak membaca. Aku nak ada pengetahuan yang luas. Aku tak nak jadi Melayu 2 Buku Setahun. Aku nak improve.

Oh ya, tak lupa juga. Ayat Al-Quran yang first turun ke Bumi ni pun bunyinya adalah Iqra'.

Iqra'.

Bacalah.






Thursday, July 28, 2011

Mastika


Abah aku seorang yang serius, cerewet dan picky dalam hal2 bahan bacaan (dan banyak lagi sebenarnya). Dalam rumah kalau nampak paper Harian Metro memang mampos, paling kurang pun beliau akan complaint, beleter dan marah2 kepada yang beli paper tu. Katanya, Metro ni memang sampah, isi kosong. Muka depan nak kontroversi. Cerita bodo2 dalam tu. Sebenarnya saya pun stuju gak. Jadi, kalau datang rumah aku, yo will only find Star, New Straits Time dan Utusan Malaysia.

Tapi bukan tu saja yang dia tak suka. Majalah pun sama. Pantang kalau dia nampak Mastika. Baginya, Mastika serupa dengan Metro. Sampah, isi kosong. Muka depan nak kontroversi. Cerita bodo2 dalam tu. Jadi, kalau aku nak baca dan beli bawak balik umah, maka kena sembunyikan dari penglihatan beliau. Simpan dalam plastik satgi kot2 dia bukak tengok nak check apa yang dibeli. Sampai ke tahap aku sembunyi masuk dalam baju, haha. Secara tiba2 perut menjadi flat.

Jadi, apa yang buruknya sangat tentang Mastika?

Jujur, aku ni pembeli Mastika yang agak setia. Tidak setiap bulan, tapi kalau ternampak kat kdai majalah yang mastika baru dah keluar, maka aku mesti beli. Sebab apa? Sebab ia murah, boleh baca tanpa kerut dahi. SAmbil tunggu bas time skolah dulu2.

Jadi, aku ada tanya kawan2 melalui medium facebook. Soalan mudah ja. Apa korang rasa dengan Mastika?

Maka keluarlah pelbagai respons. Ada yang kata best, tapi majoriti respons macam yang abah aku kata.

Jadi, ini pendapat aku. Secara overall, bagi aku Mastika ni not so bad and vice versa. Tak telalu cantik dan tak terlalu hodoh. Tak terlalu sirius dan tak terlalu santai. Middle class punya magazine? Maybe.

Kalau tengok dari teaser cover page, Mastika ni satu spesies dengan Harian Metro. Jenis nak saucy and controversial punya cover. Contoh?



Dan sila bandingkan dengan yang ini pulak.




See? Dua2 jenis nak tarik perhatian pembaca sekuat mungkin. Tetapi, jujur cakap, isi Mastika adalah bagus juga sebenarnya. Mungkin covernya memang celaka punya klise- kisah hantu la, kisah makhluk halus la, kisah mekah la. Tapi isi dalamnya boleh tahan juga. Takla sekosong yang orang duk kata. Aku kerap baca, maka aku tahulah.

Kadang2, Mastika buat macam tema penulisan untuk satu2 tempoh. Contoh, diorang pernah buat tema keruntuhan akhlak remaja semasa keluaran tahun 2005/2006 rasanya. Pastu ada tema black metal. Ada tema perpaduan, ada tema kisah mistik (hantulah) dan macam2 ah. Jadi bila ada tema, maka kisah utama dan majoriti cerita yang dia tuliskan adalah berkaitan besar dengan tema tapi tetap tak lupa dengan kisah2 lain.

Banyak kali juga Mastika menekankan isu serius sebagai temanya. Ada sekali tu dia ceritakan tema kemerdekaan. Tahun 2008 isu berapa aku tak ingat, tapi dia ada bincangkan/ceritakan tentang peranan parti2 politik haluan kiri zaman pra-merdeka. Apa pendapat mereka, pendapat masyarakat dan jalan tengahnya. Dari situ aku mula kenal nama Shamsiah Fakeh. Buku sejarah mengatakan yang beliau pembelot/pengganas negara. Tapi artikel Mastika membuka pemikiran pembaca. Sehingga mendorong aku beli novel Shamsiah Fakeh- Pemimpin, Pejuang dan Perempuan.

Sangat membuka minda keluar dari kepompong KBSM.


Ada juga artikel2 yang berbentuk satira, sinis dan perli makan dalam nok. Sekali tu, penulis buat artikel memuji dan mempertahankan mat2 negro afrika yang makin melambak ada kat Malaysia. Dengan mencadangkan untuk gadis2 melayu kawin dengan diorang. Dengan itu, wujudlah Didier Drogba, Tyson Gay, Mike Tyson, Kofi Annan, Oprah dan sebagainya. Taklah sia2 kebanjiran mereka di sini. Artikal sinis, tapi ada jugak yang lurus bendul komplen kata Mastika dah hilang akai. Hahahaha.

Oh tu baru sikit. Banyak lagi artikel2 menarik berunsur pengetahuan, agama, pengajaran, asam garam kehidupan dan tak lupa kritikan kepada sosial dan masyarakat. Bagaimanapun,

Mastika juga ada dia punya crita cliche. Mungkin personal, tapi aku sungguh tak berminat dengan cerita unsur2 hantu, makhlus halus dan cerita pengajaran dari Mekah. Cerita perut terburai masa mandi jenazah, bau busuk masa nak kapan, cerita hantu kaki 5 masuk rumah time tido, cerita lempaq duit time kat Mekah,...tengok sendirilah header2 kat gambar cover atas. Semua tu yang buatkan Mastika jadi remeh dan nampak lowclass. Itu personally lah. Dan itu jugaklah reason kenapa ramai pandang rendah pada Mastika.

Apapun, Mastika masih lagi, bagi aku lah, berbaloi untuk dibaca. Dalam 100% isinya, paling kurang 50% adalah informatif dan menarik bagi aku. Bahan bacaan ringan, bahasa dan gaya penceritaan menarik. Trust me, Mastika memang bebaloi untuk dibaca. Kalau malas beli pun, dalam library UKM ada. Pi pinjam kat sana.

At least harga RM3.80 untuk Mastika ni jauh lagi bernilai dari RM4 untuk Hai, URTV, Mangga, majalah AF dan semestinya main Tekken 6 arked sebanyak 4 kali, waahahahahaha!

Wednesday, July 27, 2011

Life Is A Game

Saya suka main video game. Setiap kali saya main, maka saya akan main dengan sungguh2. Fully focus, no distraction. Games sekarang pulak makin maju. Makin sophisticated dan complicated. Bagaikan movie, bagaikan real life. Ada ketika dalam game tu kita kena buat decision yang akan decide the remaining story.

Well, orang kata life is a game. You gamble, you choose and you decide what to do. But people forget one thing.

Game kamu boleh save dan load bekali2 bila salah tindakan. Real life? Kamu play saja tanpa henti atau load kembali.

Things happened, decisions had been made, actions had been done. Those moments won't be coming back. For the good, or for the worst.

Yesterday was so different with today. I know, I regret it.

But, sometimes we tend to be preoccupied with the near situation,near atmosphere. We fail to see, to predict it wholly. Afterall, kita cuma manusia kan?

Oh and I don't like playing games with my heart. Too dangerous and too fragile.

Wait, mungkinkah ini karma? Only God knows.



-End of story-

Sunday, July 24, 2011

rate me> 1 Violent | 2 I'd marry you | 3 Sweet | 4 Beautiful | 5 Talkative | 6 Trustworthy | 7 My best friend | 8 Funny | 9 Fun | 10 I love you XD

rate me> 1 Violent | 2 I'd marry you | 3 Sweet | 4 Beautiful | 5 Talkative | 6 Trustworthy | 7 My best friend | 8 Funny | 9 Fun | 10 I love you XD

Answer here

Saturday, July 23, 2011

Basketball

Kalau bila sebut Melayu dan tanya "orang melayu main apa eih?" Maka jawapan yang slalu kita dapat- bola, takraw, badmonton. Bola. Bola. Bola. Hahahaha, sukan rakyat kan. Itu majoritinya lah. Tapi bagi aku pulak aku tak main pun bola dan takraw. In fact, aku sangatlah kaki bangku dalam kedua2 sports tu. Timbang bola kalau 3 kali tu dah super miracle. Jadi,

Sukan yang aku main adalah basketball atau dalam kamus dewan nya adalah bola keranjang.
Kat Malaysia ni, basketball adalah di-dominated bya the chinese. Pi lah mana2 court insyaallah korang nampak brader2 kulit putih yang main. Susah beno nak jumpak geng kulit coklat atau gelap ni. Ada, tapi terpencil. Dan aku tergolong dalam golongan terpencil itu.

Minat mula2 untuk main basketball datang dari komik legend of all time- Slamdunk. First time baca time darjah 2. Mula nampak Sakuragi Hanamichi, Rokawa Kaede, Akagi Tawanori dan Haroko (ingat semua nama ni, kagum!) Mula lah kenal bola basket, dan ring, dan rebound, dan bola papan, dan steamboat, dan gaya asasi. Kagum. Teruja. Ingin mencuba. Terus pergi beli bola kat kedai. Proses penjinakan dengan bola basket pun bermula.

Tapi takda peluang nak main. Semua court yang ada time tu dipenuhi oleh apek2 badan tough main tak pakai baju rantai emas ada subang main langgar2. Nak mampus?

Fast forward, masuk SBP- Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa. Yeah peluang terbuka untuk main secara mati2an setiap petang sudah ada. Nasib aku agak baik, kerana aku ada geng. Geng yang sama2 gila kepada basketball. Mau tak gila. Kalau hari jumaat, sebaik selesai sarapan, pukul 710 pagi dah mula main full court. Sampai pukul 10 lebih. Rehat hanya untuk minum saja. Balik semayang jumaat, pukul 3 dah turun, main sampai pukul 630. Nasib baik malam court tu tak bercahaya. Hahahahha.

5 tahun dipenuhi dengan kegembiraan penuh menjelang petang. Kesedihan tak terkata bila petangnya hujan. Memang banyak nostalgia. Sufi, Ikhwan, Zarrul, Sani, Arif, Todak, Mat Lambung, Nik, Apai. Korang semua memang true teammates.

Masuk zaman matriks, maka experience makin bertambah. Berlambak yang lagi power, laju, skillfull. Nasib aku agak baik, sebab the first 8 yang dipilih untuk wakil KMJ, ada 2 yang keluar untuk study kat tempat lain. Maka aku pun diambil sebagai ganti. Again, basketball is the only sport i played at kmj. Famousnya aku pun sebab basketball (court basket sebelah jalan je, dan dikepit oleh blok asrama lelaki dan perempuan, plus akulah makhluk paling rajin main). Ini adalah team paling kuat pernah aku temui (dan sertai). Malangnya kecundang di final. Kemungkinan besar sebab 3 dari first 5 kami injured. Tiada rezeki namanya.

Ke depan lagi, tibalah kisah hidup di UKM. Waktu first year saja aku aktif. 2nd and 3rd year mula aktif berjoging. Kenapa? Sebab ada cuma half court saja untuk dishare hampir 16 orang. Sekali main ada lah dalam 5 minit. Kalau nasib baik boleh tahan 2,3 game dalam 15 minit. Pastu nak tunggu turn lagi 15 minit. Lagipun brader2 yang main tu majoriti orang luar. Suka sangat datang lambat- 630. Habis dalam 730. So boleh la main dalam 3 kali.

Disebabkan kejarangan aku bermain, maka aku betambah gemuk dan semua skill semakin lesap.

Tapi skarang ni aku makin bersemangat nak main semula. Entah kenapa, tapi semangat tu datang kembali. Mungkin sebab kat sini aku ada geng. Geng basketball Taman Rimba. Dari zaman form 4 dulu sampai sekarang. Masing2 belajar lagi, so time cuti lah kami jumpa dan main sekali. Tapi it will never be the same. Dulu fit, lincah dan licik. Skarang ni dah macam tong drum begerak. Takpa, slow2..one by one.

Defuuu. Apa kejadahnya aku buat entry ni?

Mungkin sebab aku punya minat dah makin naik. Juga mungkin sebab setiap hari aku paling nantikan jam 6 petang. Mungkin kerana aku rasa rimas meluat dengan mat2 rempit yang aku duk nampak time aku on the way nak g main. Yang lepak2 atas motor ramai2 then sembang kosong sambil isap rokok sambil dipeluk awek kat tepi. How things change right?

Thursday, July 21, 2011

Keyboard Warrior (with shield and sword)

Ever since i entered the blogging world lots of things had come through me and opened my eyes. Too many types of blogs I had walked through ranging from football, politics, gossips, education, secularism, islamic, personal views, daily reports and not to forget arts. But one thing for sure that each of these blogs were filled with.

Keyboard warriors.

Not the infamous Red Warrior, but the most fearsome warrior ever existed in the world of blogging (and you tube, and facebook). They are the warriors in the virtual world with or without names. They complained, they scorned and they punished others just for the sake of their self- satisfaction. Most of them become warriors of their ideology and belief, and faith. Anything that differ from their understanding, faith or sides are brutally attacked and condemned.

Now,

Everyone accept the rights of speech (in this case, the rights of typing). Everyone is entitled to their own perspectives and ideas and beliefs. So it is a common practice for anyone to express and write down their own words to anything that is in internet. But, everything has it's own limits.

You can't easily harrassed people by leaving disgraceful remarks on others ideas-efforts- beliefs.

That is something that happened a lot in internet. Especially in blogs, facebook, youtube and videos. At the first time I was perplexed and astonished to believe that such people do exist in this world. No, just if you don't agree with the someone's idea then it's ok to reply-comment- give alternatives but in a correct way and manner. Yes gentlemen, manners.

You certainly can't label someone as infidel-kafir-sesat-syirik just because his belief and religious anderstanding is a bit different from other's. Siapa kamu mahu hukum orang sesuka hati? Are you God? Are you sure your understanding and conceptions are spot on? I really feel irritated by those who use the words of God to justify their words and causes. One or two paragraph of condemning people and one final phrase of words of God. The others will see it as "o man that's so right!" But some were not so. And the war between messenger of God and the supposed infidel begins.

You certainly can't leave insulting comments and swearing. It will only make you lose your credibility and respect from others. Don't be childish, act like a man. Oh unless you are budak2 lagi, haha.

And not to forget those who attack others cruelly just for the sake of their belief- ideology- party. They will try to champion their cause no mater what-how they gonna do it. Kadang2 tu hujah yang diberi langsung takda fakta, malah lebih pada emosi dan andaian. And ironically, they will not use a traceable account. Mostly are Anonymous. Hiding behind the unknown title. Such cowardness really make them look sore losers. Too fear to be condemned personally maybe. Hahahaha.

Again, i say that it's ok and much- much appreciated if you have your own ideas-perspectives-comments-thoughts that you would like to share but please make it in a proper way. Be professional, show your class. Don't act like a budak baru nak up. Disgraceful.

Macam kata Noh dalam lagu Inspektor Remos



Muda memberontak etika yang kononnya akan dipegang sampai ke hari tuanya
Jari jemari contoh lidah tidak bertulang yang berkuasa
Sains dan agama tidak sehaluan menjadi puak-puak yang lemah
Hanya ditemani komputer untuk menulis blog mencampak batu menyorok tangannya

Bangkit kau jadi Pak Pandir
Berlari mencari kuncunya
Bangkit kau jadi Pak Pandir
Berlari mencari kuncunya
Bangkit kau jadi Pak Pandir
Berlari mencari kuncunya
Bangkit kau jadi Pak Pandir
Berlari mencari kuncunya

Digital kini semuanya digital-digital belaka
Dari syurga ke neraka dimuat turun ke dalam komputer ribanya
Cinta songsang diterbalik dunia mata keranjang laki-laki dan wanita
Pembangkang mahu publisiti murahan memfitnah cuma senjata ringannya

Friday, July 15, 2011

The Story Behind (part 2)

*angkara susah benar nak online kat umah asyik2 kat ofis je, baru sekarang ada peluang nak ber-artikel sepuas hati. Ye la takkan nak bagi SV nampak aku tengah tulis blog kot kat pc pejabat, nak mapuh?*

Berdasarkan artikel lepas, saya ada letakkan lagu Help the Aged kepunyaan Pulp, band Britpop era 90-an. Sebenarnya terdapat pelbagai lagu yang dalam maksudnya di samping penuh bunga2 nasihat, tapi takpa, kita proceed one by one.

Lagu ini secara mudahnya menceritakan tentang ajakan/ nasihat seseorang (which is, the singer) kepada masyarakat untuk membantu golongan tua. Takpa, kalau tak dapat tangkap, mari baca liriknya.

Help the aged,
one time they were just like you,
drinking, smoking cigs and sniffing glue. Help the aged,
don't just put them in a home,
can't have much fun in there all on their own.

Give a hand, if you can,
try and help them to unwind.
Give them hope & give them comfort 'cos they're running out of time.

*In the meantime we try.
Try to forget that nothing lasts forever. No big deal so give us all a feel.
Funny how it all falls away.
When did you first realise?
It's time you took an older lover baby. Teach you stuff
although he's looking rough.
Funny how it all falls away.

Help the aged
'cos one day you'll be older too
- you might need someone who can
pull you through
& if you look very hard
behind the lines upon their face you may see where you are headed
and it's such a lonely place.

You can dye your hair
but it's the one thing you can't change.
Can't run away from yourself, yourself...

Funny how it all falls away. [x3]
So help the aged.


Dalam lagu ini, the singer persuade us not to abandon the aged people alone. Reason dia mudah saja-

1. because one day they were just like you.
2. cause one day you'll be older too.

Then throughout the song, dia ada cerita tentang pengalaman orang tua2 masa muda dulu yang sama dengan orang muda sekarang, nasihat lagi supaya jangan tinggalkan mereka, then hulurkan tangan (haha, direct translate) bantu mereka kerana mereka dah tak lama dah, amaran kepada yang muda bahawa tua itu pasti dan tiada jalan untuk lari darinya...

Rasanya tak payah nak explain panjang2, sebab lirik dia direct. Mudah difahami. But, what amazed me the most is the feel, the aura, the persuasive power of the singer to make me listen to his messages. First time saya dengar lagu ini adalah masa darjah 3. Masih lagi kendos, tak ambik tahu pun pasal lirik. Dengar sebab suka saja. And first time sedar akan mesej dia, adalah time form 4 bila dengar balik kaset ini.

Seriously, saya sangat tersentuh dengan mesej yang ingin disampaikan (in my case, memang sampai).I don't know how about you but for me this song really make my visual fly away and project the faces of the old folks at the rumah orang tua, the pakcik makcik jual nasi lemak pagi2, my tok wan and most ultimately, my father and mother. Tambah lagi, bila sekarang ni gradually those lines upon their faces kept on multiplying and the grayness of their hair are becoming more obivous. Hmm..




Ok, cukup mood tacing.

---------------------------------------

Kalau berminat, dengar lah lagu2 lain dari band Pulp ini macam Like A Friend, Common People, A Little Soul, I'm A Man dan Something Changed (my favourite love song, about takdir tuhan). Lagu2 ini adalah sangat berkualiti baik dari segi lagu mahupun mesej yang ingin disampaikan. Janganlah dijumudkan pemikiran itu bahawa kalau lagu dakwah mesti lagu nasyid sahaja, lagu rentak pop-rock-rapp-balada-metal tiada unsur dakwah nya. Tak semestinya dakwah kepada 'let's embrace Islam!', tetapi berbuat baik kepada masyarakat dan nasihat kehidupan juga adalah kehidupan bukan? Bukan Maher Zain seorang saja yang berdakwah melalui seni lagu.

Ouh ya, maybe kamu semua tak pernah dengar pun nama Pulp ni kan? Hahaha, biasa sangat, yang berkualiti dan educating adalah tak famous. Yang megi segera sexy lawa cute comey hensem tough tapi kosong diangkat dan diminati. Itulah realiti sekarang.

Itu sebab saya jarang sekali dengar radio. Selalunya kalau radio Melayu balik2 lagu cinta agung aku dan dia sms tak jawab malu tapi mahu main tarik tali cinta tiga segi kekasih dirampas orang betapa ku cintakan mu. Defuuu. Kalau bukak MTV pulak balik2 video rappers negro bling2 mencarut sebelah kereta mahai kena kepit 4, 5 orang awek 80% bogel cerita pasai duit arak pmpuan party sex.

Tau dah.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails